This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PAS,PKR REBUT KERUSI DUN SUNGAI ACHEH- UMUM DUA CALON BERASINGAN

Thursday, April 11, 2013

Perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri N21 Sungai Acheh dalam Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang nampaknya semakin memuncak. PAS dan PKR masing-masing cuba untuk meletakkan calon mereka di kerusi UMNO paling berpotensi untuk dimenangi di Pulau Pinang. Untuk rekod, wakil UMNO Datuk Mahmud Zakaria hanya memenangi DUN tersebut dengan majoriti 250 undi dalam Pilihanraya Umum 2008.

Kemelut perebutan kerusi Sungai Acheh ini bermula apabila Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr.Mansor Othman bertindak mengumumkan Cikgu Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) sebagai calon PKR bagi Dun Sungai Acheh. Pencalonan ini dibuat apabila kerusi Parlimen Nibong Tebal yang diperuntukkan kepada Chegubard sebelumnya telah diberikan kepada Mansor Othman. Hasilnya, Chegubard tidak mempunyai kerusi untuk ditandingi apabila PKR khabarnya telah memberikan laluan kepada calon PAS, Dr.Rosli Yaakob untuk bertanding di Parlimen Rembau.




Kemuncak pertembungan PAS-PKR di Sungai Acheh berlaku apabila ceramah pengumuman calon PAS bagi kerusi-kerusi di Pulau Pinang yang dibuat malam semalam (10 April 2013) menyaksikan bagaimana Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man mengumumkan nama Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Yusni bin Mat Piah sebagai calon PAS bagi kerusi Dun Sungai Acheh.

Nampaknya, usaha Pakatan Rakyat merampas kerusi itu bakal menemui jalan sukar apabila berlaku pertembungan sesama sendiri dan apa yang paling ditakuti adalah akan berlakunya pertandingan tiga penjuru di antara PAS-PKR-UMNO di Sungai Acheh. Secara tradisinya, kerusi Dun Sungai Acheh ditandingi oleh PAS sebelum diserahkan kepada calon PKR pada tahun 2008. Walaubagaimanapun, dalam usaha meramaikan wakil PAS dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, PAS bertindak menuntut semula kerusi tersebut dari tangan PKR.

Dalam satu kenyataan, seorang wakil PAS telah menyalahkan percaturan PKR sendiri yang telah mengambil kerusi Chegubard di Nibong Tebal, dan sepatutnya kerusi PAS di Sungai Acheh tidak ditandingi oleh PKR. Malah, sentimen Chegubard sebagai anak luar juga disebut, sedangkan Ustaz Yusni adalah anak jati Pulau Pinang.

Apakah kesudahannya di kerusi ini? Janganlah yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran!




5 ulasan:

Anonymous,  April 10, 2013 at 4:20:00 PM PDT  

macamana nak memerintah negara isu yg ini pun tak dapat diselesaikan. kalau macam ni aku rasa jika pr memerintah negara pun tak akan lama, sehabis-habis lama pun sebulan dua aje, masing2 berebut nak jadi menteri. dlm pr ni masing2 gila dan tamak kuasa, kawasan tradisi sesebuah parti pun nak dirampas. lebih baik kalah kalau menang pun buat malu aje.

Anonymous,  April 10, 2013 at 5:29:00 PM PDT  

Ni yang aku menyampah ni. sebenaqnya sapa puak2 ni hah,kalau boleh tolong intai sat,mana tau ejen2 UBN dah masuk jarum last2 minit,kalau tak biaq tetunggin kesemua,apa punya tamak nih,macam mana nak perintah negara,penat hangpa tau dak dok sokong supaya PR ni menang tiba2 jadi macam nih,nampaknya senang lah jarum UBN NAK MASUK. Heeeeeeeeeeeeee geram betui aku.Kalau tak selesai jugak masah ni dalam waktu terdekat ni pakat tak payah pi mengundilah. tu aje senang cerita,berebutlah hangpa.

Anonymous,  April 14, 2013 at 10:42:00 AM PDT  

http://1cilipadi.blogspot.com/2013/04/full-video-skandal-seks-setiausaha.html

MOHD SHAHABUDIN April 28, 2013 at 12:25:00 PM PDT  

ASLMKUM.DLAM SEMINGGU NI BAGUS MACAM DUN SG.ACHEH BUAT POSTER ATAU BOSUR ATAU FLAYER EDARKAN KEPADA PENGUNDA KAWASAN PERKENALKAN CALON NI MUKA PUN TAK NAMPAK MACAM ,ANA NAK UNDI TAK KENALPUN DAHLA TAK MELAWAT KAMPUNG CALON MAILA MELAWAT KAMPONG NAIK MOTOR ATAU KERETA.BAWA BROSUR PERIBADI SEBARKAN KEPADA RAKYAT KAMPUNG MEMPERKENALKAN DIRI.
WASSALAM

MOHD SHAHABUDIN April 28, 2013 at 12:34:00 PM PDT  

ASLMKUM.ADUN KOTA SEPUTEH KODIANG PUN TAK NAMPAK MUKA LAGI DAH DEKAT DAH NAK PILIHANRAYA.MAILA MELAWAT KAMPONG BERJALAN KAKI,NAIK MOTOR ATAU KERATA PERKENALKAN DIRI BAWA BROSUR ATAU FAYER ARAU POSTER SEBARKAN KAT ORANG KAMPUNG MACAM MANA NAK PANGKAL MUKA CALON PUN TAK PERNAH NAMPAK.
AHLI PAS YANG BERSEMANGAT.
WASSALAM

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP