CALON PRU13: AZAN ISMAIL DI DUN BANDAR, RAJA BAHRIN DI PARLIMEN KT
Sunday, April 7, 2013
Pas Terengganu hanya akan mengumumkan calon-calonnya pada 11 April 2013. Walaubagaimanapun, cakap-cakap kedai kopi dan banner-banner yang bergantungan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu mungkin memberikan kita sedikit maklumat dan teka-teki.
Dalam Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008, YB Azan Ismail telah dicalonkan di Parlimen Indera Mahkota Pahang dan berjaya memenangi Parlimen tersebut buat pertama kali. Walaubagaimanapun, krisis dalaman PKR Pahang telah menyaksikan bagaimana Azan telah dibawa oleh partinya untuk menerajui PKR Negeri Terengganu sebagai Pengerusi. Akhir-akhir ini, semakin pasti Azan akan diangkat menjadi calon PKR bagi DUN Bandar dalam Parlimen Kuala Terengganu setelah melepaskan kerusi Indera Mahkota yang dipegangnya kini.
Usaha PKR untuk meletakkan Azan di Dun Bandar semakin terserlah apabila banner-banner dan bunting yang meletakkan gambar Azan Ismail bersama-sama perkataan "Undilah PKR" dilihat di jalan-jalan utama sekitar Kampung Tiong dan di kawasan Losong. Rekod Azan sebagai Ahli Parlimen sebelum ini cukup baik dan sekiranya PKR meletakkan beliau selaku calon di Dun Bandar, ternyata PKR mempunyai peluang yang cerah dalam menarik sokongan terutamanya para pengundi Cina di dun tersebut.
Ada juga desas-desus yang menyatakan bahawa Azan akan dibawa bertanding di Parlimen Kemaman, namun berdasarkan kerja buat Azan yang dilihat lebih banyak berada di sekitar Kuala Terengganu, maka penulis melihat adanya asas sekiranya hendak dikatakan bahawa beliau akan dibawa bertanding di Dun Bandar.
Seterusnya, seorang lagi tokoh heavyweight yang mungkin diangkat sebagai calon ialah Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu yang juga kerabat diraja iaitu YB Datuk Raja Kamarul Bahrin. Perkhabarannya, beliau berkemungkinan besar akan diangkat menjadi calon Pas sama ada di Dun Batu Buruk ataupun di Parlimen Kuala Terengganu. Sememangnya para pengundi di Dun Batu Buruk telah dapat meneka kehadiran beliau sebagai calon sejak setahun yang lepas apabila beliau kerap muncul di pentas ceramah Pas yang diadakan di kawasan tersebut. Sekiranya beliau dicalonkan sebagai calon di Dun Batu Buruk, berkemungkinan besar wakil rakyat sekarang iaitu Dr.Syed Azman akan dibawa bertanding ke Parlimen Kuala Terengganu, kerusi yang pernah disandangnya pada tahun 1999. Makna kata, jika Raja Bahrin di Dun, maka Syed Azman akan bertanding di Parlimen, dan begitulah sebaliknya.
Khabar angin yang menyatakan Raja Bahrin akan menjadi calon bukannya kenyataan yang dibuat secara agak-agak sahaja. Akan tetapi, banner-banner gergasi yang dinaikkan di sekitar jalan utama di Kuala Ibai dalam Dun Batu Buruk dengan jelas memaparkan gambar Raja Bahrin dan Dr.Syed Azman dengan meletakkan slogan "Undi Pakatan untuk Pendidikan Percuma".
Pencalonan Azan Ismail di Dun Bandar dan Raja Bahrin di Parlimen hanyalah jangkaan awal penulis berdasarkan banner-banner yang mula digantung di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Sekiranya kedua-duanya calon ini diangkat, nampaknya Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan semua calon yang berwibawa dalam menyapu bersih lima kerusi dalam Parlimen Kuala Terengganu.
Ramalan Penulis untuk Parlimen Kuala Terengganu
(ramalan semata-mata):
Parlimen: YB Raja Kamarul Bahrin Syah (PAS)
Dun Wakaf Mempelam: YB Mohd Abdul Wahid bin Endut (PAS)
Dun Bandar: YB Azan bin Ismail (PKR)
Dun Ladang: YB Tengku Hassan bin Tengku Omar (PAS)
Dun Batu Buruk: YB Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (PAS)
Update (9 April 2013):
Pada 7 April 2013 (Ahad), blog ini telah mengeluarkan artikel yang menyatakan kemungkinan PAS meletakkan YM Raja Bahrin Kamarul Syah sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu
Ramalan tersebut ternyata tepat apabila beliau diumumkan sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Kuala Lumpur hari ini (9 April 2013)
Dalam Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008, YB Azan Ismail telah dicalonkan di Parlimen Indera Mahkota Pahang dan berjaya memenangi Parlimen tersebut buat pertama kali. Walaubagaimanapun, krisis dalaman PKR Pahang telah menyaksikan bagaimana Azan telah dibawa oleh partinya untuk menerajui PKR Negeri Terengganu sebagai Pengerusi. Akhir-akhir ini, semakin pasti Azan akan diangkat menjadi calon PKR bagi DUN Bandar dalam Parlimen Kuala Terengganu setelah melepaskan kerusi Indera Mahkota yang dipegangnya kini.
Usaha PKR untuk meletakkan Azan di Dun Bandar semakin terserlah apabila banner-banner dan bunting yang meletakkan gambar Azan Ismail bersama-sama perkataan "Undilah PKR" dilihat di jalan-jalan utama sekitar Kampung Tiong dan di kawasan Losong. Rekod Azan sebagai Ahli Parlimen sebelum ini cukup baik dan sekiranya PKR meletakkan beliau selaku calon di Dun Bandar, ternyata PKR mempunyai peluang yang cerah dalam menarik sokongan terutamanya para pengundi Cina di dun tersebut.
Ada juga desas-desus yang menyatakan bahawa Azan akan dibawa bertanding di Parlimen Kemaman, namun berdasarkan kerja buat Azan yang dilihat lebih banyak berada di sekitar Kuala Terengganu, maka penulis melihat adanya asas sekiranya hendak dikatakan bahawa beliau akan dibawa bertanding di Dun Bandar.

Khabar angin yang menyatakan Raja Bahrin akan menjadi calon bukannya kenyataan yang dibuat secara agak-agak sahaja. Akan tetapi, banner-banner gergasi yang dinaikkan di sekitar jalan utama di Kuala Ibai dalam Dun Batu Buruk dengan jelas memaparkan gambar Raja Bahrin dan Dr.Syed Azman dengan meletakkan slogan "Undi Pakatan untuk Pendidikan Percuma".
Pencalonan Azan Ismail di Dun Bandar dan Raja Bahrin di Parlimen hanyalah jangkaan awal penulis berdasarkan banner-banner yang mula digantung di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Sekiranya kedua-duanya calon ini diangkat, nampaknya Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan semua calon yang berwibawa dalam menyapu bersih lima kerusi dalam Parlimen Kuala Terengganu.
Ramalan Penulis untuk Parlimen Kuala Terengganu
(ramalan semata-mata):
Parlimen: YB Raja Kamarul Bahrin Syah (PAS)
Dun Wakaf Mempelam: YB Mohd Abdul Wahid bin Endut (PAS)
Dun Bandar: YB Azan bin Ismail (PKR)
Dun Ladang: YB Tengku Hassan bin Tengku Omar (PAS)
Dun Batu Buruk: YB Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (PAS)
Update (9 April 2013):
Pada 7 April 2013 (Ahad), blog ini telah mengeluarkan artikel yang menyatakan kemungkinan PAS meletakkan YM Raja Bahrin Kamarul Syah sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu
Ramalan tersebut ternyata tepat apabila beliau diumumkan sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Kuala Lumpur hari ini (9 April 2013)
![]() |
Pengumuman YM Raja Kamarul Bahrin sebagai calon oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu |
8 ulasan:
pkr banyak susahkan pas di trg
sebab pkr, kerusi dungun terlepas dari pas.... padahal boleh menang tahun 2008.... beza ketara undi pas utk dun dan pkr utk parlimen di dungun
kalau pkr pulok kat dungun terik ni, balik awal
kehkehkeh....raja bahrin yang kuciwa
Nampaknya pemilihan Raja Bahrin adalah pemilihan yang tepat.... ada kelayakan, dan datang dari kerabat diraja Trg
mungkin satu signal bahawa golongan kerabat raja pun dah meluat dengan umno!
Usually I don't learn article on blogs, however I wish to say that this write-up very forced me to take a look at and do it! Your writing style has been amazed me. Thanks, very great post.
Here is my web-site ... appliance repair tampa rates
Someone essentially lend a hand to make significantly posts
I'd state. That is the very first time I frequented your web page and so far? I amazed with the analysis you made to create this particular submit amazing. Fantastic task!
My website: Bench Craft Company advertising jobs in georgia
you're in point of fact a excellent webmaster. The website loading pace is amazing. It seems that you are doing any distinctive trick. Moreover, The contents are masterpiece. you've done
a wonderful job in this topic!
My weblog :: landlord property insurance
My brother suggested I might like this blog.
He was totally right. This post actually made my day.
You can not imagine simply how much time I had spent for this info!
Thanks!
my page: rozklad pkp
I read this paragraph completely regarding the difference of hottest and earlier technologies, it's remarkable article.
My page ... qualified insurance leads
Post a Comment