Prasarana Kolej Universiti Insaniah KUIN Kuala Ketil Bertaraf Lima Bintang
Monday, January 14, 2013
Walaubagaimanapun, jangkaan penulis adalah meleset sama sekali. Kampus tetap KUIN di Kuala Ketil yang baru disiapkan itu adalah sangat mengagumkan terutamanya dari sudut seni bina bangunannya. Apa yang boleh dikatakan, kampus KUIN tersebut adalah setaraf Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak ataupun UIA Kampus Kuantan.
Syabas diucapkan kepada kerajaan Kedah di atas kejayaannya yang terbesar ini. Semestinya pembangunan kampus KUIN ini akan mampu memberi kelebihan kepada sokongan para pengundi di kawasan Parlimen Baling terutamanya para penduduk di kawasan Kuala Ketil dan kawasan lain yang berhampiran dengannya. Pembinaan kampus induk KUIN ini bukan hanya berjaya membawa pembangunan ke kawasan Hulu Kedah tetapi turut mampu mewujudkan sebuah kawasan perbandaran yang baharu di Kedah.
Sekiranya kampus ini beroperasi sepenuhnya sedikit masa lagi, kawasan Kuala Ketil mungkin dilihat akan mampu untuk menjadi setaraf Bandar Jitra yang merupakan antara bandar pendidikan utama di Kedah. Kedudukan Kuala Ketil yang terletak di pertengahan jalan utama yang menghubungkan Timur-Utara di antara Lebuhraya Timur-Barat di Gerik dan Pulau Pinang sememangnya menjanjikan satu kawasan pertumbuhan yang lebih baik sekiranya dibangunkan dengan optimum.
Oleh itu, antara cadangan penulis terhadap kerajaan Kedah adalah di sebalik pembangunan komersil yang bercambah di sekitar Kuala Ketil, adalah dicadangkan pembinaan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan Kuala Ketil untuk keselesaan para pengguna jalan utama Timur-Utara tersebut.
Sesungguhnya, slogan "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" telah mula berjaya membuahkan hasilnya setelah sepenggal Kedah di bawah pentadbiran Pas.
Video ini memaparkan visual-visual menarik mengenai Kampus Insaniah Kuala Ketil











5 ulasan:
Betoiiii 5 bintang, tapiiii budak budak nak dok tang mana? (pelajar pelajar tiada tempat tinggal disitu)
Tok difahamkan budak budak niii kena berulang alik entah beberapa kilometer, letihhhhh.
Dok tang mana budak dudak tuuu? rasa rasa "tak dak bintang"
Salam Tuan
Ini jasanya orang berfikiran maju didunia untuk akhirat. Buat sedikit-sedikit, lama kelamaan akan sempurnalah jua. Asrama anak2 siswa akan boleh dibina sedikit2. Bukalah tabung waqaf Kedah - jadikan Kedah negeri infaq fi sabilillah. Maju Bersama Islam - Negara Berkebajikan Untuk Semua
puih.... lima bintang konon
ini projek nak tebang balak ja ni
Aik....ada jugak cai meroyan kat sini
LAMA DOK KENA BUTUH....NK JILAT POEND PLAK...
Post a Comment