This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

Madrasah Salihiah Kanchut Akhirnya Diruntuhkan

Thursday, January 10, 2013

Kontroversi dalam isu Madrasah Salihiah di Kanchut, Alor Setar bermula apabila kerajaan Kedah berkerjasama dengan sebuah pemaju hartanah dari Pulau Pinang iaitu Belleview Group of Company bersetuju untuk membangunkan semula projek Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai sekian lama.

Sebagai usaha untuk memajukan semula projek terbabit, sebuah kompleks membeli belah yang dinamakan Aman Sentral dirancang pembinaannya dan pemaju telah berurusan dengan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk turut mendapatkan sebahagian kecil tanah berhampiran bangunan lama yang terbengkalai untuk dimajukan sebagai sebahagian daripada tapak projek. Tanah tersebut yang merupakan sebidang tanah wakaf menempatkan Madrasah Salihiah, yang mana bangunannya disewa oleh syarikat takaful sebagai pusat operasinya di Alor Setar.

Setelah syarikat pemaju membayar pampasan kepada MAIK, kontroversi mulai timbul apabila mula wujud sekumpulan individu yang cuba menentang usaha merobohkan madrasah tersebut dan mula menubuhkan sebuah NGO yang dinamakan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah. Mereka mendakwa tindakan kerajaan negeri adalah seperti cuba untuk menjatuhkan martabat agama Islam kerana sanggup meruntuhkan sebuah surau hanya kerana atas nama pembangunan sebuah mall. Namun perkara tersebut disanggah oleh Menteri Besar Kedah, Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang menjelaskan bahawa surau tersebut akan diganti dengan Surau Aman Sentral yang lebih besar dan selesa.

Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat diterima oleh NGO tersebut dan beberapa demonstrasi bantahan diadakan termasuklah ketika upacara pecah tanah dilaksanakan oleh Ustaz Azizan. Kemuncak bantahan terhadap perobohan madrasah ini adalah apabila satu injuksi menghalang perobohan madrasah difailkan dan satu saman yang dibuat oleh mereka yang mendakwa sebagai pewaris tanah wakaf terhadap MB Kedah dan Pentadbir Tanah Alor Setar.

Ketika kontroversi dilihat bakal berlanjutan sehingga ke PRU 13, satu persetujuan di luar mahkamah berjaya dicapai dan sebuah tanah wakaf yang lain ditawarkan sebagai alternatif kepada Madrasah Salihiah. Dan ketika artikel ini ditulis, Madrasah Salihiah yang kontroversi itu hanya tinggal kenangan apabila tidak sampai dua hari, keseluruhan bangunan dua tingkat itu sudah habis ditolak jentera.

Apapun, gagallah sudah perancangan pihak tertentu yang selama ini cuba untuk terus menangguk di air yang keruh demi kepentingan politik mereka.




5 ulasan:

suahati January 10, 2013 at 11:33:00 PM PST  

kalau nak beribadat dimana2 pun boleh.........InsyaAllah banyak sungguh surau dan mesjid lain yg ada, yg tiada selalunya makmumnya sahaja........

Bangsat Pas,  January 11, 2013 at 2:19:00 AM PST  

nasib Islam di bawah pakatan haram

madrasah dihina, nama Allah diperguna

Anonymous,  January 14, 2013 at 2:11:00 AM PST  

Alhamdulillah....akhirnya puak2 umno kedah x boleh lagi nak meroyan dalam isu ni....

Anonymous,  May 4, 2013 at 8:21:00 AM PDT  

walaupun selesai, selaku rumah allah..kite tak boleh jual rumah allah itu kepada kafir laknatullah..

Anonymous,  July 26, 2013 at 11:25:00 PM PDT  

Kesian kpd org mewakafkan tanah & surau tu. adakah pahala amalan wakaf tu masih dia dpt @ tidak sbbnya surau & tanah yg diwakaf tu dijadikan benda lain.

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP