This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

MB Mat Said Tegaskan Royalti Bertam Milik Terengganu, Bukan Pahang

Wednesday, December 12, 2012

Pada akhir bulan Oktober 2012, Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Haji Najib telah mengumumkan satu berita yang agak baik untuk rakyat di negeri Pahang iaitu penemuan petroleum dalam kawasan perairan Pahang iaitu pada blok PM307 yang dikenali sebagai Medan Minyak Bertam, 160 kilometer daripada persisiran pantai Semenanjung Malaysia dan bertentangan dengan negeri Pahang.

Pengumuman itu adalah suatu berita yang sangat baik kepada negeri Pahang yang sememangnya terkenal dengan negeri kaya hasil, pendapat kurang. Hal ini kerana, Pahang akan memperoleh apa yang dinamakan "Wang Ihsan" daripada kerajaan Persekutuan sekitar RM100 juta setahun.

Dalam keadaan kerajaan Pahang seakan-akan bergembira dengan penemuan tersebut, NGO Royalti "R" mendapati bahawa penemuan minyak tersebut bukanlah dalam perairan Pahang, akan tetapi sebaliknya terletak dalam perairan negeri Terengganu. Menyedari hakikat tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr.Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (PAS) telah mengemukakan satu soalan kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad bin Said mengenai status sebenar penemuan minyak tersebut dalam sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.


Jawapan yang diberikan oleh Dato' Seri Ahmad Said agak mengejutkan. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak tersebut. Seperti yang dipetik oleh beberapa akhbar termasuk Sinar Harian, berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Dato' Seri Ahmad Said:

 "Kita menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu...Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran."


Seterusnya, ketika menjawab soalan pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam, Ahmad Said mengulangi bahawa kerajaan negeri ada menulis surat terhadap Petronas mengenai status penemuan minyak itu tetapi sehingga kini belum lagi menerima jawapan.

“Sebaliknya hanya Lundin Oil yang mengesahkan ia berada di kawasan Terengganu.

“Ada pihak yang menyatakan ia berada di kawasan Pahang, itu mungkin silap faham kerana kawasan Medan Bertam PM307 hanya di sempadan Pahang dan lokasi sebenar adalah perairan Terengganu,” katanya.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh beliau itu, syabas dan tahniah penulis ucapkan kepada beliau kerana keberaniannya mempertahankan apa yang sepatutnya menjadi hak Terengganu dan bukannya negeri Pahang. Dalam hal ini, biarpun kita berbeza pandangan politik, tetapi demi kebaikan negeri, semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain.

Kenyataan ini sekurang-kurangnya memberi signal kepada Pusat agar tidak cuba untuk menafikan hak Terengganu seperti yang pernah dilakukan 12 tahun yang lalu. Diharapkan wang yang diperoleh itu disimpan dengan baik oleh Mat Said kerana biarlah kerajaan baru pimpinan Pas pula yang membelanjakan wang tersebut tahun depan supaya tidak dibazirkan lagi dengan projek zoo dan pulau bebas cukai.

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP