This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

ANWAR DIANUGERAH TANAH BALAK SABAH KETIKA MENJADI TPM

Tuesday, October 2, 2012


Di manakah integriti Anwar yang saban hari, siang dan malam bercakap soal penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO sedangkan dalam masa yang sama, pendedahan daripada Sabah menunjukkan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah mendapat anugerah tanah balak daripada kerajaan Sabah. Atas alasan dan kepentingan apakah tanah tersebut diberikan kepada Anwar yang ketika itu menjawat jawatan orang nombor dua dalam negara?


Ketika sibuk membahaskan Bajet 2013 di Parlimen pada Isnin, satu celahan yang dibuat oleh ahli Parlimen Beufort, Datuk Seri Lajim Ukin memeranjatkan banyak pihak. Dalam celahannya, beliau mempersoalkan adakah benar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri satu ketika dahulu, Anwar dan keluarganya dianugerahkan tanah yang agak lumayan oleh kerajaan Sabah.


Walaupun pendedahan tersebut agak mengejutkan, jawapan yang diberi oleh Permatang Pauh terhadap Beufort adalah lebih mengejutkan. Dengan tenang Anwar mengiyakan dakwaan Lajim. “Ya benar, saya telah dianugerahkan tanah balak oleh kerajaan Sabah ketika itu”.
Mendengarkan jawapan tersebut, apakah bezanya Anwar dengan gerombolan Umno yang diserangnya selama ini? Adakah ada perbezaan antara Anwar dan Shahrizat dalam kes ini? Penjelasan Anwar selepas itu akhirnya telah menjawab segala pertanyaan.


“Ya benar saya telah dianugerah tanah balak. Saya terkejut dan serta merta menelefon Ketua Menteri Sabah ketika itu dan memberi arahan supaya penganugerahan itu ditarik balik.

Akan tetapi disebabkan Ketua Menteri, Tan Sri Sakaran Dandai adalah seorang yang berlemah lembut dan sukar untuk menerima arahan seperti itu dalam telefon, saya mengarahkan wakil Gombak yang ketika itu setiausaha saya supaya menulis surat secara peribadi kepada Tan Sri Sakaran.

Saya dalam surat itu telah mengarahkan penganugerahan tersebut ditarik serta merta.”


Ahli-ahli Parlimen BN kesemuanya tidak berani menafikan dakwaan Beufort dan pengakuan Permatang Pauh tersebut.

Jika benar seperti yang didedahkan, BN Sabah wajib diganti dalam PRU13 nanti.

3 ulasan:

Al Juburin,  October 3, 2012 at 6:17:00 PM PDT  

Abang aljuburin ni memang bagus...Mr.Clean Perfect semuanya....


pigidah... Lajim Ukin tu pun sejak keluar BN dah pandai nak membodek....puih

Anonymous,  October 3, 2012 at 6:25:00 PM PDT  

Hidup Anwar!

Ada jugak pencacai OKU panas punggung kat sini

Warno Dogol,  October 3, 2012 at 11:49:00 PM PDT  

x sabarnya nak tunggu DSAI jadi PM....

good job TT

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP