This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PAS KEDAH TUMBANG PRU 13 DEK PENANGAN PHAHROLRAZI?

Thursday, March 1, 2012

Penulis sangat-sangat mengikuti krisis Exco di Kedah melalui media sejak beberapa minggu yang lalu berbanding isu-isu dalam negara yang lainnya. Walaupun krisis ini dilihat samar-samar dan cuba untuk ditenangkan oleh Pas Pusat, namun kenyataan dari pimpinan sendiri akhirnya menyerlahkan kepada kita apa yang telah terjadi di Kedah.

Dalam isu ini, nama Phahrolrazi naik secara mendadak. Beliau menyatakan bahawa tindakan beliau untuk tidak mahu bersama lagi dalam jemaah exco Pas Kedah adalah kerana tidak bersetuju dalam banyak perkara dengan Ustaz Azizan. Penulis saya peribadinya menghormati keputusan beliau sekiranya itu yang dirasakan yang terbaik untuknya. Malah, kenyataan akhbar yang dibuat oleh beliau itu seolahnya beliau bersifat profesional dalam tugasnya.

Kemudian, muncul pula Ustaz Azizan dalam kenyataannya yang menyatakan ada pihak dalam Pas sendiri yang cuba untuk menjatuhkan beliau dari kerusi Menteri Besar secara senyap dan tanpa bersemuka dengannya.

Ketika isu Exco mulai reda dengan perlantikan lapan daripada sepuluh Exco yang lama Selasa lalu, Phahrolrazi menghangatkan kembali keadaan dengan satu laporan akhbar yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian hari ini. Penulis tidak mahu mengiakan atau menidakkan laporan akhbar tersebut kerana akhbar Sinar Harian kebiasaannya menulis secara "atas pagar" untuk isu-isu politik di Malaysia.

Justeru apabila Phahrolrazi yang merupakan Yang Dipertua Pas Kuala Kedah memberi kata dua kepada YB Anak Bukit, Amiruddin Hamzah supaya meletakkan jawatan Exco Kedah, penulis melihat bahawa tindakan Phahrolrazi dan Pas Kuala Kedah dan sesiapa sahaja yang berada di dalam Pas Kedah yang tidak bersetuju dengan YAB Ustaz Azizan sebagai sangat-sangat tidak cerdik!

Dalam laporan akhbar Sinar Harian tersebut, Phahrolrazi mendedahkan persetujuan yang dibuat oleh Pas Kawasan Kuala Kedah yang bersetuju untuk menyokong tindakan Phahrolrazi yang menolak jawatan Exco di bawah Ustaz Azizan dan mengambil ketetapan bahawa tiga orang Adun Pas di dalam Kawasan Kuala Kedah tidak boleh menerima jawatan Exco Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan YB Nasir Mustafa (Kubang Rotan).

Kata dua yang diberi kepada Amiruddin yang menerima jawatan Exco ialah sila letak jawatan atau diambil tindakan dipecat daripada menjadi Timbalan YDP Pas Kuala Kedah. Jika Amiruddin kekal untuk bersama Menteri Besar (ayat Phahrolrazi), beliau bukan lagi sebahagian daripada Pas Kuala Kedah. Kenyataan Phahrolrazi ini menunjukkan wujud dua team dalam Pas Kedah, iaitu satu Team Menteri Besar dan satu lagi team yang bersama-sama Phahrolrazi and the gang (wallahualam siapa ahlinya yang lain).

Sebelum daripada itu, Phahrolrazi menyatakan bahawa tindakannya itu disokong oleh pemimpin ulama di dalam Pas Kedah. Ini menunjukkan bahawa team yang menolak Ustaz Azizan agak besar di Kedah. Pada pandangan penulis, kemelut ini boleh diselesaikan dengan beberapa cara:

1. Mengenakan tindakan disiplin kepada Phahrolrazi dan Pas Kuala Kedah
2. Menggesa Dewan Ulamak Pas Kedah menyatakan pendirian mereka
3. Menghalang mana-mana pemimpin daripada terus mengeluarkan kenyataan terbuka
4. Menyelesaikan segala hal-hal berbangkit mengikut saluran parti

Sekiranya keempat-empat perkara tersebut tidak diambil serius oleh Pas Pusat, penulis khuatir bahawa pelung untuk Pas berkuasa akan menjadi tipis dalam PRU 13. Tindakan Phahrolrazi ini jelas satu tindakan sabotaj ke atas Pas Kedah kerana secara terang-terangan melakukan sesuatu yang menjejaskan kredibiliti dan imej Pas.

Kawasan Parlimen Kuala Kedah yang disapu bersih oleh Pakatan Rakyat dalam PRU12 pastinya sukar untuk dipertahankan sekiranya krisis itu hadir dari dalam parti sendiri.Apatah lagi sabotaj terhadap kepimpinan Ustaz Azizan dibuat atas nama PAS KAWASAN KUALA KEDAH! Ingatlah, Pas bukannya kuat sangat di Kuala Kedah. Kalau mengharapkan sokongan ahli semata-mata, lambat lagilah Pas boleh menang di Kuala Kedah. Pesanan penulis ialah, jangan sampai pengundi atas pagar meluat kepada kepimpinan Phahrolrazi and the gang di Kuala Kedah dan menolak mereka bulat-bulat selepas ini.

Dan jika Pas gagal mengekalkan Kedah dalam PRU 13, antara sebabnya adalah betapa tidak cerdiknya Phahrolrazi dan yang seangkatan dengannya. Wallahualam.

nota: Sekiranya laporan Sinar Harian itu tidak benar, Pas Kuala Kedah perlu buat penafian ke atasnya.


Sekian,
Penulis Tanpa Pihak,
Jitra, Kedah.

2 ulasan:

lijitra March 1, 2012 at 6:51:00 PM PST  

Pas Kedah Insyaallah tak akan tumbang.tapi yang bukan saja tumbang malah tersungkur adalah pahrolrazi.

Alisha Residenc March 22, 2012 at 9:53:00 PM PDT  

Hello,
Anda boleh menukar pautan blog saya?
http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
Berterima kasih banyak

Alisha

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP