This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

YB MALIK KASIM EXCO PENANG TIDAK MEMILIKI SEBARANG HARTA WALAUPUN SEBUAH RUMAH!

Thursday, January 12, 2012

Hari ini ahli exco Pulau Pinang dan ahli ex-officio seperti pegawai undang-undang,kewangan dan SUK telah mengisyhtiharkan harta mereka secara rasmi bagi membuktikan amalan ketelusan dan CAT yang diamalkan selama ini. Apa yang lebih penting, ia dapat membuktikan betapa bersihnya pemerintahan Pakatan Rakyat selama hampir empat tahun dalam mentadbir Pulau Pinang.

Mendahului Pulau Pinang adalah Selangor yang telah dibuat sejak Mac 2009. Ketelusan kerajaan Pakatan Rakyat seperti inilah yang menyebabkan orang-orang seperti Zah Hujan dan lain-lain tidak boleh mencari makan dalam Pakatan Rakyat termasuklah mendapatkan projek.


Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, exco yang paling tumpuan ialah ahli exco dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan.

Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 yang dibayar dengan pinjaman kerajaan.

"Rumah saya kepunyaan isteri kerana dia bekerja. Saya kini tinggal di sebuah rumah sewa. Rakan-rakan saya melawak bahawa sekiranya saya bergaduh dengan isteri saya, maka saya akan tidur di kereta," katanya.


Penulis melihat cara hidup YB Malik ini tersangatlah sederhana, yang mana betul-betul mengamalkan sikap berhemah dan berbelanja mengikut kemampuan dirinya sendiri.

Beliau yang merupakan Adun Batu Maung dalam Parlimen Bayan Baru (yang mana ahli Parlimennya Zahrain yang keluar PKR) adalah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna bagi Pulau Pinang.

Bayangkan beliau langsung tidak memiliki sebarang harta,tidak sepertimana wakil-wakil rakyat yang lainnya, hanya satu penggal naik menjadi Adun sudah mampu memiliki pelbagai kekayaan termasuklah banglo mewah dan sebagainya.

Tidak seperti Adun-adun Umno seperti Khir Toyo dan Adun Pelabuhan Klang suatu masa dahulu, mampu membina banglo bertaraf rumah agam dengan hanya menjadi Adun selama beberapa penggal. Malah di tempat penulis sendiri dalam satu Dun di daerah Dungun,Adunnya yang dahulu hanya pengusaha kecil yang mendapat pinjaman Tekun kini sudah mampu untuk membina banglo sendiri.

Orang seperti YB Malik inilah yang kita mahukan.Walaupun beliau layak untuk membeli sebuah rumah, beliau kekal sama seperti sebelum menjadi Adun. Pembelian kereta pula hanyalah kerana kereta lamanya sebuah Tiara mungkin tidak sesuai lagi digunakan yang mungkin sudahpun uzur. Malah, beliau membeli kereta baru pun dengan kaedah pinjaman bukannya cash seperti Adun lain.

Syabas YB Malik!

5 ulasan:

Anonymous,  January 12, 2012 at 5:51:00 PM PST  

inilah yg sepatut bagi seorang wakil rakyat namun perangai wakil rakyat berlumba-lumba menunjukkan kemewahan bkn saje berlaku dlm UMNO tapi dlm PR gak, contoh terdekat adun semantan temerloh pahang. Wakil rakyat PAS, seminggu menang PRU12 beli honda CRV danbaru2 ni tambah plak sebijik toyota Harrier baru. Rakyat cuma melihat dan menunggu masa utk menjatuhkan wakil2 rakyat sebegini, PR perlu lihat permasaalahan begini dan jgn amok mudah kerana ianya merosakkan imej parti dan PR.

Anonymous,  January 13, 2012 at 3:59:00 AM PST  

Malik Suara Itik penyembah Khalifah Guan Eng

Pigidah....

Anonymous,  January 16, 2012 at 10:30:00 AM PST  

Sain kito dah kembali... selamat menulis bos.... aku akan setie baco blog mung.....

-Sain lamo demo hok duk besut...

kamisokongpas | O | January 24, 2012 at 8:50:00 PM PST  

Terimo kasih saing lamo

Saing hok mano tu? hahaha
Ramai saing duduk Besut

Anonymous,  February 6, 2012 at 2:10:00 AM PST  

sain demo hok nail muto wave plat DAT..,, ngaji pasum

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP