This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

ISU HASAN ALI : PENYOKONG PAS TOLONG JANGAN MUNAFIK!

Monday, January 9, 2012

Semalam kita dikejutkan dengan pemecatan Dr. Hasan Ali oleh Tuan Guru Presiden selepas satu mesyuarat, satu keputusan yang berani oleh Pas yang sebelum ini dikritik sebagai bersifat berlembut terhadap isu Kerajaan Perpaduan beberapa tahun lalu.

Satu keputusan yang sememangnya telah dijangka. Ramai pihak yang sudah pasti bahawa Dr. Hasan akan diambil tindakan, namun untuk mengagak bahawa Dr. Hasan akan dipecat adalah agak mengejutkan. Sekurang- kurangnya ramai yang beranggapan beliau mungkin hanya akan diberi amaran ataupun digantung keahlian. Pun begitu, tindakan memecat Dr. Hasan ini adalah satu tindakan yang boleh dikatakan "tidak untung dan tidak rugi".

Mengapa penulis menganggap tindakan ini tidak menguntungkan Pas? Kerana dalam suasana hampir ke arah pilihanraya, konflik seterusnya ke atas pemecatan ini adalah krisis lain terhadap jawatan Exco Agama yang disandang oleh Hasan.Apakah beliau dengan penuh tanggungjawab akan melepaskan jawatan itu, atau akan ada satu lagi manipulasi isu selepas ini? 

Namun, tindakan Pas membuang duri dalam daging ini pada satu sisi lain memberikan satu kekuatan kepada Pas. Hal ini kerana Pas akan dilihat lebih berani selain menyingkirkan terlebih dahulu liabiliti mereka sebelum menjelang PRU 13. Sekiranya Pas terus berdiam diri terhadap Hasan sehingga PRU 13, adalah dikhuatiri beliau melakukan sabotaj pada waktu menjelang PRU - sesuatu yang perlu dikhuatiri dengan penuh berhati-hati.

Sesungguhnya, pemecatan Dr. Hasan telah membawa kepada pelbagai perspektif dari seluruh pihak baik dari seluruh pihak, ada yang menyokong dan tidak kurang pula yang berkecuali. Yang menentang pun hanyalah geng-geng songkok tinggi yang kerjanya asyik mengkondem Pas.

Pun begitu, ada sedikit perkara yang menyebabkan penulis berasa tidak "berkenan" dengan tindakan segelintir penyokong Pas baik di blog dan facebook yang mula mengeluarkan cerita-cerita buruk mengenai Dr. Hasan Ali.

Tidaklah mahu penulis nyatakan pihak mana, tapi beberapa jam sahaja selepas Dr.Hasan dipecat, keluar cerita dan status yang menyatakan bahawa surat perlantikan Dr.Hasan sebagai MB Selangor selepas PRU 12 masih di tangan Presiden Pas yang menunjukkan bahawa Dr. Hasan seorang yang gila kuasa.

Kemudiannya timbul pula dakwaan bahawa Hasan Ali pernah meminjam wang daripada Harakah beberapa tahun dahulu untuk membayar hutang dan kemudiannya menerima pula tajaan daripada SYABAS atas dasar sogokan dan rasuah.

Penulis melihat, tidak mustahil akan ada beberapa pendedahan lain selepas ini mengenai keburukan Hasan Ali. Jika ini masih berlaku, persoalan penulis adalah, APA BEZANYA PAS dan UMNO?

Sebelum ini, apabila ada sahaja pemimpin BN yang meninggalkan parti, maka selepas itu akan timbullah pelbagai cerita buruk mengenai mereka. Contohnya, apabila sahaja SAPP meninggalkan BN Sabah pada tahun 2008, tanpa berlengah SPRM telah membuka kertas siasatan ke atas Yong Teck Lee.

Persoalannya sekarang, sekiranya politik seperti ini turut dimainkan oleh Pas dan Pakatan Rakyat, apa bezanya kita dengan BN? Selamat berfikir dan selamat beramal!

HBA,
Jitra-Kedah.

4 ulasan:

Anonymous,  January 9, 2012 at 1:55:00 AM PST  

Sapa yang kluarkan statement tu? Ajk pas atau blogger ja.. Sila tunjuk bukti anda.. Jangan main tuduh ja.. Mana anda ketika hassan ali serang pas? Mana anda ketika hassan ali malukan TGNA? Jangan jadi munafik..

ju January 9, 2012 at 4:24:00 AM PST  

apa yg penting watak yg akan menrosakkan perpaduan PR perlu disingkirkan demi malaysia

Anonymous,  January 9, 2012 at 7:02:00 PM PST  

watak seperti hassan ali & nasa patut dibuang lebih awal..bukan atas desakan rakan parti tapi lebih utk jaga keamanan di 'rumah' sendiri..kpd penyokong pas yg lain teruskan perjuangan..janji Allah itu adalh benar..

kamisokongpas | O | January 9, 2012 at 9:53:00 PM PST  

Kepada Anon 1.55 am...

sila tengok tajuk posting saya yang kat atas tu...

saya kata PENYOKONG pas bukannya PEMIMPIN pas... ini zaman Facebook dan internet...

saya malas buruk-burukkan sesiapa

Saya tidak menyokong Hasan Ali tapi untuk memburukkan seseorang seperti perangai itu janganlah...

dia dah pun disingkirkan, tak perlulah nak diaibkan dia lagi

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP