This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

RIBUAN PENDUDUK AMPANG TOLAK SUMPAH DATUK T,BERI SOKONGAN KEPADA ANWAR

Sunday, May 1, 2011

Dua malam yang lalu,yakni hari Jumaat yang lepas,aku berkesempatan untuk menghadiri satu siri ceramah umum yang agak besar di kawasan Pekan Ampang,menampilkan beberapa orang pimpinan tertinggi PKR termasuk Ketua Umumnya,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Timbalan Presiden YB Azmin Ali,Naib Presiden YB Tian Chua, Ketua Wanita yang juga Ahli Parlimen Ampang YB Zuraida Kamarudin,Adun Ba Kelalan YB Baru Bian dan Adun Lembah Jaya YB Khasim bin Abdul Aziz (Pas).

Bermula dari Ampang Point di pinggiran MRR2 sehingga ke Pekan Ampang,bendera PKR dan Pas disusun berselang-seli di kiri kanan jalan menandakan bahawa ceramah yang diadakan pada malam tersebut adalah agak "besar",apatah lagi ketika itu heboh mengenai sumpah laknat Datuk Eskay pada sebelah siangnya di Sentul.

Ketika hadir di perkarangan kawasan ceramah di Dewan Nusa Bakti,kawasan tersebut sesak teruk dengan dipenuhi oleh kereta dan motorsikal yang diparkir di kiri dan kanan jalan selain kewujudan gerai-gerai peniaga di situ.Ceramah pada malam tersebut yang berkisar tentang Pilihanraya Negeri Sarawak bagaimanapun tenggelam dek isu sumpah laknat dan fitnah zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut.

Ketika hadir sekitar jam sepuluh malam,aku dapati penceramah yang sedang berucap ketika itu adalah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Batu,YB Tian Chua.Pelbagai perkara disentuh oleh beliau,namun apa yang menarik perhatianku adalah bagaimana kehadiran daripada penduduk di kawasan Ampang sangat memberangsangkan.Untuk pengetahuan pembaca,ceramah tersebut diadakan di dalam sebuah dewan serbaguna di mana pentas ceramahnya berada di dalam dewan.

Pun begitu,sebuah layar besar dipasang di perkarangan sebuah gelanggang kecil di tepi dewan bagi memudahkan para pendengar yang tidak berpeluang untuk masuk ke dalam dewan melihat wajah para penceramah pada malam tersebut.Sumber Keadilandaily melaporkan bahawa ribuan hadir pada ceramah pada malam tersebut manakala Malaysiakini memberikan angka sekitar 1500 orang.Bagi aku sendiri, kehadiran yang dapat aku katakan adalah sangat baik,mungkin disebabkan ianya diadakan pada malam minggu.

Ceramah pada malam itu dilihat beralih kepada isu sumpah laknat Datuk Eskay apabila seorang ustaz yang telah datang menegur Datuk Eskay sebelum dia bersumpah turut memberikan ceramahnya pada malam itu. Nama ustaz tersebut adalah Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz,Mantan Imam Masjid Bukit Damansara Petaling Jaya.

Pun begitu,apa yang menariknya pada malam itu,di samping jumlah pendengar yang agak ramai,kehadiran pelbagai lapisan umur,kaum dan jantina adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.Walaupun di luar dewan ketika itu dalam keadaan hujan rintik-rintik,ramai anak muda yang masih di tahap sekolah menengah datang ke ceramah tersebut.Selain itu,kehadiran pendengar secara berkeluarga juga dapat dilihat dalam ceramah tersebut sehingga ada yang membawa bayi seusia lima enam bulan dengan menaiki beca.

Dengan kehadiran pelbagai lapisan umur daripada kaum Melayu,Cina dan India,suasana ini dilihat mampu memberi kegerunan kepada Umno dan Barisan Nasional khususnya di kawasan Parlimen Ampang,sebuah kawasan yang dahulunya adalah kubu kuat Umno di Selangor.Tanpa dibayar atau diberi nasi bungkus,mereka datang secara beramai-ramai memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat,terutamanya Anwar yang terus diasak kiri dan kanan dengan pelbagai rekayasa fitnah jahat Umno.

Apapun,beberapa keping gambar yang diletakkan bersama dalam entri ini mungkin boleh memberikan kepada kita mengenai gambaran sebenar solidariti rakyat Ampang terhadap perjuangan Pakatan Rakyat di Selangor.

Para pendengar melimpah hingga ke luar dewan

Suasana di dalam Dewan Nusa Bakti

Orang ramai mula memenuhi ruang luar sekitar jam 10

pelbagai lapisan masyarakat hadir

YB Tian Chua menyampaikan ceramah,kelihatan di belakangnya
Ustaz Shamsul Firdaus Al Hafiz

Ceramah YB Azmin Ali Timbalan Presiden PKR

Ceramah kemuncak Anwar Ibrahim












Read more...

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP