This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

UST.MOHD NOR HAMZAH,PENGGANTI TUAN GURU HAJI HADI DALAM PEMBIKINAN

Thursday, April 28, 2011

Dua hari yang lalu,aku berkesempatan hadir mendengar ceramah tiga orang kuat Pemuda Pas,Ustaz Azman Shapawi,Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ketua Pemuda Pas Terengganu,Ustaz Mohd Nor bin Hamzah di Petaling Jaya Selatan.Apa yang menariknya,ceramah pada malam itu bukan sahaja didominasi oleh golongan ustaz,tetapi juga kesemua mereka adalah anak jati negeri Terengganu,di mana Ustaz Mohd Nor adalah Adun Bukit Payong,Ustaz Azman Shapawi pula adalah mantan Adun Rantau Abang manakala Ustaz Ridhuan berasal dari Besut Terengganu.

Sebelum daripada ceramah tempoh hari,aku pernah beberapa kali sebelum ini mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azman dan Ustaz Ridhuan tetapi tidak pula berkesempatan untuk mendengar ceramah yang diberikan oleh Ustaz Mohd Nor.

Malam itu,pertama kali aku mendengar ceramah Ustaz Mohd Nor aku merasakan bahawa gaya dan perwatakannya dalam berceramah hampir sama dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi.Dengan loghat Terengganu,nada percakapan dan isi-isi dalam percakapan,aku rasa inilah Haji Hadi ketika mudanya dahulu.



Mungkin persamaan itu wujud memandangkan kedua-dua mereka adalah lepasan Al-Azhar Mesir.Malah, Ustaz Mohd Nor juga dikhabarkan telah belajar dan menetap di Mesir selama hampir sepuluh tahun lamanya.
Keilmuan yang ada padanya juga menyebabkan beliau diberi kepercayaan untuk menggantikan Tuan Guru dalam menyampaikan kuliah pagi Jumaat mingguan sekiranya Tuan Guru tidak dapat hadir dan berada di luar kawasan.

Sesungguhnya Pas tidak ketandusan calon pengganti daripada kalangan ulamak,lebih-lebih lagi daripada negeri Terengganu khususnya dan Pantai Timur umumnya.Jika para pembaca tidak percaya,carilah rakaman video Ustaz Mohd Nor dan anda pasti akan dapat mencari Tuan Guru Abdul Hadi dalam diri Ustaz Mohd Nor Hamzah.

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP