This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

UMNO PASIR PUTEH PUAK GILA GLAMOR DAN TERDESAK MAHU MENANG PRU13

Wednesday, April 6, 2011

Nak tahu Umno Bahagian mana yang paling gila glamour?Jawapannya adalah Umno Pasir Puteh.Mengapa aku berkata demikian?Tentunya ada asas yang boleh menjawab persoalan yang aku kemukan sebentar tadi.Ya, sebuah Bahagian Umno yang terletak di pesisir Pantai Kelantan,bahagian yang diketuai oleh ketuanya yang bernama Zawawi Othman.

Biar aku tegaskan di sini,Umno Pasir Puteh,atau selepas ini akanku panggil sebagai UPP,bukan sahaja kuat kegilaannya dalam mencari glamour,tapi lebih daripada itu terdesak untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Ah!Mungkin sahaja yang menganggap aku salah teka.Masih ada beratus bahagian Umno yang lain,kenapa perlu Pasir Puteh?Mengapa tidak Umno Pekan atau Umno Pagoh?Atau mungkin Marang dan Permatang Pauh?Tapi kenapa Pasir Puteh ya?

Biar aku jelaskan di sini.Bahagian Umno lain,seringkali kita dengar mengadakan program STP - Selamat Tinggal Pas seperti di Besut satu masa dahulu.Masa Pas memegang kuasa di Terengganu,ada sahaja program Selamat Tinggal Pas.Pun begitu,apa yang dilaporkan akhbar nampaknya logik,di mana sekali keluar dikhabarkan seramai 50 hingga 60 orang.Habis-habis dua atau tiga ratus ahli.Tapi kegilaan Umno Pasir Puteh ini lebih.Sekali keluar,diumumkan seramai 1800 orang ahli Pas keluar parti semenjak Januari 2011 hingga Februari!


Wah,kemudiannya keluar dan menyertai Umno.Sepatutnyaa,Umno Pasir Puteh boleh menang anugerah Bahagian paling berjaya mencari ahli baru.Malah,ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbadanan Tok Bali satu masa dahulu,Adun Semerak YB Wan Hassan menyindir Umno Pasir Puteh dengan ungkapan yang lebih kurang begini bunyinya,"Sekiranya beribu-ribu ahli Pas keluar parti di Pasir Puteh,nampaknya tinggal ambo sorang sahaja ahli Pas di Pasir Puteh",disambut dengan tepukan meja dari penyokong kerajaan dalam Dun Kelantan.

Begitulah hebatnya Umno Pasir Puteh dalam mencipta gimik.Malah,bukan sekali dua mereka menyuruh Utusan Malaysia melaporkan berita keluar parti ini,tetapi berkali-kali,hingga kadang-kadang nampak sangat menipunya.

Lihat,keratan di 1800 ahli keluar parti bertarikh 26/2,
ini 26/3 pula

Sekadar berkebetulan ataupun tidak,Umno Pasir Puteh ini nampaknya hebat.Sudah dua bulan berturut-turut sejak Februari mereka melaporkan berita ahli Pas keluar parti.Apa yang peliknya,setiap berita yang dilaporkan mempunyai tarikh yang sama iaitu 26 Februari dan 26 Mac.Tunggulah 26 April nanti,mana tahu sepuluh ribu pula ahli Pas yang keluar di Pasir Puteh.(Ramai juga ahi Pas Pasir Puteh ya.)

Dan hari ini pula,satu lagi berita bergambar yang menyayat hati telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia mengenai Umno Pasir Puteh:

Bekas penyokong kuat Pas, Aziz Jusoh (kiri) bersama Saidi Hussin
ketika membuat pengakuan tentang ketaksuban ahli Pas terhadap
 pemimpin mereka  sehingga memecah-belahkan umat Islam,
 pada majlis Selamat Tinggal Pas, di Kampung Gong Tinggi,
Pasir Puteh, Kelantan. - Utusan/TOREK SULONG

Kah kah kah.....apalah yang bangangnya Umno Pasir Puteh!Kenapalah mereka cuba memberi publisiti murahan kepada Saidi Hussin.Nampaknya ada "chance" Saidi bertanding di Dun Selising PRU 13.

Apabila Saidi yang rupanya antara pemimpin Umno Pasir Puteh muncul dan tampil memburukkan Pas, maka makin pecahlah tembelang puak-puak pengampu Umno di Pasir Puteh.Apapun,bagi aku Umno Pasir Puteh tetap Bahagian Umno paling gila glamour di Malaysia!

CALON UMNO DUN SELISING
PRU 13






2 ulasan:

Anonymous,  April 6, 2011 at 1:31:00 AM PDT  

natey saidi gilo glamor nok mapuh...duk tuduh ore berzina...baso jkkk bengong

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP