This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

TIMB.MENTERI BERKIAS-KIAS,PETANDA RON95 MAHU NAIK HARGA LAGI!

Sunday, April 24, 2011

Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang penuh berkias-kias,selain gemar menggunakan bahasa tinggi yang tidak tercapai dek akal orang kampung dan mak cik Felda.Malah,orang yang dapat pangkat satu dalam SPM pun belum tentu boleh memahami ayat-ayat yang digunakan oleh Pak-pak Menteri di Malaysia.Perkataan seperti tranformasi,rasionalisasi,transisi,glokal adalah terlalu mengada-ada walhal isinya tidak seberapa.

Malah apa yang memalukan,kerajaan sebelum ini pernah mengarahkan media untuk menulis perkataan Barang Naik dalam akhbar sebaliknya menggunakan perkataan "Rasionalisasi Subsidi" yang kononnya tidak akan menyusahkan rakyat dan lebih sedap didengar.Walhal,naik tetap naik!Bukanlah dengan menukar perkataan sebegitu maka harganya jadi turun.

Hambo masih ingat ketika hambo tinggal di Besut sekitar tahun 2006.Ketika itu harga barang naik gila-gila sehingga menyebabkan penarikan subsidi dilakukan.Tahukah anda apa yang dilakukan oleh kerajaan pada masa itu untuk menyedapkan hati rakyat?Habis simpang empat utama di Besut dinaikkan dengan papan tanda yang menunjukkan kebaikan penarikan subsidi.Ditunjukkan gambar aiport yang sedang dibuat,gambar stadium yang masih belum runtuh,gambar highway yang tidak siap-siap dengan slogan utama yang berbunyi "Pengurangan Subsidi Mampu Meningkatkan Pembangunan Negara."

Kini,tidak lagi kita mendengar slogan seperti itu.Mungkin hilang bersama Pak Lah dan Idris Jusoh,seperti hilangnya bumbung stadium dari tergantung di angin.

Kini,desas-desus "penyelarasan subsidi" kedengaran lagi.Setelah minyak petrol RON97 yang telah dilepaskan subsidinya naik berkali-kali,minyak petrol RON95 pula berada dalam keadaan "perlu diselaraskan" kerana kerajaan tidak mampu lagi untuk menanggung beban subsidi yang kononnya terlampau banyak itu.

Khabar angin telahpun menyatakan bahawa minyak RON95 berkemungkinan naik selepas berakhirnya Pilihanraya Kecil Merlimau dan Kerdau,namun terpaksa ditangguhkan sehingga berakhirnya pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Dan kini,pilihanraya negeri Sarawak telahpun selesai.Maka,"signal-signal" awal yang bakal membawa kita petanda kepada kenaikan harga RON 95 sepatutnya telah mula diambil peduli oleh kita semua.

Apapun,kewaspadaan hambo ada asasnya apabila berita di televisyen semalam telahpun menyiarkan kenyataan berkias-kias Timbalan Menteri Perdagangan Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Tan Lian Hoe pada Jumaat yang mengajak rakyat supaya Bersedia Hadapi Pengstrukturan Subsidi.

Ketika berucap di Johor Bahru,Tan berkata rakyat perlu menerima hakikat untuk bersedia dengan pengstrukturan subsidi kerana Malaysia semestinya akan menerima tempias daripada kenaikan harga barang yang tidak menentu di peringkat global.

Tambah Tan,kerajaan pada masa ini terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM14 bilion setahun di mana pada tahun lalu sahaja,pihaknya terpaksa menanggung subsidi mengawal harga barang kawalan sebanyak RM10 bilion.Oleh itu,dengan kenaikan harga petrol di pasaran,kerajaan terpaksa menanggung tambahan 4 bilion dalam pemberian subsidi kepada rakyat.

Apapun,ayat skema yang digunakan kerajaan untuk menyedapkan hati rakyat adalah,"harga barangan di negara kita masih terkawal jika hendak dibandingkan dengan negara-negara jiran."

Oleh itu,nasihat hambo pada semua,bersedialah dengan hati yang pasrah akan kenaikan harga minyak RON95 selepas ini.Menteri sudah beri kiasan,takkan tak faham lagi?

2 ulasan:

Pak Mat Skru,  April 23, 2011 at 11:53:00 PM PDT  

Kalau naik Tima Kasih sebab tu kami Tak Sabaq tunggu PRU Ke 13...

RemBat© April 25, 2011 at 2:30:00 PM PDT  

Askum Tuan Rumah
Mohon link blog kartun dari milo suam :
kartunjahanam.blogspot.com

Terima Kasih.

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP