This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

TIGA KERUSI BERPOTENSI CALON MUSLIM PAKATAN RAKYAT : SARIBAS,BETING MARO DAN SADONG JAYA

Sunday, April 10, 2011

Saribas,Sadong Jaya dan Beting Maro.Tiga buah kerusi Dun yang penulis anggap agak panas menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke 10 nanti.Atas kertas,Pas telah meletakkan dua orang calonnya di Sadong Jaya dan Beting Maro manakala PKR pula mengekalkan status quo mereka di kawasan Saribas.

Dalam Pilihanraya Negeri 2006,sembilan kerusi telah gagal dipertahankan oleh Barisan Nasional Sarawak iaitu enam untuk DAP,satu untuk PKR,satu untuk SNAP manakala satu lagi dimenangi oleh calon Bebas.Berikut adalah kerusi yang dimenangi oleh pembangkang dalam tahun 2006:


Tiga kerusi yang sangat berpotensi untuk menang,maka tidak hairanlah apabila Pas dan PKR meletakkan yang terbaik bagi merampas kerusi ini daripada PBB.Di Beting Maro dan Sadong Jaya,calon Pas iaitu Abang Mat dan Abang Eddy dilihat antara pimpinan muda yang mampu menjadi wakil Islam yang baik dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.Manakala di Saribas pula,PKR meletakkan Abang Zulkifli Abang Engkeh sebagai calon mereka.

Tiga Abang : dari kiri Abang Zul,Abang Eddy dan Abang Mat Jr.
Banyak pihak yang memberi tumpuan kepada kempen DAP yang khabarnya berjaya menarik majoriti masyarakat Cina bagi menyokong Pakatan Rakyat di Sarawak.Bagi penulis,itu masih bukan satu isu besar, terutamanya apabila teras masyarakat Sarawak iaitu Bumiputera yang meliputi Iban dan Melayu Melanau masih kekal bersama BN.Hal ini kerana dua kelompok ini menjadi kunci penentu kepada undi terhadap Pakatan Rakyat.

Secara ramalan.DAP dan calon Cina PKR mungkin berjaya menambah beberapa kerusi majoriti Cina seperti di Miri dan Sibu,namun adakah itu satu kejayaan yang bermakna buat perjuangan Islam dan Pas itu sendiri? Bagi penulis,Pas perlu menang dan menghantar sekurang-kurangnya satu wakil Bumiputera Islam bagi membawa isu-isu Islam yang tidak begitu diberi penekanan di Sarawak.Jika diikutkan PBB yang otaknya semacam dicopy daripada Umno,Islam itu dikira cukup bila didirikan banyak masjid,ada Tabung Haji dan tiap-tiap tahun diagihkan zakat kepada asnaf.Sekadar itu.

Untuk itulah,wakil Pas perlu masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi menggesa diberi kefahaman sebenar Islam yang masih kurang kepada masyarakat Muslim Sarawak,selain mengangkat isu keruntuhan moral masyarakat Islam di Sarawak.

Dan pakej ini dilihat ada pada calon-calon berpotensi menang Pas dan PKR,di mana Abang Zul (PKR-Saribas) adalah lulusan Ijazah Sains Sosial Universiti Putra Malaysia,Abang Mat (Pas - Beting Maro) pula adalah seorang peguam yang aktif dalam NGO Islam,manakala Abang Eddy pula adalah lulusan Diploma Kepimpinan dari Institut Dakwah.

Selain mereka,calon Muslim berlatarbelakangkan agama dari PKR adalah calon Samariang,Zulrusdi Mohd Hol (mantan pensyarah UIAM),Ahmad Nazib Johari (Satok) lulusan Syariah Universiti Malaya,Arip bin Ameran (Asajaya) juga lulusan Syariah Universiti Malaya dan Abang Ahmad Arabi (Lingga) seorang lulusan falsafah dari Universiti Al-Azhar Mesir.

Berdasarkan jumlah calon yang mempunyai pendidikan agama Islam yang agak tinggi dari Pakatan Rakyat, adalah menjadi satu harapan sekiranya mereka menang untuk membela dan mengangkat nasib umat Islam di Sarawak.Untuk rekod,Menteri Muda Sarawak yang bertanggungjawab dalam soal Agama Islam sekarang adalah Adun Tupong,Datuk Daud Abdul Rahman.

Berbalik kepada peluang Pakatan Rakyat di tiga kerusi majoriti Muslim - Saribas,Beting Maro dan Sadong Jaya,ramai pihak optimis bahawa Pas boleh menang di kawasan tersebut.Azmin Ali misalnya, dilihat memberi tumpuan yang lebih di Saribas,begitu juga dengan Pas di mana para pimpinan tertinggi Pas termasuk Tuan Presiden memilih Sadong Jaya ketika menyertai perarakan calon baru-baru ini.

Malah,jika PBB berasa kuat,masakan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal sanggup memberikan lebih tumpuan di Sadong Jaya sehingga membuat janji RM14 juta untuk pembangunan di Sadong Jaya?Ini menunjukkan mereka berasa takut akan kemampuan Pas di sana.

Begitu juga di Beting Maro.Personaliti calon Pas Abang Mat Jr. seorang anak muda yang berkelulusan tinggi mampu memberikan yang terbaik buat rakyat di kawasan terbabit.Malah,peluang Pas di Beting Maro dilihat sangat cerah apabila berlaku perpecahan dalam kalangan anggota parti PBB di kawasan Beting Maro.

Hal ini kerana,pencalonan calon PBB,Razali Gapor tidak mendapat persetujuan akar umbi di kawasan terbabit,di mana mereka sebaliknya mahukan calon pilihan mereka Mohd Eden Mohd Ali sebagai calon di kawasan terbabit.

Di Saribas pula,sudah diketahui bahawa PKR sebenarnya hampir menang pada tahun 2006 apabila tewas dengan majoriti kurang daripada 100 undi sahaja.Oleh itu,eloklah kiranya penulis membawakan kembali keputusan PRN 2006 di ketiga-tiga kawasan untuk tatapan kita bersama:




Bersama-samalah kita menanti kelahiran wakil rakyat Muslim Pakatan Rakyat pertama di Sarawak!

1 ulasan:

BZ,  April 10, 2011 at 3:20:00 AM PDT  

Berhatix dengan SPR yang akan melakukan apax saja
untuk menafikan hasrat murni rakyaat sarawak ini!!

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP