This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PROJEK "ROBOT TRANSFORMER" MAT SAID KINI JADI GAJAH PUTIH?

Wednesday, April 20, 2011

Awal Februari lalu,kerajaan Terengganu Darul Iman telah memperkenalkan sistem Parking Automatik "Rotary Type" di tengah-tengah pusat perbankan Bandaraya Kuala Terengganu di Jalan Batas Baru.Sememangnya kawasan tersebut dianggap sebagai antara kawasan tersibuk di Bandaraya Kuala Terengganu kerana di kawasan terbabitlah terletaknya kebanyakan ibu pejabat bank cawangan di Terengganu,selain pejabat-pejabat negeri dan Persekutuan.

Oleh itu,masalah parking sememangnya menjadi masalah yang agak besar di kawasan terbabit.Di era kerajaan Mat Said selaku Menteri Besar,beliau akhirnya bersetuju untuk menggunakan teknologi Korea (kurang pasti antara China dan Korea) untuk membina sebuah sistem parkir yang canggih,sistematik dan meminimakan jumlah penggunaan tanah.Mat Said ketika merasmikan pembukaan parking bertingkat itu nyata berbangga kerana Terengganu menjadi negeri pertama di Asia Tenggara yang menggunakan sistem parking ini.



Projek yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM9.8 juta itu mengenakan caj RM2.50 untuk sejam pertama sesebuah kereta dan RM1.00 untuk sejam yang berikutnya.

Ketika kali pertama melihat struktur parking tersebut,ramai yang tidak mengetahui binaan tersebut adalah sebuah tempat meletak kenderaan.Malah adalah tidak hairan jika mereka yang tidak mengetahui perkara tersebut menganggapnya sebagai sebuah generator TNB!Bagi penulis sendiri,cukuplah jika penulis menggelarkannya Robot Transformer Mat Said.

Sebenarnya penulis menyokong apa sahaja pembangunan selagi ia memberi manfaat kepada rakyat di Terengganu.Pun begitu,akhir-akhir ini telah timbul cakap-cakap yang mengatakan bahawa projek parking canggih itu bakal menjadi satu projek gajah putih di Terengganu.Sejauh mana kebenarannya tidaklah pula penulis ketahui.Namun,jika ianya berlaku sekalipun,adalah tidak mustahil untuk ianya menjadi sebuah projek gajah putih.Mengapa?

Berdasarkan beberapa siri laporan oleh media lokal di Terengganu,khabarnya projek parking bertingkat itu kurang mendapat sambutan daripada para pemandu di sekitar bandaraya tersebut.Malah,caj perkhidmatannya yang mahal juga menjadi faktor kenapa ianya tidak mendapat sambutan.Sebagai contoh, sekiranya seseorang pekerja pejabat di kawasan tersebut memarkir keretanya di kawasan tersebut,dia terpaksa untuk membayar hampir sepuluh ringgit untuk lapan jam sehari semata-mata parking di tempat canggih tersebut.

Perlu diakui,bahawa mentaliti rakyat Terengganu bukanlah seperti rakyat Pantai Barat yang advanced.Rakyat Terengganu masih hidup dalam kesederhanaan tradisional.Parking automatik adalah dilihat terlalu canggih buat rakyat.Biarpun agak tidak enak bunyinya,tapi perlulah juga diakui bahawa rakyat Terengganu masih menebal dengan mentaliti hendak murah dan free.Kalau tidak percaya,lihatlah bagaimana Pasaraya Mydin Why Pay More diserang beribu-ribu warga Kuala Terengganu setiap hari.

Dan jika benar projek parking bertingkat tersebut bakal menjadi satu projek gajah putih semata-mata,ini adalah bertitik tolak daripada kegagalan pihak MBKT untuk mempromosikan sistem parking ini secara menyeluruh.Bayangkan,masih ramai yang tidak tahu menahu akan kewujudan sistem sebegini,selain rakyat sendiri tidak yakin akan jaminan keselamatan kereta mereka di sana (yalah,Terengganu kan terkenal dengan jolokan Darul Runtuh).

Selain itu juga,tindakan pengusaha parking bertingkat ini yang terus mengenakan bayaran pada hari pertama tanpa ada promosi percuma untuk sekurang-kurangnya tempoh seminggu menyebabkan ramai yang mengatakan,"ah parking mahal serupa bedil.Baik aku parking atas darat dari parking atas angin!"

Rentetan daripada itu,maka tidak hairanlah bila Buletin Online.net melaporkan bahawa projek itu hanya mampu mengutip RM300 sebulan daripada operasi mereka.Jika ini benar-benar berlaku,nampaknya hendak bayar gaji pekerja pun tak lepas.

Untuk bacaan tambahan pembaca bagi memahami isu ini,beberapa artikel berkaitan disisipkan penulis, mengapa projek ini bakal menjadi projek gajah putih di Kuala Terengganu:

Parking bertingkat hanya kutip RM300 hingga Mac?
Parkir Mat Said Lawan Parkir Lim Guan Eng
Projek Letak Kereta Bertingkat Bakal Jadi Gajah Putih

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP