This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PAKATAN RAKYAT PERLU AKUI BAHAWA MEREKA KEKURANGAN UNDI MELAYU

Tuesday, April 26, 2011

Ketika mengulas mengenai pergerakan undi mengikut kaum dalam Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, Ketua Biro Strategi PKR Rafizi Ramli menepis dakwaan bahawa hanya kaum Cina sahaja yang beralih sokongan terhadap Pakatan Rakyat tetapi juga kaum-kaum lain.

Menurut Rafizi,berdasarkan statistik yang dibuat oleh PKR,mereka mendapati 26 kerusi yang ditandingi mereka menunjukkan peningkatan drastik pertambahan undi daripada 0.1 peratus di Machan sehingga ke 31.4 peratus di Meluan,sebuah kawasan majoriti masyarakat Iban.Malah,peningkatan undi ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan DAP yang mengalami peralihan sekitar 4 peratus undi dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Kenyataan Rafizi itu senada dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa hasil peralihan daripada kaum selain Cina,DAP mampu untuk menguasai dua belas kerusi,di mana hanya terdapat enam kerusi majoriti Cina sahaja yang ditandingi DAP.Malah menurut Lim, peningkatan di kawasan Bumiputera menunjukkan kenaikan sehingga melebihi 30 peratus di kawasan yang dimenangi oleh DAP.

Ulasan Peribadi Penulis

Berdasarkan post mortem yang dibuat oleh PKR dan DAP tersebut,mungkin angka-angka dan data yang telah dikeluarkan mereka adalah betul dan terperinci.Nampaknya,PKR dan DAP dilihat senada dalam menepis dakwaan bahawa hanya pengundi Cina sahaja yang melakukan perubahan di Sarawak.Dakwaan ini mungkin benar tetapi tidak tepat.Hal ini kerana PKR juga telah berjaya menang di dua buah kawasan majoriti Dayak di Krian dan Ba Kelalan.Begitu juga dengan DAP yang mula memenangi kawasan-kawasan campuran di Sarawak.

Jika dilihat daripada laporan yang dibuat oleh Rafizi Ramli,didapati bahawa sokongan terhadap PKR di kawasan yang ditandingi mengikut pecahan kaum adalah seperti berikut:


Mengikut dapatan PKR tersebut,kaum tertinggi yang menyokong PKR adalah kaum Cina (65 peratus),diikuti oleh Orang Ulu (39 peratus),Iban (32 peratus),Bidayuh(26 peratus) dan Melayu Melanau (19 peratus).

Apa yang ingin penulis tekankan di sini adalah bagaimana Orang Melayu masih lagi jauh untuk menyokong Pakatan Rakyat di mana sokongan tertinggi yang diberikan kepada calon PKR hanyalah sekitar 35 peratus.
Oleh itu,penulis percaya bahawa kunci utama kekalahan Pakatan Rakyat di kesemua kerusi PBB,di mana tiada calon PBB tumbang adalah disebabkan orang Melayu masih setia bersama dengan Barisan Nasional.

Penulis beranggapan bahawa kita semua telah sedia maklum akan kelemahan ini,dan sekiranya Pakatan Rakyat masih belum mahu mengakuinya secara terbuka sekalipun,diharapkan mereka sedar keadaan ini dan memperbaikinya dengan seberapa segera yang boleh.

Jika ditanya pandangan peribadi penulis,sebenarnya Pakatan Rakyat bukanlah kehilangan undi Melayu tetapi masih belum mampu untuk menambah undi Melayu.Retorik Umno yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat kehilangan undi Melayu adalah tidak benar kerana diketahui bahawa orang Melayu masih belum menyokong Pakatan Rakyat sepenuhnya dalam PRU 12 yang lalu.

Atau dalam cakap mudah,Macam Mana Boleh Kata Hilang Kalau Kita Masih Belum Dapat? Di sinilah kuncinya.

Oleh itu,kita semua perlu akui bahawa undi Melayu itu masih kurang condong kepada Pakatan Rakyat.Justeru,Rafizi Ramli sebagai seorang strategist dalam PKR sendiri perlu melakukan sesuatu untuk menarik undi Melayu.Malah,Rafizi semestinya tahu bahawa di kawasan beliau sendiri iaitu Kemaman,undi Melayu untuk PKR masih kurang kerana di situlah Umno mendabik dada bahawa mereka mempunyai keahlian teramai seluruh Malaysia di kawasan Kemaman.

1 ulasan:

otaklunyai April 26, 2011 at 6:28:00 PM PDT  

apa boleh buat, deal dgn bangsa yg banggang... cuma usaha je lah... bagi tau kebenaran. hidayah dan petunjuk datang dari Allah... Allah hanya beri kepada bangsa yg nak berubah... kalau melayu ni ada sikit susah... Majal tak habih... boddoh dari dulu kini dan selamanya...

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP