This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

OI PAPA GOMO,APA KAU INGAT RAJA-RAJA GILA SEKS MACAM KAU KE?

Sunday, April 3, 2011

Nak kata pandai,tak berapa nak betul.Nak kata bodoh,memang ada gaya.Itulah kebodohan sesetengah pihak (baca pencacai tegar Umno Apco) dalam isu Video Seks yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim.Aku sebagai seorang penulis suka-suka tidak pernah menyokong atau memuja-muja Anwar,tapi kalau sudah ke tahap ini,terpaksalah aku bercakap mengenai perkara ini.

Semenjak hebohnya penayangan video lucah tajaan Rahim Thamby Chik dan Eskay baru-baru ini,maka aku lihat ramailah para pengampu Bik Mama yang mengeluarkan kenyataan sesedap hati mereka.Antaranya adalah Al Syeikh Wal Imamul Jihad AlMelayu,Zulkifli Nordin.Bukan kemain lagi si pejuang Islam ini bercakap,kononnya dia yakin bahawa memang 110% Anwar Ibrahim yang ada di dalam video seks tersebut.

Zul Nordin itu,aku boleh terima lagi.Tapi yang aku lagi tak berapa nak boleh bla ini adalah apabila dua orang blogger haprak Papa Gomo and the gang berkokok isu ini siang dan malam bercakap perkara ini.Aku pun kesian juga kepada keluarga dan anak bini si Gomo ini.Kerjanya 24 jam duk mengingatkan tentang panjang anu Anwar,samada Anwar ada bulu kemaluan ataupun tidak,selain sibuk bercerita mengenai adegan seks di ranjang tersebut.Malah,tanpa segan silu pula mengakui bahawa dia adalah satu-satunya blogger yang pernah menonton video lucah terbabit.

Aku masih ingat kata ustaz kat kampung aku.Seseorang yang melakukan dosa akan diampunkan Allah jika bertaubat,SELAGI DIA TIDAK BERBANGGA AKAN DOSA yang dilakukannya.Oleh itu,kau orang boleh pikirlah sendiri bagaimana dengan Si Gomo ni.Bagi dia,bercerita tentang lucah mucah ini tidak salah. Malah,berasa bangga pula kerana ranking blognya menjadi tinggi.

Satu lagi yang sibuk meroyan puak-puak pengampu ini adalah bagaimana mereka mendesak ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi membuktikan ketulenan video seks Anwar Ibrahim tersebut.Malah,di Facebook sekarang ini juga telah ada satu halaman yang memakai nama Rakyat Tuntut Suruhanjaya Diraja Video Seks.

Semasa di print screen,sudah ada 293 orang yang
malang menyukai halaman jahil ini

Entah apa yang jahilnya puak-puak ini dalam kehidupan mereka.Baik dari segi agama mahupun dari segi perundangan.Apa yang ada dalam kepala hotak mereka cumalah seks,seks dan seks.Minat bebenor mereka pada seks ni ya!Aku tengok sorang-sorang pun sudah kemaruk hendak melihat video seks Anwar Ibrahim. Jika aku jadi dia orang,pergilah ke Pejabat Risda di Jalan Ampang sana.Tunjuk kad keahlian Umno pada penyambut tetamu.Katakan sahaja mahu jumpa Rahim.Bila dah jumpa,pandai-pandai kau orang lah.

Berbalik kepada isu Suruhanjaya Diraja ini,saranan bodoh ini mula-mula disarankan oleh si Rahim Thamby Chik setelah dia terkantoi sebagai orang yang terbabit dalam penyebaran skandal video seks tersebut.Dalam sidang akhbarnya,dia menggesa diwujudkan sebuah suruhanjaya bagi membuktikan kesahihan video tersebut termasuklah dengan menjemput Datin Seri Wan Azizah,Tuan Guru Haji Hadi dan Lim Kit Siang menjadi ahli panel kepada suruhanjaya tersebut.

Kebodohan kenyataan tersebut kemudiannya diulang-ulang oleh para pengampu tegar Umno Apco saban hari seolah-olah bagai nak rak.Tapi yang tidak cerdiknya puak-puak ini,adakah dia tahu apa itu Suruhanjaya Diraja?Sebuah suruhanjaya yang terletak di bawah kuasa raja.Keputusannya pula akan dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.Apa puak pengampu ingat Raja-raja ini gila seks macam mereka ke?

Bagi aku,ini cukup biadap!Bukan sahaja kepada raja tetapi juga kepada semua.Memohon sebuah suruhanjaya mengenai seks dianggap seperti meminta Raja menjadi gila seks kerana sesebuah suruhanjaya perlu mendapat perkenan daripada baginda selaku pemerintah tertinggi dalam negara.

Buat pengikut-pengikut Umno yang suka cakap ikut sedap mulut,di sini aku tolong research pada kau orang mengenai apa itu SURUHANJAYA DIRAJA.Kau tahu?Konfem tak tahu.Mengampu tahulah.Berikut adalah hasil carian aku di Wikipedia:

Di negara-negara Komanwel,Suruhanjaya Diraja adalah satu pendengaran (inkuiri) umum mengenai sesuatu isu oleh sesebuah kerajaan yang memerintah.Sesebuah Suruhanjaya memiliki kuasa yang sangat besar,bahkan lebih besar daripada sebuah mahkamah.Namun,kuasa mereka terbatas kepada fungsi yang telah ditetapkan.


Suruhanjaya ini dibentuk atas arahan atau perkenan pemerintah tertinggi (baca Agong untuk Malaysia), setelah menerima nasihat daripada kuasa eksekutif.Sebaik sahaja sesebuah Suruhanjaya tertubuh,ianya mempunyai kuasa mutlak dan akan berjalan hingga ke penghujung tanpa boleh untuk dihentikan.Justeru,satu perancangan teliti diperlukan untuk merangka suruhanjaya tersebut.


Suruhanjaya dibentuk untuk melihat kepada perkara berkepentingan umum yang menjadi kontroversi.Ia biasanya melibatkan struktur perjalanan kerajaan,tindakan ke atas kumpulan minoriti,soalan ekonomi dan peristiwa penting dalam pentadbiran negara.


Di beberapa buah negara Komanwel,Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat kes korupsi,salahguna kuasa,rasuah dan jenayah terancang yang berkepentingan awam dan kerajaan.Contohnya,sekiranya seseorang penjawat awam dilihat mempunyai sedikit helah kekebalan daripada didakwa oleh sistem sedia ada, sebuah suruhanjaya mampu menyiasat ke akar umbi kerana kuasanya yang besar.


Suruhanjaya Diraja biasanya terdiri daripada beberapa orang panel,dianggotai oleh hakim yang senior,selain figur awam yang terkemuka.Suruhanjaya ini berkuasa menyiasat,meneliti laporan hasil dapatan dan seterusnya mencadangkan penyelesaian terhadap isu berbangkit.


Di seluruh dunia,jarang isu gila seks seperti pengampu Umno ingin dijadikan sebuah suruhanjaya yang berdaulat seperti ini.Apatah lagi,untuk menyiasat kes gila seks orang yang mendakwa.


nota: mengikut bacaan aku di Wikipedia juga,penyunting laman tersebut menulis bahawa sepanjang tempoh 1965 hingga hari ini,terdapat Sepuluh buah Suruhanjaya Diraja yang telah dilaksanakan di Malaysia iaitu:


1.Suruhanjaya Diraja bagi Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan Awam 1965
2.Suruhanjaya Diraja bagi Penyelidikan Untuk Tugas Kerajaan Daerah di Malaysia Barat 1968
3.Suruhanjaya Diraja Perkhidmatan Guru 1971
4.Suruhanjaya Diraja Menyiasat Peristiwa Keruntuhan Dek Atas Terminal Feri Sultan Abdul Halim 
   Butterwoth 1988
5.Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kebakaran Sekolah Agama Rakyat Taufikah al-Halimah in Padang Lumat,   
   Yan 1989
6.Suruhanjaya Diraja Menyiasat Letupan Kilang Bunga Api Sparklers Bright Sungai Buloh 1991
7.Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kecederaan Anwar Ibrahim Ketika Dalam Tahanan Polis 1999
8.Suruhanjaya Khas Penambahbaikan, Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2004
9.Suruhanjaya Diraja Menyiasat Pita Video VK Lingam 2007
10.Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock 2010


Berikut pula adalah tambahan yang penulis dapat daripada laporan akhbar The Star:


11.Tragedi rumah kedai runtuh di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur 1986
12.Tragedi perlanggaran kereta dan keretapi di Segamat, Johor 1997


Pelukis Pengampu yang turrr




Oleh itu,aku harap para pengampu Umno baca dan belajar apa maksud sebenar suruhanjaya diraja.Jangan jadi sangat gila seks apabila meminta suruhanjaya menyiasat tentang video seks.Ingat,ini negara umat Islam kalaupun bukan Negara Islam.Masih ramai orang Islam yang beriman.Hormatlah sedikit pada mereka.


Adakah kerana politik kita mahu dilihat gila seks?

6 ulasan:

Anonymous,  April 3, 2011 at 3:47:00 AM PDT  

UmPorNo sememangnya sudah terdesak di Malaysia...

talian hayat mereka hanyalah terletak pada punggung Sexfool dan pelacur Cina....

Mapuh Umno PRU13!!

nicky aziz,  April 3, 2011 at 3:48:00 AM PDT  

kihkihkih.....

yang penting wali terompah akan celako dalam PRN Sarawak kali ini

anti gila seks (AGAS),  April 3, 2011 at 5:58:00 AM PDT  

puak2 umno gila seks!!!

Anonymous,  April 3, 2011 at 7:37:00 AM PDT  

.. lagi blog pecacai UMNO yang kerja mereka dok jaja pasai cite sex..sex...sex.. liway..liwat..liwat...

http://www.parpukari.blogspot.com/

http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/

cekli@abg chor April 3, 2011 at 10:31:00 AM PDT  

RAKAN DIKHIANATI....AGAMA DICEMARI....ASALKAN SAMPAI HAJAT DIHATI TETAPI TIDAK MENGAMBILKIRA APA AKAN TERJADI DI AKHIRAT NANTI.

Anonymous,  April 5, 2011 at 9:35:00 PM PDT  

Ingat,ini negara umat Islam kalaupun bukan Negara Islam.Masih ramai orang Islam yang beriman.Hormatlah sedikit pada mereka walaupun anda islam pada I/C saje....

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP