This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

MEMALUKAN!ZULKIFLI NORDIN SANGGUP HINA ALLAH DALAM MELAWAK

Thursday, April 21, 2011

Memalukan dan tidak dapat diterima.Itulah yang aku hendak perkatakan pada tindak tanduk Zulkifli Nordin yang nampaknya semakin hari semakin terpesong dari jalan kebenaran.Aku tidak kisah kalau dia bencikan Anwar Ibrahim sehingga kiamat sekalipun.Burukkanlah Anwar Ibrahim seburuk-buruknya selagi dia rasa dia betul dan benar.Tetapi apabila tulisan terbarunya dikeluarkan,aku jadi marah dan bungkam.

Seolah-olah ini bukannya tulisan seorang penjihad Islam,tetapi seperti golongan atheis yang seringkali menghina Tuhan.Supaya kita semua jelas akan apa yang aku cuba perkatakan,marilah kita sama-sama melihat tulisan terbaru Zulkifli Nordin yang bertajuk "Haq dan Kebenaran".Di sini aku petik semula tulisannya:

Salam 2 all.


Arakian tersebut satu kisah, seorang Pak Yangoat yang terkenal dengan 'abidnya. Dahinya hitam, janggutnya Bin Laden pun bisa nangis dong. Tiap masalah pasti akan disolathajatkan..alhamdulillah. Satu ketika, banjir datang melanda, hingga mencecah bumbung rumah. Berlarilah Pak Yangoat keatas bumbong sambil menadah tangan mohon bantuan. Tiba-tiba lalu Pak Taming mendayung sampan. "Jom naik Pak Yangoat, kita ke pusat pemindahan". Pak Yangot sambil tersenyum berkata, "timaseh Pak Taming, insyallah ana dah buat hajat, nanti ALLAH akan tolong ana". Lalu Pak Yangoat terus menadah mohon pertolongan, sambil air makin naik.

Tiba-tiba lalu bot penyelamat bomba, "cepat naik Pak Yangoat, air makin naik". "Takpa, kejap lagi ALLAH akan tolong", sambil mulut Pak Yangoat berkomat kamit mohon bantuan. Akhirnya air sudah keparas dada, tiba-tiba datang helikopter TUDM sambil mencampakkan tangga penyelamat, "cepat naik Pak, air besar akan naik kejap lagi". "Takpa encik, ALLAH akan bantu saya", lalu Pak Yangoat terus menadah sambil kumat-kamit mohon bantuan. Dan datanglah air besar, hanyut dan mati lemaslah Pak Yangoat.

Dihadapan ALLAH, Pak Yangoat komplen, "ya Robb, aku hambaMu yang tunduk pada Mu. Tiap masalah aku pasti aku solathajatkan, hingga lebam dahiku. Kenapa Kau tidak menolong aku dikala aku kesukaran menghadapi banjir, hingga aku mati kelemasan, mengapa ya ALLAH!". Lalu ALLA Yang Maha Esa menjawab, "Aku dah hantar sampan, Aku dah hantar bomba, dan Aku hantar helikopter TUDM lagi, kenapa mike tak naik yop!!!".

Teman saja bawak cerita diatas yop, bila terkenangkan dah berkenjah solat hajat dibuat untuk mendapatkan kebenaran dalam isu membabitkan manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Seingat teman, solat hajat dah dibuat merata tempat. Malah malam pertama Anwar dipecat Tun Mahathir, solat hajat dibuat diBukit Damansara, diimamkan oleh Ustad Razali Nawawi. Segala macam imam sudah mengetuai solat hajat. Termasuk ke segala pesantren dan pondok di Selatan Thai, Indonesia, Filipina, sampailah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menganjurkan solat hajat untuk ALLAH tunjukkan kebenaran dalam isu manusia anugerah tuhan ini!

Malah mangsa liwat Anwar iaitu stafnya sendiri Saiful Bukhori Azlan pun pernah buat solat hajat di hadapan Ka'bah dan di Masjid Nabawi memohon kebenaran di tunjukkan oleh ALLAH. Bukan sahaja solat hajat, sumpah la'nat pun Saiful dah buat. Paling akhir Rabu Jamadil Awal 1432 bersamaan 06 Apr 2011, sekali lagi solat hajat dibuat secara besar-besaran untuk mendapatkan petunjuk haq dan kebenaran. Tetapi sehingga kini mereka yang taksub masih tidak dapat melihat kebenaran.


(tulisan asal masih panjang,sekiranya ingin membaca tulisan penuh sila ke blog Zul Nordin)

Aku tidak pasti apa pandangan orang lain akan "lawak" yang dibuat oleh Zul Nordin dalam blognya itu.Tapi bagi aku secara peribadi,tulisannya tidak boleh diterima apabila nama Allah digunakan dalam lawaknya tersebut.Tindakan melakukan lawak sebegini adalah kebiasaannya dibuat oleh orang-orang Atheis dan orang Kristian yang sering mempersendakan Tuhan mereka sendiri dalam Jokes mereka.

Sekiranya kita orang Islam sendiri turut sama mempersendakan Tuhan dalam melawak,apa bezanya kita dengan kafir dan atheis?Apakah sudah tidak ada lawak jenis lain yang boleh dibuat perumpamaan oleh Zulkifli Nordin hingga menggunakan nama Allah?

Nah,sila lihat satu lawak yang aku ambil daripada himpunan jokes di internet.Aku mahu kita semua perhati dan renungkan,apa beza lawak Zul Nordin dan lawak kafir orang putih:


Religion and God Jokes
A man walking along a California beach was deep in prayer when all of a sudden he said aloud, "Lord grant me one wish". The sky clouded and a booming voice said, "Because you have tried to be faithful I will grant you one wish." The man said, "Build a bridge to Hawaii so I can drive over anytime I want to."
The Lord answered, "Your request is very materialistic. Think of the logistics of that kind of undertaking. The supports required to reach the bottom of the Pacific! The concrete and steel it would take. I can do it, but it is hard for me to justify your desire for worldly things. Take a little more time to think of another wish, a wish you think would honor and glorify me".
The man thought for a long time and finally said, "Lord, I wish that I could understand women. I want to know what they feel inside, what they are thinking when they give me the silent treatment, why they cry, what they mean when they say 'nothing', and how I can make a woman truly happy?"
After a few minutes God said, "How many lanes did you want on that bridge?"

Aku tidak tahu pandangan orang lain,namun bagi aku lawak bodoh Zulkifli Nordin tetap tidak patut pada pandangan aku!

13 ulasan:

Telok Bakong April 21, 2011 at 12:02:00 AM PDT  

salam

anak tok din bekas polis hutan tu dah meroyan

Anonymous,  April 21, 2011 at 12:05:00 AM PDT  

masya allah sampai camtu sekali zul pukimak ni buat lawak. memang dia ni haramjadah

almahdha April 21, 2011 at 3:27:00 AM PDT  

aku anggap dia ni tidak berpijak diatas Islam yang nyata.
Dia ayik dengan kemewahan dan kesenangan yang dia dapat hasil dari perbuatan meninggalkan parti yang dia sendiri usahakan dulu.

Anonymous,  April 21, 2011 at 7:40:00 AM PDT  

ini lah yg di katakan akhir zaman .

paloibinmulau April 21, 2011 at 8:45:00 AM PDT  

biasanya perbuatan begini dalam englishnya dipanggil blasphemy. teman tak tahu dlm islam atau bahasa melayu apa perkataannya. semua negeri di malaysia ada akta/undang2 yang membolehkan benda2 begini disiasat. sama ada kita mahu buat lapran ke pejabat agama neger atau tidak saja.

uda,  April 21, 2011 at 9:53:00 AM PDT  

inilah contoh orang yang berbuat khianat.
hati tak akan tenang... bila hati dah tak tenteram macam ginilah jadinya....cakap pun dah tak tentu arah.... nauzubilLahiminzaalik..

Anonymous,  April 21, 2011 at 11:06:00 AM PDT  

lu kalau nak buat lawak sial jgn ler gune name tuhan mangkok....ape lu ingat tuhan lu supe mcm ayam itik boley suke2 hentam tarok ke biol zul kulum...oopsss...kulim daaaa

roahn,  April 21, 2011 at 5:32:00 PM PDT  

ini lah contoh manusia yang mengejar dunia.tak pikir soal maruah dan halal haram janji dapat. berubah 360 darjah dulu ceramah rata surau dan masjid. sekarang sapa yang nak jemput dia lagi melainkan UMNO saja.Dia komen macam2 sebab dia boleh iring PM dan TPM pegi luar negeri.Ini lah orang yang bercakap tak serupa bikin

Sheild37xs,  April 21, 2011 at 7:23:00 PM PDT  

Dia ni lupa diri. Dia rasa diri dia dah kebal dari kemurkaan Allah SWT kerana dah jadi geng Najib. Na'uzubillah..

Anonymous,  April 21, 2011 at 9:37:00 PM PDT  

Dia juga lupa, kesan solat hajat telah menzahirkan diri mereka-mereka yang selama ini bertopengkan perjuangan kebenaran, dan salah sorangnya adalah budak Firaun Besaq, yang punya masalah mental.

Mamu hang

Yong April 22, 2011 at 3:52:00 AM PDT  

Tak salah Yong citer paderi lemas tu diciplak dari Reader's Digest. Yong pernah baca beberapa tahun yang lalu. Bezanya Reader's Digest tak tulis Allah. Nak buat lawak pun menciplak karya orang. Aduhai!

Anonymous,  April 22, 2011 at 8:57:00 AM PDT  

alhamdulillah...segala puji pujian kepada ALLAh subhanallah...dari kekalutan cerita lawak yg dibuat oleh yb zul itu, bermakna,solat hajat yang di lakukan DSAI telah menunjukkan bahawa yb zul dalam kekalutan,kusut dan kecewa ketika ini.beliau ingin di segerakan laknat terhadapnya.dan ketika ini,cerita yg beliau buat ini mencerminkan jiwa yg semakin kusut dan dendam yg terlalu kesumat sehingga kini beliau melalut.inilah buktinya.laknatnya dah semakin hampir dengan cerita yg menghina agama islam yang syumul.

abrazakzack May 8, 2011 at 9:39:00 AM PDT  

orang pas semua takde otak cakap ikut sedap mulut sokong bodoh tak reti nak menelai mana yang betul mana yang salah seolah dia aje yang betul.

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP