This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

KICKDEFELLA YANG AKU SANJUNGI DULU...KINI?NAIK BERBULU

Wednesday, April 13, 2011

Aku mula menulis blog secara serius beberapa bulan yang lalu,atau lebih tepat bermula bulan Ogos tahun lalu. Sebelum ini,aku wujud di era blogsfera sebagai seorang pembaca,membaca blog-blog pilihan dan melawat dari satu blog kepada blog yang lain.

Tidak malu untuk aku katakan bahawa dahulunya aku seringkali membuka blog Kickdefela,tulisan Syed Azidi Syed Aziz walaupun banyak tulisannya dalam Bahasa Inggeris.Dan sebagai seorang yang tidak begitu suka akan Bahasa Inggeris walaupun SPM aku dapat A1,namun aku baca juga kerana isinya yang aku kira menarik dan segar untuk dibaca.

Aku mula membaca blog Kickdefella itu apabila dia ditangkap oleh polis pada September 2008.Aku masih ingat, ketika itu aku menonton berita di televisyen.Tiba-tiba pembaca berita itu melaporkan bahawa Syed Azidi yang ditahan polis selama tiga hari telahpun dibebaskan.Apa yang menyebabkan aku tertarik dengan Syed Azidi ketika itu adalah bagaimana kenyataan yang dibuatnya selepas sahaja dibebaskan polis pada hari itu,

"Ya,saya menerima layanan baik daripada pihak polis.Saya berasa tenang ketika berada di dalam lokap.Ini membolehkan saya melakukan banyak solat hajat dan solat tahajjud."

Lebih kurang begitulah bunyinya kenyataan Syed Azidi yang menyebabkan aku merasa respek dan kagum atas keperibadiannya itu.Ah,aku lupa sudah dia ditahan kerana apa,tapi apabila digoogle,rupanya dia ditahan atas Akta Hasutan kerana mengeluarkan satu artikel mengenai cadangan supaya dipasang bendera Malaysia secara terbalik sempena kemerdekaan ke 50 negara.

tulisan kontroversinya satu masa dahulu

Syed Azidi satu masa dahulu,dianggap sebagai antara pelopor blogger Pakatan Rakyat,di mana dia sering melaporkan satu-satu isu besar termasuklah dakwaannya yang menyatakan bahawa Tun Abdullah Badawi pernah menerima RM200 juta daripada komisyen kapal selam.

Tapi itu dulu.Kini,Syed Azidi sudah berpusing 360 darjah.Jika dahulu dialah yang mempertahankan Nik Aziz di Kelantan dan kini dia pula yang menyerang balas.Jika dahulu dia bercakap mengenai akauntabiliti dan salahguna kuasa Umno,kini dia pula yang cuba menunjukkan bahawa Umno itu baik.

Jika dahulu dia menganggap Nik Aziz sebagai role model,kini Nik Aziz dianggap celaka bersama menantu.
Apa sudah jadi Syed Azidi?

Anda yang bermula sebagai blogger sanjungan aku kini menjadi blogger celaka!

Segala-galanya berubah dek kerana kemelut di Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK,tempat Syed Azidi berkerja.Krisis berpanjangan antara Syed Azidi dan Ariffahmi,menantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Ketua Eksekutif PMBK akhirnya membawa keputusan kalah-kalah apabila keduanya terpaksa berundur daripada kerusi masing-masing.

Dan sejak itulah,Syed Azidi yang aku sanjungi ini menjadi blogger celaka yang banyak memfitnah kerajaan Pas Kelantan.Kerana kecelakaan blognya itulah yang telah mengheret Tuan Guru Nik Aziz kepada SPRM, atas dakwaan remeh seperti tajaan haji dan hadiah kek.Barang ditakdirkan Allah,yang hak pasti berdiri. Akhirnya,Tuan Guru didapati bersih daripada sebarang rasuah yang didakwa blog celaka itu.

Bukan sedikit kejahatan blog celaka sejak keluar daripada PMBK.Dialah orang yang menuduh kononnya Pas membayar RM4 juta kepadanya sebagai usaha memburukkan Pak Lah.Dialah orangnya yang membocorkan post mortem dalaman Pas dalam PRU 2004.Dialah orangnya yang cuba memburukkan kerajaan Pas Kelantan dalam beberapa isu seperti Bazar Tok Guru dan pelacuran di Jalan Hamzah.Dan dalam isu video seks Anwar Ibrahim kali ini,dialah yang nampak terkehadapan dalam mengulas soal video itu dari sudut sinematografi dan yang sewaktu dengannya.Atau dalam kata lain,dialah yang mengiakan bahawa adalah mustahil untuk video itu diedit bagi menempek muka Anwar ke atas frame yang bergerak.Dan apa-apa lagilah.

Apapun,Kickdefela yang dulu hanya tinggal kenangan.Kickdefella kini adalah blogger celaka.Pun begitu,aku tetap berdoa,jika anda rasa anda di jalan yang salah,kembalilah ke jalan yang benar.Semoga Allah bersama kamu!

7 ulasan:

Anonymous,  April 12, 2011 at 11:19:00 PM PDT  

DULU KICKDEFELLA....
LA NI KICKDAPELIAQ

chai n tea April 12, 2011 at 11:21:00 PM PDT  

ai dah lama remove dia dlm my blog list sejak dia meninggalkan PMBK lagi..

almahdha April 12, 2011 at 11:30:00 PM PDT  

Dia menghancurkan diri dia sendiri.

Anonymous,  April 13, 2011 at 4:00:00 AM PDT  

bukan lagi berpegang pada perjuangan islam..tapi perjuangan tembolok dan perut.

Anonymous,  April 13, 2011 at 10:04:00 AM PDT  

dulu KICKDEFELLA
sekarang kita KICKSAMADEA

kamisokongpas | O | April 13, 2011 at 2:25:00 PM PDT  

syed azidi oh syed azidi...aku harap kau bertaubatlah

puteri April 13, 2011 at 6:45:00 PM PDT  

heran dengan berita smalam...
sebelum ni kemain lagi cakap orang tu terlibat dalma kes altantuya..
bila dh lari keluar negara
boleh pulak cakap xprnh kata

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP