This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

BIODATA PENUH 5 CALON PAS SEMPENA PRU SARAWAK.JOM KENAL!

Thursday, April 7, 2011

N22 SEBUYAU

Haji Adam bin Ahid,berumur 62 tahun adalah merupakan anak jati kawasan Sebuyau.Beliau yang merupakan Pesuruhjaya Pas Sarawak menjadi aktivis sepenuh masa bagi Pas Sarawak.Haji Adam telahpun berkahwin dan kini mempunyai empat orang anak.

Pemilihan Haji Adam di kawasan Sebuyau adalah satu pilihan yang tepat, bukan sahaja kerana beliau adalah Pesuruhjaya Pas Negeri,tetapi lebih daripada itu adalah jumlah ahli keluarganya yang agak besar di kawasan Sebuyau. Mengikut Pas Sarawak,Haji Adam mempunyai rantaian keluarga yang agak besar meliputi kawasan Sebuyau,Sebangan,Seruyu,Sungai Apin dan Tebelu.

Selain itu juga,Haji Adam turut dikenali dan mempunyai ramai kenalan dari kaum Cina dan Iban dalam Dun Sebuyau.Dalam Pilihanraya Negeri kali ini,beliau akan menghadapi pertandingan tiga penjuru antara beliau dengan Julaihi Narawi (PBB) dan calon Bebas,Ali bin Semsu.

Dalam Pilihanraya Negeri pada tahun 2006,N22 Sebuyau yang terletak dalam Parlimen Batang Lupar menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR,Mohamad Akek dan penyandang sekarang,Julaihi.

Julaihi menang setelah memperoleh 3748 undi berbanding Mohamad 1300 undi dengan majoriti sebanyak 2448 undi.Untuk rekod,Sebuyau dianggap sebagai kawasan campuran dengan 58.3% pengundi daripada kaum Melanau dan 37.1% Iban.

N20 Sadong Jaya

Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi berumur 34 tahun mendapat pendidikan di SMB Saint Thomas sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Kepimpinan Islam dari Institut Latihan Kepimpinan Perkaderan Dakwah Islamiah.

Pada tahun 2008,beliau bertanding di Parlimen Batang Lupar,menjadi calon tunggal Pas di Sarawak.Dalam pilihanraya tersebut,beliau tewas kepada Rohani Abdul Karim,calon daripada PBB.Buat masa ini,Abang Eddy adalah merupakan Ketua Pemuda Pas Negeri Sarawak,merangkap Pengarah PASTI negeri Sarawak.

Dalam pilihanraya kali ini,Abang Alyanni akan menghadapi saingan tiga penjuru antara beliau dan dua calon lain iaitu Aidel Lariwoo (PBB) dan calon Bebas Mahayudin Wahab.Dun Sadong Jaya dianggap sebuah Dun berpotensi untuk Pas apabila PBB hanya memenangi Dun tersebut dengan majoriti yang rendah pada tahun 2006.

N24 BETING MARO

Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus,merupakan seorang anak muda yang menjadi ikon baru Pas Sarawak dalam pilihanraya kali ini.Disenangi oleh banyak pihak,jejaka muda ini mendapat liputan seperti seorang selebriti dan dianggap seperti seorang artis di Beting Maro.

Peguam yang berumur 32 tahun ini berasal dari Sibu,sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.Seperti Haji Adam Ahid,Abang Mat mempunyai rantaian keluarga yang besar di kawasan Beting Maro, meliputi kawasan Beladin,Pusa,Undai dan Semarang.

Anak bongsu daripada tujuh beradik ini mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kini menjadi Penasihat Undang-undang kepada Pas Sarawak.Berikut adalah pengalaman kerja dan jawatan yang disandang beliau:

Pengalaman Kerja:

  • Ahli Majlis Tertinggi Hikmah Sarawak
  • NGO
  • Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (Penolong Setiausaha)
  • Timbalan Pengerusi Hikmah Bahagian Wilayah Persekutuan
  • Penasihat Undang-undang Sekolah Agama Bandar Baru, Bangi
  • Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Selangor

Jawatan Dalam Parti


  • Penasihat Undang-Undang PAS Sarawak
  • Ketua Pemuda Cawangan Bandar Baru Bangi, Naib Ketua Pemuda Serdang
  • Sekretariat Pemuda Prihatin – Timbalan Pengerusi
  • Ahli Jawatankuasa Juham Pusat, Instruktur Ilpas
  • Pengerusi Juham Selangor, Exco Pemuda Negeri Selangor


Untuk rekod,dalam pilihanraya umum kali ini,beliau akan menghadapi pertandingan dua penjuru antara beliau dan calon PBB,Razaili Gapor.


N15 MUARA TUANG

Puan Noraini binti Hamzah,berumur 49 tahun dan berasal dari Kelantan.Beliau yang telah menetap selama 30 tahun di Sarawak kini berkahwin dengan seorang anak jati Muara Tuang.Puan Noraini yang menjadi seorang surirumah separuh masa dan berniaga ini merupakan salah seorang aktivis Pas Sarawak yang aktif.

Wanita yang dikurniakan dua orang anak sebelum ini adalah Bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak, sebelum mengambil keputusan menyertai Pas.

Puan Noraini dikatakan seorang pemidato yang agak baik,dan mempunyai ramai kenalan di kawasan Kuching dan Samarahan.

Dalam Pilihanraya kali ini,beliau akan ditentang oleh adik Ketua Menteri Sarawak,Datuk Ali Mahmud dari PBB.Sepatutnya,beliau telahpun diisyhtiharkan sebagai pemenang di Dun Beting Maro apabila calon PBB gagal mengemukakan penyata kewangan pada tahun 2006.Pun begitu,Ali berjaya menjadi calon setelah menyerahkan penyata tersebut walaupun lewat.


N03 TANJONG DATU

Puan Nani binti Sahari dilahirkan pada 13 September 1966 dan berumur 42 tahun,berasal dari Kampung Pulo,Petra Jaya Sarawak.Mendapat pendidikan di SMK Lumba Kuda,Padungan sebelum menyambung pengajian di UITM pada tahun 1993.

Puan Nani kini bekerja sebagai seorang pembantu klinik di Sarawak.Sebelum menyertai Pas tahun lalu,Puan Nani merupakan Ketua Wanita PKR pada tahun 2009.Sebelum itu beliau juga pernah menjadi Timbalan Ketua Wanita PKR Negeri dan Ketua Wanita Pantai Damai,Santubong.

Dalam pilihanraya kali ini,beliau akan menghadapi saingan tiga penjuru antara beliau dan dua lagi calon iaitu Tan Sri Adenan Satem dari PBB dan calon Bebas,Gilbert Asson Kulong.Untuk rekod,sebelum ini PKR menurunkan calonnya Sobey Daud di Tanjung Datu pada tahun 2006 tetapi hilang deposit.

Semoga kejayaan cemerlang menanti calon Pas di Sarawak!

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP