This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

ALAHAI MP KOTA BELUD,YB TWITTER KATA BENCI ANWAR,TAPI...

Tuesday, April 12, 2011

Ahli Parlimen Kota Belud,YB Dato' Abdul Rahman Dahalan mungkin aku boleh anggap sebagai antara pemimpin Barisan Nasional yang aktif bertwitter.Cukuplah jika aku khabarkannya sebagai YB Twitter.Ketika twitter tidak menjadi pilihan utama ramai pemimpin BN untuk berkomunikasi,YB Twitter ini dilihat antara yang aktif untuk mengtweetkan statusnya di twitter.Lain-lain YB Twitter daripada blok Barisan Nasional adalah Khairy Jamaluddin,Wee Ka Siong,Mukhriz Mahathir dan P.Kamalanathan.

Jika ini hendak dibandingkan dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain,nampaknya pemimpin Barisan Nasional sudahpun kalah awal di twitter.Kebanyakan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dilihat aktif dalam twitter.Anwar, Tuan Guru Haji Hadi,Tuan Guru Nik Abdul Aziz,Lim Kit Siang,Azmin Ali semuanya sentiasa mengemaskini status mereka di twitter.Paling tidak,mereka mempunyai facebook sendiri untuk berinteraksi.

Dalam keadaan hanya dua tiga kerat pimpinan Barisan Nasional yang bertwitter,tiba-tiba satu status YB Twitter Kota Belud bagi aku adalah cukup lawak,berbunyi seperti ini:

mpkotabelud
After so many yrs, now pro-BN bloggers, tweeters, facebookers hv gained control of the cyber war. And @NajibRazak is leading the charge!


YB Twitter,kalau hendak mengampu Najib sekalipun,janganlah angkat bakul masuk sendiri.Dakwaan yang menyatakan bahawa cybertroopers Umno telah berjaya menguasai twitter dan facebook adalah kenyataan bangang yang tidak begitu diterima.Mereka sebenarnya hanya mampu memberikan saingan dalam blog.Itupun kerana para pelayar internet masakini (yang kebanyakannya non partisan) membaca blog pro BN dan pro Pakatan.Malah,dalam meraikan kebebasan bermaklumat,aku sendiri seringkali membaca blog-blog Umno.

Ada Dua Followers pun kira berjaya ke Perang Siber Umno?
Ah,biarkan!Bukan itu yang hendak aku khabarkan.Tetapi sebaliknya mengenai keadaan di negeri Sarawak pada masa ini.Tatkala angin perubahan makin bertiup kencang di Sarawak,sehingga beribu pengundi menunjukkan solidariti mereka pada Pakatan Rakyat,YB Twitter ini masih cuba untuk hidup dalam sindrom penafian.

YB Twitter sebagai seorang pemimpin Umno tanpa segan silu mengakui bahawa beliau ada ketika Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah di beberapa kawasan di sekitar Sarawak beberapa hari lepas:

Listening to Anwar at Kg Boyan... Kata BN tu Barang Naik. Aikk... barang siapa yg naik ni?

Ceramah Anwar di Pantai Damai cukup tak ada isi. Maki hamun, sumpah seranah, kutuk mengutuk! Nak jadi PM? #BN4Sarawak

Alah... Saya pun nak dengar Drama King berucap! Lol! T @emmiza: @mpkotabelud so yb pun ada ditapak ceremah anwar? kena kasi tahu sama pm ni

 am here bro... Indah khabar dari rupa. RT @fitryabubakar: RT Ribuan penduduk membanjiri ceramah @anwaribrahim di satok.

Ramai betul, ribuan tak betul.. RT @ahmadihsan: @mpkotabelud I pun dkt sini. Ramai ok. @fitryabubakar

Berdasarkan tulisannya di twitter,nampaknya sudah dua hari YB Twitter pergi mendengar ceramah Anwar, di Pantai Damai (Ahad) dan Satok (Isnin).Apa yang peliknya,dia kononnya mengatakan bahawa ceramah Anwar adalah "boring" dan tidak ada isi.Kalau macam tu,awat pergi lagi?

Inilah yang dikatakan,"mulut kata benci,hati kata sayang."

Apa yang menarik perhatian aku adalah bagaimana YB Twitter ini dilihat cuba untuk hidup dalam sindrom penafian.Dia kata ceramah Anwar tiada isi, tapi berminat pula hendak dengar hingga dua malam berturut-turut.

Itu satu.Satu lagi adalah bagaimana dia cuba menafikan kehadiran luar biasa pendengar dalam ceramah Anwar di Satok semalam.Tatkala pendengar di ceramah tersebut melaporkan dalam twitter bahawa ribuan hadir ke ceramah Anwar,YB Twitter menafikannya dengan menyatakan "indah khabar dari rupa". Kemudiannya dia membalas satu lagi status lain dengan menyatakan bahawa "ramai betul tapi ribuan tak betul".

Mungkin YB Twitter ini kira-kira ada 999 orang yang hadir ke ceramah di Satok itu,maka dia kata,"Ah, tidak cukup pun seribu."Walhal,dia lupa kira dirinya sendiri!Lol.

Mengapa aku mengatakan bahawa YB Twitter masih hidup dalam sindrom penafian?Hal ini kerana dia cuba memberikan gambaran yang buruk mengenai ceramah Anwar.Dia masih mahu menafikan bahawa berlaku perubahan yang berlaku di Sarawak.Mungkin dia kata,"ah,ramai pun tidak sampai seribu."

Bak kata YB Twitter : Ramai,tapi tak sampai seribu
(Gambar bertarikh semalam di Satok,kawasan majoriti Melayu)
Walhal,isunya sekarang adalah bagaimana rakyat Sarawak di Satok khususnya telahpun mulai berubah.Jika dahulu mahu kumpul sepuluh orang untuk mendengar ceramah sudah dikira sukar,"ramai" yang hadir sekarang membuktikan ada perubahan yang lebih baik di sana.

Tapi perubahan ini cuba dinafikan oleh YB Twitter dengan angka-angka rekaan sendiri beliau.Apapun,YB Twitter makin syok mendengar ceramah Anwar sehingga ceramah SUPP dan BN terbiar tanpa kehadiran yang memberangsangkan.

Bagi YB Twitter,kehadiran seramai ini di
Satok masih belum cukup seribu,cuma 999 orang


Antara dua : ceramah DAP di Sibu kiri dan ceramah SUPP kanan.
Patutlah ceramah SUPP tiada orang,MP Twitter and the gang sendiri
pergi dengar ceramah Anwar.

p/s:Maaf Atas Kesilapan Teknikal.Akibat Tersalah Edit Template,Comments tidak lagi boleh ditulis di blog ini

3 ulasan:

Anonymous,  April 12, 2011 at 12:33:00 PM PDT  

Takpa2...bila PR dah menang esok2,merangkaklah YB Twitter ni mengampu Anwar

MP Kota Lintah,  April 12, 2011 at 12:52:00 PM PDT  

Kota Belud konon nak tunjuk gempak...
boleh jalanlah

Anonymous,  November 22, 2011 at 3:29:00 AM PST  

Temberang sgt YB Twitter ni, musim kempen dulu manis mulutnya..Adoi rugi sgt kami undi dia..Rugi..Rugi kami di Kadamaian..Mo coba lg, coba lah...

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP