This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

ADAKAH KEMENTERIAN PENERANGAN MENGIKTIRAF FITNAH ZINA KE ATAS ANWAR?

Tuesday, April 5, 2011

Memalukan.Itu sahaja yang boleh penulis katakan apabila membuka Portal Rasmi Pusat Maklumat Rakyat (PMR),sebuah agensi penerangan di bawah Kementerian Penerangan,Kebudayaan dan Warisan.Sebuah artikel yang disiarkan pada tarikh 24 Mac 2011,satu artikel yang sepatutnya tidak dikeluarkan oleh sebuah agensi kerajaan dikeluarkan,dengan menggunakan tajuk "Tubuh Suruhanjaya Diraja".Kepada para pembaca yang berminat,di sini dilampirkan bersama pautan ke laman web PMR tersebut.

Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Rakyat tersebut,ianya adalah disunting daripada laporan akhbar Utusan Malaysia pada hari tersebut.Berikut dipaparkan kembali laporan PMR tersebut:

KUALA LUMPUR : Kumpulan yang bertanggungjawab mendedahkan skandal video seks seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang, mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan rakaman itu.
Ini kerana tegas kumpulan yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, rakyat wajib didedahkan dengan kebenaran.
Menurut Abdul Rahim, melalui suruhanjaya diraja tersebut, misteri lelaki dalam rakaman video seks itu, akan terjawab.
Katanya, suruhanjaya tersebut boleh dianggotai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; wakil DAP, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media.
Pada masa yang sama, beliau juga menyeru supaya pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan video seks tersebut diberi kebebasan untuk memilih pakar forensik serta pemerhati asing bagi menunjukkan ketelusan.
Suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan dengan segera bagi menyiasat ketulenan dan kebenaran video ini demi rakyat kerana sudah terlalu banyak spekulasi, penafian dan putar belit berhubung pendedahan video ini.
Dalam pada itu, Abdul Rahim mendesak pemimpin pembangkang tersebut mencontohi sikapnya yang berundur selepas diarahkan pucuk pimpinan tertinggi meskipun didapati tidak bersalah oleh mahkmah dalam skandal seks dengan gadis bawah umur tidak lama dahulu.
Katanya, beliau tetap dengan pendirian untuk berundur kerana tidak mahu menjadi liabiliti kepada negara.
Sementara itu, Shazryl Eskay berjanji akan menyerahkan rakaman video seks tersebut kepada suruhanjaya diraja sebaik sahaja ia ditubuhkan kerajaan kerana yakin melalui pendekatan tersebut, segala kebenaran akan terbukti.
Berita disunting daripada Utusan Malaysia



Secara moral dan etikanya penulis menganggap pengeluaran artikel secara terpilih seperti itu dilihat seperti melanggar prinsip tujuan Jabatan Pusat Maklumat itu ditubuhkan.Bagi penulis,adalah tidak menghairankan jika sesebuah akhbar seperti Utusan Malaysia untuk melaporkan apa sahaja.Tetapi mengapa sesebuah badan kerajaan yang sepatutnya tidak memihak kepada mana-mana parti atau pihak menyiarkan serta menghighlitskan laporan seks tersebut?Adakah ini dianggap sebagai salah satu maklumat yang cukup penting kepada rakyat di negara ini?

Penulis terkilan dengan sikap Pusat Maklumat yang melakukan penyiaran berita yang terpilih,terutamanya setelah kita tahu bahawa isu ini adalah satu kontroversi BN dan Pakatan Rakyat.Apa yang dipersoalkan di sini adalah,mengapa hanya berita ini disiarkan dalam portal PMR,walhal ada beratus-ratus berita semasa yang lain boleh disiarkan bersama di PMR.Mengapa hanya mengenai berita seks terbabit?Ini yang menjadi persoalannya sekarang.

Di bawah ini,penulis sertakan senarai artikel terakhir yang dikeluarkan oleh PMR.Kesemua artikel ini adalah sesuatu yang berkaitan dengan perjalanan sesebuah kerajaan,sesuatu yang kena pada tempatnya untuk dilaporkan oleh PMR.


Persoalannya sekarang,adakah tuduhan seks ke atas Anwar itu cukup penting sehingga perlu dilaporkan secara rasmi dalam Pusat Maklumat Rakyat?Dan adakah kes ini melibatkan perjalanan sebuah kerajaan?

Di sinilah sesuatu yang penulis lihat tidak kena pada PMR,apatah lagi kerana laporan yang dicedok daripada Utusan itu ternyata menyimpang daripada objektif PMR itu ditubuhkan:

PMR adalah singkatan kepada Portal Pusat Maklumat Rakyat yang beroperasi sebagai hub maklumat kepada masyarakat di setiap Pejabat Penerangan Daerah. Pengkalan Data ini mengandungi pelbagai maklumat merangkumi semua bidang dan dikemaskini mengikut keperluan dan perubahan semasa.


Objektif PMR ditubuhkan adalah untuk:
  • Meningkatkan keupayaan dan kebolehcapaian maklumat berkaitan jabatan / agensi kerajaan yang lebih meluas kepada masyarakat.
  • Meningkatkan penglibatan Jabatan dengan lebih bertanggungjawab kepada masyarakat tempatan dalam konteks penyebaran maklumat yang memenuhi keperluan mereka.
  • Menyokong penyebaran maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan di peringkat lapangan.
  • Membantu meningkatkan sistem penyampaian maklumat kepada masyarakat.
  • Meningkatkan imej PPD yang tradisional kepada lebih berprestij.
Peranan PMR
  • PMR akan menjadi ’focal point’ maklumat kepada masyarakat.
  • PMR sebagai bank data maklumat.
  • PMR sebagai pusat rujukan oleh orang awam, agensi-agensi kerajaan di lain-lain peringkat iaitu tempatan, negeri dan negara.
Fungsi PMR
  • Mewujud dan membangunkan bank data maklumat berkaitan dengan pelbagai bidang misalnya :
    • Maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan, profail daerah dan negeri.
    • Maklumat mengenai Jabatan / agensi kerajaan tempatan / negeri / persekutuan.
    • Maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidtaman oleh jabatan / agensi kerajaan dan lain-lain lagi.
  • Menyediakan maklumat-maklumat kepada orang ramai melalui perkhidmatan kaunter, online dan sebagainya.
  • Menyediakan pusat rujukan yang memuaskan kepada pelanggan.
  • Menyediakan kemudahan rujukan secara elektronik dan konvensional kepada pelanggan.
  • Menerima aduan orang ramai dan merujukkan aduan tersebut kepada pihak yang berkaitan.
  • Melayani pertanyaan pelanggan dengan menyediakan maklumat yang tepat dan terkini.

Oleh itu,sekiranya masih ada pembaca yang menganggap penulis sebagai mengada-ada,sepatutnya pembaca meneliti kembali apakah objektif utama penubuhan PMR itu sendiri.

Adakah laporan video seks itu berkait dengan mana-mana laporan jabatan atau mana-mana dasar kerajaan?

Dan,kemudiannya lihat pula kepada objektif kedua penubuhan PMR,iaitu bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.Adakah membesar-besarkan isu zina ini dianggap bertanggungjawab kepada masyarakat?

Wahai PMR,rakyat dan masyarakat tidak mahu tahu siapa berzina dan siapa memfitnah.Rakyat mahu tahu adakah hidup mereka akan terbela ataupun tidak?Adakah Islam terbela,semua bangsa itu terbela?

Pokok pangkalnya bagi penulis,adalah sesuatu yang memalukan buat PMR apabila melaporkan isu video seks terbabit yang tidak bersangkut paut dengan tugas sebenar mereka.

Atau PMR mahu rakyat jadi gila seks?

1 ulasan:

MOH KEMBARA April 5, 2011 at 6:11:00 PM PDT  

Salam Yob, kes dengan Bibik apa jadik?

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP