This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

UST.MOHD NOR HAMZAH,PENGGANTI TUAN GURU HAJI HADI DALAM PEMBIKINAN

Thursday, April 28, 2011

Dua hari yang lalu,aku berkesempatan hadir mendengar ceramah tiga orang kuat Pemuda Pas,Ustaz Azman Shapawi,Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ketua Pemuda Pas Terengganu,Ustaz Mohd Nor bin Hamzah di Petaling Jaya Selatan.Apa yang menariknya,ceramah pada malam itu bukan sahaja didominasi oleh golongan ustaz,tetapi juga kesemua mereka adalah anak jati negeri Terengganu,di mana Ustaz Mohd Nor adalah Adun Bukit Payong,Ustaz Azman Shapawi pula adalah mantan Adun Rantau Abang manakala Ustaz Ridhuan berasal dari Besut Terengganu.

Sebelum daripada ceramah tempoh hari,aku pernah beberapa kali sebelum ini mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azman dan Ustaz Ridhuan tetapi tidak pula berkesempatan untuk mendengar ceramah yang diberikan oleh Ustaz Mohd Nor.

Malam itu,pertama kali aku mendengar ceramah Ustaz Mohd Nor aku merasakan bahawa gaya dan perwatakannya dalam berceramah hampir sama dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi.Dengan loghat Terengganu,nada percakapan dan isi-isi dalam percakapan,aku rasa inilah Haji Hadi ketika mudanya dahulu.



Mungkin persamaan itu wujud memandangkan kedua-dua mereka adalah lepasan Al-Azhar Mesir.Malah, Ustaz Mohd Nor juga dikhabarkan telah belajar dan menetap di Mesir selama hampir sepuluh tahun lamanya.
Keilmuan yang ada padanya juga menyebabkan beliau diberi kepercayaan untuk menggantikan Tuan Guru dalam menyampaikan kuliah pagi Jumaat mingguan sekiranya Tuan Guru tidak dapat hadir dan berada di luar kawasan.

Sesungguhnya Pas tidak ketandusan calon pengganti daripada kalangan ulamak,lebih-lebih lagi daripada negeri Terengganu khususnya dan Pantai Timur umumnya.Jika para pembaca tidak percaya,carilah rakaman video Ustaz Mohd Nor dan anda pasti akan dapat mencari Tuan Guru Abdul Hadi dalam diri Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Read more...

PAKATAN RAKYAT PERLU AKUI BAHAWA MEREKA KEKURANGAN UNDI MELAYU

Tuesday, April 26, 2011

Ketika mengulas mengenai pergerakan undi mengikut kaum dalam Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, Ketua Biro Strategi PKR Rafizi Ramli menepis dakwaan bahawa hanya kaum Cina sahaja yang beralih sokongan terhadap Pakatan Rakyat tetapi juga kaum-kaum lain.

Menurut Rafizi,berdasarkan statistik yang dibuat oleh PKR,mereka mendapati 26 kerusi yang ditandingi mereka menunjukkan peningkatan drastik pertambahan undi daripada 0.1 peratus di Machan sehingga ke 31.4 peratus di Meluan,sebuah kawasan majoriti masyarakat Iban.Malah,peningkatan undi ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan DAP yang mengalami peralihan sekitar 4 peratus undi dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Kenyataan Rafizi itu senada dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa hasil peralihan daripada kaum selain Cina,DAP mampu untuk menguasai dua belas kerusi,di mana hanya terdapat enam kerusi majoriti Cina sahaja yang ditandingi DAP.Malah menurut Lim, peningkatan di kawasan Bumiputera menunjukkan kenaikan sehingga melebihi 30 peratus di kawasan yang dimenangi oleh DAP.

Ulasan Peribadi Penulis

Berdasarkan post mortem yang dibuat oleh PKR dan DAP tersebut,mungkin angka-angka dan data yang telah dikeluarkan mereka adalah betul dan terperinci.Nampaknya,PKR dan DAP dilihat senada dalam menepis dakwaan bahawa hanya pengundi Cina sahaja yang melakukan perubahan di Sarawak.Dakwaan ini mungkin benar tetapi tidak tepat.Hal ini kerana PKR juga telah berjaya menang di dua buah kawasan majoriti Dayak di Krian dan Ba Kelalan.Begitu juga dengan DAP yang mula memenangi kawasan-kawasan campuran di Sarawak.

Jika dilihat daripada laporan yang dibuat oleh Rafizi Ramli,didapati bahawa sokongan terhadap PKR di kawasan yang ditandingi mengikut pecahan kaum adalah seperti berikut:


Mengikut dapatan PKR tersebut,kaum tertinggi yang menyokong PKR adalah kaum Cina (65 peratus),diikuti oleh Orang Ulu (39 peratus),Iban (32 peratus),Bidayuh(26 peratus) dan Melayu Melanau (19 peratus).

Apa yang ingin penulis tekankan di sini adalah bagaimana Orang Melayu masih lagi jauh untuk menyokong Pakatan Rakyat di mana sokongan tertinggi yang diberikan kepada calon PKR hanyalah sekitar 35 peratus.
Oleh itu,penulis percaya bahawa kunci utama kekalahan Pakatan Rakyat di kesemua kerusi PBB,di mana tiada calon PBB tumbang adalah disebabkan orang Melayu masih setia bersama dengan Barisan Nasional.

Penulis beranggapan bahawa kita semua telah sedia maklum akan kelemahan ini,dan sekiranya Pakatan Rakyat masih belum mahu mengakuinya secara terbuka sekalipun,diharapkan mereka sedar keadaan ini dan memperbaikinya dengan seberapa segera yang boleh.

Jika ditanya pandangan peribadi penulis,sebenarnya Pakatan Rakyat bukanlah kehilangan undi Melayu tetapi masih belum mampu untuk menambah undi Melayu.Retorik Umno yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat kehilangan undi Melayu adalah tidak benar kerana diketahui bahawa orang Melayu masih belum menyokong Pakatan Rakyat sepenuhnya dalam PRU 12 yang lalu.

Atau dalam cakap mudah,Macam Mana Boleh Kata Hilang Kalau Kita Masih Belum Dapat? Di sinilah kuncinya.

Oleh itu,kita semua perlu akui bahawa undi Melayu itu masih kurang condong kepada Pakatan Rakyat.Justeru,Rafizi Ramli sebagai seorang strategist dalam PKR sendiri perlu melakukan sesuatu untuk menarik undi Melayu.Malah,Rafizi semestinya tahu bahawa di kawasan beliau sendiri iaitu Kemaman,undi Melayu untuk PKR masih kurang kerana di situlah Umno mendabik dada bahawa mereka mempunyai keahlian teramai seluruh Malaysia di kawasan Kemaman.

Read more...

TIMB.MENTERI BERKIAS-KIAS,PETANDA RON95 MAHU NAIK HARGA LAGI!

Sunday, April 24, 2011

Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang penuh berkias-kias,selain gemar menggunakan bahasa tinggi yang tidak tercapai dek akal orang kampung dan mak cik Felda.Malah,orang yang dapat pangkat satu dalam SPM pun belum tentu boleh memahami ayat-ayat yang digunakan oleh Pak-pak Menteri di Malaysia.Perkataan seperti tranformasi,rasionalisasi,transisi,glokal adalah terlalu mengada-ada walhal isinya tidak seberapa.

Malah apa yang memalukan,kerajaan sebelum ini pernah mengarahkan media untuk menulis perkataan Barang Naik dalam akhbar sebaliknya menggunakan perkataan "Rasionalisasi Subsidi" yang kononnya tidak akan menyusahkan rakyat dan lebih sedap didengar.Walhal,naik tetap naik!Bukanlah dengan menukar perkataan sebegitu maka harganya jadi turun.

Hambo masih ingat ketika hambo tinggal di Besut sekitar tahun 2006.Ketika itu harga barang naik gila-gila sehingga menyebabkan penarikan subsidi dilakukan.Tahukah anda apa yang dilakukan oleh kerajaan pada masa itu untuk menyedapkan hati rakyat?Habis simpang empat utama di Besut dinaikkan dengan papan tanda yang menunjukkan kebaikan penarikan subsidi.Ditunjukkan gambar aiport yang sedang dibuat,gambar stadium yang masih belum runtuh,gambar highway yang tidak siap-siap dengan slogan utama yang berbunyi "Pengurangan Subsidi Mampu Meningkatkan Pembangunan Negara."

Kini,tidak lagi kita mendengar slogan seperti itu.Mungkin hilang bersama Pak Lah dan Idris Jusoh,seperti hilangnya bumbung stadium dari tergantung di angin.

Kini,desas-desus "penyelarasan subsidi" kedengaran lagi.Setelah minyak petrol RON97 yang telah dilepaskan subsidinya naik berkali-kali,minyak petrol RON95 pula berada dalam keadaan "perlu diselaraskan" kerana kerajaan tidak mampu lagi untuk menanggung beban subsidi yang kononnya terlampau banyak itu.

Khabar angin telahpun menyatakan bahawa minyak RON95 berkemungkinan naik selepas berakhirnya Pilihanraya Kecil Merlimau dan Kerdau,namun terpaksa ditangguhkan sehingga berakhirnya pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Dan kini,pilihanraya negeri Sarawak telahpun selesai.Maka,"signal-signal" awal yang bakal membawa kita petanda kepada kenaikan harga RON 95 sepatutnya telah mula diambil peduli oleh kita semua.

Apapun,kewaspadaan hambo ada asasnya apabila berita di televisyen semalam telahpun menyiarkan kenyataan berkias-kias Timbalan Menteri Perdagangan Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Tan Lian Hoe pada Jumaat yang mengajak rakyat supaya Bersedia Hadapi Pengstrukturan Subsidi.

Ketika berucap di Johor Bahru,Tan berkata rakyat perlu menerima hakikat untuk bersedia dengan pengstrukturan subsidi kerana Malaysia semestinya akan menerima tempias daripada kenaikan harga barang yang tidak menentu di peringkat global.

Tambah Tan,kerajaan pada masa ini terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM14 bilion setahun di mana pada tahun lalu sahaja,pihaknya terpaksa menanggung subsidi mengawal harga barang kawalan sebanyak RM10 bilion.Oleh itu,dengan kenaikan harga petrol di pasaran,kerajaan terpaksa menanggung tambahan 4 bilion dalam pemberian subsidi kepada rakyat.

Apapun,ayat skema yang digunakan kerajaan untuk menyedapkan hati rakyat adalah,"harga barangan di negara kita masih terkawal jika hendak dibandingkan dengan negara-negara jiran."

Oleh itu,nasihat hambo pada semua,bersedialah dengan hati yang pasrah akan kenaikan harga minyak RON95 selepas ini.Menteri sudah beri kiasan,takkan tak faham lagi?

Read more...

MEMALUKAN!ZULKIFLI NORDIN SANGGUP HINA ALLAH DALAM MELAWAK

Thursday, April 21, 2011

Memalukan dan tidak dapat diterima.Itulah yang aku hendak perkatakan pada tindak tanduk Zulkifli Nordin yang nampaknya semakin hari semakin terpesong dari jalan kebenaran.Aku tidak kisah kalau dia bencikan Anwar Ibrahim sehingga kiamat sekalipun.Burukkanlah Anwar Ibrahim seburuk-buruknya selagi dia rasa dia betul dan benar.Tetapi apabila tulisan terbarunya dikeluarkan,aku jadi marah dan bungkam.

Seolah-olah ini bukannya tulisan seorang penjihad Islam,tetapi seperti golongan atheis yang seringkali menghina Tuhan.Supaya kita semua jelas akan apa yang aku cuba perkatakan,marilah kita sama-sama melihat tulisan terbaru Zulkifli Nordin yang bertajuk "Haq dan Kebenaran".Di sini aku petik semula tulisannya:

Salam 2 all.


Arakian tersebut satu kisah, seorang Pak Yangoat yang terkenal dengan 'abidnya. Dahinya hitam, janggutnya Bin Laden pun bisa nangis dong. Tiap masalah pasti akan disolathajatkan..alhamdulillah. Satu ketika, banjir datang melanda, hingga mencecah bumbung rumah. Berlarilah Pak Yangoat keatas bumbong sambil menadah tangan mohon bantuan. Tiba-tiba lalu Pak Taming mendayung sampan. "Jom naik Pak Yangoat, kita ke pusat pemindahan". Pak Yangot sambil tersenyum berkata, "timaseh Pak Taming, insyallah ana dah buat hajat, nanti ALLAH akan tolong ana". Lalu Pak Yangoat terus menadah mohon pertolongan, sambil air makin naik.

Tiba-tiba lalu bot penyelamat bomba, "cepat naik Pak Yangoat, air makin naik". "Takpa, kejap lagi ALLAH akan tolong", sambil mulut Pak Yangoat berkomat kamit mohon bantuan. Akhirnya air sudah keparas dada, tiba-tiba datang helikopter TUDM sambil mencampakkan tangga penyelamat, "cepat naik Pak, air besar akan naik kejap lagi". "Takpa encik, ALLAH akan bantu saya", lalu Pak Yangoat terus menadah sambil kumat-kamit mohon bantuan. Dan datanglah air besar, hanyut dan mati lemaslah Pak Yangoat.

Dihadapan ALLAH, Pak Yangoat komplen, "ya Robb, aku hambaMu yang tunduk pada Mu. Tiap masalah aku pasti aku solathajatkan, hingga lebam dahiku. Kenapa Kau tidak menolong aku dikala aku kesukaran menghadapi banjir, hingga aku mati kelemasan, mengapa ya ALLAH!". Lalu ALLA Yang Maha Esa menjawab, "Aku dah hantar sampan, Aku dah hantar bomba, dan Aku hantar helikopter TUDM lagi, kenapa mike tak naik yop!!!".

Teman saja bawak cerita diatas yop, bila terkenangkan dah berkenjah solat hajat dibuat untuk mendapatkan kebenaran dalam isu membabitkan manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Seingat teman, solat hajat dah dibuat merata tempat. Malah malam pertama Anwar dipecat Tun Mahathir, solat hajat dibuat diBukit Damansara, diimamkan oleh Ustad Razali Nawawi. Segala macam imam sudah mengetuai solat hajat. Termasuk ke segala pesantren dan pondok di Selatan Thai, Indonesia, Filipina, sampailah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menganjurkan solat hajat untuk ALLAH tunjukkan kebenaran dalam isu manusia anugerah tuhan ini!

Malah mangsa liwat Anwar iaitu stafnya sendiri Saiful Bukhori Azlan pun pernah buat solat hajat di hadapan Ka'bah dan di Masjid Nabawi memohon kebenaran di tunjukkan oleh ALLAH. Bukan sahaja solat hajat, sumpah la'nat pun Saiful dah buat. Paling akhir Rabu Jamadil Awal 1432 bersamaan 06 Apr 2011, sekali lagi solat hajat dibuat secara besar-besaran untuk mendapatkan petunjuk haq dan kebenaran. Tetapi sehingga kini mereka yang taksub masih tidak dapat melihat kebenaran.


(tulisan asal masih panjang,sekiranya ingin membaca tulisan penuh sila ke blog Zul Nordin)

Aku tidak pasti apa pandangan orang lain akan "lawak" yang dibuat oleh Zul Nordin dalam blognya itu.Tapi bagi aku secara peribadi,tulisannya tidak boleh diterima apabila nama Allah digunakan dalam lawaknya tersebut.Tindakan melakukan lawak sebegini adalah kebiasaannya dibuat oleh orang-orang Atheis dan orang Kristian yang sering mempersendakan Tuhan mereka sendiri dalam Jokes mereka.

Sekiranya kita orang Islam sendiri turut sama mempersendakan Tuhan dalam melawak,apa bezanya kita dengan kafir dan atheis?Apakah sudah tidak ada lawak jenis lain yang boleh dibuat perumpamaan oleh Zulkifli Nordin hingga menggunakan nama Allah?

Nah,sila lihat satu lawak yang aku ambil daripada himpunan jokes di internet.Aku mahu kita semua perhati dan renungkan,apa beza lawak Zul Nordin dan lawak kafir orang putih:


Religion and God Jokes
A man walking along a California beach was deep in prayer when all of a sudden he said aloud, "Lord grant me one wish". The sky clouded and a booming voice said, "Because you have tried to be faithful I will grant you one wish." The man said, "Build a bridge to Hawaii so I can drive over anytime I want to."
The Lord answered, "Your request is very materialistic. Think of the logistics of that kind of undertaking. The supports required to reach the bottom of the Pacific! The concrete and steel it would take. I can do it, but it is hard for me to justify your desire for worldly things. Take a little more time to think of another wish, a wish you think would honor and glorify me".
The man thought for a long time and finally said, "Lord, I wish that I could understand women. I want to know what they feel inside, what they are thinking when they give me the silent treatment, why they cry, what they mean when they say 'nothing', and how I can make a woman truly happy?"
After a few minutes God said, "How many lanes did you want on that bridge?"

Aku tidak tahu pandangan orang lain,namun bagi aku lawak bodoh Zulkifli Nordin tetap tidak patut pada pandangan aku!

Read more...

PROJEK "ROBOT TRANSFORMER" MAT SAID KINI JADI GAJAH PUTIH?

Wednesday, April 20, 2011

Awal Februari lalu,kerajaan Terengganu Darul Iman telah memperkenalkan sistem Parking Automatik "Rotary Type" di tengah-tengah pusat perbankan Bandaraya Kuala Terengganu di Jalan Batas Baru.Sememangnya kawasan tersebut dianggap sebagai antara kawasan tersibuk di Bandaraya Kuala Terengganu kerana di kawasan terbabitlah terletaknya kebanyakan ibu pejabat bank cawangan di Terengganu,selain pejabat-pejabat negeri dan Persekutuan.

Oleh itu,masalah parking sememangnya menjadi masalah yang agak besar di kawasan terbabit.Di era kerajaan Mat Said selaku Menteri Besar,beliau akhirnya bersetuju untuk menggunakan teknologi Korea (kurang pasti antara China dan Korea) untuk membina sebuah sistem parkir yang canggih,sistematik dan meminimakan jumlah penggunaan tanah.Mat Said ketika merasmikan pembukaan parking bertingkat itu nyata berbangga kerana Terengganu menjadi negeri pertama di Asia Tenggara yang menggunakan sistem parking ini.



Projek yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM9.8 juta itu mengenakan caj RM2.50 untuk sejam pertama sesebuah kereta dan RM1.00 untuk sejam yang berikutnya.

Ketika kali pertama melihat struktur parking tersebut,ramai yang tidak mengetahui binaan tersebut adalah sebuah tempat meletak kenderaan.Malah adalah tidak hairan jika mereka yang tidak mengetahui perkara tersebut menganggapnya sebagai sebuah generator TNB!Bagi penulis sendiri,cukuplah jika penulis menggelarkannya Robot Transformer Mat Said.

Sebenarnya penulis menyokong apa sahaja pembangunan selagi ia memberi manfaat kepada rakyat di Terengganu.Pun begitu,akhir-akhir ini telah timbul cakap-cakap yang mengatakan bahawa projek parking canggih itu bakal menjadi satu projek gajah putih di Terengganu.Sejauh mana kebenarannya tidaklah pula penulis ketahui.Namun,jika ianya berlaku sekalipun,adalah tidak mustahil untuk ianya menjadi sebuah projek gajah putih.Mengapa?

Berdasarkan beberapa siri laporan oleh media lokal di Terengganu,khabarnya projek parking bertingkat itu kurang mendapat sambutan daripada para pemandu di sekitar bandaraya tersebut.Malah,caj perkhidmatannya yang mahal juga menjadi faktor kenapa ianya tidak mendapat sambutan.Sebagai contoh, sekiranya seseorang pekerja pejabat di kawasan tersebut memarkir keretanya di kawasan tersebut,dia terpaksa untuk membayar hampir sepuluh ringgit untuk lapan jam sehari semata-mata parking di tempat canggih tersebut.

Perlu diakui,bahawa mentaliti rakyat Terengganu bukanlah seperti rakyat Pantai Barat yang advanced.Rakyat Terengganu masih hidup dalam kesederhanaan tradisional.Parking automatik adalah dilihat terlalu canggih buat rakyat.Biarpun agak tidak enak bunyinya,tapi perlulah juga diakui bahawa rakyat Terengganu masih menebal dengan mentaliti hendak murah dan free.Kalau tidak percaya,lihatlah bagaimana Pasaraya Mydin Why Pay More diserang beribu-ribu warga Kuala Terengganu setiap hari.

Dan jika benar projek parking bertingkat tersebut bakal menjadi satu projek gajah putih semata-mata,ini adalah bertitik tolak daripada kegagalan pihak MBKT untuk mempromosikan sistem parking ini secara menyeluruh.Bayangkan,masih ramai yang tidak tahu menahu akan kewujudan sistem sebegini,selain rakyat sendiri tidak yakin akan jaminan keselamatan kereta mereka di sana (yalah,Terengganu kan terkenal dengan jolokan Darul Runtuh).

Selain itu juga,tindakan pengusaha parking bertingkat ini yang terus mengenakan bayaran pada hari pertama tanpa ada promosi percuma untuk sekurang-kurangnya tempoh seminggu menyebabkan ramai yang mengatakan,"ah parking mahal serupa bedil.Baik aku parking atas darat dari parking atas angin!"

Rentetan daripada itu,maka tidak hairanlah bila Buletin Online.net melaporkan bahawa projek itu hanya mampu mengutip RM300 sebulan daripada operasi mereka.Jika ini benar-benar berlaku,nampaknya hendak bayar gaji pekerja pun tak lepas.

Untuk bacaan tambahan pembaca bagi memahami isu ini,beberapa artikel berkaitan disisipkan penulis, mengapa projek ini bakal menjadi projek gajah putih di Kuala Terengganu:

Parking bertingkat hanya kutip RM300 hingga Mac?
Parkir Mat Said Lawan Parkir Lim Guan Eng
Projek Letak Kereta Bertingkat Bakal Jadi Gajah Putih

Read more...

KALAU TAK MAMPU BAYAR CUKAI,BIAR KAMI AMBILALIH UUM - MB KEDAH

Tuesday, April 19, 2011

Negeri tadbiran Pakatan Rakyat yang paling kurang kontroversi - Kedah beberapa hari lepas dihangatkan dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi yang kecewa kerana kerajaan negeri Kedah telah bertindak menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia sebanyak sepuluh kali ganda tahun ini.

Menurut menterinya,Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin,kerajaan negeri telah bertindak menaikkan cukai tanah tahunan universiti terbabit daripada RM150 000 setahun kepada RM1.8 juta setahun.

Khaled dalam kenyataannya itu berasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang cuba untuk membebankan pusat pengajian tinggi awam dengan bayaran cukai tanah yang terlampau tinggi.Khaled juga nampaknya kecewa dengan masalah yang menimpa Universiti di utara tanah air itu yang menghadapi masalah kekurangan bekalan air sejak setahun yang lalu di mana pihak universiti terpaksa membelanjakan sehingga RM90 000 sebulan bagi menanggung kos mengangkut air dari luar.

Secara umumnya,Khaled dilihat cuba menyampaikan mesej kepada kerajaan negeri yang menurutnya patut berbangga dengan kewujudan UUM di Sintok,bukannya membebankan pula universiti terbabit.Malah,isu air yang membelenggu universiti tersebut dilihat mahu disalahkan kepada kegagalan mengurus oleh kerajaan negeri Kedah dalam soal memberikan kesejahteraan kepada para penuntut universiti di Kedah.

Khaled kemudiannya membuat kenyataan bodek yang memuji-muji partinya sendiri dengan menyatakan sekiranya Umno yang memerintah Kedah,ia tidak akan membebankan universiti dengan bayaran cukai tanah yang begitu tinggi.

Universiti Utara Malaysia Sintok khabarnya menghadapi masalah air
yang agak serius
Sebagai seorang pembaca yang tidak terikat kepada hanya satu sumber berita,aku cuba mencari-cari kebenaran di sebalik kenyataan Menteri Khaled Nordin itu.Tindakan Khaled itu walaupun kononnya nampak prihatin pada nasib institusi pengajian tinggi,tetapi hakikatnya beliau cuba untuk menunjukkan kelemahan kerajaan Pas Kedah dalam mentadbir negeri.

Perkara ini juga nampaknya mula diulas oleh blogger celaka upahan Umno untuk memburuk-burukkan kerajaan Kedah yang dikatakan cuba mencekik darah kepada universiti.Yang menghairankan,apabila kerajaan Kedah membongkarkan salahlaku syarikat GLC negeri ketika pemerintahan Umno yang memberikan sumbangan kepada Umno dan beberapa orang pemimpin Umno Bahagian,blog-blog celaka ini diam seribu bahasa.

Apapun,mujurlah Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah cepat bertindak untuk respons dalam isu ini.Ketika ditanya oleh beberapa orang pemberita semalam,beliau telah menjelaskan secara terperinci akan keadaan sebenar mengenai dakwaan kenaikan cukai tanah UUM oleh Menteri Khaled Nordin terbabit:





Fakta kes adalah seperti berikut,mengikut transkrip asal ucapan Ustaz Azizan:


Pada tahun 2006 hingga 2008,tanah UUM telah dibuat rebate oleh kerajaan pada masa itu.Sepatutnya, mereka perlu membayar RM1.2 juta.Tetapi UUM tidak mempunyai duit dan minta dikurangkan,kita bagi RM100 000 sahaja untuk dua tahun.


Lepas 2009,kita ambil,kita mintalah duit itu balik.Bukannya naikkan cukai tanah.(wartawan : rebate ya?).Ha, hak dulu tu rebate.Faham tak?Dia tak faham tu dia salah dapat penerangan daripada orang.Dulu rebate.Dua tahun,lepas itu habis tempoh kerajaan negeri mintak baliklah duit tu.Itu duit kerajaan Kedah.


Sebelum ini RM1.2 juta dia bayar.Tu dia bising pasal 100 ribu.La ni naik 1 juta,sepuluh kali ganda depa kata. Betul lah.Dulu depa turunkan harga itu.


(Wartawan : start bila tu?).2006.(Wartawan : 2006-2008 hak rebate,lepas tu harga biasa?)Ha biasalah.Kita bagi dua tahun.Biasa kita buat amalan biasa.Memang kita buat rebate.Kalau mereka buat rayuan kita buat rebatelah sat.Pastu kita ambil balik.


Negeri Kedah ni pun nak bergantung pada duit hasil tanahlah.Bukan kita tambah tinggi apa-apa.Dah kerajaan negeri tak pernah buat satu circular baru untuk penaik cukai tanah.Baru turun tiga tahun,takkan nak naik?


(Wartawan : Ada tak pihak UUM consult dengan Datuk Seri apa ka untuk kali ini?)Nak consult apa,depa kena bayarlah tu.Dia dapat duit Kementerian Pendidikan (Tinggi).Bukan duit sekolah dia.


Kalau depa tak ada duit,bagi kami ambil sekolah tu.Pajak kamilah.


(Wartawan : ni masalah ayaq (air) kat UUM?).Tak itu lagi masalah diorang.Itu masalah dalaman UUM.Kita beri paip ayaq berlubang.Faham tak berlubang?Boleh supply semua di negeri utara,apa di bahagian kita.


Masalah diorang sekarang,diorang tak siapkan insfrasturuktur untuk warga UUM yang makin bertambah.Dulu dia buat paip itu,dengan tangki untuk 10 000.Sekarang 30 000!Dengan padang golfnya,dengan hotelnya. Keluar ayaq semacam.


Okay as anexample.Katakan rumah saya,ayaq masuk rumah saya paip satu inci.ataupun tiga suku inci,okay?
Akhirnya,tiba-tiba saya naikkan rumah saya sampai berapa banyak.Sudah naik sepuluh biji rumah belakang saya.Paip masuk satu lubang yang sama.Tentulah maknanya ayaq tu tak cukup.Salah pihak JBA ka salah pihak saya?


(wartawan : dia(UUM) kena upgrade).Ya,dia kena upgradelah.Suruhlah kementerian bagi duit.Ha, kementerianlah kena upgrade dalam tu.Kalau tak serah pada kami,kami nak ambik UUM.Nampak tak dak duit sangat.Okay?


Ulasan penulis:


Nah,nampaknya Khaled Nordin bakal malu besar dalam hal ini.Dia cuba untuk memburukkan kerajaan negeri.Walhal,kelemahan itu berpunca daripada kelemahan pentadbiran dalam kementerian yang dipegangnya.Bayangkan sebuah universiti yang seluas 25 ekar,mempunyai populasi 30 000 orang penduduk di dalamnya,ditambah dengan pusat pertumbuhan komersial,gagal untuk menaiktaraf sistem bekalan air di kawasan tersebut.


Malah,kegagalan UUM untuk membayar cukai tanah atas alasan ketiadaan dana menunjukkan betapa lemahnya pentadbiran kerajaan Malaysia.Sepatutnya Khaled Nordin perlu lebih berhati-hati dalam isu ini, daripada orang tak tahu kelemahan UUM,sampai orang tahu.


Bak kata Ustaz Azizan,kalau tak mampu bayar,bagi Kerajaan Pas Kedah ambilalih UUM.Nampak takdak duit sangat.

Read more...

PRN SARAWAK : BN MUNGKIN HILANG 8 KERUSI PARLIMEN PRU13,DAP HILANG SIBU

Monday, April 18, 2011

Pertamanya,syabas diucapkan kepada DAP yang berjaya memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi. Selain itu,selamat menjadi Yang Berhormat baru kepada tiga calon PKR yang menang di Krian,Ba Kelalan dan Batu Lintang.Buat Pas juga,walaupun gagal memenangi sebarang kerusi pada kali ini,sokongan yang sangat baik telahpun ditunjukkan oleh rakyat Sarawak sepanjang tempoh berkempen lalu.

Untuk itu,penulis tertarik dengan status facebook Pas Sarawak yang membuat perumpamaan Pas di Sarawak dengan sepohon pokok.Tahun 2001 menyemai benih,2006 membaja pokok,2011 pokok mula berbunga dan insyaallah,lagi lima tahun berbuahlah pokok tersebut.Oleh itu,ingatlah bahawa Islam itu akan menang di tempat yang betul dan pada masa yang betul.

Walaupun turut sama gembira atas pencapaian di Sarawak kali ini,secara umumnya penulis berasa sedih kerana tiada wakil pembangkang yang beragama Islam akan mengangkat sumpah di Dun Sarawak.Malah, sebelum ini penulis telah mensasarkan sekurang-kurangnya tiga hingga lima orang calon Muslim daripada Pas dan PKR akan menghangatkan sidang Dun Sarawak iaitu di Beting Maro,Saribas,Sadong Jaya,Sebuyau, Satok dan Lingga.Bagi penulis,kehadiran mereka dalam Dewan Undangan Negeri pastinya akan lebih mampu untuk membela umat Islam dan masyarakat Melayu Melanau,menjadi check and balance kepada ahli dewan Muslim lain daripada PBB.

Dalam entri penulis kali ini,penulis ingin membawa kita kepada kemungkinan beberapa kerusi yang bakal dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13 untuk peringkat Parlimen di Sarawak.Jika diamati,Pakatan Rakyat mungkin akan memenangi sembilan kerusi Parlimen di Sarawak dengan mengekalkan kerusi Bandar Kuching,selain merampas Miri,Lanang,Stampin,Saratok,Sarikei,Bintulu dan Lawas.

Walaubagaimanapun,kerusi Sibu berada dalam keadaan yang agak berbahaya buat DAP.

Di Bandar Kuching misalnya,dalam Pilihanraya Umum ke 12 calon DAP Chong Chieng Jen menang dengan majoriti 9952 undi ke atas calon SUPP setelah mendapat undi sebanyak 22 901 undi.Bandar Kuching mempunyai dua kerusi Dun iaitu Padungan dan Pending.Undian terkumpul yang dimenangi oleh calon DAP di Kuching semalam adalah sebanyak 26 332 undi,peningkatan sebanyak 3431 undi berbanding PRU12.Jika SUPP memperoleh 12 949 undi pada tahun 2008,kali ini jumlah undi terkumpul mereka merudum kepada hanya 10 853 undi.

Di Sibu pula terdapat tiga kerusi Dun iaitu Bawang Assan,Pelawan dan Nangka.Dalam Pilihanraya Kecil Sibu,calon DAP Wong Ho Leng menang dengan majoriti tipis ke atas calon SUPP,Robert Lau Jr dengan majoriti 398 undi.Pada pilihanraya negeri kali ini,DAP hanya berjaya menawan kerusi Dun Pelawan manakala kerusi Dun Bawang Assan dan Nangka kekal di tangan SUPP dan PBB.Jika diamati jumlah keseluruhan undi di ketiga-tiga buah Dun,calon Pakatan Rakyat (DAP dan PKR) memperoleh undi terkumpul sebanyak 21 234 undi manakala BN memperoleh undi terkumpul sebanyak 21 935.Perbezaan undi antara BN dan PR hanyalah sekitar 701 undi.Ini bermakna,DAP perlu bekerja dengan lebih giat untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya itu pada pilihanraya kecil yang lalu.

Selain Bandar Kuching dan Sibu,satu lagi kerusi yang cukup berpotensi untuk dimenangi oleh Pakatan Rakyat adalah Parlimen Miri.Dalam PRU 2008,Miri telah dimenangi oleh calon SUPP dengan kelebihan undi sebanyak 5216 undi.Terdapat tiga buah Dun di Parlimen Miri iaitu Piasau,Pujut dan Senadin.Dalam Pilihanraya negeri kali ini,dua buah kerusi SUPP berjaya dirampas DAP iaitu Piasau dan Pujut,manakala berlaku kontroversi di Senadin apabila calon DAP yang menang sebelum ditambah undi pos akhirnya tewas dengan majoriti 58 undi setelah ditambah dengan undi pos.Berdasarkan undi terkumpul DAP di Sibu,mereka berjaya memperoleh 22 394 undi berbanding hanya 17 013 untuk SUPP.Jika dikira,DAP mampu memenangi  Parlimen Miri dengan majoriti lebih 5000 undi dalam pilihanraya yang akan datang.

Di Parlimen Lanang,DAP berjaya mempertahankan Dun Bukit Assek dan menawan kerusi Dudong daripada SUPP.Ahli Parlimen Lanang sekarang,Datuk Tiong Thai King yang turun bertanding di Dudong bukan sahaja tewas di sana,malah turut berisiko untuk hilang kerusi Parlimen yang dimenangi tiga tahun lalu dengan majoriti sekitar 4000 undi.Undian terkumpul untuk DAP kali ini di Lanang adalah sekitar 23 176 undi berbanding hanya 14 032 undi untuk SUPP.Ini bermakna,perbezaan undi antara DAP dan SUPP adalah sekitar 9144 undi.

Satu lagi kerusi Parlimen di kawasan Kuching adalah Parlimen Stampin, yang mengandungi tiga buah kerusi Dun iaitu Batu Lintang,Kota Sentosa dan Batu Kawah.Dalam pilihanraya umum 2008,Pakatan Rakyat mampu untuk menang di kawasan terbabit dan jika tewas sekalipun,adalah di bawah majoriti 1000 undi.Pun begitu,akibat tiada persefahaman,PKR dan DAP masing-masing meletakkan calon mereka di kerusi tersebut. DAP telah meletakkan penyandang kerusi Batu Lintang sebelum ini,Voon Lee Shang manakala PKR meletakkan aktivis tanah adat,See Chee How.Untuk rekod,Voon tidak bertanding kali ini kerana digantung oleh Jawatankuasa Disiplin DAP manakala Chee How berjaya memenangi kerusi Batu Lintang,setelah berlaku pertukaran kerusi antara DAP dan PKR di Padungan dan Batu Lintang.Berdasarkan undian terkumpul yang diperoleh Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya negeri kali ini,mereka berjaya mendapat undian sebanyak 33 268 undi berbanding 19 520 undi untuk SUPP.

Di Sarikei pula,satu lagi kawasan majoriti Cina,BN hanya berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada tahun 2008 dengan majoriti tipis 51 undi.Jika tidak berlakunya pertandingan lima penjuru dalam pilihanraya tersebut,DAP sememangnya berpeluang besar untuk merampas kerusi tersebut daripada SUPP.Dalam pilihanraya kali ini,Sarikei yang mempunyai dua buah kerusi Dun iaitu Repok dan Meradong menyaksikan DAP berjaya merampas kerusi Dun Repok dan mempertahankan kerusi Dun Meradong.Undian terkumpul yang diperoleh oleh DAP adalah sebanyak 14 784 undi berbanding 9418 undi untuk SUPP.Jika terdapat banyak calon bebas di kawasan Sarikei pada tahun 2006 dan 2008,hanya terdapat pertembungan dua penjuru di kedua-dua buah Dun dalam pilihanraya kali ini.

Di satu lagi kerusi Parlimen iaitu Bintulu,sekiranya DAP mengalami kekalahan yang agak besar pada tahun 2008 dengan majoriti kekalahan sebanyak 14 965,tetapi berdasarkan kiraan kali ini DAP mampu menang dalam pilihanraya umum akan datang setelah mengatasi BN dengan majoriti 453 undi di Bintulu.Walaupun calon dua calon PKR kalah di Dun Jepak dan Kemena,kemenangan besar DAP di Kidurong dilihat mampu menghidupkan peluang mereka untuk merampas kerusi tersebut dalam pilihanraya umum ke 13.Untuk rekod, Pakatan Rakyat mengumpul sejumlah 17 855 undi di Bintulu kali ini berbanding 17 402 oleh Barisan Nasional.Walaubagaimanapun,undi yang dikumpul dua orang calon SNAP dan tiga orang calon Bebas masih menjadi teka-teki dalam pilihanraya umum akan datang.

Di Lawas dan Saratok pula,walaupun undi Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menyaingi undi Barisan Nasional,kemenangan PKR di Dun Krian (Saratok) dan Ba Kelalan (Lawas) dilihat menjadi semangat baru buat Pakatan Rakyat menambah lebih banyak kerusi di kawasan Malaysia Timur.

Walaupun kerusi-kerusi Parlimen Melayu Melanau nampaknya masih berpihak kepada PBB,ini tidaklah bermakna Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menguasai kerusi tersebut.Di kerusi Batang Lupar misalnya, kerusi yang ditandingi oleh Pas dalam pilihanraya umum 2008 adalah satu lagi kerusi berpotensi memandangkan Pas mampu memberi saingan di Sebuyau dan Beting Maro selain PKR di Lingga.Untuk rekod,Pas dan PKR mampu menguasai 5593 undi Parlimen Batang Lupar dalam pilihanraya kali ini berbanding 10 766 undi untuk Barisan Nasional.Walaupun ketinggalan sekitar 5173 undi,keputusan tersebut lebih baik berbanding tahun 2008 apabila ketika itu calon Pas hanya mampu mendapat 2923 undi dan kalah dengan majoriti lebih besar sekitar 8092 undi.Penulis yakin,dengan usaha berterusan Pas di dua kawasannya iaitu Sebuyau dan Beting Maro mampu memberikan saingan pada PBB dalam PRU 13.

Apapun,selamat maju jaya buat Pakatan Rakyat Sarawak dalam Pilihanraya Umum ke 13.Kepada wakil Pakatan Rakyat yang baru,selamat bersidang penulis ucapkan.

Read more...

SERANG BALAS :BN KUMPUL RIBUAN PENDUDUK KAPIT SELEPAS TERGUGAT DI BANDAR LAIN

Friday, April 15, 2011


Setelah menghadapi gelombang yang sengit di kawasan bandar utama seluruh Sarawak,Barisan Nasional dilihat cuba untuk menyaingi semula DAP apabila berjaya mengumpulkan ribuan penduduk di Parlimen Kapit untuk menghadiri ceramah mereka.


Untuk rekod,terdapat dua buah kawasan DUN di Kapit iaitu N54 Pelagus yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru PRS(BN)-PKR-Bebas dan N55 Katibas yang turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PBB,PKR dan SNAP.

Kapit sebuah bandar yang terletak di lembangan Sungai Rajang,merupakan kawasan majoriti 86% orang Iban, diikuti 11% Cina dan 3% Melanau.Kawasan yang berada di pedalaman Sarawak ini hanya boleh dihubungi dengan menggunakan bot ekspres yang memakan dua jam perjalanan dari Sibu ataupun dengan menaiki helikopter.

Ketika bandar-bandar utama lain di Sarawak nyata berada dalam genggaman Pakatan Rakyat,masyarakat di Kapit melakukan sebaliknya dengan turun beribu-ribu orang semata-mata untuk menghadiri program BN dan bertemu dengan calon pilihan mereka daripada PRS dan PBB.Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat aku curi daripada blog pro BN yang nyata lesu dek gelombang rakyat Sarawak sekarang.Mungkin dengan gambar ini barulah blogger Umno boleh bernafas sedikit:

Ramai

Ceramah BN dapat sambutan

pelbagai lapisan umur turun

Apakah rahsianya?Adakah terlalu hebat hingga ribuan hadir ke program ini?Tua muda,kecil besar.Lelaki perempuan.Program apa agaknya ya?

Turut mendapat liputan hangat RTM

Barisan pimpinan BN Kapit yang hadir
Oppssss.....tengok balik gambar yang atas ni.

Gambar yang mana?Yang ini?


Bukan.Bukan yang ini.Ini gambar mahu glamour masuk TV saja.Yang bawah satu lagi.

Apa yang ini?


Ada apa dengan gambar ini?

Aik,engkau tulis blog pun tak nampak?Meh aku tunjukkan.Hah ini dia :


Aik,cik abang!Buat apa jadi jurinya?Takkanlah ada beri markah kat orang duk ceramah?
Mungkin takut pitching lari kot.

Pada hari yang sama,sebelum itu:

VIP sama,cuma juri lain-lain
Kah kah kah kah....Blogger BN memang kaki Spin...kononnya ribuan penduduk Kapit datang  mendengar ceramah daripada calon BN.

Woi!Ceramah apa yang siap ada juri-jurinya?Awat takut pitching lari ke?Keh keh keh

Dek kerana sudah gagal menyaingi kempen Pakatan Rakyat,blogger upahan sanggup putarbelit gambar kononnya ribuan hadir ke ceramah BN.

Walhal ramai yang hadir tu,bukan nak tengok muka pemimpin BN.Diorang datang nak tengok pertandingan nyanyian.Apa bangang blogger BN kaki spin syok sendiri.Keh keh keh.

Adakah anda semua mahu tahu apa yang diulas oleh blogger BN mengenai gambar-gambar di atas?

Di Kapit Town Square , ribuan penduduk bandar hadir mendengar ceramah kempen BN.

Dun Pelagus menyaksikan pertandingan 3 penjuru di antara BN,PKR dan calon Bebas.

Pisau kata " nantikan pendedahan. Hasutan,ugutan bunuh dan ancaman oleh orang PKR di Kapit terhadap PM"

-blog Pisau-


PRN SARAWAK : CERAMAH BN DI KAPIT MALATOP !




bandar kapit malam tadi bergegar dengan ceramah BN. ahli parlimen kapit iaitu yb datuk alexander nanta linggi ( cucu tun jugah) telah belasah pakatan dalam cara yang paling sinis.

anwar menuduh sarawak mundur namun dia lupa akan satu perkara.

anwar sewaktu menjadi menteri kewangan pernah datang ke kapit, iaitu pada julai 1995. anwar pernah berjanji kat penduduk kapit untuk membina jaringan lebuhraya antara kapit dan sibu. tapi ia sekadar retorik janji politik sang al gojo sahaja.

hari ini anwar balun BN kerana kononnya tak membawa kemajuan kat luar bandar. sungguh binawe la si menate politik bernama anwar nih.

ceramah YB alex telah menarik hampir 2 ribu rakyat untuk hadir !


-blog GAP-

Betapa Gelabah nya Anwar Ibrahim bila mendapati sokongan pengundi Kapit terhadap Barisan Nasional amat Tinggi pada malam kelmarin. Maka ekoran dari itu kelam kabut lah si Baginda Mindamenalifon Anwar Brahim untuk datang ke Kapit bagi menunjukkan PKR lebih ramai dan Kuat dari BN.

Nah hangpa lihat sendiri penyokong Anwar Brahim.........

-blog pemfitnah tegar Papa Gomo-

Kah kah kah...baik punya spin.
Mereka kata,orang datang dengar ceramah.

Padahal orang datang nak dengar pertandingan karaoke.
Kalau ceramah,berjuri-juri apanya?

Macam ceramah Najib,
Kalau tak dapat tupperware jangan harap orang datang.

Orang Kapit bukannya pernah tengok Jom Heboh.
Ni sekali sekala ada karaoke ramailah anak beranak datang tengok.

Tiba-tiba blogger Umno nak pusing kononnya orang datang dengar ceramah.
Kalau ceramah BN,ramai ni je yang datang:

Ini baru ceramah BN.Kah kah kah

Read more...

KAJIAN ZENTRUM MENUNJUKKAN BN TUMBANG,46 KERUSI BERALIH TANGAN

Thursday, April 14, 2011

Baru sekarang kenapa aku faham mengapa Pilihanraya Umum 12 dianggap berlakunya tsunami politik.Ini kerana ia datang secara tiba-tiba,dan di luar jangka.Fenomena ini aku fahami apabila ianya dilihat hampir kembali ke Malaysia,kali ini bergerak ke arah Malaysia Timur,yakni Sarawak.

Sangat menarik untuk diperhatikan.Jika diperhatikan sebelum penamaan calon tempoh hari,suasana politik Sarawak sangat menghambarkan,malah aku berpendapat ianya hanya akan menjadi satu lagi siri Pilihanraya Kecil yang bosan seperti di Merlimau dan Kerdau.Pun begitu,jangkaan aku nyata meleset.Sebermula sahaja tempoh berkempen,bandar-bandar utama di Sarawak dilihat tenggelam dek ribuan rakyat yang menunjukkan solidariti mereka terhadap Pakatan Rakyat.

Sentimen ini bagi aku berlaku secara tiba-tiba,malah pemimpin Pakatan sendiri tidak menjangkakan sambutan yang diberikan menjadi hangat sebegitu rupa.Nampaknya,dalam hal ini Pakatan cuba membesarkan gelombang kebangkitan tersebut sehingga ke kawasan separa bandar dan pinggir bandar,memasuki perkampungan tradisi Melayu Melanau dan akhirnya menyusup masuk ke kawasan rumah panjang.Jika dalam pilihanraya kecil BN mampu menangkis gelombang ini,tetapi tidak pada pilihanraya umum yang besar.

Oleh itu,maka tidak hairanlah apabila kajian akademik telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional sebenarnya telahpun tumbang hasil prediksi dan ramalan yang dibuat.Zentrum Future Studies yang dimobilisasikan oleh Pensyarah Universiti Malaya,Profesor Dr.Abu Hassan Hasbullah telahpun mendapat hasil kajian yang memberangsangkan dan berada di luar jangkaan.

Berdasarkan kajian Zentrum,kedudukan parti bertanding menunjukkan Barisan Nasional hanya memperoleh 38% sokongan keseluruhan,diikuti rapat oleh Pakatan Rakyat sebanyak 37%,Parti SNAP 20% dan Bebas sebanyak 6%.Dan jika peratusan pembangkang berbanding kerajaan diambil kira,Barisan Nasional telahpun tumbang dengan peratusan terkumpul sebanyak 62% untuk pembangkang manakala hanya 38% untuk Barisan Nasional.


Dari segi jumlah kedudukan kerusi pula,Barisan Nasional akan tewas di 46 buah kerusi seperti yang diperincikan di bawah:

PREDIKSI KALI PERTAMA

Kerusi Bakal Dimenangi Barisan Nasional:
N2 Tasik Biru,N4 Pantai Damai,N5 Demak Laut,N6 Tupong,N7 Samariang,N17 Tarat,N19 Kedup,N23 Lingga,N33 Kalaka,N35 Belawai,N36 Semop,N38 Jemoreng,N52 Tamin,N56 Baleh,N58 Jepak,N61 Bekenu,N63 Piasau,N65 Senadin,N68 Bukit Kota,N69 Batu Danau,N70 Ba Kelalan
Jumlah : 21

Kerusi Bakal Dimenangi Pakatan Rakyat:
N3 Tanjung Datu,N8 Satok,N9 Padungan,N10 Pending,N11 Batu Lintang,N12 Kota Sentosa,N13 Batu Kawah,N14 Asajaya,N15 Muara Tuang,N20 Sadong Jaya,N22 Sebuyau,N24 Beting Maro,N27 Simanggang,N29 Batang Air,N30 Saribas,N39 Repok,N40 Meradong,N42 Meluan,N45 Bukit Assek,N46 Dudong,N47 Bawang Assan,N48 Pelawan,N49 Nangka,N50 Dalat,N53 Kakus,N54 Pelagus,N59 Kidurong,N62 Lambir,N64 Pujut,N67 Telang Usan,N71 Bukit Sari
Jumlah : 31

Kerusi Bakal Dimenangi SNAP:
N1 Opar,N16 Bengoh,N18 Tebedu,N25 Balai Ringin,N26 Bukit Begunan,N28 Engkelili,N32 Bukit Saban, N34 Krian,N41 Pakan,N43 Ngemah,N44 Machan,N55 Katibas,N57 Belaga,N60 Kemena,N66 Marudi
Jumlah : 15

Kerusi Bakal Dimenangi Calon Bebas:
N21 Simunjan,N31 Layar,N37 Daro,N51 Balingian
Jumlah : 4

Lampiran kajian Zentrum dalam bentuk jadual:

Ramalan Satu (1) : N1-N19

Ramalan Dua (1) : N20-N40

Ramalan Tiga (1) : N41-N60

Ramalan Empat (1) : N61-N71


Itu adalah hasil dapatan daripada prediksi pertama yang telah dilakukan oleh Zentrum.Kajian kali kedua pula mendapati bahawa:

Prediksi Satu (2) : N6 Tupong beralih kepada PR,
manakala N15 Muara Tuang kembali kepada BN

Prediksi Dua (2) : N20 Sadong Jaya beralih kepada BN
dan N30 Saribas beralih kepada BN

Prediksi Tiga (2) : N50 Dalat,N54 Pelagus dan N60 Kemena
kembali kepada BN

Prediksi Empat (2) : N62 Lambir dan N71 Bukit Sari beralih pada BN
manakala N63 Piasau dan N70 Ba Kelalan dimenangi PR

Oleh itu,hasil kajian kali kedua Zentrum menunjukkan bahawa:

-BN mengambilalih kepercayaan pengundi di 7 buah Dun Pakatan Rakyat dan satu Dun SNAP
-Pakatan Rakyat mengambilalih kepercayaan pengundi di tiga Dun BN.

Ini menjadikan kedudukan kerusi semasa berdasarkan kepercayaan pengundi kepada:

Barisan Nasional : 25 kerusi
Pakatan Rakyat  : 28 kerusi
SNAP                : 14 kerusi
Bebas                 : 4 kerusi

Selain itu,sokongan ke atas parti politik berdasarkan pecahan kaum adalah seperti berikut:


Jika sokongan ini akhirnya diterjemahkan dalam bentuk kertas undi,Barisan Nasional sebenarnya telahpun tumbang di Sarawak.Apa yang menarik berdasarkan kajian Zentrum adalah:

1.Pas menang di kesemua kerusi pada ramalan pertama,kecuali hilang dua kerusi pada ramalan kali kedua iaitu Muara Tuang (BN mendahului 4%) dan Sadong Jaya (BN mendahului 2%).

2.Calon Ketua Menteri Baru Bian didapati tewas pada bacaan kali kedua,tetapi memperbaiki semula kemenangan pada bacaan kali kedua

3.Kebanyakan kerusi yang dimenangi BN adalah disebabkan pertandingan tiga penjuru atau lebih yang menyebabkan perpecahan undi pembangkang

4.Empat calon Bebas menang iaitu Zaini bin Le di Simunjan,Kibak Anak Datu di Layar,Zamhari bin Berawi di Daro dan Salleh Jafaruddin di Balingian.

5.Kuasa penentu untuk membentuk kerajaan negeri terletak di tangan SNAP.


Apapun,masih terdapat baki lebih kurang 30 jam dari sekarang untuk calon bertanding bergerak ke peringkat habis-habisan.Adakah ramalan Prof.Jeniri Amir daripada UMS akan berlaku?Mengikut beliau,Barisan Nasional akan menggunakan taktik carpet bombing di saat akhir,di mana pelbagai bantuan segera akan diberikan supaya pengundi menyokong BN.Ataupun,adakah ramalan Zentrum ini akan menjadi 100% tepat?

Sama-sama kita nantikan kesudahannya.











Read more...

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP