This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

YB AZAN ISMAIL,ARE YOU OKAY?JANGAN LOMPAT SUDAHLAH

Tuesday, March 29, 2011

Yang Berhormat bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota,Pahang pernah menimbulkan sedikit kontroversi beberapa ketika dahulu apabila mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat negeri Pahang.Akibat dari keadaan tersebut,YB Azan sering diperhatikan sebagai antara orang yang seterusnya untuk "melompat keluar" daripada Parti Keadilan Rakyat.Ini menyebabkan beliau telah bertindak menyaman akhbar Utusan Malaysia sebanyak RM29 juta kerana mengeluarkan satu berita yang mengatakan beliau telah bertindak keluar parti satu masa dahulu.

Namun,alhamdulillah sehingga kini YB Azan masih kekal bersama PKR.Dan terbaru,YB Azan telah dilantik menjadi Pengerusi MPN Negeri Terengganu.

Pun begitu,sekarang ini timbul sedikit sebanyak cerita yang kurang enak didengar tentang YB Azan di Pahang.
Nampaknya,krisis antara YB Azan dan Majlis Pimpinan Pahang masih belum berakhir walaupun beliau telah dihantar ke negeri jiran Terengganu.Kenyataan YB Azan dalam Sinar Harian baru-baru ini kemudiannya dilihat menimbulkan kemarahan kepada para pemimpin PKR Pahang.Di sini,penulis hanya bersifat neutral, tidak memihak kepada YB Azan mahupun kepimpinan PKR Pahang.Namun,eloklah kiranya penulis bawa kembali apa yang menimbulkan kontroversi Azan-MPN baru-baru ini:


PKR Pahang makin kritikal

KUANTAN – PKR Pahang perlu melakukan sesuatu bagi menyelamatkan parti tersebut daripada individu yang mempunyai agenda buruk untuk menghuru-harakan ahli serta penyokong parti itu. 

:Bekas Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Azan Ismail berkata, kedudukan PKR Pahang kini dilihat semakin kritikal selepas pengunduran Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Ibrahim Sidek, diikuti 300 ahli PKR lain. 

:“Pengunduran tersebut membuktikan bahawa ada ‘sesuatu’ yang tidak kena dengan pucuk pimpinan parti yang berkemungkinan mempunyai agenda lain untuk kepentingan peribadi. 

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan, sebaliknya ahli PKR perlu mengambil tindakan kerana PKR Pahang berada dalam kedudukan bahaya,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu mengesyaki, perbuatan individu terbabit semata-mata untuk menjatuhkan politik PKR Cabang Indera Mahkota sebelum beliau meninggalkan parti itu. 

“Individu terbabit memberi kenyataan akan meninggalkan parti itu sekiranya PKR Cabang Indera Mahkota gagal merebut kerusi dalam pilihan raya akan datang. 

“Semuanya seperti sudah diatur. Tiada siapa yang dapat meramal apa sebenarnya individu terbabit mahukan. Cuma apa yang boleh saya katakan, beliau mempunyai perancangan buruk. 

“Apa yang dilakukan bukan untuk mengukuhkan parti, sebaliknya menggalakkan lebih ramai ahli untuk keluar parti dengan perkara-perkara yang boleh mencetuskan perbalahan. Perbuatan tersebut juga secara tidak langsung menjejaskan tanggapan penyokong tentang parti ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Azan turut meluahkan rasa kecewa serta menyesal kerana meletakkan kepercayaan tinggi kepada individu terbabit untuk mentadbir parti. 

:“Saya rasa terkilan kerana ramai yang tertipu dengan helahnya. Saya juga menyesal kerana menyokongnya sebelum ini dan merasakan dia yang paling layak untuk mentadbir parti. Perbuatannya diibaratkan seperti ‘Harapkan pagar, pagar makan padi’,” katanya.


Selain itu juga,berita lain yang berkait dengan krisis PKR Indera Mahkota adalah melalui laporan akhbar Utusan Malaysia terbabit:


300 ahli PKR Indera Mahkota keluar parti, sertai UMNO

20/03/2011 5:21pm


KUANTAN 20 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota, yang dikenali sebagai kubu kuat parti itu di Pahang, hampir lumpuh apabila 300 ahlinya mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai UMNO hari ini.
Antara yang bertindak keluar parti itu ialah pemangku ketua cabangnya, Ibrahim Sidek; Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan; dan Setiausaha Wanita PKR, Fadizlah Abd Wahab.
Kesemua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dalam satu majlis ”Sirih Pulang ke Gagang” di sini.
Ibrahim, yang menyertai PKR selama 11 tahun, berkata, keputusan keluar parti itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan mementingkan kepada perjuangan individu sahaja. – Bernama


Ulasan YB Azan ke atas seseorang individu yang menduduki hirarki yang tinggi dalam PKR Pahang itu walaubagaimanapun tidak dinamakan beliau.Secara ringkasnya,YB Azan dalam ulasan beliau menganggap kepimpinan yang ada sekarang dilihat tidak mahu memulihkan masalah dalaman yang menimpa Cabang Indera Mahkota terbabit.Adalah tidak diketahui siapakah yang dimaksudkan Azan,samada pemimpin di peringkat cabang mahupun negeri.Walaubagaimanapun,ulasan Azan telah dijawab oleh beberapa orang pimpinan PKR Pahang.

Paling menarik adalah tulisan blogger yang juga Ketua Cabang Kuala Krau,Haji Shuhaimi Said dalam blognya:


idalam mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, yang berlangsung di Rumah Rehat Temerloh malam tadi (25.3.11) dan berakhir jam 11.00 malam tadi, meluluskan dua usul:

1. Ketua-Ketua Cabang PKR Negeri Pahang menyokong kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman tanpa berbelah bagi;

2. Merujukkan YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota/Pengerusi PKR Negeri Terengganu ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

Mesyuarat tergempar itu diadakan diatas kenyataan akhbar yang termuat di muka depan Sinar keluaran 25.3.11 yang memaparkan kenyataan YB Azan Ismail yang cuba memburuk-burukkan kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang.

Kesemua Ketua Cabang tidak bersetuju dengan kenyataan YB Azan Ismail bahawa PKR Pahang menjadi nazak dibawah pimpinan Dato Fauzi, bahkan dibawah pimpinan, cara dan stail, yang dibawakan oleh Dato Fauzi, PKR Pahang berjaya memperkuat dan memperkukuhkan parti, dan akhir-akhir ini, PKR Pahang telah berjaya melebarkan sayapnya ke perkampongan Melayu tradisi, perkampongan Felda dan Orang Asal.

Keanggotaan PKR Negeri Pahang telah bertambah dengan pesatnya, manakala aktiviti-aktivit serta program-program parti dapat berjalan dengan lancar di seluruh Pahang.

Dato Fauzi mempunyai sikap mesra-rakyat dan sentiasa turun padang. Pimpinan seumpama ini sangat-sangat dihargai oleh parti rakyat dan masyarakat.

YB Azan tidak berhak mencampuri urusan PKR Pahang dengan cara negatif dan untuk melemahkan perjuangan parti dan meletakkan imej parti dipersoalkan. Beliau bukan lagi menjadi anggota mana-mana ranting atau mana-mana cabang di Negeri Pahang kerana beliau telah memindahkan keanggotaannya ke Terengganu.

Sikap yang ditunjukkan oleh YB Azan itu adalah sikap negatif yang tidak menguntungkan parti.

Ketua-Ketua Cabang yang tidak hadir diwakili oleh pemegang mandat Ketua Cabang dan turut memberikan sopkongan kepada dua buah usul yang dibentang.


Berikut pula pandangan aktivis PKR Pahang,Saudara Man Kadir:

MENGHAIRAN JUGA - TIBA SAJA YB AZAN ISMAIL MELAHIRKAN RASA TIDAK PUASHATI DENGAN PERKEMBANGAN PKR DI PAHANG - AKU NAK BERTANYA SIKITLAH DENGAN HURMATNYA: "MASA YB INDERA MAHKOTA NI BERADA DI PAHANG - APA YB BUAT UNTUK PERJUANGAN RAKYAT KHUSUSNYA PKR ? YB TAK TAHUKAH SEJAK PIMPINAN DULU HINGGA KE PIMPINAN DATO FAUZI, PIMPINAN PKR PAHANG BERTUNGKUS LUMUS TURUN KE RAKYAT - DI FELDA - ORANG ASAL - KAMPUNG TRADISIONAL - TAMAN PERUMAHAN KECUALI SEORANG BERDUA YANG SAMA PERANGAI DENGAN YB! - APAKAH HALNYA TIBA SAJA YB BERBUNYI TENTANG PAHANG? KAN YB DIAMANAHKAN OLEH PUSAT SEBAGAI PENGERUSI PIMPINAN NEGERI TERENGGANU - ADAKAH YB MENGIGAU ATAU SAJA-SAJA MELATAH UNTUK KEMBALI KE PAHANG ? - ADAKAH ORANG TERENGGANU TAK BOLEH TERIMA SIKAP YB ?" - MAAF YB DENGAN PERTANYAAN INI .... apa macam?



Jika benar kepimpinan PKR Pahang berkeras mahu mengenakan tindakan disiplin ke atas YB Azan, berkemungkinan satu lagi krisis besar akan timbul dalam PKR.Persoalannya,akan kebalkah integriti YB Azan ataupun hanyalah setebal N.Gobalakrishnan?

Sama-sama kita nantikan.

p/s:nampaknya YB Azan tidak akan lagi boleh mempertahankan jawatannya di Indera Mahkota.Adakah beliau akan bertanding di Terengganu?Kalau ya,di mana?Kemaman atau Dungun?

Atau masuk bertanding di Dun?Atau masih kekal di Indera Mahkota atas tiket Umno atau Bebas?
Wallahualam.

1 ulasan:

Anonymous,  April 18, 2013 at 5:19:00 PM PDT  

faktor calon juga patut diambilkira bkn saja parti. sdr azan tak dikenali oleh pengundi2 dun bandar k.trg.adalah sukar utk dia meraih undi dr pengundi2 dun bandar ktrg apatah lg undi2 dr kaum cina. pengundi2 cina sbnr nya berkehendakkan org cina mewakili mereka lantaran iitu mereka akan mengundi bangsa cina wlpom mereka tdk ske BN dan Umno...

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP