This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN TIMBANG SAMAN BLOG UMNO KAKI FITNAH

Saturday, March 5, 2011

Satu trend yang diperhatikan setiap kali adanya pilihanraya kecil adalah begitu galaknya para penulis blog-blog Umno memfitnah sana-sini.Bak kata orang,tembak peluru kapur.Untung-untung orang percaya.Begitulah mereka.Fitnah zina,kahwin lari dan macam-macam lagi fitnah ditabur sana dan sini.Apa yang peliknya,fitnah itu juga akhirnya senyap begitu sahaja apabila selesai pilihanraya.

Di Tenang contohnya,fitnah terhadap kononnya Cikgu Mala pernah meninggalkan suami pertama dan meminta cerai akhirnya tidak mampu dijawab sehingga kini.Hal ini kerana ianya ternyata fitnah semata-mata.Jika para blogger Umno rasa mereka di pihak yang benar,dedahkanlah dahulu pelbagai tuduhan mereka termasuk dalam tuduhan zina terhadap Adun Selising,Perupok dan Cikgu Mala.

Dan kini,dalam pilihanraya kecil Kerdau,fitnah-fitnah di ruang blog Umno tidaklah sebegitu banyak.Mungkin didorong oleh kesuraman kempen dalam pilihanraya kali ini.Apapun,pusingan akhir dalam siri kempen di Kerdau ini menyaksikan sedikit kehangatan terutamanya terhadap modus operandi murahan Umno dalam menggangu siri ceramah Pas setiap malam.PRK Kerdau mencatat rekod apabila hampir kesemua para katak berkampung di sana diketuai oleh Ummi Hafilda.Rahimi Osman,Senatak Ezam,Zahid Mat Arip,Ibrahim Ali dibawa setiap malam berceramah bagi memburukkan PKR.Walhal,yang bertanding di Kerdau adalah Pas!

Malah,kemuncak kepada kehangatan PRK Kerdau adalah ceramah Anwar VS Ummi Hafilda di Rumpun Makmur menyaksikan pertembungan penyokong Pakatan Rakyat di markaz Pas,penyokong Umno di markaz Umno manakala para pengundi atas pagar yang mendengar di sepanjang jalan yang memisahkan ceramah Anwar-Ummi.Semalam pula,Umno cuba mengimbangi kempen Bob Lokman dan Pak Long (penyanyi Selagi Ada Rindu) dengan membawa Raja Gelek M.Daud Kilau untuk bergelek di pentas ceramah Umno.

Selain daripada perang ceramah,kem Umno makin hebat mengasak Pas di saat-saat akhir dengan menimbulkan fitnah baru terhadap Naib Presiden Pas,Ustaz Tuan Ibrahim yang juga Pengarah PRK Kerdau dengan dakwaan membeli tanah seorang peneroka secara haram.Beliau dituduh membeli tanah seorang peneroka di Jengka 13,Mahmud A.Rahman dengan harga RM80 Ribu menggunakan nama isterinya.

Perkara tersebut menjadi sensasi apabila dilaporkan oleh Utusan Malaysia dengan memetik satu wawancara dengan Menteri Besar Pahang,Adnan Yaakob.Berikut adalah petikan berita tersebut:

KUALA KRAU 5 Mac - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan menyiasat tentang dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man dikatakan membeli tanah milik peneroka Felda, di sini, walaupun dia sebenarnya tidak layak untuk berbuat demikian.
Katanya, beliau ada mendengar mengenai pembelian itu namun belum menerima dokumentasi mengenai urusan jual beli tanah tersebut.
“Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka saya akan mengetahui mengenainya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, malam tadi.
Adnan berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Pas yang dikatakan membeli tanah peneroka Felda.
Pembelian yang dilakukan atas nama isterinya itu dikatakan telah menyebabkan tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.
Desas-desus tersebut mula ditimbulkan oleh beberapa blog sejak beberapa hari lalu.
Adnan menambah, pemindahan milik tanah peneroka tidak dibenarkan kepada orang asing melainkan ahli keluarga sahaja itu pun dengan sebab-sebab tertentu.
Ia, katanya, bagi melindungi kepentingan warga peneroka Felda.

Apakah benar dakwaan jahat blog-blog Umno tersebut?Mari kita lihat pula tulisan asal para penulis blog Umno.Penulis tidak mengetahui ianya tulisan asal siapa memandangkan ianya telah diulas oleh banyak blog pro-Umno,tetapi walaubagaimanapun tulisan tersebut hampir sama.Berikut penulis petik:

Ketika ini saya sedang berada di kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri N.28 Kerdau bagi membuat liputan berita-berita menarik yang sesuai untuk dimuatkan dalam laman blog GC. Ketika sedang minum di sebuah kedai datang beberapa orang peneroka memaklumkan satu berita yang saya fikir elok diketengahkan di dalam laman blog ini. 

Peneroka-peneroka ini memaklumkan bahawa Naib Presiden PAS iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man telah membeli tanah milik peneroka Felda Jengka 13 dengan nilai jualan RM80,000.00. Pada mulanya saya tidak begitu percaya tetapi semakan yang saya buat mendapati ramai saksi-saksi yang menceritakan perkara yang sama.

ulasan penulis: Lihatlah cara penulis blog ini menulis.Cara menulisnya langsung tanpa fakta.Dia tidak nyatakan siapa yang memberitahunya,nama pengadu,nama saksi dan butiran penting yang lain.Ini berbeza dengan pendedahan Pas ketika PRK Tenang terhadap penipuanb Azhar Ibrahim yang penuh berfakta dan bukti.

 Sambung blog itu lagi:

Ladang dan tapak rumah peneroka yang dibeli oleh Tuan Ibrahim Tuan Man pada asalnya adalah milik Mahmud Bin A. Rahman dan ketika ini beliau telah meninggalkan rancangan dan menetap di kampung asalnya Luit, Pahang. Jika benar perkara ini berlaku, nampaknya PAS bercakap tidak serupa bikin.

Semasa berceramah di Felda Jengka 25 pada 2 Mac 2011 lalu, Tuan Ibrahim Tuan Man ada menyatakan keburukan  Felda tetapi dalam masa yang sama beliau sendiri membeli tanah peneroka Felda. Saya berharap Felda dapat menyiasat perkara ini bagi memastikan tanah-tanah peneroka tidak jatuh ke tangan pemimpin-pemimpin PAS. 
Perkara ini kemudiannya diulas Utusan sebagai berikut:
Pembelian yang dilakukan atas nama isterinya itu dikatakan telah menyebabkan tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.

sumber blog Umno :  
http://generationcyber.blogspot.com/2011/03/tuan-ibrahim-tuan-man-beli-tanah.html

Lihatlah!Kurang cerdiknya Utusan dalam membuat laporan berita.Adakah mereka fikir para pembaca tidak berfikir?Mereka sebenarnya ingin memberikan gambaran kepada Tuan Ibrahim sebagai zalim kerana membeli tanah peneroka hingga menyebabkan pemilik asal tanah jatuh melarat!Logikkah?

Jika benar Tuan Ibrahim membeli tanah tersebut,ianya dibeli dan bukannya dirampas seperti Azhar Ibrahim lakukan di Segamat!Tanah dijual  dengan harga RM80 ribu,dan semestinya peneroka tersebut telah berfikir untuk menjual tanah tersebut.Dan apa yang lebih penting,peneroka tersebut telah mendapat habuan daripadanya.Tapi bodohnya Utusan menggambarkan bahawa peneroka tersebut jatuh melarat akibat menjual tanah kepada Tuan Ibrahim.

Dakwaan jahat ini sendiri tidak dikesan oleh Adnan Yaakob.Jika benar Tuan Ibrahim membeli tanah tersebut, sudah tentu perkara ini heboh di Jengka.Mestilah Adnan Yaakob dapat tahu awal-awal dan menyemaknya, memandangkan kuasa tanah negeri berada dalam tangannya.Dan Adnan pastinya telah lama membongkarkan perkara ini bagi menjatuhkan Tuan Ibrahim melainkan tanah tersebut baru dijual minggu lepas!

Tuan Ibrahim walaubagaimanapun telah menjawab dakwaan jahat blog Umno tersebut hari ini.Berikut adalah jawapan Tuan Ibrahim:

Saya tidak bertanding," kata Tuan Ibrahim mengulas isu itu, "Kenapa serang saya...BN cuba mengalih isu sebenarnya," kata beliau.

"Saya sedang menimbangkan untuk saman atau tidak akhbar yang melaporkan berita ini dan juga orang yang membuat kenyataannya," kata Tuan Ibrahim. "Sepatutnya pihak yang membuat tuduhan kena siasat benarkan namanya Tuan Ibrahim atau Ibrahim sahaja," kata Tuan Ibrahim.

Beliau juga mencabar Menteri Besar Pahang itu mendedahkan berapakah jumlah tanah Felda yang telah diluluskan oleh beliau untuk dijualbeli.


Sebenarnya,isu ini sengaja diperbesarkan oleh media Umno setelah gagal menjawab pendedahan demi pendedahan Pas melalui ANAK yang membongkarkan penipuan Felda dalam Program Tanam Semula di bawah Felda Plantations dan Technoplants.

Oleh kerana mereka tidak mampu menjawab pendedahan tersebut,tindakan memburukkan kepimpinan Pas adalah jalan terakhir.

Inilah sikap para bloggers Umno yang penuh dengan hasad dengki dan fitnah.

Dicatat oleh:
Tok Lipur.

updated dari Harakahdaily 8.00 PM

Berita terbaru (selepas Press Conference Khas):

Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain. Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain.

“Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

“Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya  bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya
menjelaskan kesemua pinjaman itu.

“Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan  menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd ,” kata Ibrahim dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.

brahim menjelaskan fitnah yang dibuat Umno dan medianya terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau Datuk Tuan Ibrahim dengan mendakwa beliau membeli tanah peneroka Felda yang dalam kesempitan bukannya membantu beliau.

Bukti yang menunjukkan tanah itu adalah milik syarikat Cikgu Ibrahim, 
Pintar Kesuma sdn bhd. Ini adalah borang permohonan cagaran tanah kepada MARA



Blog Umno juga ada mendakwa Tuan Ibrahim sebagai lintah darat ekoran laporan itu.

“Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.

“Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa,” kata Ibrahim Osman.

Oleh itu, katanya, soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

Tuan Ibrahim dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.

“Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini,” kata Tuan Ibrahim.

Harakah Daily

1 ulasan:

Anonymous,  March 5, 2011 at 4:14:00 AM PST  

umno sudah terdesak!kihkihkih

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP