This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

MAT SABU TIMBALAN PRESIDEN, MUSTAHIL DAN BAKAL DIHALANG?

Friday, March 25, 2011

Tiga penggal sebagai Ahli Parlimen,di tiga kawasan berlainan,Nilam Puri (Ketereh) 1990,Kubang Kerian 1995 dan Kuala Kedah,1999 menyaksikan Mohamad bin Sabu ataupun Mat Sabu dianggap antara ayam sabung Pas di Parlimen.Selain itu,Mat Sabu juga mungkin boleh dianggap antara calon yang paling banyak bertanding di kawasan berlainan iaitu Parlimen Kepala Batas dan Penanti (1982),Permatang Pauh (1986),Nilam Puri (1990), Kubang Kerian (1995),Kuala Kedah (1999,2004) dan Kuala Terengganu (2008).

Seorang aktivis Pas sepenuh masa,Mat Sabu dilihat antara penceramah terkemuka Pas sehingga sekarang melalui kehebatannya dalam berpidato,menggerakkan demonstrasi rakyat selain seorang penulis yang agak baik dalam kolumnya Membedah Demokrasi di Harakah.Mat Sabu adalah antara pemimpin Pas yang teruji dari banyak segi.Akibat kelantangannya,beliau akhirnya terperangkap dalam jerat khalwat lima belas tahun yang lalu selain dituduh sebagai seorang penganut Syiah di Malaysia.Namun,semua itu adalah kisah lama yang telah dijelaskan dan selesai.

Kini,Mat Sabu mendapat pencalonan terawalnya untuk ke jawatan Timbalan Presiden Pas daripada Bahagian Kubang Kerian,Kelantan di bawah Datuk Husam Musa.Untuk rekod,pemilihan parti penggal lalu menyaksikan Ustaz Nasharudin Mat Isa menang dalam pertandingan tiga penjuru antara beliau,Husam dan Mat Sabu.Tumpuan sememangnya terarah kepada Mat Sabu apabila Husam telah memberikan signal awal bahawa beliau tidak akan mencuba nasib untuk ke jawatan tersebut kali ini,selain desas-desus yang mengatakan bahawa Ustaz Nasharudin tidak akan mempertahankan jawatannya pada kali ini.

Persoalannya sekarang,adakah Mat Sabu menerima pencalonan tersebut dan berpeluang menang ke jawatan tersebut?Di sinilah satu perkara yang menarik diperhatikan.Selagi Ustaz Nasa tidak menyatakan pendirian beliau secara rasmi,maka kedudukan kerusi timbalan tersebut masih dalam keadaan berteka-teki.

Sememangnya khabar angin dan cakap-cakap politik sudahpun wujud seminggu dua ini mengenai siapakah yang akan menduduki kerusi tersebut,memandangkan di peringkat kerusi Presiden,Tuan Guru Haji Hadi nampaknya kekal di sana melainkan dakwaan bahawa Ustaz Ahmad Awang akan mencabar kerusi tersebut. Namun,perkara tersebut telahpun dinafikan oleh Ustaz Ahmad sendiri.

Selain Mat Sabu,nama-nama yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan tersebut termasuklah Tuan Ibrahim, Ustaz Abu Bakar Chik,Ustaz Azizan Abdul Razak,Ustaz Harun Taib,DS Nizar Jamaluddin dan beberapa nama lagi.Untuk rekod juga,Ustaz Tuan Ibrahim juga telah menafikan bahawa beliau berhasrat untuk bertanding di jawatan Timbalan Presiden tersebut.

Siapakah Bakal Timbalan Presiden Pas?
Berdasarkan nama yang popular dalam senarai calon tersebut,empat daripadanya adalah pemimpin yang bertaraf ulama,manakala dua orang lagi adalah calon profesional dalam Pas.

Sebenarnya,adalah terlalu awal untuk mengatakan bahawa Mat Sabu bakal dinobatkan sebagai Timbalan Presiden memandangkan hanya terdapat satu bahagian sahaja yang telah bersidang menamakan beliau ke jawatan tersebut.Bagi penulis,adalah sukar untuk meramalkan kemenangan Mat Sabu,malah beliau mungkin tidak akan berjaya ke jawatan itu.Apakah asasnya?

Jika kita masih ingat ketika pemilihan Pas dua tahun yang lalu,kita dapat melihat bagaimana soal peribadi seseorang calon diperhatikan daripada banyak segi,terutamanya adakah beliau boleh dianggap sebagai seorang yang berlatarbelakangkan agama ataupun tidak.

Nah,di sinilah masalahnya buat Mat Sabu.Penulis rasakan bahawa selagi Pas kekal memperjuangkan Bersama Kepimpinan Ulama,selagi itulah mereka yang datang dari jalur profesionalisme dan bukan ulama tidak akan mendapat tempat dalam hirarki tertinggi parti.Mat Sabu walaupun dilihat pernah menyertai ABIM, namun kelayakan akademiknya adalah datang dari Institut Teknologi Mara (ITM).Untuk rekod,Mat Sabu pernah dipecat daripada ITM setelah terbabit dengan demonstrasi menentang Akta Universiti pada tahun 1975.

Justeru itulah,bagaimana penulis melihat bahawa Mat Sabu berada kedudukan sukar untuk menang,meskipun beliau akan mendapat cukup pencalonan untuk ke jawatan Timbalan Presiden tersebut.Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah siapa yang bakal menjadi calon dari kalangan ulama,samada empat nama yang disebut mahupun nama-nama lain yang ada di dalam Pas.Antara nama yang agak terkehadapan untuk ke jawatan ini adalah Tuan Ibrahim.Namun,kenyataan awal beliau yang menolak untuk ke jawatan tersebut telah membuka jalan kepada para pemimpin lain untuk ke jawatan tersebut.

Oleh itu,adakah para pimpinan dari Terengganu akan bertanding pada kedudukan kedua tertinggi dalam parti tersebut?Tidak dinafikan bahawa Terengganu mempunyai ramai pemimpin bertaraf ulama,namun pencalonan Timbalan Presiden dari Terengganu mungkin akan dianggap sebagai satu dominasi dari negeri tersebut dalam parti.Ataupun dari Kedah?Ustaz Azizan sememangnya mempunyai kredibilitinya yang tersendiri untuk diangkat ke jawatan itu,namun samada beliau mahu ataupun tidak.Itulah yang bakal menjadi persoalannya sekarang.

Dalam hal ini,penulis melihat adalah terlalu awal untuk membuat sebarang andaian dan hipotesis mengenai kepimpinan Pas.Biarlah para perwakilan Pas sendiri yang menentukannya.Selamat bersidang!

5 ulasan:

Yong March 25, 2011 at 3:18:00 AM PDT  

Ade sorang mat gelap yang pendidikannya Phd Islam. Taraf ulama le tu. Tapi baguih ke dia? Camne pulak dengan ulama muda yang ramai2 isi boring umeno tu? Baguih sangat ke demer? Pada Yong ulama tu bukan pada kertas dan bukan pada title. Tapi amalannya.

Anonymous,  March 25, 2011 at 5:12:00 AM PDT  

Begini cara pikir orang Terengganu. Patutpun Pas tak menang di Terengganu. Kelakarbetul hangpa ni.
Tengok orang datang perhimpunan ramai. Tapi undi Pas belum tentu lagi. Kalau kita tengok menagement perhimpunan di Besut pun mengarut juga. Ada ke panggil penceramah macam Ust Nasaruddin tu macam tu je. Nasib baik Ustaz tu kosong. Tapi yang pastinya tidak berperancangan.

Undertaker March 25, 2011 at 6:41:00 AM PDT  

Sudah sampai masanya PAS mengukur di baju sendiri.Mengukur keberkesan kerja pemimpin Mereka.Budaya kagum,Walak tanpa had,Tiqah yang tidak menentu harus di semak semula.Dan lama sangat Utz Hadi Jadi Preseden PAS namun pencapaian PAS tetap di takok lama.Kemajuan dalam RU 12 adalah punca Tsunami bukannya kejayaan pemimpin pas dari segi dakwah.Inilah kita harus ukur semula.Perubahan harus di buat jangan sekadar menilai dari sudut tokoh ,ilmu,taraf tapi kerja jemah dan tanggonjawap pemimpin gagal,Parti pecah belah.Walak disalah guna Ahli bawah di perguna untuk kepentingan nafsu dan jawatan Parti.Contoh UG tu .Amal jemaai dah tinggal nama.Itu sebenarnya kelemahan yang sedang di alami PAS.Sebab terlalu ramai ber ilmu tapi gerak kerja tak Buat .PRK pun dah tak nak turun.

Anonymous,  March 25, 2011 at 6:44:00 AM PDT  

Pemimpiman kah yang mengajar Ahli supaya membelakangi keputusan Jemaah khusnya issu UG.Sipa yang rupa rupa mempuyai ajenda tersembuyi untuk capai cita cita hawa nafsu dan habuan.Mereka ini harus di turnkan segera.

Anonymous,  March 25, 2011 at 6:58:00 AM PDT  

Jangan buat andaian yang nagatif.Ini musim Revolusi.Sudah tentu ianya bermula dalam Parti dahulu.Kita kena cari pemimpin yang mampu mengerakan Parti sesuai dengan pegorbanan yang telah di buat serta istikhomah sekian lama dalam parti itu.Jangan kagum sangat dengan Ilmu Ustaz,Ustaz yang balik Azhar tu.Cakap pandai amalkan tidak.Usrah sana sini tarbiah itu dan ini tiba tiba nak lagakan sesama Ahli.jangan undi syiah dan sekular.Apakah lidah lidah yahudi telah masuk kedalam PAS ini untuk memecah belah Ahli dengan pecah perentah dalam PAS nidengan meyempitkan fahaman mazhab..Apa gunanya wahabi,sunni cakap,hujah itu dan ini tapi kerja buat habuk pun tak ada melainkan menghasilkan pecah belah saja.Elok Ketua Pemuda PAS berambus saja sebelum jadi haru biru dalam PAS.Zaman Ustaz Fadzil tak pernah belaku pekara ini. Tiba tiba datang ulamak muda nak tukar fikrah ahlinya pula.Perlu di ingat Zaman Mad sabu jadi Tim.Ketua Pemuda .Pemuda PAS sanngup keja Pemuda UMNO bawa wang Rasuah pengudi dan sebar risalah dalam PRK dan PRU tapi .Zaman Sekarang orang kuat sunni wahabi jadi ketua Pemuda PAS dah jadi macam Muslimat saje.Cuma tak pakai gincu dan kasut tumit tinggi.Pemuda Pas dah tak ada telok.Kena jerekah dengan pemuda UMNO lari lintang pukang.Kumpul 30 K pemuda kat Kedah tu dan Besut gimik saja tapi Isinya tak ada.Lagi lama tamrin dan tarbiah lagi pengucut jadinya.Akhirnya nak salahkan Syiah dan sekular.Munafik betoi ketua pemuda ni.

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP