This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

GEMPAR : EXCO AGAMA TERENGGANU YB KHAZAN CHE MAT HILANG!

Thursday, March 10, 2011

Di manakah Exco Agama dan Penerangan Terengganu?Yang Berhormat Khazan bin Che Mat Adun Batu Rakit?Ada sesiapa yang boleh beri maklumat?Sihat dan selamatkah beliau?Kalau selamat hendaknya, kembalilah bertugas untuk jawatan anda,jawatan yang amat tinggi,mengepalai hal ehwal agama Islam di negeriku Terengganu Darul Iman.

Bukan apa,aku rasa tercabar juga apabila tiada lagi exco Melayu-Islam lain di Terengganu yang boleh bercakap soal dasar agama dan pentadbiran Islam di Terengganu,sehingga exco Cina pula yang bercakap soal judi.Berikut aku petik kembali tulisan portal berita hari ini:

Exco: Tiada pengharaman loteri di Terengganu


Terengganu tidak mempunyai premis perjudian bukan kerana larangan oleh pihak berkuasa tetapi tidak ada permohonan mengendalikan perniagaan itu, kata anggota exco Terengganu Toh Chin Yaw.toh chin yaw"Sejak BN mengambil kuasa negeri itu pada 2004, hanya ada segelintir orang yang berkata mereka mahu mengendalikan premis berkenaan, tetapi ia hanya cakap-cakap. Tidak ada orang yang memohon secara rasmi,” kata Toh, menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, semalam.

Judi dan juga undang-undang tegas berhubung penjualan alkohol dikuatkuasakan oleh majlis tempatan selepas PAS menguasai kerajaan negeri pada 1999. Semua premis perjudian diarahkan ditutup.

Ditanya, sama ada beliau bermaksud kerajaan negeri akan meluluskan permohonan seumpama itu, Toh berkata beliau tidak dapat menjawap soalan itu kerana sehingga kini tidak ada sebarang permohonan.

Berdasarkan prosedur, kerajaan negeri atau majlis tempatan akan menimbangkan semua permohonan, katanya.
lim kit siang 03"Kita sepatutnya fokus pada situasi di Kelantan. DAP perlu sendiri jelaskannyanya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang seharusnya mengheret kerajaan negeri Kelantan ke mahkamah,” kata Toh.

Beberapa pemimpin MCA dan Gerakan telah berulang-kali mendesak DAP menjelaskan pendiriannya berhubung keputusan kerajaan Kelantan pimpinan PAS yang menyerbu dua premis yang menjual tiket loteri secara tersembunyi.

Premis perjudian telah diharamkan sejak PAS menawan negeri itu pada 1990.

Isu ini menjadi sesuatu yang hangat kepada Pakatan Rakyat kerana MCA dan Gerakan menggunakannya bagi memaparkan bahawa PAS cuba mengekang kebebasan bukan Islam.



-mkini-


MALU.Sememangnya penulis merasakan amat malu.Adakah benar dakwaan Adun Bandar tersebut bahawa pihak berkuasa tempatan Terengganu tidak lagi mengharamkan judi?Ini adalah berita yang sangat menggemparkan bagi diriku.Siapa exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal PBT?Bukankah exco tersebut adalah seorang ADUN yang beragama Islam?Oh,rupa-rupanya setelah digoogle-google sebenarnya exco tersebut adalah MB negeriku sendiri,Abang Mat Said.


Y.A.B. Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, SSMZ.,DPMT.,ASM.,PJK.,
(MENTERI BESAR TERENGGANU)
Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan Dan Pelaburan, Tanah, Petroleum Dan Hasil Bumi, Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri

Dalam hal judi ini,dasar kerajaan Terengganu ketika di bawah Pas adalah jelas,sepertimana yang diulang oleh Tuan Guru Haji Hadi beratus kali.Bahawa ketika Pas mahu menghapuskan judi di Terengganu,Pas memanggil ketua agama bukan Islam,dan bertanya apakah pandangan mereka mengenai judi?Dan kesemua mereka menjawab bahawa judi bukan budaya dalam agama mereka.


Maka,akhirnya judi pun diharamkan di Terengganu,yang penduduknya 95% adalah Melayu.Tidak ada mana-mana orang Cina di Terengganu yang mogok dan berdemo.Semuanya menerima ketetapan kerajaan tersebut. Dan apabila Adun MCA mengatakan bahawa judi tidak lagi diharamkan,amat malanglah buat rakyat Terengganu yang mana satu masa dahulu dasar pemerintahan Islam telah tertegak,akhirnya dibiarkan begitu sahaja oleh kerajaan selepasnya.


Diharapkan kepada Exco yang berauthoriti dalam hal ehwal agama dan PBT iaitu YB Khazan dan Abang Mat Said kita segera membidas hujah Adun MCA tersebut.Dan anggaplah kenyataan YB Exco Perindustrian dan Alam Sekitar itu sebagai kenyataan peribadi!


Selain itu,apa yang menarik perhatianku adalah bagaimana kenyataan Toh seperti berikut:
"Sejak BN mengambil kuasa negeri itu pada 2004, hanya ada segelintir orang yang berkata mereka mahu mengendalikan premis berkenaan, tetapi ia hanya cakap-cakap. Tidak ada orang yang memohon secara rasmi,”


Adakah kita tidak nampak?


Allah telahpun menunjukkan kejayaan Kerajaan Pas Terengganu yang dikatakan tidak pandai memerintah itu.Kerajaan Pas sebenarnya telah berjaya mendidik masyarakat akan keburukan judi sehingga ianya tidak lagi menjadi budaya orang Cina di Terengganu.


Kepada MCA dan DAP,orang Cina Terengganu telah membuktikan bahawa mereka tidak papa kedana jika tidak berjudi.Inilah rahmat Allah buat kerajaan yang ikhlas menegakkan syiar Islam!


Catatan peribadi diriku,
sebelum azan Isyak

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP