This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

DUA UJIAN DNA SAHKAN BAHAWA AFIFAH ADALAH ANAK SAH KEPADA AZMIN ALI

Wednesday, March 23, 2011

Ketika Himpunan Kedua Pas Ganti Umno di Jerteh minggu lalu,Azmin Ali akhirnya dipertemukan dengan adik kandungnya sendiri iaitu Ummi Hafilda Ali dalam dua pentas berasingan secara sebelah menyebelah.Seperti diketahui,ceramah Ummi tidak lain dan tidak bukan hanyalah berpot pet pot pet mengulangi kisah-kisah tahun 1998 yang telah basi itu.

Dakwaan terbesarnya ketika itu adalah bagaimana isteri kepada abangnya itu iaitu Shamsidar Taharin telah sanggup ditiduri oleh Anwar Ibrahim pada setiap minggu.Ummi kemudiannya akan menceritakan kepada semua para pendengarnya di mana sahaja dia pergi akan kisah-kisah lamanya dalam membongkar kegiatan tidak bermoral Anwar Ibrahim hampir tiga belas tahun yang lalu.Ke mana sahaja termasuklah ketika berceramah di Batu Gajah,Kerdau,Merlimau dan Jerteh.Malah,pemimpin Umno yang paling rapat bersamanya adalah ADUN Sungai Rapat yang juga exco kerajaan haram Perak,YB Hamidah.

YB Midah kelihatannya seperti menjadi PA kepada Ummi di mana hadir bersama Ummi di kebanyakan ceramah Ummi termasuklah dalam Pilihanraya Kecil Kerdau tempoh hari.

Ibarat buku bertemu ruas,pertembungan dua saudara kandung di Besut minggu lalu semestinya memberikan satu suasana yang hangat di sebuah kawasan yang terkesan dengan gelombang reformasi tahun 1999.Dun Jerteh misalnya ditawan oleh Pas di bawah calon kontroversi Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Kesemua keempat-empat Dun di Besut dan Parlimen dikuasai oleh Pas kesan daripada gelombang reformasi rakyat terutamanya orang Melayu ketika itu.

Justeru,kehadiran Azmin-Ummi dilihat menghangatkan kembali Besut yang sudah "tidak bertuan" ini. Masakan tidak,para penyokong setia Pas di Besut telah menunjukkan solidariti mereka terhadap Kempen PGU dengan turun beramai-ramai dalam acara tersebut.Geng Idris Jusoh yang berjaya mewujudkan empayar di Besut pula telahpun mengangkat bendera putih dalam PRU 13.Oleh itu,Pas kini dilihat berpeluang merebut kembali kawasan Besut yang bersempadan dengan Kelantan itu.

Oleh itu,maka tidak hairanlah apabila apa sahaja program besar Pas di Besut,malah di Terengganu akan cuba diganggu oleh Umno.Untuk rekod,sebelum ini mereka telah menurunkan Tok Guru Haji Lah pondok Geting ke Besut.Kini,turun pula Mat Nor Kasyaf dan Ummi Hafilda ke Besut.Perkara ini bukan baru.Sebelum ini, himpunan peneroka Felda di Dun Paka diganggu oleh ceramah Maal Hijrah oleh Umno.Dan sebelum daripada itu juga,penceramah Umno datang di Manir memburukkan Pas dengan dakwaan sesat.Apabila diajak berdebat,langsung tidak menunjukkan keberaniannya.

Umpama perang di kemuncaknya,Azmin Ali yang dilihat jarang mengungkit kisah-kisah lama keluarga beliau akhirnya mendedahkannya di hadapan ribuan pendengar di Jerteh minggu lalu.Sekiranya pembaca berminat untuk mendengar rakaman penuh ucapan Azmin Ali tersebut,pembaca boleh melihatnya di Himpunan Koleksi Video Sempena PGU 2.

Sepertimana yang kita ketahui,juak-juak Umno dan blogger upahan mereka di facebook saban hari sentiasa mencari jalan memburuk-burukkan PKR di tahap yang paling tinggi.Oleh itu,asalkan fitnah lama,mereka sanggup mengulangtayangnya kembali,walhal fitnah itulah yang menjadi perintis kekalahan Umno di Terengganu satu masa dahulu.

Dalam MyKMU misalnya,para penyokong tegar Umno telah menubuhkan Gerakan Sahkan DNA Afifah. Entah apa yang digilakan oleh mereka,asyik-asyik DNA sahaja yang dimintanya.Dalam kes Adun Selising juga mahukan DNA,dalam kes Anwar mahukan DNA,dalam kes Altantuya tidak mahu pula?

Itulah sifat mereka.

Dalam isu dakwaan Ummi Hafilda bahawa Shamsidar telah berzina dengan Anwar Ibrahim,maka timbullah isu bahawa anak keempat Azmin,iaitu Farah Afifah yang dilahirkan pada 10 Ogos 1995 itu bukanlah anak kandung Azmin,tetapi sebaliknya anak kandung kepada Anwar Ibrahim.Nauzubillah.

Walaupun fitnah ini telah berlanjutan untuk sekian lama,para pemfitnah tegar tetap mengulangi fitnah-fitnah lama dengan rekaan cerita yang baru.Antaranya adalah dakwaan bahawa Afifah mulai memberontak,selain wajahnya yang tidak seiras dengan dua orang lagi kakaknya.

antara dakwaan jahat mereka

Mungkin agak terkesan dengan pelbagai asakan daripada Ummi Hafilda sebelum ini,Azmin Ali akhirnya membuka kembali ceritanya sepuluh tahun yang lalu di hadapan ribuan pendengar di Dataran PGU baru-baru ini:

"Pengalaman saya.Saya jarang cerita pengalaman peribadi saya.Kerana terlalu pedih bagi saya untuk mengingatkan apa yang berlaku sepuluh tahun yang lalu.Anak saya difitnah.Umurnya tiga tahun.Isteri saya difitnah.Sejak tahun sembilan puluh tujuh lagi (sebelum pemecatan).Saya mengambil pendirian untuk membersihkan nama keluarga saya.Saya melakukan ujian DNA di Hospital Kuala Lumpur pada bulan Julai 1998. Saya bawa isteri saya,saya bawa anak saya,diri saya sendiri.Anak saya umur tiga tahun diambil darah dengan begitu banyak semata-mata untuk membuat ujian DNA.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Alhamdulillah.Ujian DNA itu membuktikan bahawa saya dan isteri saya adalah biological parent of the child. Maknanya ibu bapa yang sah kepada anak itu.Ada Umno minta maaf?Tidak.Ada Umno minta maaf kepada saya dan isteri dan anak saya?Tidak.Sampai malam ini mereka masih melancarkan fitnah.Pada masa itu pun saya tidak percaya pada sistem di Malaysia kerana polis diperalatkan.Doktor boleh diperalatkan.Saya bawa isteri dan anak saya membuat satu lagi ujian DNA di luar negara.Kerana saya bimbang puak-puak ini boleh memanipulasikan darah-darah yang kita serahkan untuk kepentingan fitnah mereka.

Alhamdulillah.Ujian yang kedua jugak membuktikan bahawa saya dan isteri saya adalah ibu bapa yang sah kepada anak tersebut.Ada Umno mintak maaf kepada saya?Tak ada.Bukan setakat itu tuan-tuan.Tidak cukup dua ujian DNA,saya bawak kes ini ke mahkamah.Saya saman penulis buku 50 Dalil yang bernama Khalid Jafri kerana memfitnah saya dan isteri saya dan anak saya.Lima tahun perbicaraan.Anak saya ketika itu umurnya empat tahun.Diheret ke dalam mahkamah.Dipaksa oleh Musa Hassan.Masuk ke dalam kandang saksi,dalam keadaan dia tidak tahu apa yang berlaku.Tujuan Musa Hassan adalah untuk mengaibkan saya dan keluarga,melemahkan saya supaya tunduk kepada mereka.

Lima tahun saya lawan dalam mahkamah.Dari tahun 2000 hingga 2005 di Mahkamah Majistret Ampang. Akhirnya,alhamdulillah.Mahkamah memutuskan bahawa penulis Khalid Jafri bersalah melemparkan yang kejam dan keji terhadap saya dan isteri,maka menjatuhkan hukuman setahun penjara kepada Khalid Jafri.

Belum sempat dia masuk penjara,dia mati terlebih dahulu.Mampus.Ini faktanya.Apa lagi yang kita nak buat? Pengalaman sudah kita lalui.Tahun 98.Bagaimana seluruh jentera kerajaan samada polis,pendakwaraya, hospital digunakan untuk mencaci dan mengaibkan Anwar Ibrahim dan keluarga.Apakah kita nak melaluinya sekali lagi?"

Kepada para pembaca,anda fikir dan nilailah kembali kebenaran cerita ini.

Semoga Allahyarham Khalid Jafri sempat bertaubat kepada Allah sebelum meninggal dunia.Yang lain bila lagi?

11 ulasan:

Anonymous,  March 23, 2011 at 3:54:00 PM PDT  

Assmin oh assmin....

hidup2 kena tipu dengan aljuburi

Anonymous,  March 23, 2011 at 6:00:00 PM PDT  

haha.. yang anonymous kat atas ni lagi teruk.. dari hidup sampai mati kena tipu oleh pimpinan umnoapco.. semoga ALLAH laknat kamu. AMIN.. AMIN.. AMIN..

assmin,  March 23, 2011 at 7:17:00 PM PDT  

I mana ada anak?
I kan gay....

Anonymous,  April 21, 2011 at 9:26:00 AM PDT  

setakat cakap jer,kami nak bukti..tunjuk ler pape dokumen dna dah buat..

Anonymous,  August 4, 2011 at 9:12:00 PM PDT  

Tu la.name je org pas..Dalam islam sepatutnye kite mendoakan kesejahteraan orang lain.. Biar orang tu mcm mane pun. Tu baru islam. Ish PAS...PAS..Memalukan islam.

Anonymous,  March 26, 2012 at 5:17:00 PM PDT  

haha...azmin fitnah najib psal altantuya xpe plak..najib da brsumpah x bt,aljubri ad ke nk sumpah yg die x meliwat???org pas yg fanatik suke mendoakan kebinassaan prg len..yg mca dap dk hina Islam depa x doa pon..mmg bodoh.

felice April 30, 2012 at 6:50:00 PM PDT  

sapa sokong peliwat hukumnya haramm.. masuk neraka..

Papagege September 11, 2012 at 9:52:00 PM PDT  

Azmin pelopor rahsia kerajaan berkotak2 ni juga yg cai PR percaya?
Sampai bila nk kena tipu ni?

Shahrul Anwar April 25, 2013 at 11:31:00 PM PDT  

Yang dedahkan skandal isteri azmin ni kakak ipar dye jgk. Kakak kepada Azmin Ali. Azmin Ali ni mcm anak angkat Tun M. Mse Tun M terima surat mengenai skandal isteri Azmin Ali dgn Anwar. Tun pun terkejut susah nak percaya. Kakak kepada Azmin dan Mak azamin tu dah sahkan cerita dlu ni. Kenapa DNA tu tak diambil kat Bukit Aman?? Hanya Tuhan saja yang tahu. Kaji balik fakta sejarah isi kandungan surat berkenanan skandal TPM.

Anonymous,  May 7, 2013 at 1:17:00 AM PDT  

mmg cerita basi, tp sapa la ada masa punya fantasi utk mereka2 cerita sebegini. azmin dan anwar sekeluarga hidup mewah pun dah cukup membuat org waras berfikir dr mana sumber kewangan mrk sedangkan dah berbelas tahun tak bekerja.


Anonymous,  May 9, 2013 at 2:29:00 AM PDT  

Karangan mmg boleh buat...

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP