This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

ANALISIS TERPERINCI PRK KERDAU-MERLIMAU,APA DIHARAP PADA MENANG?

Tuesday, March 8, 2011

Ketika artikel ini ditulis,Pilihanraya Kecil ke 13 dan 14 telahpun melabuhkan tirainya.Tidak ada apa yang mengejutkan buat Pas di Merlimau dan Kerdau apabila tidak menang,kecuali melihat kepada penurunan undi yang agak ketara di kedua-dua buah Dun.

Sebelum penulis berhasrat mengulas lanjut keputusan yang telah berlaku di kedua-dua buah Pilihanraya Kecil tersebut,di bawah,penulis bawakan kembali keputusan keseluruhan pilihanraya kecil semenjak tahun 2008 yang lalu:

Klik imej untuk lebih jelas
Berdasarkan keputusan pilihanraya kecil tersebut,kedudukan kini dilihat seri lapan-lapan buat Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.Kemenangan signifikan Umno di kedua-dua buah pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau menyebabkan ada pihak yang mengatakan bahawa Barisan Nasional telah kembali mendapat sokongan rakyat.Adakah benar dakwaan pihak-pihak tersebut?Di sinilah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan. Ini memandangkan Barisan Nasional dilihat berjaya mencipta kemenangan lima kali berturut-turut dalam satu baris semenjak Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi baru-baru ini.Penulis pada dasarnya meraikan mana-mana pendapat daripada pelbagai pihak,namun secara peribadinya,adalah wajar penulis turut mengeluarkan analisis penulis sendiri.

Oleh itu,di sini diperturunkan kembali beberapa data penting untuk dirujuk oleh kita bersama:

Jumlah Kerusi Pakatan Rakyat Terlibat PRK = Lapan
    kematian        : 5
    letak jawatan : 3

Jumlah Kerusi Barisan Nasional Terlibat PRK = Lapan
    kematian        : 8

Jumlah Kerusi Pakatan Rakyat Kekal = 6
Jumlah Kerusi Pakatan Rakyat Yang Gagal Dipertahankan = 2 (Hulu Selangor,Galas)
Jumlah Kerusi Barisan Nasional Dimenangi Pakatan Rakyat = 2 (Kuala Terengganu,Sibu)
Jumlah Kerusi Barisan Nasional Kekal = 6

Berdasarkan data-data ini,secara umumnya penulis menganggap Barisan Nasional adalah silap sekiranya merasakan bahawa mereka telah berjaya mendapat kembali sokongan rakyat.Mengapa penulis merasakan demikian?

Dalam hal ini,penulis akan berusaha untuk mengulas mengikut sentimen kepartian,tetapi sebaliknya bercakap berdasarkan hujah-hujah.Pembaca boleh sahaja bersetuju dengan pendapat penulis mahupun tidak.

Apakah rasional penulis merasakan bahawa Umno tidak sepatutnya merasa selesa?Asasnya adalah satu. Mereka sebenarnya hanya berjaya mengekalkan kerusi mereka sahaja.Tidak apa yang begitu istimewa bagi penulis.Mari kita lihat peta di bawah.Peta ini menunjukkan kepada kita kawasan lingkungan tsunami politik pada tahun 2008.Berdasarkan kepada kawasan tersebut,Umno sebenarnya hanya mampu menang dua daripada lapan siri pilihanraya kecil di sana.Ini tidaklah menampakkan kelemahan Pakatan Rakyat apabila mereka berjaya pula menguasai dua buah kerusi di luar kawasan tsunami politik pada tahun 2008 yang lalu.

Kawasan berlorek jingga adalah kawasan
tsunami politik 2008
Untuk rekod,terdapat lapan siri pilihanraya kecil yang berlangsung di Wilayah berbentuk "P" tersebut. Daripada jumlah tersebut,dua kerusi telah berjaya ditawan semula oleh Barisan Nasional iaitu MIC di Hulu Selangor dan Umno di Galas.Untuk mengatakan bahawa Barisan Nasional telah berjaya mendapatkan semula sokongan rakyat berbanding tahun 2008,faktor-faktor setempat perlu diambil kira.Di Galas misalnya,penulis telah membuat satu analisis yang agak panjang lebar bagi menghurai faktor kekalahan Pas di sana.

(Sila rujuk analisis PRK Galas untuk mendapat gambaran yang lebih jelas).

Secara umumnya,penulis menganggap kemenangan Umno di Galas dan MIC di Hulu Selangor adalah lebih kepada bentuk penyalahgunaan jentera dan penggunaan wang secara berleluasa.Di Galas misalnya,Umno telah menggunakan taktik berkampung di kawasan orang asli di tiga buah pos,malah hasil pendedahan menunjukkan Umno menjamu orang asli sehingga mabuk.Pada hari pengundian pula,mereka mengerahkan semua pengundi orang asli keluar mengundi menyebabkan peratusan mengundi di kawasan mengundi orang asli mencecah ke paras 90 peratus di Daerah Mengundi Sungai Ber!Akhirnya,modus operandi serupa kini turut digunakan untuk penempatan orang asli dalam Dun Tenang dan di Paya Sendayan dalam Dun Kerdau baru-baru ini.

Di Hulu Selangor pula,PKR walaupun kalah tidaklah mengalami penyusutan undi malah meningkat sebanyak 95 undi.Walaubagaimanapun,undi untuk calon MIC meningkat sebanyak 2018 undi,peningkatan yang tidak mampu diimbangi oleh calon PKR.Di Hulu Selangor,secara peribadinya penulis melihat kekalahan PKR banyak disumbang oleh kehilangan undi daripada pengundi kaum India dan Felda.Strategi Barisan Nasional menurunkan muka baru di Hulu Selangor dilihat mengembalikan sokongan pengundi India dalam PRK India Lawan Melayu tersebut.Selain itu juga,usaha Umno mempengaruhi undi penduduk Sungai Buaya pada saat-saat akhir turut memberi impak kepada kekalahan PKR di Hulu Selangor walaupun telah mendapat sokongan yang amat besar dalam kalangan pengundi Cina dan pengundi Melayu di kawasan bandar.Oleh itu,untuk menang kembali di Hulu Selangor dalam Pilihanraya Umum 13,sesuatu perlu dilakukan oleh PKR.

Walaubagaimanapun,kekalahan Pas dan PKR di dua buah kerusi mereka sebenarnya tidaklah begitu terkesan apabila Pakatan Rakyat berjaya mengimbangi kekalahan tersebut dengan kejayaan menguasai semula Parlimen Kuala Terengganu dan menawan Parlimen Sibu.Jika pilihanraya kecil boleh menjadi indikator,maka kita juga boleh mengatakan bahawa rakyat di kawasan Kuala Terengganu telah kembali kepada Pas dan rakyat Sarawak telah mula membuat perubahan.

Umno juga selain itu perlu menyedari bahawa "trend" semasa pilihanraya kecil dan pilihanraya umum adalah tidak serupa sama sekali.Hal ini kerana mood pengundi dalam PRK banyak dipengaruhi oleh imbuhan segera, selain kekuatan jentera dari seluruh negara yang berkampung di sesuatu kawasan.Dalam pilihanraya umum, akhirnya kekuatan parti hanya akan bersifat setempat dan tidaklah sekuat mana berbanding pada pilihanraya kecil.Hal ini perlu diakui oleh Umno.Sekiranya kita masih tidak nampak akan perkara ini,mari kita lihat kepada satu kajian kes iaitu Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir,Kelantan pada tahun 2006.

Dalam pilihanraya kecil tersebut,penyandang kepada kerusi tersebut daripada Pas,Allahyarham Wan Abd Aziz Wan Jaafar telah meninggal dunia,membawa kepada satu pilihanraya semula pada 6 Disember 2006. Dalam pilihanraya kecil tersebut,berlaku pertembungan tiga penjuru antara Hanifa Ahmad (Pas),Hanafi Mamat (Umno) dan Ibrahim Ali (Bebas). Berikut adalah keputusan Pilihanraya kecil tersebut:

Hanafi Mamat (BN)   : 7422
Hanifa Ahmad (Pas)   : 7288
Ibrahim Ali    (Bebas) : 415 (Hilang Deposit)

Majoriti : BN - 134 undi

Kejayaan Umno merampas kerusi dalam pilihanraya kecil itu berakhir dengan kekalahan Umno dalam Pilihanraya Umum 2008 dengan kekalahan yang agak besar:

Hanifa Ahmad  (Pas)  : 10 377
Hanafi Mamat (BN)   :  8029

Majoriti : Pas - 2348

Justeru,Umno tidak patut menganggap Pilihanraya Kecil sebagai ukuran sebenar sokongan rakyat terhadap mereka,apatah lagi kemenangan mereka hanyalah dilakar di tempat yang telahpun mereka kuasai.Untuk itu, sekiranya Umno ingin menguji samada benar atau tidak dakwaan mereka yang menyatakan bahawa rakyat telah kembali bersama mereka,silalah adakan segera Pilihanraya Kecil di Kota Siputeh yang senyap sunyi hingga sekarang ataupun adakan PRK di kawasan Pelabuhan Klang.

ANALISIS RINGKAS DI MERLIMAU

Berikut adalah keputusan penuh Pilihanraya Kecil bagi N27 Merlimau:


Berdasarkan keputusan di atas,perbandingan yang dapat dibuat mengenai pergerakan turun naik undi adalah seperti berikut:

PARTI
UNDI PRU 2008
UNDI PRK 2011
PERGERAKAN
PAS
2827
2319
-508 UNDI
UMNO
4981
5962
+981 UNDI

Data keluar mengundi:
PRU 2008 : 7977 pengundi (76.18%)
PRK 2011 : 8417 pengundi (78.82%)           peningkatan berbanding 2008 : 440 pengundi

Data undi rosak:
PRU 2008 : 149   PRK 2011 : 135  pengurangan berbanding 2008 : 14 undi

Keputusan Pilihanraya Kecil Mengikut Daerah Mengundi :

Keputusan di Daerah Mengundi Ayer Merbau dan Chinchin
Daerah Mengundi 3 dan 4 : Jasin Lalang - Merlimau Utara


Kawasan Mengundi 5 dan 6 : Merlimau Pasir dan Permatang Serai
Keputusan terbaik Pas - peti undi Pengkalan Samak
Catatan: Jumlah undi pos untuk Umno di Merlimau adalah 46 undi dan 2 undi untuk Pas

Berdasarkan keputusan terperinci mengikut daerah mengundi tersebut,faktor kekalahan utama Pas di Merlimau banyak disumbangkan oleh penurunan undi yang agak ketara.Pas pada dasarnya hilang sekitar 30 hingga 55 peratus undi yang diperolehinya dalam tahun 2008.Secara umumnya,antara faktor kekalahan Pas dilihat banyak disumbang oleh pengundi Melayu dan India yang "beralih angin" di Merlimau.

Secara umumnya,para pengundi tradisi Pas mungkin masih mengundi Yuhaizad,tetapi kehilangan undi pengundi atas pagar telah berlaku.Perlu diingatkan bahawa Merlimau adalah kawasan luar bandar,di mana para penduduknya memiliki taraf hidup sederhana dan miskin.Laporan berita yang menggambarkan masih ada penduduk Merlimau yang memakan kari biawak menunjukkan masalah kemiskinan masih wujud di Merlimau.

Oleh itu,kempen Umno yang sememangnya penuh dengan taburan janji dan imbuhan segera sedikit sebanyak mempengaruhi mood pengundi non partisan di Merlimau selain pengundi setia Umno-Barisan Nasional di Merlimau.Pun begitu,hasil penemuan penulis,Umno tidak sepatutnya merasakan bahawa mereka berjaya mendapat sokongan masyarakat Cina,di mana penulis lihat masih bersama dengan Pakatan Rakyat.

Rasionalnya?Di sinilah yang perlu kita perhatikan.Kekalahan terkecil Pas di Merlimau sebenarnya adalah di kawasan peti undi Pengkalan Samak.Walaupun kawasan tersebut dilihat bercampur antara pengundi Melayu-Cina,semestinya masyarakat Melayu di sana condong ke arah Barisan Nasional.Akan tetapi,masyarakat Cina yang mempunyai jumlah pengundi Cina seramai 623 orang.

Jumlah pengundi Cina yang agak besar di kawasan ini iaitu seramai 29 peratus telah memberikan kelebihan undi kepada Pas dalam Pilihanraya Umum 2008 di mana Pas memperoleh sekitar 562 undi,iaitu kenaikan hampir 100 peratus berbanding dalam PRU 2004.Dan dalam pilihanraya kecil kali ini,undi Pas di kawasan tersebut hampir tidak berubah di mana Pas hanya kehilangan TIGA UNDI! 

Pencapaian ini,bagi penulis menggambarkan bahawa masyarakat Cina masih bersama Pakatan Rakyat walaupun Pas mengalami penyusutan teruk di peti undi Melayu dan India.Selain itu juga,daerah mengundi Permatang Serai yang mempunyai sekitar 348 orang pengundi Cina turut mencatatkan penurunan undi Pas yang cukup rendah iaitu sekitar 40 undi.

Oleh itu,walaupun Umno telah menang di Merlimau dengan majoriti yang agak besar,Umno sebenarnya masih gagal untuk menilai sokongan masyarakat Cina yang bercampur-campur di kesemua daerah mengundi di Merlimau.Apapun,realiti yang perlu diterima oleh kita semua adalah bagaimana Pas bukan sahaja gagal menang di beberapa buah peti undi berpotensi,tetapi juga gagal mempertahankan hampir 508 undi yang diperolehinya dalam tahun 2008.

ANALISIS RINGKAS DI KERDAU


Berdasarkan keputusan di atas,perbandingan yang dapat dibuat mengenai pergerakan turun naik undi adalah seperti berikut:

PARTI
UNDI PRU 2008
UNDI PRK 2011
PERGERAKAN
PAS
2520
2336
-184 UNDI
UMNO
4135
5060
+925 UNDI

Data keluar mengundi:
PRU 2008 : 6789 pengundi (80.33%)
PRK 2011 : 7486 pengundi (83.19%)           peningkatan berbanding 2008 : 697 pengundi

Data undi rosak:
PRU 2008 : 122   PRK 2011 : 90  pengurangan berbanding 2008 : 32 undi

Keputusan Pilihanraya Kecil Mengikut Daerah Mengundi :



Berdasarkan jumlah undi yang diterima Pas dalam PRK Kerdau,ia menunjukkan keputusan yang lebih baik berbanding di Merlimau.Walaupun berlaku penyusutan undi di Kerdau,tetapi ianya tidaklah begitu ketara di mana Pas hanya mengalami penyusutan sebanyak 184 undi.Akan tetapi,jurang undi Pas-Umno menjadi lebar akibat daripada pertambahan undi Umno yang agak besar iaitu sekitar 925 undi.

Apakah kunci kenaikan undi mendadak Umno di Kerdau?Ini banyak disumbangkan oleh undi orang asli di Paya Sendayan.Apakah buktinya?Mari kita lihat bersama-sama.

Daerah mengundi Kerai mempunyai seramai 375 orang pengundi.Daripada jumlah tersebut,seramai 237 orang ataupun sebanyak 63.2% pengundi adalah datangnya daripada pengundi orang asli.Dalam pilihanraya kecil kali ini,peratusan keluar mengundi di Peti Undi Kerai adalah sebanyak 89.33%,menghampiri angka 90 peratus keluar mengundi.Bacaan sama juga boleh dilihat dalam Pilihanraya Kecil Galas sebelum ini. Daripada 375 orang pengundi di Kerai,hanya 40 orang yang tidak keluar mengundi!Wah,ini cukup hebat. Kesedaran berpolitik orang asli sungguh hebat.Pengundi Melayu patut malu mengenai perkara ini.

Penulis tidak mempunyai keputusan terperinci untuk Dun Kerdau bagi tahun 2008.Sekiranya ada,mungkin bacaan kita kali ini akan lebih menarik.Oleh itu,penulis tidak dapat membuat perbandingan antara trend undi pada tahun 2008 dan 2011 ini secara terperinci.

Walaubagaimanapun,antara peti undi yang dilihat mempunyai kelebihan buat Pas dalam pilihanraya umum ke 13 nanti adalah di Peti Undi Teluk Sentang,Kuala Kerdau,Pulau Pasir Mandi dan Batu Sawar,di mana perbezaan undi Pas dan Umno adalah kecil dan di bawah 100 undi.Malah,di Kuala Kerdau,walaupun kawasan majoriti orang Melayu,di sana berlaku persaingan yang agak sengit antara Pas dan Umno.

Apapun,Pas dan Pakatan Rakyat sepatutnya melihat akan trend yang berlaku di kawasan majoriti masyarakat Cina di Kerdau iaitu Daerah Mengundi Kerdau,di mana Umno berjaya memenangi undi di kawasan tersebut dengan majoriti yang agak selesa.Menurut Ketua Pemuda MCA,Dr.Wee Ka Siong,peningkatan sokongan undi masyarakat Cina dapat dilihat di Kerdau menerusi tweetnya semasa proses penjumlahan undi:

In Kerdau BE, big victory for BN in Chinese Area. BN428 vs PAS216, majority 212 compared to only 37 in 2008. Congrats!!

Oleh itu,penulis merasakan antara sebab mengapa Umno berjaya membuat pertambahan undi yang agak besar adalah dengan menarik 184 undi Pas yang hilang,meningkatkan jumlah keluar mengundi orang asli selain memperbaiki kedudukan di kawasan Cina.

Berlainan pula dengan trend undi di Felda.Walaupun Pas gagal merapatkan jurang undi di Felda,sekurang-kurangnya berlaku pertambahan undi di kawasan tersebut.

Ketika memberi komen terhadap sekeping gambar Man Kadir di facebook,Naib Presiden PKR Fuziah Salleh mengucapkan tahniah atas peningkatan undi di kawasan Felda:

Fuziah Salleh Tahniah kpd Pak Man dan semua yg berkampung di Jengka 22 - ada peningkatan undi sebanyak 62 undi. Juga kpd team temerloh yg buat gerakkerja di Jengka 25. Ada peningkatan 2 undi di DM paling sukar.! Teruskan gerakkerja systematic. I'Allah kita boleh buat.

Untuk rekod,penduduk Felda bukanlah menolak kepimpinan Pas sepenuhnya.Jika tidak,masakan Pas boleh menang di Jengka dalam Pilihanraya Umum 1999.Oleh itu,diharapkan Pas mampu memperbaiki gerakerja di Kerdau bagi menembusi lagi kawasan Felda tersebut.

KONKLUSI

Berikutlah serba sedikit pandangan peribadi penulis dalam hal ini.Semoga ianya boleh dimanfaatkan buat tatapan kita bersama.Kepada kerajaan Barisan Nasional,adakan Pilihanraya Kecil di Pelabuhan Klang,dan kita pasti tahu samada benar dakwaan BN telah kembali mendapat sokongan rakyat ataupun tidak.

Dicatat oleh:
Anak Terengganu
di Perantauan.





4 ulasan:

Anonymous,  March 8, 2011 at 8:53:00 AM PST  

aku adalah penyokong tegar PAS sejak PR8 kerana perjuangannya menegakan Islam. Walaubagaimana pun sekarang, aku, keluarga dan rakan-rakan telah sabotaj pas kerana 2 perkara. Pertama bersekongkol dengan DAP yang anti Islam dan kedua PAS menyatakan Allah ada anak. (Nauzubillah hi minzalik). Aku bersumpah selagi PAS tidak kembali keperjuangan asal aku tidak akan menyokong memberikan undi.

Anonymous,  March 8, 2011 at 6:43:00 PM PST  

Tanpa Nama berkata...
9 Mac 2011 7:40 AM
Kalau pas kalah di galas kerana faktor Ku Li, kalah di bukit pinang kerana isa samad , kalah di Tenang kerana banjir, kalah di kerdau dan merlimau kerana 'bertanding dipadang tidak rata'.....inilah alasan demi alasan yg keluar dari mulut pemimpin pemimpin pas yg sangat beriman dan iman mereka yg sgt tinggi dan melebehi iman dari mana mana individu individu mana mana muslm dimalaysia....tiada satu pun kekalahan pas disebabkan oleh kelemahan pas sendiri malah kemenangan BN itu tidak diredhai dan dihalalkan oleh pemimpin pas ... Inilah pas hari ini....pas yg sempurna dan maasum....pas yg lebih islam dari mana mana org islam yg lain dimsia....dan tidak akan masuk syurga seseorang muslim itu kiranya idak menyokong dan menjadi ahli parti islam ...Sesemalaysia....fikir fikirkan lah.....kalau nak taubat dterima mcm bob lokman...jom masuk pas....nak cuci dosa ...jom masuk pas...senangkan....bila kalah pilihanraya.....allah dan aturkan segalanya tapi mereka tetap tolak ketentuan takdir qada dan qadarnya....mereka terus mencipta excuses tanpa mereka muhasabah diri dan melihat kelemahan sendiri.....itulah pas bila fikir diri mereka sempurna....oh jelik dan jumudnya pas...bersyukur msia menolak pas ...pas oh pas....BERUBaHLAH

ABD HAMID ZAINI March 9, 2011 at 12:11:00 AM PST  

Ni dia yang dikatakan sekolah tinggi bertingkat bodoh mengalahkan Lembu.Belajar Al Azhar yang jelas rasuah dan pemberi rasuah itu haram.A.S.W.T jelaskan orang orang yang alim bila ia menyokong pemimpin yang menolak Syariat ku maka nerakalah tempat sebaik baik bagi mereka ini.Napa B En nak marah TGNA yang jelas tidak akan memaafkan mereka yang menentang Syariat Allah.Bagi penyokong dan pendokong B EN sama la dapat sahamnya.Islam mengajar Umatnya melakukan kerja seiring solat baru selamat baik di dunia dan akhirat.Wahai penyokong B EN napa dalam bab jadi imam ni hampa tak lantik kaki judi jadi Imam! Cari Surau atau masjid dalam 1Malaysia ni yang berimamkan kaki judi,kaki betina,kaki perasuah? Penyokong B EN boleh la jadi makmumnya kah! kah! kah!

Anonymous,  March 9, 2011 at 12:30:00 AM PST  

Brader...nanti kat akhirat...tiada syurga penyokong PAS atau penyokong BN...tiada neraka utk penyokong PAaD atau BN....so tak payah nak dabik dada islam sapa lebih bagus...kita sama jer disisi allah.....lainlah kalau pas dah buat fatwa baru....

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP