This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

AKIBAT JAHIL AGAMA,BLOGGER UMNO AJAK NIK AZIZ TENGOK VIDEO LUCAH

Sunday, March 27, 2011

Entah apa yang tidak kena dengan seorang blogger Umno ini.Penulis pernah juga membaca beberapa tulisannya sebelum ini,yang pada hemat penulis agak berhujah berbanding penulis blog pengampu Umno yang lain.Blogger yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah seseorang yang memakai nama gelaran Mummy Rokiah.


Dalam entri terbarunya yang bertajuk "Nik Aziz tidak berhak memberi komen sebelum beliau menonton video tersebut",Mummy Rokiah mempersoalkan tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berasa malu mengenai penayangan secara umum video seks seorang yang dikatakan sebagai pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Berikut penulis petik kembali tulisan Mummy tersebut:


(Sebelum itu,berikut diperturunkan keratan asal laporan berita yang telah dikeluarkan oleh Akhbar Sinar Harian)

Perbuatan tidak bermoral 


KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.

Mursyidul Am Pas itu berkata, lebih memalukan apabila perbuatan itu didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan negeri.

Katanya, beliau berasa amat malu untuk membaca berita mengenai pendedahan skandal terbabit ­kerana ia dilaporkan oleh ­semua media massa di negara ini.

“Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi individu yang tidak bermoral.

“Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" katanya kepada pemberita selepas ­menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemimpin atau tokoh yang mempunyai gelaran sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain.

“Mereka ini diberikan gelaran sedemikian rupa dengan harapan boleh membimbing rakyat, tapi apa yang berlaku adalah ­sebaliknya.

“Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­agama,” katanya.

Isnin lalu, rakaman video aksi seks yang dikatakan membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri ­Anwar Ibrahim dipertontonkan kepada editor kanan dan wartawan di Carcosa Seri Negara.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim ­Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim (kumpulan Datuk T) mengakui terlibat dalam pendedahan video terbabit.-sinarharian-


Berikut pula adalah ulasan yang dibuat oleh Mummy Rokiah dalam blognya:

Siapa yang lebih bermoral, pelakonnya atau individu yang mendedahkannya? Nik Aziz seharusnya menonoton dahulu video tersebut sebelum memberi kenyataan tentang moral seseorang pemimpin.

Risikonya jika Nik Aziz menonton dirisaukan jantung Nik Aziz tidak bersedia mengepam dengan laju dan akan mendatangkan kemudaratan kelak.

Malah ada wartawan wanita yang menelan air lior geli geleman dan nak termuntah semasa dipertontonkan kepada mereka di Carcosa Seri Negara.

Apapun masa akan menentukan segalanya.

Nota : Ulasan serupa turut dibuat oleh blog Umno lain termasuk Blog Sayang Umno Sampai Mati.

CATATAN PENULIS:

Berdasarkan komen-komen yang dibuat oleh para blogger Umno,amat malanglah bagi mereka yang beragama Islam,tetapi dilihat terlalu obses terhadap menyerang peribadi lawan,sehingga sanggup menolak hukum Allah ke tepi.

Kenyataan Mummy Rokiah yang menganggap Nik Aziz perlu untuk melihat sendiri video lucah terbabit seolah-olah mempersendakan golongan ulama dan orang-orang yang beragama supaya melakukan dosa kepada Allah.

Dalam perkara ini,kita semua sentiasa jelas.Baik ustaz mahupun orang biasa.Menonton video lucah itu difatwakan HARAM dalam Islam.Tidak ada seorang pun daripada mana-mana pihak yang mengatakan boleh untuk melihat sebuah video lucah.Ulasan Nik Aziz yang malu dan kecewa dalam isu tontonan video lucah bukanlah disebabkan untuk mempertahankan Anwar semata-mata seperti yang didakwa oleh mereka.

Tuan Guru bercakap atas dasar dosa pahala yang terletak pada bahu seorang individu dan pemimpin yang beragama Islam.Nik Aziz beranggapan bahawa sebagai sebuah negara majoriti umat Islam,sepatutnya tidak ada mana-mana pihak yang sanggup untuk menayangkan video seks secara terbuka!Ini seolah-olah mengajak orang mencuri secara beramai-ramai.Dan apabila para ulama seperti Nik Aziz dan Dr.Asri menegur akan perkara ini,para penulis blog Umno yang jahil (atau dalam bahasa sopannya tidak reti) dalam agama sanggup menegakkan soal moral kononnya dalam isu video seks ini.

Bagi penulis,barang ditakdirkan Allah bahawa jika benar Anwar sekalipun yang berzina dalam video tersebut,adalah HARAM hukumnya untuk mana-mana individu melihat video terbabit,apatah lagi menghebahkan perkara itu kepada umum.Ini seolah-olah berusaha membanyakkan dosa kepada diri sendiri. Bayangkan,jika seorang sahaja yang pernah melihat video tersebut,satu dosa sudah tertanggung atas bahu Rahim Tamby Chik.Dan jika sudah sampai berpuluh dan beratus yang menyaksikannya,berapa pikul dosa yang sedang dipikul Datuk T pada saat ini?

Jika benar Anwar berzina sekalipun,itu dosa beliau dengan Allah.Kita tidak boleh mengenakan Hudud ke atas Anwar memandangkan tiada empat saksi yang melihat kemungkaran tersebut.Di sinilah besarnya keadilan dalam Islam.Adil kepada sang tertuduh.Penulis bukanlah seorang ustaz untuk mengulas panjang dalam isu ini, tetapi penulis ingin menyedarkan lebih ramai orang yang telah meletakkan prinsip moral (kononnya) itu lebih tinggi daripada Islam itu sendiri.

Sehingga kerana moral kononnya,kita sanggup menunjukkan kejahilan kita sebagai umat Islam.Malah,ramai pula para pemimpin yang mengaku yang dia juga pernah menonton video tersebut.Mengapa perlu tonton? Untuk kepastian?Adakah terdapat kepastian dalam kemungkaran?Jika benar Anwar itu berdosa kerana berzina,Allahlah yang akan menghukum Anwar berdosa,bukan Si fulan bin si fulan yang menyaksikan video tersebut yang menghukum Anwar itu berzina atau tidak.

Kepada semua pihak,hentikan kegilaan ini.Baik di pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.Usah membodohkan diri dengan memohon suruhanjaya itu dan suruhanjaya ini.Kelak akan ada beribu-ribu umat Islam yang berdosa kerana melihat sebuah video lucah secara terang-terangan.Dan jika itu berlaku,doakan bahawa bala Allah itu jauh daripada kita.


2 ulasan:

Anonymous,  March 26, 2011 at 6:56:00 PM PDT  

Buat apa ajak ulama tengok benda haram. Ade ke 4 saksi

AL-ISAFI,  July 26, 2011 at 10:57:00 PM PDT  

Why can’t we engage in Positive and Ethical Politicking ie without finding fault(ie not done obvious)…do we have to dig into one;s underwear…. If one does this, then the one that comes to power will definitely go into your underwear AND this will never end…The losers will be the general masses having to bear with Mud Slinging..
Avoid LIES, DECEIT and FALSE DECLARATION under the pretext of Freedom Of Information…Why THE MALAYSIAN LIAR of MAT SABU and TIAN CHUA have to lie to the people..They had lied before BUT they cannot forever go on lying…One will get caught as in Mat Sabu and Tian Chua’s case..BUT the biggest and world No ! Liar has to be the Drunkard, Womaniser, Playboy, Bad Father, Dirty Husband the One and Only RPK (Raja Penipu Kelentong)…he dares to scoop stories from afar, not in the ring..taking potshots from afar..adding Cowardice to his titles
Has Nik Aziz, Abdul Hadi got to bear with this…hahhahahah …As PAS is no longer a Party of Scholars, they have changed into UMNO of sorts,,,lying for their own political benefit….What a pity… Mta Sabu is good at this, END JUSTIFIES THE MEANS…That is PAS can now tolerate BOOZE, WINE, MASSAGE during Ramadhan…This has never happen…Only under Nik Aziz as SPIRITu-ual Leader..Where is the BRETHREN IN BELIEF Slogan, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM and of Course, HUDUD, you dude.
As for DAP,well, the Teo BH case shows that with little power One can go crazy on Government fund, what if you have billions….China tetap China….Chinese and Money never parts, only in death…then they bring Hell Money to bribe the Angels to enter Paradise..
The PKR…well, another Mr Bean..Parti Kelentong Rakyat..living on stories and symphaties ..Befora BERSIH 2, I told many friends..If after this Anwar uses another NeckBrace and blame any death on Police, I give up on them…WAS I NOT RIGHT? Umpteen of my friends are now with me, away from Anwar and PKR and many more are likeminded…Can I trust AZMIN the Wifeseller or the cronies of Anwar….Whatmore with Khalid Ibrahim as the Great Clown, not taking His Faith seriously but thinking only about his Fate…why no ban on entertainment and blessing MTV…
I hate ALL political parties now…I used to like PAS and PKR but not this time round…I think Mat Sabu, Husam,Nizar, Dr Zul, Khalid Samad, Anwar, Nik Aziz has gone TOO Far to repent..and the scholars are Shying away BECOS THEY LOST BADLY IN PARTY POLLS, WHATMORE IN NATIONAL POLLS…Sorry Tuan Ibrahim, Nasaruddin, Harun Din and all Ustaz,,,Just do what you best…gather the people, teach them, educate their hearts and make doa to Allah to make Malaysia safe under ulama nor Liberals….

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP