This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

YB AZAN ISMAIL,ARE YOU OKAY?JANGAN LOMPAT SUDAHLAH

Tuesday, March 29, 2011

Yang Berhormat bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota,Pahang pernah menimbulkan sedikit kontroversi beberapa ketika dahulu apabila mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat negeri Pahang.Akibat dari keadaan tersebut,YB Azan sering diperhatikan sebagai antara orang yang seterusnya untuk "melompat keluar" daripada Parti Keadilan Rakyat.Ini menyebabkan beliau telah bertindak menyaman akhbar Utusan Malaysia sebanyak RM29 juta kerana mengeluarkan satu berita yang mengatakan beliau telah bertindak keluar parti satu masa dahulu.

Namun,alhamdulillah sehingga kini YB Azan masih kekal bersama PKR.Dan terbaru,YB Azan telah dilantik menjadi Pengerusi MPN Negeri Terengganu.

Pun begitu,sekarang ini timbul sedikit sebanyak cerita yang kurang enak didengar tentang YB Azan di Pahang.
Nampaknya,krisis antara YB Azan dan Majlis Pimpinan Pahang masih belum berakhir walaupun beliau telah dihantar ke negeri jiran Terengganu.Kenyataan YB Azan dalam Sinar Harian baru-baru ini kemudiannya dilihat menimbulkan kemarahan kepada para pemimpin PKR Pahang.Di sini,penulis hanya bersifat neutral, tidak memihak kepada YB Azan mahupun kepimpinan PKR Pahang.Namun,eloklah kiranya penulis bawa kembali apa yang menimbulkan kontroversi Azan-MPN baru-baru ini:


PKR Pahang makin kritikal

KUANTAN – PKR Pahang perlu melakukan sesuatu bagi menyelamatkan parti tersebut daripada individu yang mempunyai agenda buruk untuk menghuru-harakan ahli serta penyokong parti itu. 

:Bekas Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Azan Ismail berkata, kedudukan PKR Pahang kini dilihat semakin kritikal selepas pengunduran Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Ibrahim Sidek, diikuti 300 ahli PKR lain. 

:“Pengunduran tersebut membuktikan bahawa ada ‘sesuatu’ yang tidak kena dengan pucuk pimpinan parti yang berkemungkinan mempunyai agenda lain untuk kepentingan peribadi. 

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan, sebaliknya ahli PKR perlu mengambil tindakan kerana PKR Pahang berada dalam kedudukan bahaya,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu mengesyaki, perbuatan individu terbabit semata-mata untuk menjatuhkan politik PKR Cabang Indera Mahkota sebelum beliau meninggalkan parti itu. 

“Individu terbabit memberi kenyataan akan meninggalkan parti itu sekiranya PKR Cabang Indera Mahkota gagal merebut kerusi dalam pilihan raya akan datang. 

“Semuanya seperti sudah diatur. Tiada siapa yang dapat meramal apa sebenarnya individu terbabit mahukan. Cuma apa yang boleh saya katakan, beliau mempunyai perancangan buruk. 

“Apa yang dilakukan bukan untuk mengukuhkan parti, sebaliknya menggalakkan lebih ramai ahli untuk keluar parti dengan perkara-perkara yang boleh mencetuskan perbalahan. Perbuatan tersebut juga secara tidak langsung menjejaskan tanggapan penyokong tentang parti ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Azan turut meluahkan rasa kecewa serta menyesal kerana meletakkan kepercayaan tinggi kepada individu terbabit untuk mentadbir parti. 

:“Saya rasa terkilan kerana ramai yang tertipu dengan helahnya. Saya juga menyesal kerana menyokongnya sebelum ini dan merasakan dia yang paling layak untuk mentadbir parti. Perbuatannya diibaratkan seperti ‘Harapkan pagar, pagar makan padi’,” katanya.


Selain itu juga,berita lain yang berkait dengan krisis PKR Indera Mahkota adalah melalui laporan akhbar Utusan Malaysia terbabit:


300 ahli PKR Indera Mahkota keluar parti, sertai UMNO

20/03/2011 5:21pm


KUANTAN 20 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota, yang dikenali sebagai kubu kuat parti itu di Pahang, hampir lumpuh apabila 300 ahlinya mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai UMNO hari ini.
Antara yang bertindak keluar parti itu ialah pemangku ketua cabangnya, Ibrahim Sidek; Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan; dan Setiausaha Wanita PKR, Fadizlah Abd Wahab.
Kesemua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dalam satu majlis ”Sirih Pulang ke Gagang” di sini.
Ibrahim, yang menyertai PKR selama 11 tahun, berkata, keputusan keluar parti itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan mementingkan kepada perjuangan individu sahaja. – Bernama


Ulasan YB Azan ke atas seseorang individu yang menduduki hirarki yang tinggi dalam PKR Pahang itu walaubagaimanapun tidak dinamakan beliau.Secara ringkasnya,YB Azan dalam ulasan beliau menganggap kepimpinan yang ada sekarang dilihat tidak mahu memulihkan masalah dalaman yang menimpa Cabang Indera Mahkota terbabit.Adalah tidak diketahui siapakah yang dimaksudkan Azan,samada pemimpin di peringkat cabang mahupun negeri.Walaubagaimanapun,ulasan Azan telah dijawab oleh beberapa orang pimpinan PKR Pahang.

Paling menarik adalah tulisan blogger yang juga Ketua Cabang Kuala Krau,Haji Shuhaimi Said dalam blognya:


idalam mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, yang berlangsung di Rumah Rehat Temerloh malam tadi (25.3.11) dan berakhir jam 11.00 malam tadi, meluluskan dua usul:

1. Ketua-Ketua Cabang PKR Negeri Pahang menyokong kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman tanpa berbelah bagi;

2. Merujukkan YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota/Pengerusi PKR Negeri Terengganu ke Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

Mesyuarat tergempar itu diadakan diatas kenyataan akhbar yang termuat di muka depan Sinar keluaran 25.3.11 yang memaparkan kenyataan YB Azan Ismail yang cuba memburuk-burukkan kepimpinan Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang.

Kesemua Ketua Cabang tidak bersetuju dengan kenyataan YB Azan Ismail bahawa PKR Pahang menjadi nazak dibawah pimpinan Dato Fauzi, bahkan dibawah pimpinan, cara dan stail, yang dibawakan oleh Dato Fauzi, PKR Pahang berjaya memperkuat dan memperkukuhkan parti, dan akhir-akhir ini, PKR Pahang telah berjaya melebarkan sayapnya ke perkampongan Melayu tradisi, perkampongan Felda dan Orang Asal.

Keanggotaan PKR Negeri Pahang telah bertambah dengan pesatnya, manakala aktiviti-aktivit serta program-program parti dapat berjalan dengan lancar di seluruh Pahang.

Dato Fauzi mempunyai sikap mesra-rakyat dan sentiasa turun padang. Pimpinan seumpama ini sangat-sangat dihargai oleh parti rakyat dan masyarakat.

YB Azan tidak berhak mencampuri urusan PKR Pahang dengan cara negatif dan untuk melemahkan perjuangan parti dan meletakkan imej parti dipersoalkan. Beliau bukan lagi menjadi anggota mana-mana ranting atau mana-mana cabang di Negeri Pahang kerana beliau telah memindahkan keanggotaannya ke Terengganu.

Sikap yang ditunjukkan oleh YB Azan itu adalah sikap negatif yang tidak menguntungkan parti.

Ketua-Ketua Cabang yang tidak hadir diwakili oleh pemegang mandat Ketua Cabang dan turut memberikan sopkongan kepada dua buah usul yang dibentang.


Berikut pula pandangan aktivis PKR Pahang,Saudara Man Kadir:

MENGHAIRAN JUGA - TIBA SAJA YB AZAN ISMAIL MELAHIRKAN RASA TIDAK PUASHATI DENGAN PERKEMBANGAN PKR DI PAHANG - AKU NAK BERTANYA SIKITLAH DENGAN HURMATNYA: "MASA YB INDERA MAHKOTA NI BERADA DI PAHANG - APA YB BUAT UNTUK PERJUANGAN RAKYAT KHUSUSNYA PKR ? YB TAK TAHUKAH SEJAK PIMPINAN DULU HINGGA KE PIMPINAN DATO FAUZI, PIMPINAN PKR PAHANG BERTUNGKUS LUMUS TURUN KE RAKYAT - DI FELDA - ORANG ASAL - KAMPUNG TRADISIONAL - TAMAN PERUMAHAN KECUALI SEORANG BERDUA YANG SAMA PERANGAI DENGAN YB! - APAKAH HALNYA TIBA SAJA YB BERBUNYI TENTANG PAHANG? KAN YB DIAMANAHKAN OLEH PUSAT SEBAGAI PENGERUSI PIMPINAN NEGERI TERENGGANU - ADAKAH YB MENGIGAU ATAU SAJA-SAJA MELATAH UNTUK KEMBALI KE PAHANG ? - ADAKAH ORANG TERENGGANU TAK BOLEH TERIMA SIKAP YB ?" - MAAF YB DENGAN PERTANYAAN INI .... apa macam?



Jika benar kepimpinan PKR Pahang berkeras mahu mengenakan tindakan disiplin ke atas YB Azan, berkemungkinan satu lagi krisis besar akan timbul dalam PKR.Persoalannya,akan kebalkah integriti YB Azan ataupun hanyalah setebal N.Gobalakrishnan?

Sama-sama kita nantikan.

p/s:nampaknya YB Azan tidak akan lagi boleh mempertahankan jawatannya di Indera Mahkota.Adakah beliau akan bertanding di Terengganu?Kalau ya,di mana?Kemaman atau Dungun?

Atau masuk bertanding di Dun?Atau masih kekal di Indera Mahkota atas tiket Umno atau Bebas?
Wallahualam.

Read more...

HIDUP LAGI DIA NIH!! INGAT DAH MATI KENA TETAK...

Monday, March 28, 2011

Gelombang Merah
@Pasir Puteh

Kah kah kah.Anda masih ingat "Ustaz" di atas?Apa sudah lupa?Memang Melayu mudah lupa...

Adakah anda hendak tahu siapakah gerangannya orang ini?Mari Tok ingatkan kembali:


Masih belum mendapat klu??

Ini dia:


Kahkahkah....kononnya orang Pas.Bekas Pegawai Keselamatan
Pondok dan apa-apa lagilah.

Rupa-rupanya JKKK.

Orang kuat Umno.Anda masih belum tahu?

Buka Google dan cari orang yang bernama Saidi Hussin.

Sukar dipercayai : hampir kesemua gambar mengenai kes
Adun Selising berzina hilang daripada internet termasuklah
gambar yang ada dalam blog papagomo.Mujurlah Tok masih simpan
sekeping gambarnya

p/s:Azmy Awang pun dah ada blog sekarang.Hebat!!

Read more...

AKIBAT JAHIL AGAMA,BLOGGER UMNO AJAK NIK AZIZ TENGOK VIDEO LUCAH

Sunday, March 27, 2011

Entah apa yang tidak kena dengan seorang blogger Umno ini.Penulis pernah juga membaca beberapa tulisannya sebelum ini,yang pada hemat penulis agak berhujah berbanding penulis blog pengampu Umno yang lain.Blogger yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah seseorang yang memakai nama gelaran Mummy Rokiah.


Dalam entri terbarunya yang bertajuk "Nik Aziz tidak berhak memberi komen sebelum beliau menonton video tersebut",Mummy Rokiah mempersoalkan tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berasa malu mengenai penayangan secara umum video seks seorang yang dikatakan sebagai pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Berikut penulis petik kembali tulisan Mummy tersebut:


(Sebelum itu,berikut diperturunkan keratan asal laporan berita yang telah dikeluarkan oleh Akhbar Sinar Harian)

Perbuatan tidak bermoral 


KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.

Mursyidul Am Pas itu berkata, lebih memalukan apabila perbuatan itu didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan negeri.

Katanya, beliau berasa amat malu untuk membaca berita mengenai pendedahan skandal terbabit ­kerana ia dilaporkan oleh ­semua media massa di negara ini.

“Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi individu yang tidak bermoral.

“Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" katanya kepada pemberita selepas ­menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemimpin atau tokoh yang mempunyai gelaran sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain.

“Mereka ini diberikan gelaran sedemikian rupa dengan harapan boleh membimbing rakyat, tapi apa yang berlaku adalah ­sebaliknya.

“Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­agama,” katanya.

Isnin lalu, rakaman video aksi seks yang dikatakan membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri ­Anwar Ibrahim dipertontonkan kepada editor kanan dan wartawan di Carcosa Seri Negara.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim ­Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim (kumpulan Datuk T) mengakui terlibat dalam pendedahan video terbabit.-sinarharian-


Berikut pula adalah ulasan yang dibuat oleh Mummy Rokiah dalam blognya:

Siapa yang lebih bermoral, pelakonnya atau individu yang mendedahkannya? Nik Aziz seharusnya menonoton dahulu video tersebut sebelum memberi kenyataan tentang moral seseorang pemimpin.

Risikonya jika Nik Aziz menonton dirisaukan jantung Nik Aziz tidak bersedia mengepam dengan laju dan akan mendatangkan kemudaratan kelak.

Malah ada wartawan wanita yang menelan air lior geli geleman dan nak termuntah semasa dipertontonkan kepada mereka di Carcosa Seri Negara.

Apapun masa akan menentukan segalanya.

Nota : Ulasan serupa turut dibuat oleh blog Umno lain termasuk Blog Sayang Umno Sampai Mati.

CATATAN PENULIS:

Berdasarkan komen-komen yang dibuat oleh para blogger Umno,amat malanglah bagi mereka yang beragama Islam,tetapi dilihat terlalu obses terhadap menyerang peribadi lawan,sehingga sanggup menolak hukum Allah ke tepi.

Kenyataan Mummy Rokiah yang menganggap Nik Aziz perlu untuk melihat sendiri video lucah terbabit seolah-olah mempersendakan golongan ulama dan orang-orang yang beragama supaya melakukan dosa kepada Allah.

Dalam perkara ini,kita semua sentiasa jelas.Baik ustaz mahupun orang biasa.Menonton video lucah itu difatwakan HARAM dalam Islam.Tidak ada seorang pun daripada mana-mana pihak yang mengatakan boleh untuk melihat sebuah video lucah.Ulasan Nik Aziz yang malu dan kecewa dalam isu tontonan video lucah bukanlah disebabkan untuk mempertahankan Anwar semata-mata seperti yang didakwa oleh mereka.

Tuan Guru bercakap atas dasar dosa pahala yang terletak pada bahu seorang individu dan pemimpin yang beragama Islam.Nik Aziz beranggapan bahawa sebagai sebuah negara majoriti umat Islam,sepatutnya tidak ada mana-mana pihak yang sanggup untuk menayangkan video seks secara terbuka!Ini seolah-olah mengajak orang mencuri secara beramai-ramai.Dan apabila para ulama seperti Nik Aziz dan Dr.Asri menegur akan perkara ini,para penulis blog Umno yang jahil (atau dalam bahasa sopannya tidak reti) dalam agama sanggup menegakkan soal moral kononnya dalam isu video seks ini.

Bagi penulis,barang ditakdirkan Allah bahawa jika benar Anwar sekalipun yang berzina dalam video tersebut,adalah HARAM hukumnya untuk mana-mana individu melihat video terbabit,apatah lagi menghebahkan perkara itu kepada umum.Ini seolah-olah berusaha membanyakkan dosa kepada diri sendiri. Bayangkan,jika seorang sahaja yang pernah melihat video tersebut,satu dosa sudah tertanggung atas bahu Rahim Tamby Chik.Dan jika sudah sampai berpuluh dan beratus yang menyaksikannya,berapa pikul dosa yang sedang dipikul Datuk T pada saat ini?

Jika benar Anwar berzina sekalipun,itu dosa beliau dengan Allah.Kita tidak boleh mengenakan Hudud ke atas Anwar memandangkan tiada empat saksi yang melihat kemungkaran tersebut.Di sinilah besarnya keadilan dalam Islam.Adil kepada sang tertuduh.Penulis bukanlah seorang ustaz untuk mengulas panjang dalam isu ini, tetapi penulis ingin menyedarkan lebih ramai orang yang telah meletakkan prinsip moral (kononnya) itu lebih tinggi daripada Islam itu sendiri.

Sehingga kerana moral kononnya,kita sanggup menunjukkan kejahilan kita sebagai umat Islam.Malah,ramai pula para pemimpin yang mengaku yang dia juga pernah menonton video tersebut.Mengapa perlu tonton? Untuk kepastian?Adakah terdapat kepastian dalam kemungkaran?Jika benar Anwar itu berdosa kerana berzina,Allahlah yang akan menghukum Anwar berdosa,bukan Si fulan bin si fulan yang menyaksikan video tersebut yang menghukum Anwar itu berzina atau tidak.

Kepada semua pihak,hentikan kegilaan ini.Baik di pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.Usah membodohkan diri dengan memohon suruhanjaya itu dan suruhanjaya ini.Kelak akan ada beribu-ribu umat Islam yang berdosa kerana melihat sebuah video lucah secara terang-terangan.Dan jika itu berlaku,doakan bahawa bala Allah itu jauh daripada kita.


Read more...

KISAH SEBENAR DI SEBALIK PENAHANAN ANWAR DI TAMAN MELAWATI: PENGALAMAN SAKSI

Saturday, March 26, 2011

Ketika tiba di Taman Melawati jam sepuluh malam,saya mendapati keadaan jalan masuk ke Pusat Bandar Taman Melawati agak sesak,disebabkan dua faktor;pertama kerja-kerja naik taraf jalan oleh para pekerja Bangladesh dan keduanya adalah disebabkan sekatan jalanraya yang dikenakan polis ke atas jalan masuk ke Pusat Khidmat Masyarakat Dun Hulu Klang yang agak terperosok ke dalam dari jalan utama.Malah,menurut beberapa orang yang melalui jalan tersebut,polis telah menahan orang ramai yang hendak masuk ke pusat khidmat tersebut,malah mereka juga diminta untuk menunjukkan kad pengenalan kepada pihak polis.

Walaubagaimanapun,saya agak arif akan jalan di kawasan Bandar Taman Melawati tersebut kerana pernah datang ke sana beberapa kali.Saya yang bermotorsikal mengikuti jalan belakang ke pusat khidmat tersebut,yang tidak pun diusik oleh polis.Saya merasakan tindakan polis yang menyekat jalan hadapan cumalah sekadar untuk menakut-nakutkan lebih ramai orang yang datang ke ceramah tersebut malam tadi.

Ketika saya tiba di tapak ceramah jam sepuluh lebih,Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali baru sahaja memulakan ceramahnya yang menggunakan slide show khas mengenai Isu Fitnah II untuk tontonan orang ramai.Untuk pengetahuan orang ramai juga,ceramah anjuran PKR Cabang Gombak itu adalah sempena Pelancaran Kempen Tolak Fitnah II yang bertajuk "DNA-Datuk Najib Altantuya".Sebelum memulakan ceramah beliau,YB Azmin telah meminta semua pendengar untuk masuk dan rapat ke bahagian dalam kawasan khidmat masyarakat bagi mengelakkan provokasi oleh pihak polis berkenaan permit.

Daripada pemerhatian saya,di atas pentas ketika itu adalah YB Balik Pulau,Yusmadi Yusuf dan ADUN Hulu Kelang,Shaari Sungib.Penceramah asal tidak pula kelihatan,mungkin atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Saudara Sam Ketua AMK pula tiba lewat ke ceramah tersebut.

Saifuddin Nasution dan Puan Normala Sudirman tidak
hadir ke ceramah tersebut malam tadi

Dalam ceramahnya itu,Azmin dilihat memfokuskan sepenuhnya kepada isu liwat II yang boleh dianggap satu fitnah yang direka-reka.Para pendengar di ceramah tersebut boleh dianggap beruntung,kerana informasi yang diberikan dalam slide show yang dipaparkan tidak pernah dilihat oleh kebanyakan rakyat sebelum ini.

Hal ini termasuklah beberapa keping gambar Saiful dan Anwar yang memasuki lif melalui rakaman CCTV. Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai perkara ini,tetapi apa yang boleh saya rumuskan adalah pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan sehingga hari ini bahawa Saiful masuk ke dalam unit kondominium tersebut.Malah,menurut Azmin beberapa orang saksi yang bersama Anwar ketika itu termasuk Hasanuddin (tuan rumah) dan isteri selain Pengarah Majlis Ekonomi Negara tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah.Menurut Azmin lagi,Hasanuddin itu sendiri adalah adik ipar kepada Anwar Ibrahim.

Ceramah Azmin terhenti apabila beliau mendapat satu arahan atasan polis untuk menghentikan ceramah dalam masa 30 minit.Walaubagaimanapun,perkara itu tidak diendahkan langsung oleh Azmin.Malah Azmin bercakap hampir satu jam pada malam tadi.Seterusnya,ceramah Azmin diteruskan lagi dengan percanggahan demi percanggahan oleh saksi pendakwaan terutamanya oleh pakar forensik Jabatan Kimia,Dr.Seah yang digelar "Sial" oleh Azmin.Selain itu,Azmin turut mendedahkan bagaimana seorang pegawai penyiasat bernama Judy turut mendapatkan keterangan Najib dan Rosmah kerana didakwa pernah berjumpa dengan Saiful Bukhari.

Selain itu,Azmin turut menceritakan tentang "kelas kimianya" malam itu dengan bagaimana penemuan saintifik menunjukkan bahawa usus manusia secara sendirinya akan menolak sisa hadaman makanan ke bawah setiap 12 jam sekali.Justeru,adalah dipertikaikan bagaimana Saiful mampu menahan berak selama hampir tiga hari bersamaan hampir 53 jam.

Lebih kurang sejam kemudiannya,Anwar Ibrahim tiba dari satu lagi program di Kuala Selangor.Azmin kemudiannya menghentikan ceramahnya secara semerta dan memberi peluang kepada Anwar untuk berucap. Ketika memulakan ucapannya,Anwar mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang membenarkan beliau berucap tetapi hanya dalam masa 15 minit sahaja.

Tatkala ceramah Anwar baru di peringkat permulaan,ceramah beliau kemudiannya terhenti akibat daripada riuh rendah dari belakang.Ketika itu,saya berada di sebelah kanan pentas,di kawasan padang bersebelahan pusat khidmat tersebut.Dari situ saya dapat melihat bagaimana berpuluh-puluh orang anggota FRU siap membawa perisai meluru ke atas pentas ceramah.Tindakan agresif itu betul-betul apabila ceramah Anwar masuk ke minit ke 15.Tindakan jahat polis itu mendapat reaksi kurang menyenangkan para hadirin,malah ada yang menjeritkan perkataan barua,anjing dan segala macam sumpah seranah ke atas polis tersebut.

Menyedari keadaan sudah tidak terkawal,Anwar telah menamatkan ceramahnya serta merta,dan para pendengar di bahagian hadapan telah membuat benteng manusia di sekeliling pentas tersebut.Keadaan semakin tidak terkawal di mana berlaku tolak menolak antara pihak polis dan pendengar.Dalam keadaan tersebut,Anwar yang berlindung di bahagian belakang atas pentas,mara ke hadapan sambil mengangkat tangan dan bercakap sesuatu dengan pegawai polis yang menyerbu beliau.Setelah diberikan jalan dan mengangkat tangan Anwar bergerak turun dari kawasan tersebut.

Pun begitu,Anwar diheret oleh para penyokong ke dalam rumah menyebabkan berlaku satu lagi kekecohan tempat kereta rumah tersebut.Ketika itu,Anwar telah dibawa masuk ke dalam rumah.Satu lagi benteng manusia dibuat oleh para penyokong Anwar,rata-ratanya mereka yang berpakaian PKR Gombak. Kekecohan dihangatkan dengan tolak menolak antara FRU dan penyokong Anwar diselang-seli dengan sumpah seranah para penyokong.Dalam keadaan itu,lagu rasmi PKR telah dipasang dan dinyanyikan secara beramai-ramai oleh penyokong PKR.Pada masa yang sama,Shamsul Iskandar dilihat sedang berunding dengan ketua polis di tempat itu.

Akhirnya,Anwar keluar daripada rumah tersebut,dan dibebaskan oleh polis bagi mengelakkan sebarang provokasi yang lebih buruk berlaku.Setelah keadaan menjadi reda,saya turut mengambil jalan yang hampir serupa dengan Anwar untuk pulang ke rumah saya di Petaling Jaya.

Saya juga mendapat tahu apabila pulang ke rumah bahawa tiga orang telah ditangkap polis dalam kejadian tersebut.

**Saya dalam kisah ini adalah penulis sendiri**

Untuk lebih jelas,di sini penulis perturunkan sedikit rakaman video dan gambar mengenai kekecohan yang berlaku.Amat malang apabila demokrasi di Malaysia semakin teruk apabila pemimpin pembangkang tertinggi di Malaysia sendiri menghadapi ancaman daripada pihak polis.



Anwar menenangkan para penyokong
polis dan FRU mula menyerbu ke atas pentas (jam 11.25 malam)
ribuan yang hadir (dalam lingkungan 2000 orang)
ketika keadaan mulai tegang



Amboi,Abang FRU..jeling semacam
Shamsul Iskandar berunding dengan polis
Anwar keluar dari rumah 







Read more...

MAT SABU TIMBALAN PRESIDEN, MUSTAHIL DAN BAKAL DIHALANG?

Friday, March 25, 2011

Tiga penggal sebagai Ahli Parlimen,di tiga kawasan berlainan,Nilam Puri (Ketereh) 1990,Kubang Kerian 1995 dan Kuala Kedah,1999 menyaksikan Mohamad bin Sabu ataupun Mat Sabu dianggap antara ayam sabung Pas di Parlimen.Selain itu,Mat Sabu juga mungkin boleh dianggap antara calon yang paling banyak bertanding di kawasan berlainan iaitu Parlimen Kepala Batas dan Penanti (1982),Permatang Pauh (1986),Nilam Puri (1990), Kubang Kerian (1995),Kuala Kedah (1999,2004) dan Kuala Terengganu (2008).

Seorang aktivis Pas sepenuh masa,Mat Sabu dilihat antara penceramah terkemuka Pas sehingga sekarang melalui kehebatannya dalam berpidato,menggerakkan demonstrasi rakyat selain seorang penulis yang agak baik dalam kolumnya Membedah Demokrasi di Harakah.Mat Sabu adalah antara pemimpin Pas yang teruji dari banyak segi.Akibat kelantangannya,beliau akhirnya terperangkap dalam jerat khalwat lima belas tahun yang lalu selain dituduh sebagai seorang penganut Syiah di Malaysia.Namun,semua itu adalah kisah lama yang telah dijelaskan dan selesai.

Kini,Mat Sabu mendapat pencalonan terawalnya untuk ke jawatan Timbalan Presiden Pas daripada Bahagian Kubang Kerian,Kelantan di bawah Datuk Husam Musa.Untuk rekod,pemilihan parti penggal lalu menyaksikan Ustaz Nasharudin Mat Isa menang dalam pertandingan tiga penjuru antara beliau,Husam dan Mat Sabu.Tumpuan sememangnya terarah kepada Mat Sabu apabila Husam telah memberikan signal awal bahawa beliau tidak akan mencuba nasib untuk ke jawatan tersebut kali ini,selain desas-desus yang mengatakan bahawa Ustaz Nasharudin tidak akan mempertahankan jawatannya pada kali ini.

Persoalannya sekarang,adakah Mat Sabu menerima pencalonan tersebut dan berpeluang menang ke jawatan tersebut?Di sinilah satu perkara yang menarik diperhatikan.Selagi Ustaz Nasa tidak menyatakan pendirian beliau secara rasmi,maka kedudukan kerusi timbalan tersebut masih dalam keadaan berteka-teki.

Sememangnya khabar angin dan cakap-cakap politik sudahpun wujud seminggu dua ini mengenai siapakah yang akan menduduki kerusi tersebut,memandangkan di peringkat kerusi Presiden,Tuan Guru Haji Hadi nampaknya kekal di sana melainkan dakwaan bahawa Ustaz Ahmad Awang akan mencabar kerusi tersebut. Namun,perkara tersebut telahpun dinafikan oleh Ustaz Ahmad sendiri.

Selain Mat Sabu,nama-nama yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan tersebut termasuklah Tuan Ibrahim, Ustaz Abu Bakar Chik,Ustaz Azizan Abdul Razak,Ustaz Harun Taib,DS Nizar Jamaluddin dan beberapa nama lagi.Untuk rekod juga,Ustaz Tuan Ibrahim juga telah menafikan bahawa beliau berhasrat untuk bertanding di jawatan Timbalan Presiden tersebut.

Siapakah Bakal Timbalan Presiden Pas?
Berdasarkan nama yang popular dalam senarai calon tersebut,empat daripadanya adalah pemimpin yang bertaraf ulama,manakala dua orang lagi adalah calon profesional dalam Pas.

Sebenarnya,adalah terlalu awal untuk mengatakan bahawa Mat Sabu bakal dinobatkan sebagai Timbalan Presiden memandangkan hanya terdapat satu bahagian sahaja yang telah bersidang menamakan beliau ke jawatan tersebut.Bagi penulis,adalah sukar untuk meramalkan kemenangan Mat Sabu,malah beliau mungkin tidak akan berjaya ke jawatan itu.Apakah asasnya?

Jika kita masih ingat ketika pemilihan Pas dua tahun yang lalu,kita dapat melihat bagaimana soal peribadi seseorang calon diperhatikan daripada banyak segi,terutamanya adakah beliau boleh dianggap sebagai seorang yang berlatarbelakangkan agama ataupun tidak.

Nah,di sinilah masalahnya buat Mat Sabu.Penulis rasakan bahawa selagi Pas kekal memperjuangkan Bersama Kepimpinan Ulama,selagi itulah mereka yang datang dari jalur profesionalisme dan bukan ulama tidak akan mendapat tempat dalam hirarki tertinggi parti.Mat Sabu walaupun dilihat pernah menyertai ABIM, namun kelayakan akademiknya adalah datang dari Institut Teknologi Mara (ITM).Untuk rekod,Mat Sabu pernah dipecat daripada ITM setelah terbabit dengan demonstrasi menentang Akta Universiti pada tahun 1975.

Justeru itulah,bagaimana penulis melihat bahawa Mat Sabu berada kedudukan sukar untuk menang,meskipun beliau akan mendapat cukup pencalonan untuk ke jawatan Timbalan Presiden tersebut.Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah siapa yang bakal menjadi calon dari kalangan ulama,samada empat nama yang disebut mahupun nama-nama lain yang ada di dalam Pas.Antara nama yang agak terkehadapan untuk ke jawatan ini adalah Tuan Ibrahim.Namun,kenyataan awal beliau yang menolak untuk ke jawatan tersebut telah membuka jalan kepada para pemimpin lain untuk ke jawatan tersebut.

Oleh itu,adakah para pimpinan dari Terengganu akan bertanding pada kedudukan kedua tertinggi dalam parti tersebut?Tidak dinafikan bahawa Terengganu mempunyai ramai pemimpin bertaraf ulama,namun pencalonan Timbalan Presiden dari Terengganu mungkin akan dianggap sebagai satu dominasi dari negeri tersebut dalam parti.Ataupun dari Kedah?Ustaz Azizan sememangnya mempunyai kredibilitinya yang tersendiri untuk diangkat ke jawatan itu,namun samada beliau mahu ataupun tidak.Itulah yang bakal menjadi persoalannya sekarang.

Dalam hal ini,penulis melihat adalah terlalu awal untuk membuat sebarang andaian dan hipotesis mengenai kepimpinan Pas.Biarlah para perwakilan Pas sendiri yang menentukannya.Selamat bersidang!

Read more...

RAKAMAN PENUH WACANA PERDANA PAS VS UMNO-PERKASA VS PROF ABU HASSAN

Thursday, March 24, 2011

Wacana Perdana PRU 13 : Terancamkah Kuasa Melayu?

Moderator   : Prof Madya Dr.Mohammad Agus Yusoff
                     Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Ahli Panel 1 : YB Khalid Abdul Samad
                     Ahli Parlimen Shah Alam Selangor (Pas)

Ahli Panel 2 : Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
                    Ketua Putera Umno Malaysia

Ahli Panel 3 : Dr.Asyraf Wajdi bin Dasuki
                     Wakil Perkasa

Ahli Panel 4 : Professor Dr.Abu Hassan Hasbullah
                     Ahli Akademik/Pensyarah Universiti Malaya

Video ini diambil daripada Kelantan TV on USTREAM .Layari saluran ini untuk pelbagai lagi video pilihan terbaik dari Kelantan.

Video Satu :



Video Dua:



Video Tiga:



Video Empat:



Video Lima:

Read more...

DUA UJIAN DNA SAHKAN BAHAWA AFIFAH ADALAH ANAK SAH KEPADA AZMIN ALI

Wednesday, March 23, 2011

Ketika Himpunan Kedua Pas Ganti Umno di Jerteh minggu lalu,Azmin Ali akhirnya dipertemukan dengan adik kandungnya sendiri iaitu Ummi Hafilda Ali dalam dua pentas berasingan secara sebelah menyebelah.Seperti diketahui,ceramah Ummi tidak lain dan tidak bukan hanyalah berpot pet pot pet mengulangi kisah-kisah tahun 1998 yang telah basi itu.

Dakwaan terbesarnya ketika itu adalah bagaimana isteri kepada abangnya itu iaitu Shamsidar Taharin telah sanggup ditiduri oleh Anwar Ibrahim pada setiap minggu.Ummi kemudiannya akan menceritakan kepada semua para pendengarnya di mana sahaja dia pergi akan kisah-kisah lamanya dalam membongkar kegiatan tidak bermoral Anwar Ibrahim hampir tiga belas tahun yang lalu.Ke mana sahaja termasuklah ketika berceramah di Batu Gajah,Kerdau,Merlimau dan Jerteh.Malah,pemimpin Umno yang paling rapat bersamanya adalah ADUN Sungai Rapat yang juga exco kerajaan haram Perak,YB Hamidah.

YB Midah kelihatannya seperti menjadi PA kepada Ummi di mana hadir bersama Ummi di kebanyakan ceramah Ummi termasuklah dalam Pilihanraya Kecil Kerdau tempoh hari.

Ibarat buku bertemu ruas,pertembungan dua saudara kandung di Besut minggu lalu semestinya memberikan satu suasana yang hangat di sebuah kawasan yang terkesan dengan gelombang reformasi tahun 1999.Dun Jerteh misalnya ditawan oleh Pas di bawah calon kontroversi Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas. Kesemua keempat-empat Dun di Besut dan Parlimen dikuasai oleh Pas kesan daripada gelombang reformasi rakyat terutamanya orang Melayu ketika itu.

Justeru,kehadiran Azmin-Ummi dilihat menghangatkan kembali Besut yang sudah "tidak bertuan" ini. Masakan tidak,para penyokong setia Pas di Besut telah menunjukkan solidariti mereka terhadap Kempen PGU dengan turun beramai-ramai dalam acara tersebut.Geng Idris Jusoh yang berjaya mewujudkan empayar di Besut pula telahpun mengangkat bendera putih dalam PRU 13.Oleh itu,Pas kini dilihat berpeluang merebut kembali kawasan Besut yang bersempadan dengan Kelantan itu.

Oleh itu,maka tidak hairanlah apabila apa sahaja program besar Pas di Besut,malah di Terengganu akan cuba diganggu oleh Umno.Untuk rekod,sebelum ini mereka telah menurunkan Tok Guru Haji Lah pondok Geting ke Besut.Kini,turun pula Mat Nor Kasyaf dan Ummi Hafilda ke Besut.Perkara ini bukan baru.Sebelum ini, himpunan peneroka Felda di Dun Paka diganggu oleh ceramah Maal Hijrah oleh Umno.Dan sebelum daripada itu juga,penceramah Umno datang di Manir memburukkan Pas dengan dakwaan sesat.Apabila diajak berdebat,langsung tidak menunjukkan keberaniannya.

Umpama perang di kemuncaknya,Azmin Ali yang dilihat jarang mengungkit kisah-kisah lama keluarga beliau akhirnya mendedahkannya di hadapan ribuan pendengar di Jerteh minggu lalu.Sekiranya pembaca berminat untuk mendengar rakaman penuh ucapan Azmin Ali tersebut,pembaca boleh melihatnya di Himpunan Koleksi Video Sempena PGU 2.

Sepertimana yang kita ketahui,juak-juak Umno dan blogger upahan mereka di facebook saban hari sentiasa mencari jalan memburuk-burukkan PKR di tahap yang paling tinggi.Oleh itu,asalkan fitnah lama,mereka sanggup mengulangtayangnya kembali,walhal fitnah itulah yang menjadi perintis kekalahan Umno di Terengganu satu masa dahulu.

Dalam MyKMU misalnya,para penyokong tegar Umno telah menubuhkan Gerakan Sahkan DNA Afifah. Entah apa yang digilakan oleh mereka,asyik-asyik DNA sahaja yang dimintanya.Dalam kes Adun Selising juga mahukan DNA,dalam kes Anwar mahukan DNA,dalam kes Altantuya tidak mahu pula?

Itulah sifat mereka.

Dalam isu dakwaan Ummi Hafilda bahawa Shamsidar telah berzina dengan Anwar Ibrahim,maka timbullah isu bahawa anak keempat Azmin,iaitu Farah Afifah yang dilahirkan pada 10 Ogos 1995 itu bukanlah anak kandung Azmin,tetapi sebaliknya anak kandung kepada Anwar Ibrahim.Nauzubillah.

Walaupun fitnah ini telah berlanjutan untuk sekian lama,para pemfitnah tegar tetap mengulangi fitnah-fitnah lama dengan rekaan cerita yang baru.Antaranya adalah dakwaan bahawa Afifah mulai memberontak,selain wajahnya yang tidak seiras dengan dua orang lagi kakaknya.

antara dakwaan jahat mereka

Mungkin agak terkesan dengan pelbagai asakan daripada Ummi Hafilda sebelum ini,Azmin Ali akhirnya membuka kembali ceritanya sepuluh tahun yang lalu di hadapan ribuan pendengar di Dataran PGU baru-baru ini:

"Pengalaman saya.Saya jarang cerita pengalaman peribadi saya.Kerana terlalu pedih bagi saya untuk mengingatkan apa yang berlaku sepuluh tahun yang lalu.Anak saya difitnah.Umurnya tiga tahun.Isteri saya difitnah.Sejak tahun sembilan puluh tujuh lagi (sebelum pemecatan).Saya mengambil pendirian untuk membersihkan nama keluarga saya.Saya melakukan ujian DNA di Hospital Kuala Lumpur pada bulan Julai 1998. Saya bawa isteri saya,saya bawa anak saya,diri saya sendiri.Anak saya umur tiga tahun diambil darah dengan begitu banyak semata-mata untuk membuat ujian DNA.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Alhamdulillah.Ujian DNA itu membuktikan bahawa saya dan isteri saya adalah biological parent of the child. Maknanya ibu bapa yang sah kepada anak itu.Ada Umno minta maaf?Tidak.Ada Umno minta maaf kepada saya dan isteri dan anak saya?Tidak.Sampai malam ini mereka masih melancarkan fitnah.Pada masa itu pun saya tidak percaya pada sistem di Malaysia kerana polis diperalatkan.Doktor boleh diperalatkan.Saya bawa isteri dan anak saya membuat satu lagi ujian DNA di luar negara.Kerana saya bimbang puak-puak ini boleh memanipulasikan darah-darah yang kita serahkan untuk kepentingan fitnah mereka.

Alhamdulillah.Ujian yang kedua jugak membuktikan bahawa saya dan isteri saya adalah ibu bapa yang sah kepada anak tersebut.Ada Umno mintak maaf kepada saya?Tak ada.Bukan setakat itu tuan-tuan.Tidak cukup dua ujian DNA,saya bawak kes ini ke mahkamah.Saya saman penulis buku 50 Dalil yang bernama Khalid Jafri kerana memfitnah saya dan isteri saya dan anak saya.Lima tahun perbicaraan.Anak saya ketika itu umurnya empat tahun.Diheret ke dalam mahkamah.Dipaksa oleh Musa Hassan.Masuk ke dalam kandang saksi,dalam keadaan dia tidak tahu apa yang berlaku.Tujuan Musa Hassan adalah untuk mengaibkan saya dan keluarga,melemahkan saya supaya tunduk kepada mereka.

Lima tahun saya lawan dalam mahkamah.Dari tahun 2000 hingga 2005 di Mahkamah Majistret Ampang. Akhirnya,alhamdulillah.Mahkamah memutuskan bahawa penulis Khalid Jafri bersalah melemparkan yang kejam dan keji terhadap saya dan isteri,maka menjatuhkan hukuman setahun penjara kepada Khalid Jafri.

Belum sempat dia masuk penjara,dia mati terlebih dahulu.Mampus.Ini faktanya.Apa lagi yang kita nak buat? Pengalaman sudah kita lalui.Tahun 98.Bagaimana seluruh jentera kerajaan samada polis,pendakwaraya, hospital digunakan untuk mencaci dan mengaibkan Anwar Ibrahim dan keluarga.Apakah kita nak melaluinya sekali lagi?"

Kepada para pembaca,anda fikir dan nilailah kembali kebenaran cerita ini.

Semoga Allahyarham Khalid Jafri sempat bertaubat kepada Allah sebelum meninggal dunia.Yang lain bila lagi?

Read more...

HIMPUNAN KOLEKSI VIDEO CERAMAH UMUM SEMPENA PAS GANTI UMNO 2,JERTEH

Tuesday, March 22, 2011


CERAMAH SATU:
Ustaz Abu Bakar Chik@Ustaz ABC
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu.



CERAMAH DUA:
Dr.Tan Seng Giaw
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan.



CERAMAH TIGA:
Ustaz Azman Shapawi bin Abdul Rani
Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat.



CERAMAH EMPAT:
Ustaz Nasaruddin bin Daud
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan.




CERAMAH LIMA:
Mohd Hakim bin Lokman@Bob Lokman
Pelakon,pelawak dan penulis lirik.




CERAMAH ENAM:
Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi bin Awang
Presiden Pas.




CERAMAH TUJUH:
Yang Berhormat Mohamed Azmin bin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.




CERAMAH LAPAN:
Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Mursyidul Am Pas.




CERAMAH SEMBILAN:
Ustaz Datuk Haji Harun bin Taib
Ketua Dewan Ulamak Pas,
Pesuruhjaya Pas Negeri Terengganu
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Terengganu.



Video-video ini dimuaturun daripada Laman Web Terengganukini.Net .Layari web ini untuk menonton rakaman ceramah sekitar Terengganu bermula tahun 2009 hingga 2011.

Read more...

AKIBAT TERLEBIH AMPU,BLOGGER BN ANGGAP ROLLS ROYCE TAIB SEMAHAL KANCIL 2ND HAND

Friday, March 18, 2011

Tatkala Pilihanraya Negeri Sarawak semakin menghampiri tarikhnya,kerajaan PBB Sarawak dilihat berhadapan dengan pelbagai pembongkaran berterusan mengenai kekayaan demi kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Ketua Menteri,Pehin Seri Taib Mahmud yang sering dilaporkan oleh Sarawak Report kebelakangan ini.

Petanda jelas yang menakutkan Taib semestinya kekalahan sekutu PBB di Sarawak iaitu SUPP yang tewas di tangan DAP dalam Pilihanraya Kecil Sibu tahun lalu.Penulis tidaklah mahu mengulas lanjut mengenai kekayaan melampau Taib,memandangkan pemahaman penulis dalam isu ini hanyalah sama dengan para pembaca lain, sekadar membaca dan memerhati laporan-laporan yang datang daripada sebelah Malaysia Timur.Malah, kurangnya para bloggers Pakatan Rakyat di Sarawak berbanding bloggers BN mungkin menjadi faktor penting mengapa isu-isu setempat di Sarawak tidak dapat disampaikan dengan baik kepada rakyat.

Apapun,satu perkara yang menarik perhatian penulis mengenai blogger Barisan Nasional di Sarawak adalah mengenai satu tulisan yang dianggap bersifat mengampu ke atas Taib Mahmud oleh Blogger The Real Sarawak,yang dipromosikan oleh blogger pemfitnah terulung Papa Gomo dalam blognya.Dan dari situlah penulis dapat membaca ampu dan bodek blogger Sarawak tersebut terhadap Taib Mahmud.

Menggunakan tajuk yang agak sensasi, "Rahsia Sebenar Kereta Rolls Royce Ketua Menteri Sarawak", berikut penulis paparkan kembali penulisan blogger tersebut:


Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak sudah hampir. Belum pun sidang DUN Sarawak dibubarkan oleh Ketua Menteri, pihak pembangkang yang ghairah mahu menawan Sarawak sudah menyerang Barisan Nasional Sarawak bertalu-talu, terutamanya Pehin Seri Taib Mahmud sendiri.
Pembangkang mempersoalkan kekayaan Taib Mahmud yang didakwa memiliki puluhan buah kereta mewah berjenama Rolls Royce. Beliau dilihat mewah memandu Rolls Royce setiap hari. Selain itu, bermacam-macam lagi tohmahan yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadapnya.
Persoalannya, mengapakah pihak pembangkang menjadikan Taib Mahmud sebagai “subjek” untuk diserang? Benarkah beliau memiliki begitu banyak kereta Rolls Royce? Benarkah baru-baru ini beliau ada membeli kereta Rolls Royce baru?
“Biar kamek madah apa yang benar..Siapa sik kenal ya Taib Mahmudnya tek. Nya Ketua Menteri Sarawak yang paling lama memerintah di siya. Ramei orang madahnya kaya raya. Benar kah kedak ya? Biar kamek madah kebenaran ya..jawapan ya...Sik!”
Sebenarnya, Taib Mahmud tidak memiliki puluhan kereta mewah. Benar dia memiliki Rolls Royce. Namun keretanya itu lebih layak diletakkan di muzium sahaja. Kereta Rolls Royce terbaru yang dimilikinya dibeli pada 1993, di mana kereta tersebut sudah uzur dan tua. Tombol untuk membuka pintu kereta tersebut pun sudah rosak. Ianya merupakan kereta “second hand” yang dibeli setelah kereta itu tersadai lama tidak digunakan.
Itu faktanya. Jika tidak percaya, pergilah selidik sendiri di rumah Pehin Seri Taib Mahmud. Sebuah lagi kereta Rolls Royce yang dimiliki dibeli berusia pada 1945. Sebuah lagi kereta yang patut diletakkan di muzium negeri Sarawak. Berapa harga kereta tersebut di zaman ini?
Penulis fikir, ianya tidak lebih dari harga sebuah kereta kancil “second hand”! Dakwaan yang mengatakan beliau ada membeli kereta baru Rolls Royce terbaru baru-baru ini adalah “bulak” semata-mata!
Sebenarnya, Pehin Seri Taib Mahmud terpaksa menggunakan kereta-kereta tuanya itu setiap hari untuk mengekalkan “maintenance” kenderaan tersebut. Kereta baru pun, jika tidak digunakan, pastinya baterinya akan “mati”, “oil pump”nya pun akan tersumbat dan rosak. Apatah lagi kereta tua yang susah mendapat alat ganti itu? Oleh itu, mahu tidak mahu, Taib terpaksa menggunakan kereta Rolls Royce tersebut. Itu faktanya.
Untuk maklumat tambahan pembaca, Taib Mahmud tidak pernah memperuntukkan sebuah kereta pun untuk kegunaan rasminya sebagai Ketua Menteri. Ketika mana Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Kelantan dan Kedah hebat menikmati kereta mewah yang baru (brand new!), Pehin Seri Taib Mahmud hanya menggunakan kereta sendiri untuk kegunaan rasminya.
Meskipun Kerajaan Negeri Sarawak mampu membeli kereta yang lebih hebat dan mewah, Taib Mahmud “is always the old fashion way”, dan pada beliau, tidak perlu menghabiskan wang negeri untuk kemewahan dirinya.
“Jadi, siney benar ya apa yang di madah pihak pembangkang? Sidaknya bulak kan kitak idup-idup! Iboh jak percaya apa yang dimadah pembangkang ya. Udah banyak benar bulak sidak ya di semenanjung, kitak mahu sidaknya bulak di Sarawak pula, kah?”

kereta rasmi Taib Mahmud dan kereta rasmi
Sarawak untuk mengangkut Muhyiddin Yassin
Pada pendapat penulis,blogger Sarawak yang menganggap kereta mewah Rolls Royce Taib Mahmud sebagai kereta yang layak diletak di muzium adalah kurang kena pada tempatnya.Menurut penulis tersebut (jika benar),kereta Taib Mahmud itu adalah kereta keluaran tahun 1993,selain keluaran tahun 1945.

Kononnya,Taib Mahmud telah membeli kereta Rolls Royce 1993 second hand yang tersadai dan rosak,di mana kereta tersebut tersangatlah uzur dan tercabut tombol pintunya.

Sedih juga cerita Taib Mahmud tersebut.Tetapi blogger yang terlebih memuji Taib itu mungkin terlupa,bahawa walaupun kereta yang dibeli Taib hanya layak tinggal di muzium,tetapi harga kereta mewah seperti Rolls Royce jarang mengalami kejatuhan harga yang melampau.Malah,kadangkala kereta klasik tahun 1945 mungkin akan menjadi lebih mahal daripada kereta yang baru.

Usahlah penulis blog itu mengatakan bahawa Rolls Royce Taib yang dibeli pada tahun 1945 itu hanyalah semahal sebuah kereta kancil yang buruk!Nampak sangat menipunya bak kata Usop dalam cerita Hantu Kak Limah.Jika harga kereta antik mewah seperti Rolls Royce adalah semurah kereta kancil,penulis sendiri akan membelinya sebagai kenang-kenangan di halaman rumah.

Artikel yang dicilok bebas dalam web Indonesia ini mungkin memberikan kita bayangan bahawa Rolls Royce bukanlah bertaraf sebuah kereta kancil buruk:

Di antara ratusan mobil di arena pameran, penampilan Rolls Royce Phantom warna silver-lah yang agaknya menjadi bintang tersendiri. Tampil “angkuh” dengan bodi yang amat mengilap, mobil yang hanya sanggup dimiliki kalangan super kaya ini dipamerkan bukan oleh pabrikannya, tetapi oleh Ivan’s Motor, yang kondang di Jakarta sebagai importir mobil CBU. 

Mempergunakan mesin berdaya 6.750 CC, kecepatan puncak Phantom tidaklah istimewa, yakni 240 Km/jam alias di bawah Ferrari dan Lamborghini. Namun Rolls Royce memang tidak didesain sebagai mobil untuk adu cepat, melainkan sisi kemewahan dan keangguhan. Tentu saja, teknologinya pun tetap kelas atas. Banyak bagian mobil ini dikerjakan dengan tangan, menghabiskan ribuan jam kerja dengan ketelitian super tinggi. Termasuk logonya yang sangat khas itu.

Harganya? Di Inggris ia dipasarkan seharga 325.000 poundsterling atau hampir Rp 5 miliar rupiah dengan kurs Rp 15.000/poundsterling. Jika sudah masuk Indonesia, harganya dipastikan melonjak hampir 3 kali lipat atau hingga Rp 12 miliar. Itu berarti setara dengan harga 50 unit Kijang Innova varian G seharga Rp 250 juta-an.

Tak heran jika di Indonesia, hanya segelintir orang yang mampu memiliki Rolls Royce, termasuk Putra Sampoerna, eks pemilik pabrik rokok PT HAM Sampoerna Tbk. Tunggangannya adalah Silver Spurs, kasta termewah Rolls Royce, yang seluruh produknya memang mewah itu.

Baiklah.Artikel ini dikeluarkan oleh sebuah akhbar Indonesia,ketika mengulas tentang sebuah pameran kereta mewah di Indonesia beberapa tahun yang lalu.Apa yang menarik perhatian penulis adalah tentang kos pembelian yang meningkat tiga kali ganda berbanding negara asal tempat sesebuah kereta mewah tersebut dibeli.

Di Malaysia,kereta Roll Royce model terbaru menelan harga hampir RM2 juta apabila penulis melakukan sedikit survey.Akan tetapi,untuk kereta dalam lingkungan umur kereta Taib (mengikut blogger BN tahun 1993),harganya berada dalam lingkungan RM200 000.

kereta tahun 1991,harganya masih mengatasi kebanyakan
harga kereta tempatan
Jika di luar negara pula,harganya berada dalam lingkungan $30 000 Dollar USD.Ini bermakna,harganya di Malaysia berada dalam lingkungan RM100 000,tidak termasuk kos pengangkutan dan lain-lain cukai. (Taib Mahmud mungkin beli Rolls Royce pakai AP):


Perlu diingatkan,harga RM200 000 ini,adalah harga pada hari ini.Ini bermakna sebuah kereta berumur hampir 20 tahun lepas,harganya pada ketika ini adalah sekitar RM200 000.Tetapi,adakah Taib membelinya hari ini? Sudah tentu tidak.Katakanlah Taib membeli keretanya itu sepuluh tahun lepas,dalam lingkungan tahun 2000.

Ini bermakna,untuk membandingkan harga kereta pada tahun 1993 yang dibeli Taib itu yang dibeli sepuluh tahun lepas,kita boleh merujuk harga kereta tahun 2000 sebagai perbandingan.Hasil carian,harga kereta Rolls Royce pada hari ini untuk model sepuluh tahun lepas adalah:


Kereta tahun 2000 pada tahun 2011 adalah sekitar $70 000 ataupun sekitar RM 210 000 .Ini belum termasuk lain-lain kos.Mungkin ianya mencecah RM300 000 untuk sebuah.Kemudiannya,blogger itu mengatakan bahawa Taib membeli kereta yang uzur dan daif.Jika demikian,harganya juga berada dalam lingkungan ini kerana Taib semestinya terpaksa melakukan pembaikian secara menyeluruh terhadap kereta itu.

Secara umumnya,penulis bukanlah mempunyai kearifan yang tinggi dalam bidang jual beli kereta ini.Akan tetapi,apabila blogger tersebut mengatakan bahawa kereta yang dibeli Taib Mahmud hanya setaraf Kancil second hand,di situlah penulis mencongak-congak!

Jika benar,lebih baik penulis kumpulkan wang sekitar lima enam ribu ringgit daripada sekarang.Mungkin tahun depan penulis sudahpun memandu sebuah kereta mewah Rolls Royce!

Jika diikutkan blogger BN,sebuah Rolls Royce 1940 an hanyalah
bersamaan dengan nilai sebuah kereta Kancil 2nd hand.Mahal
juga Kancil 2nd hand di Amerika ya?


Read more...

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP