This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

USTAZ AZHAR IDRUS JAWAB FITNAH ZINA UMNO TERHADAP MAT SABU

Thursday, February 24, 2011

video


Dalam satu siri kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus beberapa tahun yang lalu,seorang pendengar telah bertanyakan soalan yang berbunyi,"Apakah hukum seorang isteri yang telah bersuami tetapi suka berdua-duaan dengan lelaki lain ke sana ke mari?"


Jawab Ustaz Azhar,"Jawabnya berdosalah.Kalau berdua-duaan ke sana ke mari berdosalah.Dan hukumnya di dalam Islam TAKZIR,tiada HUDUD jika berdua-duaan.Takzirlah.Kalau berdua-duaan itu maknanya di tengah khalayak ramai,nasihat sahaja.Kalau berdua-duaan dalam bilik apa semua,TAKZIR.Bawa masuk dalam Hotel dalam apa.Tidak Berzina!Takzir dia panggil.Kena dendalah.Adapun berduaan,pergi makan bersama (dia ada suami dah),keluar dengan orang lain pula,makan bersama,duduk di tepi pantai dan bukannya tempat-tempat yang tersembunyi hukumnya dinasihati sahaja (tidak boleh ditakzir).Tetapi Haram tetap Haram.

video asal di Youtube : Ustaz Azhar - Kedaroh Ranggoh (7/10) minit ke 3:20

Dalam soal jawab ini,Si penanya dan Ustaz yang menjawab tidaklah mengaitkan kes yang menimpa Abang Mat Sabu satu ketika dahulu,namun jawapan yang telah diberikan oleh Ustaz Azhar tersebut telah menarik perhatian penulis dan mengingatkan penulis kepada kes Abang Mat.

Saban hari semenjak tahun 1995,itulah sahaja fitnah para pencacai Umno terhadap Haji Mohamad Sabu. Zina,zina dan zina.Walaubagaimanapun,fitnah lama tersebut terus dimainkan terutamanya dalam era baru teknologi,dalam zaman blog dan facebook. Jika dahulu masyarakat hanya dapat mengetahui perkara tersebut melalui akhbar dan surat layang,kini perkara tersebut diratib-ratib oleh para pencacai Umno.

Malah,para pencacai Umno turut memfitnah kerajaan Kelantan sebagai munafik apabila tidak mengenakan hukuman hudud terhadap pemimpin Pas atas dakwaan khalwat tersebut.Kononnya Pas menghalalkan zina dan khalwat terhadap para pemimpin dan penyokong Pas.Di sinilah kebengapan pencacai Umno terserlah. Di bawah penulis tampalkan kembali dakwaan-dakwaan jahat mereka di facebook kebelakangan ini:

Ramai org belah sana kata Tun Mahathir yang tolak hudud, tetapi cerita tersebut hanya separuh jalan, tak habis. Mari kita kaji kronologi di bawah - JK

Kronologi dari 1993

1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan. ... See More

3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.
Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.

4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.

5. Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia. sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

7. Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.

8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

9. Dr Mahathir kata, okey... teruskan. Kita nak tengok...

10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.

11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

12. Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.

15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).

16. Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.

17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya.

Di sinilah bagaimana pencacai Umno dengan mudahnya memfitnah,tetapi sebenarnya mereka tidak dapat melihat kejahilan mereka sendiri dalam bab agama.Seperti yang diperkatakan dalam kuliah Ustaz Azhar di atas,terdapat perbezaan antara Hukum HUDUD dan Hukum TAKZIR.Jika benarlah Mat Sabu bersalah,jika mahu dihukum mengikut hukum Islam,beliau tidak dikenakan hudud tetapi dikenakan Takzir ataupun denda.

Oleh itu,pihak yang mempersoal mengapa Mat Sabu tidak dikenakan hudud menampakkan kejahilan mereka sendiri.Persoalannya,jika Mat Sabu bersalah dan perlu dikenakan hukum takzir,apakah itu Takzir?


Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis.
Hukuman takzir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis, kadar dan bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.
-sumber : Jabatan Mufti Negeri Melaka-

Oleh itu,tindakan pencacai Umno yang memburuk-burukkan Pas dan Mat Sabu sebenarnya hanya menunjukkan kejahilan mereka dalam hukum-hakam Islam





23 ulasan:

Anonymous,  February 24, 2011 at 4:53:00 PM PST  

Salah tetap salah. Ape lah pasNGOK ni...

Anonymous,  February 24, 2011 at 6:04:00 PM PST  

..peristiwa khalwat abe Mat Sapu tu berlaku pada 31 Jan 1995, ..ust Azhar baru jawap tentang isu yg sama itu bila ????? tahun 2010...

..Tun M cabar kerajaan PAS untuk laksana Hudud di Kelantan dulu sebab dia nak belajar dari kerajaan PAS Kelantan..mengapa takut nak laksana..???

..ini menunjukkan PAS hanya pandai bercakap tetapi sebenarnya tidak tahu apa yg dia cakap..sampai masa nak buat dia terus hilang punca....


Cucu Pak Pandir

NinDia,  February 25, 2011 at 3:59:00 AM PST  

Salam..

Sudah2lah wahai saudara sekalian yang tetap nak pertahankan UMNO.. Pimpinan UMNO kebanyakkannya jahil agama..
Takkan ahli UMNO pun nak ikut jahil jugak..
Kawan ngan UMNO Islam tak dapat capai menyeluruh..
Lahirlah warisan sepertimana Cucu Pak Pandir
dan seangkatan dengannya..
Jangan yakin sangat dengan berita putar alam UMNO yang dah berpuluh tahun pusing cerita..
Tunggu masanya akan tiba juga.. Terbeliak lah mata anda dan meraung penyesalan kerana mengutuk pejuang2 Islam..
Kalau saya minta ahli2 UMNO bagitau kat sini dimana perjuangan anda dan apa anda lakukan untuk tegakkan Islam, terkulat-kulat nak jawab nanti.. Sedar diri sikit.. Jangan melampau keluarkan kenyataan yang menghina para ustaz dan ulamak..
Lagi anda melawan, lagi terserlah kejahilan anda tentang agama..
Cukupla.. Buang ego dengar nasihat..
Dalami ilmu agama untuk diri sendiri.. Moga segala tindakan terpelihara..
Klau tak terpelihara, benda yang salah pun nampak betul.. Doa sungguh2 moga Allah bagi petunjuk jalan yang benar.. Peringatan bukan untuk ahli UMNO semata tapi untuk semua kita yang mengaku beragama Islam dan beriman dengan Allah s.w.t

Anonymous,  February 26, 2011 at 8:00:00 AM PST  

Ustaz tu pun bangang.... dia tu kan manusia.. apa pun boleh cakap macam Nik Najis....

Anonymous,  February 26, 2011 at 8:02:00 AM PST  

Nabi pun tak de beritahu kalau nak masuk syurga.... masuk lah PAS????? Bodoh bin bangang bin bahlol bin tolol bin bengap. Kelantan pun pusat pelacuran... Bapak dan ibu ayam tersohor datang dari mane????? Serambi Mekah la.... 3 tahun berturut2 Serambi Mekah Juara Kes Rogol di Malaysia.... bangang.. bersih lah tu namanya.... Nik Najis otak dah sewel dah... Mat Sabu eee Mat SAbun... lagi jahat...

whitesnake,  February 26, 2011 at 7:32:00 PM PST  

sebagai manusia bragama islam sepatutnya caci mencaci kpd sesama manusia trutama kpd ulama,hendakalah d elakan.klau dah jahil gi la belajar agama dulu.bimbang ALLAH bayar cash kat kita.Nauzubillah!!!

mi ha March 2, 2011 at 10:52:00 PM PST  

betul ke kes mat sabu tu? sbb aku pnh dgr...dirancang..

pakwe March 13, 2011 at 3:42:00 AM PDT  

harharhar..nama pun cucu pak pandir..patut bangang cam pak pandir..wei cucu pak pandir..nenek ko si mak andir pe kabo??

harharhar

Anonymous,  April 3, 2011 at 3:42:00 AM PDT  

bangang blake...sape2 yang meragui hukum hudud@hukum allah jadi kafir...mung x blajo ke..bodo ngoh...

Kawe,  April 19, 2011 at 1:46:00 AM PDT  

bodo sungguh demo nih anon..gapo woh kawe tau, klate xleh nk wat hukum hudud sbb xdpt plepasan dr krajaan pusat.krajaan pusat tu dajjal@UMNO.PM maso tuh pak pakdir@tok demo laa..mahathir..bodo sungguh keturunan pandir nih.

Anonymous,  May 19, 2011 at 9:41:00 PM PDT  

utk geng 'songkok tinggi' : fakta2 kes Mat Sabu yang songsang dari fakta kes dari mahkamah...berlaku percanggahan saksi dan mcm2 lg dlm kes ni..sblm tuduh,baca dulu kes ni betul2..masuk blajar law baru ko tau...

Anonymous,  May 21, 2011 at 5:38:00 AM PDT  

mcmni laa..yang salah tetap salah..dalam ramai2 dalam pas..bkan smenye ok..ade jgak yang wat kesalahan..tak kire laa orang alim ke,ustaz ke..sme takleh lari dari silap..tapi bile menyokong kerajaan yang amik hasil dari kasino,kilang arak etc..aku rase tuh tersangatlah hina sbab kite ni patot menyokong pimpinan islam..kita dh tengok parti pas ni macamane,dierang memang nak tegakkan islam..so kite patot sokong..tak kire laa orang dalam tuh macamane..macam aku cakap tadi laa..dalam ramai2..ade gak yang slack..cume kite tengok perjalanan parti tuh macamane..kite dah tau kerajaan BN banyak wat mende haram dalam negare kite ni..konsert tak henti2..pnyanyi makin ramai skarang..sme tak terkawal..sbab rakyat kite pon sukakan hiburan..tuh kerajaan pon amek kesempatan atas mende tuh..duk anjur mende2 maksiat ni..konon2 kemajuan..padahal kite skrang smakin mundur..dari segi akhlak tuh dah jauh mundur..anak dare dah ramai takde dare skrang..adekah itu dipanggil negare maju? takkan nak tengok bangunan tinggi2 je..agame kite bile kite nak tinggikan?? ble kite nak majukan?? kite dah takde pilihan skrang ni..parti PAS bertujuan untuk menaikkan balik agame islam dalam negare..zalim laa kite kalo kite tak sokong..fikir2kan laa sape2 yang beragama islam..tak kire lah kau parti ape pon..fikir smula tujuan kau sokong satu2 parti ni..sokonglah Islam..tuh satu tanggungjawab kita sbagai islam...Assalamualaikum..

Anonymous,  June 13, 2011 at 6:58:00 AM PDT  

semoga Allah menunjukkan kemurkaannya terhadap penentang gerakan islam.amin semua

Anonymous,  June 13, 2011 at 7:28:00 AM PDT  

comment bodo itu datangnya dari orang yg jahil agama.mereka ingat mereka dah ade ilmu agama.sebenarnya ziro.kenapa? sebab mereka hanya berpegang kepada tv,media prima,akhbar utusan,metro,kosmo dan lain2 lagilah.mereka ingat mereka tidak sesat.merekalah manusia yg telah sesat.camane nak tau mereka ni sesat.
carilah satu hadis nabi kita muhammad rasullullah saw yg mafhumnya=berpeganglah kepada Al-Quran dan sunnahku nescaya tidak akan sesat.
time ustaz mengajar quran dan hadis kat surau-surau berdekatan mereka.mereka tak pegi dengar sebab sibuk nak tengok berita.cari kedarah,tengok AF.tengok drama.dari kecik sampai ke tua kene tipu ngan tv.tapi mereka ini tidak sedar mereka ditipu.masih ingat mereka pandai.
padahal mereka inilah orang yg paling bodoh dalam dunia.ustaz2 dan ulama tak pernah jemu nak memberi cahaya ilmu pada mereka tetapi mereka buang semua cahaya itu dah duduk dalam gelap jahil.
bodo ke cerdik mereka ini?
mereka lebih bodo pade babi.bukan saye kate.tapi quran kate.
mereka takkan percaya.hati dah gelap.
pegi surau tanye ustaz yg ngajo hukum.ade tak quran cakap macam tu.jgn cari harussani plak.
tanya lg kat ustaz tu (betultak klu ulama tu ade ilmu tapi dia diamkan perkara yg haq dialah orang pertame yg akan dicampak ke dalam api neraka)silalah tanya.

Anonymous,  July 30, 2011 at 9:45:00 PM PDT  

anynomus mung dop tahu nate gapo mu kecek mung nak mapuh ko aku ore siam kelate pun tau mane baik mano x paka tolo la ore loni

Anonymous,  September 11, 2011 at 10:53:00 PM PDT  

Tidakkah takzir itu sendiri berada didlm undang2 hudud sebagaimana qisas? jadi betullah bila UMNO meminta dikenakan undang2 hudud keatas Mat Sabu sebab takzir itu sndiri adalah undang2 hudud.

Anonymous,  September 28, 2011 at 12:59:00 AM PDT  

kan bagus kalau ISLAM yg memerintah... buang sume arak, judi, hiburan tlampau & sume maksiat kat m'sia nie...

aman dunia, xdela kes rogol merogol.. liwat meliwat & segala maksiat kt m'sia nie....

Anonymous,  October 2, 2011 at 9:31:00 PM PDT  

jgn nk mgata lbih2,dlm kerajaan pusat banyak lg kemungkaran2 yg brlaku,sampai ada yg mempersoalkan hukum ALLAH,..banyak kemungkaran berlaku,maksiat berleluasa dalam masyarakat,disko,pusat judi,minum arak,zina,tdak menutup aurat,..contoh trdkatnya tgok lah bini2 pemimpin kerajaan pusat???BANYAK LG KEMUNGKARAN2 BERLAKU,TAK PAYAH NK PENING2 KPALA NK FKIR MCM MANA NK SLESAIKAN MASALAH ANAK LUAR NIKAH OR KEMUNGKARAN LAIN YG MAKIN MENJADI DI MALAISIA NI sudah la???///..JALANKAN HUKUM ALLAH SEPENUHNYA,HUKUM HUDUD,BERSATU SEMUA MMBANGUNKAN NEGARA KITA NI MENGIKUT JALAN YG TRKANDUNG DDALM AL-QURAN

Anonymous,  October 2, 2011 at 9:58:00 PM PDT  

Anonymous yg brtarikh feb 26 2011,time 8:02:00 am...ni aku nk blas kata2 celake kau sial,mmg la tak ada trkndung dlm AL-QURAN ATAU SUNNAH yg mgatakan kena sokong pas masuk SYURGA..tpi kite sbagai MUSLIM wajib sokong islam,parti yg menjalankan pemerintahan berlandaskan ISLAM...faham?///prti yg mmrintah dgn islam,faham!!!!! ..sdap mulut je kata najis pd ulamak!!!!kau mmg jahil dlm agama dgn kenyataan kau ni pun org dah tahu,kau mmg jahil agama...sudah lah,sblum kau n
mati,bertaubatlah,pgi la blajar agama..bru lah kau faham...

Anonymous,  November 14, 2011 at 5:41:00 PM PST  

Dashyat sungguh perang cyber,,ni...
dari aku lahir sampai sekrang tk ada lg parti yg bawa usul hukum Hudud secara serius dalam parlimen...cuba la bawa nak tengok..tak ada sapa berani sebb gila kuasa....n takut kat kafir...sikit2 dlm akhbar je hudud dibahaskan baik tak yah mengundi... bawa la usul dlm Parlimen adalah lebih baik.....kat situ tahu la jawapannya siapa pendusta PAS atau UMNO atau kedua2nya....yang penting kuasa dan pengundi

Islam itu mudah tiada PAS tetap Islam tiada UMNo tetap ISLAM...ISLAM Adalah syumul jgan mengadakan tokok tambah dalam beragama...
Namakan PARTI Nabi Muhammad SAW ????tidak adapun parti..tetapi berjaya kerana kepimpinan..ikhlas kerana ALLAH...bukan demokrasi... jgn gadaikan undi kerana agama...
Jangan jadi diri tuan2 dajal-dajal kerana dajal sebenar adalah dajal yang memahami ilmu Islam??...tetapi menggunakan ISLAM untuk kuasa,kekayaan,puak...tiada persamaan antara ISLAM dan AGAMA lain...

Anonymous,  February 23, 2012 at 1:39:00 AM PST  

yes.. lepas hudud nanti.. kalau nak berzina jgn risau lah.. xkn kena hukum punye sbb takde 4 org saksi islam yg ckup syarat.. tak gitu?

so how to overcome? islam ni kan fleksibel..

*bukan aku nk mempersoalkan hukum allah, tapi cara pelaksanaan manusia yg jahil*

Anonymous,  July 13, 2013 at 9:49:00 PM PDT  

kepala hotak mung,salah tetap salah.Ribena mung kata haram..apa la..PASngok

Anonymous,  January 8, 2014 at 3:58:00 PM PST  

Salam sahabat semua..mungkin jika pakatan rakyat memerintah maka hudud PAS dapat dilaksanakan...Malaysia akan dipimpin oleh para pejuang Islam yang soleh seperti yang ada dalam PKR PAS dan DAP...mereka ini telah mendapat pengiktiran sebagai pemimpin yang mampu membawa negara baldatun toyyibatun warabbun ghafur...Pemimpin PKR dan PAS mengikut dakwaan mereka semua alim dan warak serta bebas rasuah..mereka tidak buat maksiat atau dosa besar katanya...Jadi apa kata sokong mereka ini kali lah....barulah hudud PAS dapat direalisasikan oleh PR...komen please..syukran

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP