This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

MAT SAID MB TERENGGANU JADI BENGKENG BILA ADA ORANG CURI BESI

Thursday, February 10, 2011

Ketika isu kecurian pasir hebat diperkatakan di Selangor,Umno Selangor dilihat heboh satu negeri.Menghentam sana dan sini seolah-olah mereka pejuang rakyat yang mulia dan bertamadun.Isu pasir yang mula dibangkitkan oleh YB Manickavasagam (ahli Parlimen Kapar) dipergunakan sepenuhnya Umno Selangor untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sebagai tidak telus dan bersekongkol dengan pencuri pasir. Akhirnya,wujudlah satu kempen yang diberi nama Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) yang nyata gagal dan dipandang sepi oleh rakyat Selangor.

Manakan tidak,tindakan Umno Selangor itu seolah-olah seperti pencuri yang memarahi pencuri.Pencuri tersebut marah kerana tidak dapat lagi mencuri.Sang pencuri cuba berlagak alim,sedangkan telah diketahui seekor kucing yang berlagak alim-alim.Tatkala wujudnya program SSDE itulah maka munculnya beberapa pejuang baru Umno Selangor yang kini menjawat jawatan penting di Selangor seperti Satim Diman,Noh Omar dan Senatak Mad Ezam.Apapun,SSDE kini hilang entah ke mana.Isu pasir juga terkambus begitu sahaja.

Keratan akhbar Sinar Harian hari ini
Semalam pula,timbul satu lagi berita yang hampir serupa dengan kes curi pasir di Selangor.Tetapi kali ini bukanlah cerita kecurian pasir,tetapi lebih kepada kes kecurian bijih besi di negeri Terengganu.Apa yang menariknya, kes ini bukanlah dilaporkan oleh mana-mana pemimpin pembangkang tetapi dibuat sendiri oleh Menteri Besar Gedebe Terengganu, Datuk Ahmad bin Said.Syabas,Mat Said!

Dalam laporan yang dilaporkan oleh akhbar lokal Sinar Harian edisi Terengganu itu,akhbar tersebut telah mengeluarkan kenyataan MB Terengganu mengenai terdapatnya kegiatan- kegiatan curi bijih besi yang dilakukan oleh mereka yang cuba untuk mengaut keuntungan haram daripada lombong bijih besi tersohor di Malaysia iaitu di Bukit Besi,Dungun.

Akibat terdapatnya aktiviti lombong haram tersebut, Mat Said dengan gedebenya mula menggunakan kuasa vetonya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan negeri yang baru dalam usaha mencantas aktiviti haram tersebut.Di sinilah antara kebaikan Mat Said.Beliau adalah seorang yang berani untuk mengheret siapa sahaja.Jika dahulu pihak Pusat telah mengusik kereta Mercedes yang dibelinya itu, maka beliau mula membuat bising mengenai penyelewengan dalam penyelenggaraan kereta rasmi negeri yang membawa kepada siasatan SPRM di Terengganu.

Begitu juga apabila banyak usaha mensabotaj Mat Said melalui akhbar dan media,dengan pantasnya Mat Said meminta pihak yang tidak bertanggungjawab meminta maaf.Usaha mensabotaj Mat Said sehingga hari ini tidak berjaya,termasuklah mogok sepuluh budak hitam dan sebagainya.Akhirnya,puak-puak tersebut pula yang terpaksa mendiamkan diri apabila adanya laporan runtuh sana-sini di tangan Mat Said.

Dan kini,timbul pula isu kecurian bijih besi di Dungun.Jika perkara ini dibongkarkan oleh mana-mana pemimpin Pas ataupun PKR,sudah tentu nama Mat Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang busuk.Oleh itu,tindakan sepantas kilat dilakukan oleh Mat Said sendiri bagi mendedahkan kes ini kepada media.

Mengulas mengenai perkara tersebut dalam satu sidang akhbar di Paya Keladi semalam,Mat Said dilihat kecewa kerana beliau percaya bahawa ada "orang dalam" yang bersekongkol dengan pencuri bijih di Bukit Besi di mana beliau menganggap petualang tersebut sebagai "harapkan pagar,pagar makan padi." Persoalannya sekarang,siapakah orang dalam yang dimaksudkan oleh Mat Said?Adakah orang di Pejabat Tanah dan Galian ataupun orang di Majlis Perbandaran Dungun?Sebagai Menteri Besar,Mat Said tentunya mempunyai akses kepada maklumat ini.Untuk itu,Mat Said sendiri telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian Terengganu (PTG) untuk membuat siasatan mengenai perkara tersebut.

Selain itu juga,adalah tidak dinafikan bahawa aktiviti perlombongan bijih besi telah menarik minat ramai pihak di mana sebelum ini banyak pihak telah diberikan hak untuk melombong.Walaubagaimanapun,akibat ketidakbertanggungjawaban sesetengah pihak membawa kepada hak melombong diberhentikan oleh pihak kerajaan.Hingga kini,hanya terdapat tiga pengusaha yang masih mendapat hak melombong bijih besi di sana.

Mat Said ketika melawat tinggalan lombong Bukit
Besi awal tahun lalu
Untuk rekod,kawasan perlombongan bijih besi di Terengganu terletak dalam kawasan Dun Bukit Besi di Dungun.Adun bagi kawasan tersebut adalah Din Adam yang merupakan salah seorang daripada Geng Sepuluh Budak Hitam yang pernah memulaukan sidang Dun satu masa dahulu. Walaubagaimanapun,keadaan ini bukanlah bermakna Din Adam adalah orang yang terlibat dalam usaha mencuri bijih di sana.Untuk rekod juga,pada awal tahun 2010 pihak Pejabat Tanah dan Galian negeri telah diarahkan oleh pihak kerajaan untuk membuat kajian untuk membuka semula lombong bijih besi yang pernah dimajukan oleh syarikat Jepun dan Eropah satu masa dahulu.Satu masa dahulu juga,kawasan Bukit Besi adalah satu kawasan ekonomi yang pesat,sama keadaannya seperti di Kerteh pada masa kini.Kewujudan lombong itu juga telah membawa kepada pembinaan satu-satunya laluan kereta api penumpang dan pengangkut di Terengganu.Malah,kesan tinggalan kereta api tersebut masih ada di Dungun di satu tempat yang dikenali sebagai Bukit Tebuk di Kampung Nibong Kubur.




tinggalan laluan kereta api
Pembukaan semula lombong bijih besi di Bukit Besi juga pernah menimbulkan perang mulut antara Mat Said dan Din Adam dalam sidang Dun tahun lalu kerana sebagai Adun bagi kawasan Bukit Besi,Din sendiri tidak tahu menahu mengenai pembukaan semula lombong yang telah diberi kuasa melombong kepada tiga syarikat iaitu TBM Minerals, Cahaya Ikhtiar dan Wahaba Wangi Sdn Bhd.Din mendakwa,kerajaan negeri seolah-olah meminggirkan beliau sebagai seorang Adun di kawasannya sendiri dalam membangunkan semula Bukit Besi ini.

Malah,dakwaan Ahmad yang mengatakan pembukaan lombong memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan disangkal Din yang menyatakan bahawa hanya 15 orang penduduk Bukit Besi yang menerima pekerjaan hasil pembukaan lombong tersebut.

Selain itu,Din mempertikaikan cara kontrak melombong yang diberikan kepada syarikat di mana terdapat sebuah syarikat di mana pemiliknya hanyalah seorang tauke besi buruk.(catatan penulis: tauke besi buruk tersebut mungkin adalah Wahaba,seorang tauke besi buruk yang terkenal di kawasan Paka).Ahmad di akhir pembentangannya dalam sidang dewan tersebut juga telah mengakhirinya dengan bersumpah.

Apapun,isu kecurian besi di Bukit Besi ini adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan tatkala ianya berlaku di sebuah negeri pentadbiran Umno-Barisan Nasional.Apa agaknya yang berlaku jika Terengganu di bawah Pas sekarang?Tentu heboh cerita ini dicanang di merata tempat.








1 ulasan:

otaklunyai February 10, 2011 at 5:12:00 PM PST  

Hok tu ja ko yg mung nampok ... kes2 yg lain bakpa mung jadi buto mato, jaddi boddo... ko mung gere pasa mung tok leh nok curi dulu... natang mung..

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP