This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

GELOMBANG BIRU PERNAH MENGHANYUTKAN HIJAU,JUSTERU JANGAN DIPERMUDAH GELOMBANG MERAH

Tuesday, February 8, 2011

Terdapat dua persamaan Gelombang Biru pada tahun 2004 di Terengganu dan Gelombang Merah Kelantan yang baru dilancarkan iaitu DUIT.Penulis ingin menyuarakan pandangan ini moga-moga kita lebih berhati-hati dan berwaspada,betapa janganlah kita bersikap sinis terhadap satu-satu slogan lawan,kelak kita mungkin yang bakal dipukul gelombang.

Mengimbau kembali di saat kejatuhan kerajaan Pas Terengganu,tiada siapa yang menyangka bahawa Gelombang Biru mampu menjatuhkan kerajaan Terengganu pada tahun 2004.Tatkala Pas Terengganu begitu kukuh dengan kedudukan 28 buah kerusi berbanding empat untuk Umno,keputusan 2004 menyaksikan perubahan 360 darjah,yang menyebabkan Pas hanya tinggal 4 batu nisan di kawasan tradisi Pas di Terengganu.

Malah,atas apa jua alasan sekalipun,hampir semua rakyat Terengganu terkejut dengan kekalahan Pas tersebut, seolah-olah Pas telah ditolak secara total di Terengganu.Maka keluarlah cakap-cakap kononnya rakyat muak dengan pemerintahan Pas,kerajaan Pas salahguna kuasa dan lain-lain.Walhal itulah seni berpolitik,di mana propaganda lawan berjaya merasionalkan penipuan yang mereka buat.

Jelas kemenangan Umno di Terengganu pada tahun 2004 adalah berpaksikan Duit.Dengan menabur segala macam dana wang ehsan,nombor siri di kertas undi dan peratusan keluar mengundi yang melampau tinggi digunakan untuk menang.Di sinilah bagaimana matlamat menghalalkan cara telah dilakukan Umno untuk menghentam Pas di Terengganu hingga tersungkur.

Semuanya dilakukan tatkala kita tidak menjangkakan bahawa perubahan mendadak tersebut berlaku.Malah, penulis sendiri menjangkakan bahawa jika berlaku perubahan sekalipun,kedudukan kerusi mungkin hanya berbeza sekitar lima enam kerusi,seperti yang berlaku di Selangor,Perak mahupun di Kedah dan Pulau Pinang.

Oleh itu,kekalahan yang agak besar Pas di Terengganu,hilang 24 buah kerusi yang pernah dimenangi mereka pada tahun 1999.Undi Pas pada tahun 2004 cuma merosot sekitar 5 hingga 10 peratus berbanding pilihanraya sebelumnya,namun undi mendadak terhadap Umno telah mengalahkan Pas dengan majoriti yang agak besar di beberapa buah kawasan.Rata-rata kekalahan Pas adalah di kawasan peti undi luar bandar dan tanah rancangan.Di Dun Paka contohnya,Pas menang di peti-peti undi bandar dengan majoriti kecil tetapi tidak mampu menampung kekalahan yang sangat besar di kawasan Felda dan tanah rancangan.Inilah punca kekalahan Pas.

Oleh itu,Pas Kelantan perlu belajar dan berhati-hati dengan agenda sebegini kerana untuk menang,mereka bukan sahaja boleh bermain secara adil tetapi juga secara bermuslihat,asalkan mereka mampu menang di Kelantan.Jika dahulu tabung pilihanraya mereka agak terbatas,kini dengan wang ehsan yang turut ditabur di Kelantan pastinya akan menarik sokongan pengundi luar bandar kepada mereka.Sama seperti apa yang berlaku di Terengganu.

Jika keadaan ini dilihat serupa,Pas Kelantan wajar memberikan tumpuan untuk mempertahankan kerusi-kerusi campuran bandar dan luar bandar seperti di kawasan Pasir Puteh,Machang,Jeli,Tanah Merah dan Kuala Krai. Hal ini kerana petanda dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai telah membuktikan di mana akibat janji-janji pilihanraya telah mampu mengurangkan sokongan terhadap Pas.

Selain itu,Umno juga dikhabarkan cuba untuk memancing undi 400 000 pengundi muda di Kelantan.Semoga apa jua perancangan mereka akan menjadi perangkap makan tuan,sama seperti tahun 2008.Tatkala mereka berharap untuk meminta bantuan pengundi muda,akhirnya pengundi muda dari luarlah yang berjaya menjatuhkan Umno.Nampaknya Umno masih gagal belajar daripada kesilapan lama.Semoga Kelantan kekal di bawah Pas.Tetapi,itu memerlukan kewaspadaan dan berhati-hatilah.

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP