This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

CEGAH MAKSIAT:ANTARA CARA MAT SAID,CARA HAJI HADI DAN SERAMBI MAT REMPIT

Monday, February 21, 2011

Negeri Terengganu Darul Iman yang dahulunya terkenal sebagai Serambi Alim Ulamak akhirnya berubah menjadi Serambi Mat Rempit.Terengganu yang menjadi bumi ulamak tersohor seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong,Tok Ku Paloh,Tok Pulau Manis,Tok Syeikh Pulau Duyong dan lain-lain akhirnya kini lebih melahirkan Generak-Generasi Rosak Akhlak.

Zina dan anak luar nikah sudah menjadi tidak asing lagi di bumi Terengganu. Masalah dadah juga tidak kurang hebatnya.Realiti ini bukan direka-reka, tetapi apa yang dilaporkan oleh akhbar harian setiap hari.Malah,penulis berani menyatakan bahawa hampir setiap hari,Harian Metro Edisi Timur umpama tidak sah jika tidak melaporkan kes rogol,zina, samun,khalwat,curi motor,edar dadah,rempit dan pelbagai gejala sosial lainnya.Apakah bala yang telah menimpa negeri Terengganu?

kawasan jalan api besar di Paka yang
menjadi tumpuan Mat Rempit
Adalah sesuatu perkara yang menghairankan,Terengganu yang mempunyai beribu-ribu orang polis masih gagal mengatasi masalah rempit di Terengganu.Padahal,aktiviti rempit boleh dikatakan berlaku saban minggu terutamanya pada malam minggu.Malah di tempat penulis sendiri, aktiviti rempit lumba haram sentiasa berlaku setiap Jumaat malam Sabtu bermula dari "api besar" iaitu kawasan perindustrian petroleum Petronas di Kerteh hinggalah ke Bandar Paka.Aktiviti ini bukan hanya dihidupkan oleh para mat rempit tapi termasuklah juga orang ramai yang menyaksikan aktiviti ini di kedai-kedai makan sepanjang jalan utama tersebut.Jalan Api Besar tersebut menjadi tumpuan Mat Rempit memandangkan jalannya yang lurus dan selesa. Selain itu, bilangan polis yang mengawal keseluruhan kawasan Paka pada satu-satu masa tidaklah begitu ramai. Tambahan pula,ketiadaan Unit Trafik di kawasan Paka mungkin menjadi penyumbang kepada masalah tersebut.

Ketika inilah penulis merasa hairan.Sedangkan jika ada sahaja himpunan rakyat yang dibuat oleh Pas,maka akan datanglah beratus-ratus orang FRU menggagalkan himpunan tersebut.Persoalannya sekarang, mengapakah kekuatan FRU itu tidak digunakan untuk mengatasi masalah rempit di hampir seluruh daerah di Terengganu?Malah masalah rempit ini sendiri pernah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu,Haji Abdul Wahid bin Endut dalam sidang Parlimen tahun lalu.

Nampaknya,masih belum ada inisiatif yang berkesan daripada kerajaan Terengganu untuk mengatasi pelbagai gejala sosial di negeri ini.Usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri sekarang dilihat seperti suka-suka seperti yang dilaporkan portal berita beberapa hari yang lalu.Berikut penulis rangkumkan kembali berita tersebut seperti di bawah:

Terengganu usaha tangani masalah sosial remaja - mkini

Rozi Mamat
Usaha murni kerajaan negeri Terengganu untuk mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja dengan membabitkan mereka dengan kegiatan kegemaran mereka pada satu hujung minggu setiap bulan telah mendapat sambutan mengalakkan.

Remaja dari negeri-negeri berjiran turut menyertai program berkenaan yang kini masuk tahun ketiga.

Program Terengganu City Night Games (TCNG) ini melibatkan 12 acara sukan yang digemari remaja antaranya bola jaring, hoki, boling padang, lumba basikal, kenu dan pertunjukan kebudayaan.

"Walaupun program ini dilihat sebagai suka-suka, kita akan dapat mencungkil bakat pelapis bagi pelbagai jenis sukan," kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Rozi Mamat semasa merasmikan program itu di Kuala Terengganu malam semalam.

Beliau berkata program itu akan diperluaskan ke daerah di seluruh negeri dengan menyediakan jenis permainan yang bersesuaian dengan daerah berkenaan.


Di sini bukanlah hasrat penulis untuk memperlekehkan usaha kerajaan Terengganu tersebut.Tetapi secara umumnya,kerajaan negeri dilihat tidak mempunyai usaha yang jelas dalam mengatasi masalah sosial di negeri ini.Penganjuran sukan sebegini hanyalah satu daripada berpuluh langkah yang perlu diambil.Penulis yakin bahawa hampir semua antara kita masih ingat pembelajaran subjek Bahasa Melayu di sekolah dahulu.Dalam penulisan contohnya akan sentiasa ada soalan karangan yang bertajuk "terangkan cara-cara mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja",dan penulis yakin bahawa rata-rata antara kita akan menjawab "menganjurkan aktiviti sukan yang berfaedah",walhal jika dikaji dengan lebih mendalam, itu bukanlah penyelesaian terbaik untuk masalah sosial.

Disebabkan gejala sosial berpunca daripada penyakit hati,maka cara yang paling berkesan bagi mencegah masalah ini adalah dengan merawat hati.Dan di sinilah penyelesaiannya,tidak lain dan tidak bukan adalah dengan menggunakan kaedah Islam.Persoalannya,adakah kerajaan negeri Terengganu pimpinan Mat Said cuba mendekatkan remaja dengan Islam?Penulis rasakan tidak.Adalah malang bagi sebuah negeri yang mempunyai prasarana masjid yang indah dan baru,tetapi hanya dipenuhi oleh tiga empat orang ahli kariah,di mana hendak mencari seorang anak muda di masjid adalah cukup payah sama sekali.Ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pendekatan masyarakat dan orang dewasa itu sendiri.

Tatkala azan Maghrib sedang berkumandang,anak-anak muda masih sibuk di gelanggang dan padang.Masih sibuk menunggang motorsikal ke pasar-pasar malam.Jika dahulu pada zaman Pas menguasai Terengganu, Pasar Malam akan ditutup selama 15 minit bagi menghormati waktu Maghrib.Tapi kini?Selantang manapun bilal melaungkan azan,serancak itulah suara tawar menawar dan deruan enjin-enjin motor.

Mungkin ada pihak yang menganggap penulis terlalu meletakkan kesalahan pada pihak kerajaan.Masalahnya sekarang,ya.Memang salah kerajaan.Sebagai kerajaan negeri,menjadi tanggungjawab kerajaan dalam hal ehwal agama Islam.Dan Islam itu bukanlah hanya membabitkan soal nikah kahwin,solat dan puasa tetapi turut membabitkan kepimpinan.Dan kepimpinan itulah yang membimbing masyarakat.

Ketika Pas memerintah Terengganu pada tahun 1999,gejala sosial bukanlah berada pada tahap kosong. Tetapi sekurang-kurangnya ianya tidaklah seteruk sekarang.Malah,peranan masjid dan surau digunakan sepenuhnya oleh kerajaan negeri bagi mendidik masyarakat mendekati Islam.Dalam usaha memulihkan masalah kepada penagih dadah misalnya,kerajaan negeri telah mewujudkan satu pusat pemulihan berasaskan Islam bagi menyedarkan kembali para penagih dadah tegar di negeri Terengganu.

Dengan isu kerosakan akhlak ini,sudah tiba masanya mengapa Pas Wajib Ganti Umno di Terengganu.Gambar yang penulis titipkan di bawah mungkin boleh membezakan cara mencegah maksiat versi Umno dan Versi Pas.Semoga orang Terengganu sedar akan bala yang telah menimpa masyarakat kita pada hari ini.

Cara Pas : Golongan muda dibawa memahami ajaran Islam

Cara Umno : Mat Rempit jadi Putera


2 ulasan:

Anonymous,  February 23, 2011 at 7:25:00 AM PST  

btul tu...
trg ngri pling ramai pnagih
ape nk jdi ni???
ayuh sume PGU..

imam ghazali January 8, 2014 at 3:30:00 PM PST  

Terengganu terpengaruh dg Negeri Serambi Mekah...bahaya tu..kalu nak ikut..ikutlah yg baik..jgn ikut buruk...Kelantan hebat dalam kes maksiat..dadah. arak..pelacuran..penyeludupan hiv aids..pembunuhan dan sebagainya...Jangan ikut yg tak baik...Kalu di Kelantan kdtgn ke masjid boleh dikira dg jari.Terengganu tak perlu ikut..ikut yg baik ok...Jgn terpengaruh dg akhlak buruk Kelantan...jika tdk bala Allah nanti akan turun..Sama sama kita doakan Terengganu jadi lebih baik dan Kelantan pula boleh ikut Trg juga...

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP