This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

ANTARA TIGA POLIS : WILAYATUL HISBAH,PDRM DAN MEWUJUDKAN POLIS BANDARAYA

Tuesday, February 8, 2011

Rentetan perjanjian autonomi Indonesia-Acheh pada tahun 2002,pihak Indonesia telah memberi kebenaran kepada Wilayah Autonomi Acheh untuk melaksanakan Undang-undang Syariah di Acheh.Hasilnya,satu buah pasukan polis syariah ditubuhkan oleh pihak berkuasa Acheh,pasukan polis yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah (ataupun singkatannya WH).

Polis syariah ataupun badan penguasa yang hampir serupa fungsinya dengan Badan Pencegah Maksiat di Malaysia,mempunyai lebih kuasa dalam melaksanakan undang-undang syariah,hampir setaraf dengan polis sebenar di sesebuah wilayah.Polis syariah menyasarkan wanita yang tidak menutup aurat,berpakaian ketat selain pasangan yang belum berkahwin,peminum arak dan mereka yang berjudi untuk diambil tindakan.

Pasangan yang belum berkahwin diberi amaran oleh
seorang polis syariah

Seorang wanita yang memakai tudung yang tidak menutup
aurat sepenuhnya dinasihati polis syariah

sekatan jalanraya oleh polis syariah

polis syariah menangkap tiga
orang lelaki berjudi
Penguatkuasaan undang-undang syariah di Acheh pada dasarnya memberikan "kesukaran" kepada pembuat maksiat  di mana mereka sering diberi nasihat,amaran dan jalan terakhir adalah ditangkap.Antara contohnya seperti gambar-gambar yang dilampirkan,polis syariah telah memberikan nasihat kepada wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna,wanita Islam yang tidak menutup aurat,pasangan belum berkahwin yang duduk berdua-duaan,selain menangkap mereka yang berjudi dan minum arak.

Sama seperti tugas yang dilakukan oleh pencegah maksiat di negara kita,bezanya polis syariah Acheh dilihat lebih berautoriti,ditakuti dan bertugas hampir 24 jam sehari dalam melaksanakan hukum kanun syariah yang telah ditetapkan ke atas mereka.Tindakan Acheh yang mentransformasi undang-undang negara mereka dilihat terkesan hasil peristiwa tsunami 2004 yang hampir memusnahkan Acheh sama sekali.Justeru,penguatkuasaan kanun syariah diterima dengan hati terbuka oleh rakyat Acheh bagi mengelakkan murka Allah kembali ke bumi Acheh.

Walaubagaimanapun,usaha amar makruf nahi munkar Acheh ini tidak disenangi oleh banyak pihak,di mana mereka sentiasa cuba memburuk-burukkan undang-undang tersebut.Malah,tentangan tersebut dibuat oleh mereka yang beragama Islam itu sendiri di Indonesia kononnya atas prinsip hak asasi manusia.Satu kes rogol dalam lokap polis syariah setahun yang lalu juga telah menjadi alasan kepada mereka yang anti-syariah untuk membubarkan Wilayatul Hisbah.Antara mereka yang kuat menentang Polis Syariah adalah seorang pejuang hak asasi manusia,Teuku Achmad Fuad yang mendakwa polis syariah tidak membuat apa-apa kecuali memalukan wanita tidak bertudung dan pasangan belum berkahwin.

Apa yang menyedihkan,terdapat umat Islam sendiri yang sanggup bersekongkol dengan pihak Barat yang telah lama cuba memburuk-burukkan undang-undang syariah ini semata-mata atas satu kes rogol terpencil yang berlaku dalam rumah pasung tersebut.Golongan ini bukanlah berminat untuk mempertahankan mangsa rogol tersebut tetapi lebih kepada merasionalkan keburukan undang-undang syariah di mata mereka.

PEMBINAAN PASUKAN POLIS NEGERI DI SELANGOR

Hari ini pula,Menteri Besar Selangor telah mendedahkan bahawa pihak kerajaan negeri telah mengutus surat kedua bagi membuat permohonan mengenai pembentukan polis khas di Selangor bagi meningkatkan keselamatan di negeri Selangor.Agak mengejutkan,cadangan yang begitu baik oleh kerajaan Selangor gagal dijawab oleh pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri walaupun telah hampir dua tahun surat tersebut diutuskan oleh kerajaan Selangor.

Alasan kementerian adalah Selangor telahpun mempunyai bilangan polis yang mencukupi dalam menangani masalah keselamatan di Selangor.Walaubagaimanapun,kerajaan negeri telah berpendapat sebaliknya. Kejadian jenayah yang tinggi saban tahun membuktikan bahawa bilangan anggota polis di Selangor masih belum mencukupi,malah kebanyakan jenayah berprofil tinggi telah berlaku di Selangor.Pembunuhan Altantuya di Puncak Alam,pembunuhan Sosilawati di Banting,kematian Teoh Beng Hock selain lain-lain jenayah lain membuktikan bahawa Selangor masih terdedah kepada risiko keselamatan.Malah,kejadian pembunuhan dua orang pengawal keselamatan dan kes wanita mengandung yang dirompak baru-baru ini menunjukkan betapa indeks jenayah Selangor masih pada tahap yang tidak begitu membanggakan.

Apa yang menghairankan,mengapakah pihak kerajaan pusat begitu sukar untuk memberikan kebenaran kepada pihak negeri,walhal kos mengurus sudah semestinya ditanggung negeri.Malah,pada satu tahap memudahkan kerja polis pada masa sekarang.Untuk rekod,kerajaan Selangor membuat permohonan awal menubuhkan pasukan polis negeri di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai perintis awal kepada penubuhan tersebut.

Malah,jika pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri agak berkeberatan meluluskan kuasa polis Majlis Bandaran dalam soal jenayah berat,sepatutnya mereka diberi kuasa untuk membanteras dan mengawal keselamatan bandar daripada jenayah seperti masalah ragut,lumba haram,kecurian dan lain-lain kes jenayah. Ataupun,pihak PDRM sendiri boleh berkerjasama dengan Polis Bandaran untuk menjaga keselamatan negara.Adalah pelik,jika polis selama ini boleh berkerjasama dengan Rakan Cop dan Unit Kawalan Keselamatan Kampung dan kawasan persendirian,mengapa tidak untuk berkerjasama dalam mewujudkan polis Majlis Bandaran?

Ini semua tidak lain dan tidak bukan disebabkan politik.Kerajaan pusat semestinya tidak akan membenarkan kerajaan Selangor nampak maju dan tersusun,dan lebih daripada itu menunjukkan bahawa kerajaan Selangor lebih mampu untuk mentadbir.Sememangnya kebanyakan Majlis Bandaraya dan Perbandaran di Selangor memang lebih daripada mampu untuk mewujudkan pasukan keselamatan mereka sendiri.

Selain itu juga,apa yang dikhuatiri Pusat adalah,jika mereka memberi kebenaran kepada Selangor menubuhkan polis sendiri,maka tidak mustahil satu hari nanti,Kelantan juga akan meminta pembentukan polis syariah,sama seperti di Acheh.Malah,jika ditakdirkan Pas berjaya mengambil semula Terengganu,maka kerajaan Terengganu mungkin boleh melakukan perkara serupa memandangkan rujukan tertinggi negeri Terengganu adalah Al-Quran,Sunnah,Ijmak dan Kias.

POLIS DI RAJA MALAYSIA

Berdasarkan dua buah cerita polis,pertama di Acheh dan kedua di Selangor,menunjukkan betapa polis di Malaysia memerlukan satu transformasi.

Dalam soal syariah misalnya,apalah guna berpuluh-puluh ribu polis di Malaysia,ditambah pula dengan pasukan FRU sekiranya kerajaan tidak mampu membentuk satu unit polis syariah seperti di Acheh.Kita sudah mempunyai mahkamah syariah,mengapa tidak mengembangkannya di tahap keselamatan syariah pula. Mungkin mereka beranggapan bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum,tidak sesuai untuk undang-undang syariah.Jika begitu,laksanakanlah kepada umat Islam Malaysia sahaja tanpa melibatkan umat agama lain.

Masalahnya pada hari ini,kes zina,anak haram,main judi dan lain-lain jenayah didominasi oleh umat mana? Bukankah umat Islam?Oleh itu,laksanakanlah polis syariah Malaysia.Nasihatkan anak-anak muda kita yang berkepit 24 jam,gadis-gadis muda yang berpakaian sendat dan tidak bertudung,pemuda yang membeli arak dan menikam nombor ekor di Sports Toto dan lain-lain kesalahan yang nyata.

Jika pihak berkuasa MBKT sanggup menyamar untuk menangkap mereka yang membuang sampah merata-rata,mengapa tidak menangkap mereka yang lebih bersalah?Mana yang lebih penting,sampah atau hukum Allah?



0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP