This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

ANALISIS TERPERINCI MERLIMAU 2008 MENGIKUT PETI UNDI DAN PREDIKSI DALAM PRK2011

Monday, February 28, 2011

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri N27 Merlimau akhirnya menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Pas,Haji Yuhaizad Abdullah dan calon Umno,Saudara Roslan Ahmad.Jika dalam entri pertama sebelum ini, penulis membawa kita berkenalan dengan Dun Merlimau secara umum,kali ini penulis ingin membawa kita bersama meneliti kekuatan undi Pas secara lebih dekat,dalam tiga siri Pilihanraya terakhir iaitu Pilihanraya Umum 1999,2004 dan yang terakhirnya dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu.

Secara umumnya,kawasan DUN Merlimau adalah unik.Mengapa penulis berkata sedemikian?Hal ini kerana, dari segi geografinya,Merlimau dilihat menganjur dari darat ke laut,dari sempadan Melaka-Johor terus kepada bahagian tengah Melaka.Merlimau mempunyai keseluruhan tujuh buah daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin,Jasin Lalang,Merlimau Utara (Ladang Merlimau),Merlimau Pasir,Permatang Serai dan Pengkalan Samak.Apa yang lebih menarik,setiap peti undi dilihat terpecah dengan kedudukan sosioekonomi tradisi penduduk iaitu dua buah kawasan nelayan iaitu Permatang Serai dan Pengkalan Samak,kawasan ladang yang didominasi penduduk India iaitu Merlimau Utara dan Jasin Lalang serta baki kawasan perkampungan tradisional Melayu.

Untuk rekod,dua daerah mengundi iaitu Permatang Serai dan Pengkalan Samak mula dimasukkan ke dalam Dun Merlimau hasil persempadanan semula Dun Merlimau daripada N23 kepada N27.Sebelum itu,dua buah peti undi lain di Dun Merlimau ialah Seri Mendapat dan Simpang Kerayong.Selain itu juga,antara keunikan Dun Merlimau berbanding lain-lain Dun di Malaysia adalah komposisi semua kaum dapat dijumpai di kesemua peti undi.Pengundi Cina misalnya,jika kebiasaannya di tempat lain hanya ditemui di bandar-bandar seperti dalam pilihanraya kecil Tenang baru-baru ini,tetapi di Merlimau taburan pengundi Cina adalah terpecah-pecah.Oleh itu,tiada peti undi khusus yang didominasi oleh pengundi Cina,tidak seperti masyarakat Melayu dan India.Untuk itu,usaha untuk meneliti pergerakan undi Cina adalah sedikit sukar di sini.

Walaubagaimanapun,peratusan undi Cina yang dicatatkan untuk Dun Merlimau adalah di Ayer Merbau iaitu mewakili 273 orang pengundi di kawasan tersebut (30.4%) manakala jumlah pengundi Cina terbesar pula boleh dijumpai di kawasan daerah mengundi Pengkalan Samak dengan jumlah 623 pengundi berketurunan Cina.Dari segi calon pula,calon Pas iaitu Haji Yuhaizad adalah anak jati kawasan Chinchin,sama seperti mantan calon Pas sebelum ini,Haji Jasme Tompang manakala calon Umno pula adalah anak jati kawasan Ayer Merbau.

MENELITI KEKUATAN UNDI PAS (1999-2008)

Tahun 1999 dan 2008 menyaksikan Pas memperturunkan Yang Dipertua Pas Kawasan Jasin,Mejar Bersara Jasme bin Tompang sebagai calon manakala dalam pilihanraya umum tahun 2004,calon PKR iaitu S.Jayathas telah menjadi calon di kawasan tersebut.Berikut adalah pergerakan undi Pas dan PKR dalam tiga siri pilihanraya tersebut:


Berdasarkan tiga pilihanraya terakhir,pencapaian terbaik Pas di Dun Merlimau adalah pada tahun 2008. Hal ini kerana,undi yang diperoleh Pas hampir kepada tiga ribu undi berbanding pada tahun 1999 yang lebih hampir kepada 2000 undi manakala dalam pilihanraya umum 2004,undi PKR menjunam teruk kepada hanya 1000 undi jika dibundarkan.

Apapun,apa yang boleh dibanggakan di Dun Merlimau pada tahun 2008 adalah peningkatan mendadak undi Pas sebanyak 1582 undi ataupun kenaikan sebanyak 127 peratus!Peningkatan undi seperti ini adalah menarik untuk diperhatikan walaupun Pas masih gagal untuk memenangi sebarang peti undi di Dun Merlimau.

Berikut diperturunkan pula keputusan penuh Pilihanraya Umum 12 bagi Dun Merlimau mengikut tujuh daerah mengundi di sana:

klik imej untuk lebih jelas

Berdasarkan keputusan di atas,jumlah undi terbanyak buat Pas datangnya dari peti undi Merlimau Pasir iaitu sebanyak 592 undi manakala peratusan undi Pas berbanding Umno yang terbesar adalah di Peti Undi Merlimau Utara,di mana Pas memperoleh sekitar 174 undi (42.65%) dan hanya tewas dengan majoriti kecil iaitu sebanyak 60 undi.

Pada dasarnya,jumlah undi Pas berada dalam lingkungan 35 hingga 40 peratus daripada keseluruhan jumlah undi,kecuali di Jasin Lalang dan Merlimau Utara.Apa yang menariknya,kedua-dua kawasan tersebut adalah kawasan bermajoriti India.Walaubagaimanapun,perlu diingatkan bahawa kebanyakan peti undi di Merlimau adalah bersifat campuran,justeru kita hanya boleh mengagak samada sesuatu kaum itu condong ke arah mana.

Persoalannya sekarang,apakah peluang Pas dalam Pilihanraya Kecil kali ini berdasarkan angka-angka di atas?Adakah Pas mampu menang ataupun tidak?Kalau ya bagaimana?Kalau tidak,bagaimana pula bentuk kekalahannya?Kalah sedikit ataupun kalah banyak?Inilah yang perlu dipersoalkan.Oleh itu,mari kita sama-sama berkenalan dengan beberapa kumpulan pengundi yang ada di Merlimau pada masa ini.

1.Golongan Pengundi Melayu

Terdapat tiga peti undi yang didominasi oleh lebih 70 peratus pengundi Melayu di Merlimau iaitu Chinchin, Pengkalan Samak dan Permatang Serai.

Komposisi pengundi di Chinchin


Calon Pas,Haji Yuhaizad adalah berasal daripada kawasan Chinchin.Beliau khabarnya begitu dikenali di Merlimau sejak sekian lama.Oleh itu,adakah personaliti beliau mampu meraih undi masyarakat Melayu di sana?Untuk menang peti undi ini,Pas perlu mendapat sokongan daripada 60 peratus pengundi Cina,40 peratus pengundi Melayu dan 40 peratus pengundi India.Jika ini berlaku,Pas sememangnya boleh menang di situ dengan mendapat dalam lingkungan 900 undi.

Dalam pilihanraya umum yang lalu,seramai 1539 orang pengundi di peti undi Chinchin keluar mengundi,di mana terdapat sebanyak 36 keping kertas undi telah ditolak.Pencapaian terbaik Pas di sana adalah pada saluran empat di mana Pas tewas dengan majoriti sekitar 72 undi.Oleh itu,untuk menang di Merlimau,Pas perlu berusaha untuk menang di saluran tiga dan empat memandangkan calon Pas adalah Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri Melaka.

Selain itu juga,dua lagi peti undi majoriti pengundi Melayu terdapat di kawasan Permatang Serai.Kawasan tersebut adalah kawasan nelayan.Persoalannya,adakah Pas mampu merapatkan jurang undi di kawasan nelayan yang diketahui antara kawasan fixed deposit kepada Umno?




Walaubagaimanapun,ini tidak bermakna Pas tidak mampu memperoleh undi yang baik di sana.Jika dalam pilihanraya umum 2004 menyaksikan majoriti Umno di sana mencecah 1239 undi,namun Pas mampu memperbaiki kedudukan tersebut pada tahun 2008 yang lalu.Kunci kepada peningkatan undi Pas di Permatang Serai semestinya diperoleh daripada hampir 300 lebih pengundi berketurunan Cina di kawasan tersebut.Begitu juga dengan satu lagi kawasan majoriti Melayu di persisiran Selat Melaka iaitu Peti Undi Pengkalan Samak.



Sebenarnya,berbanding kawasan Permatang Serai,peluang Pas untuk menambah undi di kawasan Pengkalan Samak adalah lebih baik memandangkan jumlah pengundi di sana adalah lebih besar iaitu sebanyak 623 orang pengundi.Justeru,di sinilah perlunya Pas mencuri undi masyarakat Cina,sama seperti dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelumnya.

2.Golongan Pengundi India

Terdapat dua peti undi majoriti India di Merlimau iaitu di Jasin Lalang dan Merlimau Utara.Untuk rekod, terdapat seramai 1576 orang pengundi masyarakat India di Merlimau,di mana majoritinya adalah di Merlimau Pasir (470 orang),Jasin Lalang (366 orang) dan Merlimau Utara (236 orang).





Dalam Pilihanraya Umum 2004,PKR telah meletakkan calon berketurunan India,S.Jayathas dengan harapan menarik undi sokongan daripada lebih seribu lima ratus orang pengundi berketurunan India.Pun begitu,PKR bukan sahaja gagal menarik undi daripada kaum India,tetapi mengalami penurunan undi drastik di peti undi Jasin Lalang dan Merlimau Utara.

Apabila Pas bertanding semula dalam pilihanraya umum 2008,Pas bukan sahaja mampu mendapatkan kembali undi yang hilang pada tahun 2004,tetapi sebaliknya mampu merapatkan jurang undi sehingga hanya 60 undi di Merlimau Utara.Malah,peti undi ini boleh dianggap antara peti undi yang paling berpotensi di Merlimau.Corak peningkatan undi serupa tersebut turut dicatatkan di satu lagi peti undi di Jasin Lalang:




3.Golongan Pengundi Campuran Melayu-Cina






Undi daripada kaum Cina secara umumnya condong kepada Pakatan Rakyat.Trend ini dapat dilihat dalam banyak siri pilihanraya kecil kecuali di Galas baru-baru ini.Di Tenang,Pas juga berjaya memenangi kawasan Cina,walaupun tewas di dua peti undi Cina yang dimenangi pada tahun 2008.Kekalahan ini walaubagaimanapun mampu ditampung dengan kemenangan selesa di peti undi Labis Tengah.Malah, kekalahan besar Pas di Tenang sebenarnya banyak dipengaruhi oleh peratusan keluar mengundi yang sangat rendah di kawasan pengundi Cina seperti SMK Kamarul Arifin yang tidak dapat dihubungi dengan kenderaan ringan akibat banjir.

Oleh itu,di Merlimau juga,peningkatan undi Pas dalam pilihanraya umum yang lalu sememangnya dibantu oleh undi kaum Cina dan pengundi Melayu setia dalam Pas.Bagi penulis,kemenangan Pas di Merlimau mungkin agak sukar diraih,namun sekurang-kurangnya Pas boleh memperbaiki kedudukan di Merlimau dengan mencari kemenangan di beberapa buah peti undi.Terdapat tiga daripada peti undi yang boleh menjadi tumpuan Pas iaitu:

1.Chinchin
2.Jasin Lalang
3.Merlimau Utara

Semoga Pas memperoleh kecemerlangan di Merlimau dan Kerdau.

Hazman BA
Pantai Dalam.









0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP