This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

ANALISIS TERPERINCI MERLIMAU 2008 MENGIKUT PETI UNDI DAN PREDIKSI DALAM PRK2011

Monday, February 28, 2011

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri N27 Merlimau akhirnya menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Pas,Haji Yuhaizad Abdullah dan calon Umno,Saudara Roslan Ahmad.Jika dalam entri pertama sebelum ini, penulis membawa kita berkenalan dengan Dun Merlimau secara umum,kali ini penulis ingin membawa kita bersama meneliti kekuatan undi Pas secara lebih dekat,dalam tiga siri Pilihanraya terakhir iaitu Pilihanraya Umum 1999,2004 dan yang terakhirnya dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu.

Secara umumnya,kawasan DUN Merlimau adalah unik.Mengapa penulis berkata sedemikian?Hal ini kerana, dari segi geografinya,Merlimau dilihat menganjur dari darat ke laut,dari sempadan Melaka-Johor terus kepada bahagian tengah Melaka.Merlimau mempunyai keseluruhan tujuh buah daerah mengundi iaitu Ayer Merbau, Chinchin,Jasin Lalang,Merlimau Utara (Ladang Merlimau),Merlimau Pasir,Permatang Serai dan Pengkalan Samak.Apa yang lebih menarik,setiap peti undi dilihat terpecah dengan kedudukan sosioekonomi tradisi penduduk iaitu dua buah kawasan nelayan iaitu Permatang Serai dan Pengkalan Samak,kawasan ladang yang didominasi penduduk India iaitu Merlimau Utara dan Jasin Lalang serta baki kawasan perkampungan tradisional Melayu.

Untuk rekod,dua daerah mengundi iaitu Permatang Serai dan Pengkalan Samak mula dimasukkan ke dalam Dun Merlimau hasil persempadanan semula Dun Merlimau daripada N23 kepada N27.Sebelum itu,dua buah peti undi lain di Dun Merlimau ialah Seri Mendapat dan Simpang Kerayong.Selain itu juga,antara keunikan Dun Merlimau berbanding lain-lain Dun di Malaysia adalah komposisi semua kaum dapat dijumpai di kesemua peti undi.Pengundi Cina misalnya,jika kebiasaannya di tempat lain hanya ditemui di bandar-bandar seperti dalam pilihanraya kecil Tenang baru-baru ini,tetapi di Merlimau taburan pengundi Cina adalah terpecah-pecah.Oleh itu,tiada peti undi khusus yang didominasi oleh pengundi Cina,tidak seperti masyarakat Melayu dan India.Untuk itu,usaha untuk meneliti pergerakan undi Cina adalah sedikit sukar di sini.

Walaubagaimanapun,peratusan undi Cina yang dicatatkan untuk Dun Merlimau adalah di Ayer Merbau iaitu mewakili 273 orang pengundi di kawasan tersebut (30.4%) manakala jumlah pengundi Cina terbesar pula boleh dijumpai di kawasan daerah mengundi Pengkalan Samak dengan jumlah 623 pengundi berketurunan Cina.Dari segi calon pula,calon Pas iaitu Haji Yuhaizad adalah anak jati kawasan Chinchin,sama seperti mantan calon Pas sebelum ini,Haji Jasme Tompang manakala calon Umno pula adalah anak jati kawasan Ayer Merbau.

MENELITI KEKUATAN UNDI PAS (1999-2008)

Tahun 1999 dan 2008 menyaksikan Pas memperturunkan Yang Dipertua Pas Kawasan Jasin,Mejar Bersara Jasme bin Tompang sebagai calon manakala dalam pilihanraya umum tahun 2004,calon PKR iaitu S.Jayathas telah menjadi calon di kawasan tersebut.Berikut adalah pergerakan undi Pas dan PKR dalam tiga siri pilihanraya tersebut:


Berdasarkan tiga pilihanraya terakhir,pencapaian terbaik Pas di Dun Merlimau adalah pada tahun 2008. Hal ini kerana,undi yang diperoleh Pas hampir kepada tiga ribu undi berbanding pada tahun 1999 yang lebih hampir kepada 2000 undi manakala dalam pilihanraya umum 2004,undi PKR menjunam teruk kepada hanya 1000 undi jika dibundarkan.

Apapun,apa yang boleh dibanggakan di Dun Merlimau pada tahun 2008 adalah peningkatan mendadak undi Pas sebanyak 1582 undi ataupun kenaikan sebanyak 127 peratus!Peningkatan undi seperti ini adalah menarik untuk diperhatikan walaupun Pas masih gagal untuk memenangi sebarang peti undi di Dun Merlimau.

Berikut diperturunkan pula keputusan penuh Pilihanraya Umum 12 bagi Dun Merlimau mengikut tujuh daerah mengundi di sana:

klik imej untuk lebih jelas

Berdasarkan keputusan di atas,jumlah undi terbanyak buat Pas datangnya dari peti undi Merlimau Pasir iaitu sebanyak 592 undi manakala peratusan undi Pas berbanding Umno yang terbesar adalah di Peti Undi Merlimau Utara,di mana Pas memperoleh sekitar 174 undi (42.65%) dan hanya tewas dengan majoriti kecil iaitu sebanyak 60 undi.

Pada dasarnya,jumlah undi Pas berada dalam lingkungan 35 hingga 40 peratus daripada keseluruhan jumlah undi,kecuali di Jasin Lalang dan Merlimau Utara.Apa yang menariknya,kedua-dua kawasan tersebut adalah kawasan bermajoriti India.Walaubagaimanapun,perlu diingatkan bahawa kebanyakan peti undi di Merlimau adalah bersifat campuran,justeru kita hanya boleh mengagak samada sesuatu kaum itu condong ke arah mana.

Persoalannya sekarang,apakah peluang Pas dalam Pilihanraya Kecil kali ini berdasarkan angka-angka di atas?Adakah Pas mampu menang ataupun tidak?Kalau ya bagaimana?Kalau tidak,bagaimana pula bentuk kekalahannya?Kalah sedikit ataupun kalah banyak?Inilah yang perlu dipersoalkan.Oleh itu,mari kita sama-sama berkenalan dengan beberapa kumpulan pengundi yang ada di Merlimau pada masa ini.

1.Golongan Pengundi Melayu

Terdapat tiga peti undi yang didominasi oleh lebih 70 peratus pengundi Melayu di Merlimau iaitu Chinchin, Pengkalan Samak dan Permatang Serai.

Komposisi pengundi di Chinchin


Calon Pas,Haji Yuhaizad adalah berasal daripada kawasan Chinchin.Beliau khabarnya begitu dikenali di Merlimau sejak sekian lama.Oleh itu,adakah personaliti beliau mampu meraih undi masyarakat Melayu di sana?Untuk menang peti undi ini,Pas perlu mendapat sokongan daripada 60 peratus pengundi Cina,40 peratus pengundi Melayu dan 40 peratus pengundi India.Jika ini berlaku,Pas sememangnya boleh menang di situ dengan mendapat dalam lingkungan 900 undi.

Dalam pilihanraya umum yang lalu,seramai 1539 orang pengundi di peti undi Chinchin keluar mengundi,di mana terdapat sebanyak 36 keping kertas undi telah ditolak.Pencapaian terbaik Pas di sana adalah pada saluran empat di mana Pas tewas dengan majoriti sekitar 72 undi.Oleh itu,untuk menang di Merlimau,Pas perlu berusaha untuk menang di saluran tiga dan empat memandangkan calon Pas adalah Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri Melaka.

Selain itu juga,dua lagi peti undi majoriti pengundi Melayu terdapat di kawasan Permatang Serai.Kawasan tersebut adalah kawasan nelayan.Persoalannya,adakah Pas mampu merapatkan jurang undi di kawasan nelayan yang diketahui antara kawasan fixed deposit kepada Umno?




Walaubagaimanapun,ini tidak bermakna Pas tidak mampu memperoleh undi yang baik di sana.Jika dalam pilihanraya umum 2004 menyaksikan majoriti Umno di sana mencecah 1239 undi,namun Pas mampu memperbaiki kedudukan tersebut pada tahun 2008 yang lalu.Kunci kepada peningkatan undi Pas di Permatang Serai semestinya diperoleh daripada hampir 300 lebih pengundi berketurunan Cina di kawasan tersebut.Begitu juga dengan satu lagi kawasan majoriti Melayu di persisiran Selat Melaka iaitu Peti Undi Pengkalan Samak.



Sebenarnya,berbanding kawasan Permatang Serai,peluang Pas untuk menambah undi di kawasan Pengkalan Samak adalah lebih baik memandangkan jumlah pengundi di sana adalah lebih besar iaitu sebanyak 623 orang pengundi.Justeru,di sinilah perlunya Pas mencuri undi masyarakat Cina,sama seperti dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelumnya.

2.Golongan Pengundi India

Terdapat dua peti undi majoriti India di Merlimau iaitu di Jasin Lalang dan Merlimau Utara.Untuk rekod, terdapat seramai 1576 orang pengundi masyarakat India di Merlimau,di mana majoritinya adalah di Merlimau Pasir (470 orang),Jasin Lalang (366 orang) dan Merlimau Utara (236 orang).





Dalam Pilihanraya Umum 2004,PKR telah meletakkan calon berketurunan India,S.Jayathas dengan harapan menarik undi sokongan daripada lebih seribu lima ratus orang pengundi berketurunan India.Pun begitu,PKR bukan sahaja gagal menarik undi daripada kaum India,tetapi mengalami penurunan undi drastik di peti undi Jasin Lalang dan Merlimau Utara.

Apabila Pas bertanding semula dalam pilihanraya umum 2008,Pas bukan sahaja mampu mendapatkan kembali undi yang hilang pada tahun 2004,tetapi sebaliknya mampu merapatkan jurang undi sehingga hanya 60 undi di Merlimau Utara.Malah,peti undi ini boleh dianggap antara peti undi yang paling berpotensi di Merlimau.Corak peningkatan undi serupa tersebut turut dicatatkan di satu lagi peti undi di Jasin Lalang:




3.Golongan Pengundi Campuran Melayu-Cina






Undi daripada kaum Cina secara umumnya condong kepada Pakatan Rakyat.Trend ini dapat dilihat dalam banyak siri pilihanraya kecil kecuali di Galas baru-baru ini.Di Tenang,Pas juga berjaya memenangi kawasan Cina,walaupun tewas di dua peti undi Cina yang dimenangi pada tahun 2008.Kekalahan ini walaubagaimanapun mampu ditampung dengan kemenangan selesa di peti undi Labis Tengah.Malah, kekalahan besar Pas di Tenang sebenarnya banyak dipengaruhi oleh peratusan keluar mengundi yang sangat rendah di kawasan pengundi Cina seperti SMK Kamarul Arifin yang tidak dapat dihubungi dengan kenderaan ringan akibat banjir.

Oleh itu,di Merlimau juga,peningkatan undi Pas dalam pilihanraya umum yang lalu sememangnya dibantu oleh undi kaum Cina dan pengundi Melayu setia dalam Pas.Bagi penulis,kemenangan Pas di Merlimau mungkin agak sukar diraih,namun sekurang-kurangnya Pas boleh memperbaiki kedudukan di Merlimau dengan mencari kemenangan di beberapa buah peti undi.Terdapat tiga daripada peti undi yang boleh menjadi tumpuan Pas iaitu:

1.Chinchin
2.Jasin Lalang
3.Merlimau Utara

Semoga Pas memperoleh kecemerlangan di Merlimau dan Kerdau.

Hazman BA
Pantai Dalam.









Read more...

USTAZ AZHAR IDRUS JAWAB FITNAH ZINA UMNO TERHADAP MAT SABU

Thursday, February 24, 2011

video


Dalam satu siri kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus beberapa tahun yang lalu,seorang pendengar telah bertanyakan soalan yang berbunyi,"Apakah hukum seorang isteri yang telah bersuami tetapi suka berdua-duaan dengan lelaki lain ke sana ke mari?"


Jawab Ustaz Azhar,"Jawabnya berdosalah.Kalau berdua-duaan ke sana ke mari berdosalah.Dan hukumnya di dalam Islam TAKZIR,tiada HUDUD jika berdua-duaan.Takzirlah.Kalau berdua-duaan itu maknanya di tengah khalayak ramai,nasihat sahaja.Kalau berdua-duaan dalam bilik apa semua,TAKZIR.Bawa masuk dalam Hotel dalam apa.Tidak Berzina!Takzir dia panggil.Kena dendalah.Adapun berduaan,pergi makan bersama (dia ada suami dah),keluar dengan orang lain pula,makan bersama,duduk di tepi pantai dan bukannya tempat-tempat yang tersembunyi hukumnya dinasihati sahaja (tidak boleh ditakzir).Tetapi Haram tetap Haram.

video asal di Youtube : Ustaz Azhar - Kedaroh Ranggoh (7/10) minit ke 3:20

Dalam soal jawab ini,Si penanya dan Ustaz yang menjawab tidaklah mengaitkan kes yang menimpa Abang Mat Sabu satu ketika dahulu,namun jawapan yang telah diberikan oleh Ustaz Azhar tersebut telah menarik perhatian penulis dan mengingatkan penulis kepada kes Abang Mat.

Saban hari semenjak tahun 1995,itulah sahaja fitnah para pencacai Umno terhadap Haji Mohamad Sabu. Zina,zina dan zina.Walaubagaimanapun,fitnah lama tersebut terus dimainkan terutamanya dalam era baru teknologi,dalam zaman blog dan facebook. Jika dahulu masyarakat hanya dapat mengetahui perkara tersebut melalui akhbar dan surat layang,kini perkara tersebut diratib-ratib oleh para pencacai Umno.

Malah,para pencacai Umno turut memfitnah kerajaan Kelantan sebagai munafik apabila tidak mengenakan hukuman hudud terhadap pemimpin Pas atas dakwaan khalwat tersebut.Kononnya Pas menghalalkan zina dan khalwat terhadap para pemimpin dan penyokong Pas.Di sinilah kebengapan pencacai Umno terserlah. Di bawah penulis tampalkan kembali dakwaan-dakwaan jahat mereka di facebook kebelakangan ini:

Ramai org belah sana kata Tun Mahathir yang tolak hudud, tetapi cerita tersebut hanya separuh jalan, tak habis. Mari kita kaji kronologi di bawah - JK

Kronologi dari 1993

1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan. ... See More

3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.
Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.

4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.

5. Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia. sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

7. Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.

8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

9. Dr Mahathir kata, okey... teruskan. Kita nak tengok...

10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.

11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

12. Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.

15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).

16. Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.

17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya.

Di sinilah bagaimana pencacai Umno dengan mudahnya memfitnah,tetapi sebenarnya mereka tidak dapat melihat kejahilan mereka sendiri dalam bab agama.Seperti yang diperkatakan dalam kuliah Ustaz Azhar di atas,terdapat perbezaan antara Hukum HUDUD dan Hukum TAKZIR.Jika benarlah Mat Sabu bersalah,jika mahu dihukum mengikut hukum Islam,beliau tidak dikenakan hudud tetapi dikenakan Takzir ataupun denda.

Oleh itu,pihak yang mempersoal mengapa Mat Sabu tidak dikenakan hudud menampakkan kejahilan mereka sendiri.Persoalannya,jika Mat Sabu bersalah dan perlu dikenakan hukum takzir,apakah itu Takzir?


Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis.
Hukuman takzir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis, kadar dan bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.
-sumber : Jabatan Mufti Negeri Melaka-

Oleh itu,tindakan pencacai Umno yang memburuk-burukkan Pas dan Mat Sabu sebenarnya hanya menunjukkan kejahilan mereka dalam hukum-hakam Islam





Read more...

CEGAH MAKSIAT:ANTARA CARA MAT SAID,CARA HAJI HADI DAN SERAMBI MAT REMPIT

Monday, February 21, 2011

Negeri Terengganu Darul Iman yang dahulunya terkenal sebagai Serambi Alim Ulamak akhirnya berubah menjadi Serambi Mat Rempit.Terengganu yang menjadi bumi ulamak tersohor seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong,Tok Ku Paloh,Tok Pulau Manis,Tok Syeikh Pulau Duyong dan lain-lain akhirnya kini lebih melahirkan Generak-Generasi Rosak Akhlak.

Zina dan anak luar nikah sudah menjadi tidak asing lagi di bumi Terengganu. Masalah dadah juga tidak kurang hebatnya.Realiti ini bukan direka-reka, tetapi apa yang dilaporkan oleh akhbar harian setiap hari.Malah,penulis berani menyatakan bahawa hampir setiap hari,Harian Metro Edisi Timur umpama tidak sah jika tidak melaporkan kes rogol,zina, samun,khalwat,curi motor,edar dadah,rempit dan pelbagai gejala sosial lainnya.Apakah bala yang telah menimpa negeri Terengganu?

kawasan jalan api besar di Paka yang
menjadi tumpuan Mat Rempit
Adalah sesuatu perkara yang menghairankan,Terengganu yang mempunyai beribu-ribu orang polis masih gagal mengatasi masalah rempit di Terengganu.Padahal,aktiviti rempit boleh dikatakan berlaku saban minggu terutamanya pada malam minggu.Malah di tempat penulis sendiri, aktiviti rempit lumba haram sentiasa berlaku setiap Jumaat malam Sabtu bermula dari "api besar" iaitu kawasan perindustrian petroleum Petronas di Kerteh hinggalah ke Bandar Paka.Aktiviti ini bukan hanya dihidupkan oleh para mat rempit tapi termasuklah juga orang ramai yang menyaksikan aktiviti ini di kedai-kedai makan sepanjang jalan utama tersebut.Jalan Api Besar tersebut menjadi tumpuan Mat Rempit memandangkan jalannya yang lurus dan selesa. Selain itu, bilangan polis yang mengawal keseluruhan kawasan Paka pada satu-satu masa tidaklah begitu ramai. Tambahan pula,ketiadaan Unit Trafik di kawasan Paka mungkin menjadi penyumbang kepada masalah tersebut.

Ketika inilah penulis merasa hairan.Sedangkan jika ada sahaja himpunan rakyat yang dibuat oleh Pas,maka akan datanglah beratus-ratus orang FRU menggagalkan himpunan tersebut.Persoalannya sekarang, mengapakah kekuatan FRU itu tidak digunakan untuk mengatasi masalah rempit di hampir seluruh daerah di Terengganu?Malah masalah rempit ini sendiri pernah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu,Haji Abdul Wahid bin Endut dalam sidang Parlimen tahun lalu.

Nampaknya,masih belum ada inisiatif yang berkesan daripada kerajaan Terengganu untuk mengatasi pelbagai gejala sosial di negeri ini.Usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri sekarang dilihat seperti suka-suka seperti yang dilaporkan portal berita beberapa hari yang lalu.Berikut penulis rangkumkan kembali berita tersebut seperti di bawah:

Terengganu usaha tangani masalah sosial remaja - mkini

Rozi Mamat
Usaha murni kerajaan negeri Terengganu untuk mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja dengan membabitkan mereka dengan kegiatan kegemaran mereka pada satu hujung minggu setiap bulan telah mendapat sambutan mengalakkan.

Remaja dari negeri-negeri berjiran turut menyertai program berkenaan yang kini masuk tahun ketiga.

Program Terengganu City Night Games (TCNG) ini melibatkan 12 acara sukan yang digemari remaja antaranya bola jaring, hoki, boling padang, lumba basikal, kenu dan pertunjukan kebudayaan.

"Walaupun program ini dilihat sebagai suka-suka, kita akan dapat mencungkil bakat pelapis bagi pelbagai jenis sukan," kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Rozi Mamat semasa merasmikan program itu di Kuala Terengganu malam semalam.

Beliau berkata program itu akan diperluaskan ke daerah di seluruh negeri dengan menyediakan jenis permainan yang bersesuaian dengan daerah berkenaan.


Di sini bukanlah hasrat penulis untuk memperlekehkan usaha kerajaan Terengganu tersebut.Tetapi secara umumnya,kerajaan negeri dilihat tidak mempunyai usaha yang jelas dalam mengatasi masalah sosial di negeri ini.Penganjuran sukan sebegini hanyalah satu daripada berpuluh langkah yang perlu diambil.Penulis yakin bahawa hampir semua antara kita masih ingat pembelajaran subjek Bahasa Melayu di sekolah dahulu.Dalam penulisan contohnya akan sentiasa ada soalan karangan yang bertajuk "terangkan cara-cara mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja",dan penulis yakin bahawa rata-rata antara kita akan menjawab "menganjurkan aktiviti sukan yang berfaedah",walhal jika dikaji dengan lebih mendalam, itu bukanlah penyelesaian terbaik untuk masalah sosial.

Disebabkan gejala sosial berpunca daripada penyakit hati,maka cara yang paling berkesan bagi mencegah masalah ini adalah dengan merawat hati.Dan di sinilah penyelesaiannya,tidak lain dan tidak bukan adalah dengan menggunakan kaedah Islam.Persoalannya,adakah kerajaan negeri Terengganu pimpinan Mat Said cuba mendekatkan remaja dengan Islam?Penulis rasakan tidak.Adalah malang bagi sebuah negeri yang mempunyai prasarana masjid yang indah dan baru,tetapi hanya dipenuhi oleh tiga empat orang ahli kariah,di mana hendak mencari seorang anak muda di masjid adalah cukup payah sama sekali.Ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pendekatan masyarakat dan orang dewasa itu sendiri.

Tatkala azan Maghrib sedang berkumandang,anak-anak muda masih sibuk di gelanggang dan padang.Masih sibuk menunggang motorsikal ke pasar-pasar malam.Jika dahulu pada zaman Pas menguasai Terengganu, Pasar Malam akan ditutup selama 15 minit bagi menghormati waktu Maghrib.Tapi kini?Selantang manapun bilal melaungkan azan,serancak itulah suara tawar menawar dan deruan enjin-enjin motor.

Mungkin ada pihak yang menganggap penulis terlalu meletakkan kesalahan pada pihak kerajaan.Masalahnya sekarang,ya.Memang salah kerajaan.Sebagai kerajaan negeri,menjadi tanggungjawab kerajaan dalam hal ehwal agama Islam.Dan Islam itu bukanlah hanya membabitkan soal nikah kahwin,solat dan puasa tetapi turut membabitkan kepimpinan.Dan kepimpinan itulah yang membimbing masyarakat.

Ketika Pas memerintah Terengganu pada tahun 1999,gejala sosial bukanlah berada pada tahap kosong. Tetapi sekurang-kurangnya ianya tidaklah seteruk sekarang.Malah,peranan masjid dan surau digunakan sepenuhnya oleh kerajaan negeri bagi mendidik masyarakat mendekati Islam.Dalam usaha memulihkan masalah kepada penagih dadah misalnya,kerajaan negeri telah mewujudkan satu pusat pemulihan berasaskan Islam bagi menyedarkan kembali para penagih dadah tegar di negeri Terengganu.

Dengan isu kerosakan akhlak ini,sudah tiba masanya mengapa Pas Wajib Ganti Umno di Terengganu.Gambar yang penulis titipkan di bawah mungkin boleh membezakan cara mencegah maksiat versi Umno dan Versi Pas.Semoga orang Terengganu sedar akan bala yang telah menimpa masyarakat kita pada hari ini.

Cara Pas : Golongan muda dibawa memahami ajaran Islam

Cara Umno : Mat Rempit jadi Putera


Read more...

MUKTAMAD...SATU LAGI PRK DI KAWASAN LEMBAH PANTAI

Sunday, February 20, 2011

Setelah menyaksikan berbelas siri pilihanraya sebelum ini,lensa pilihanraya kecil kali ini tertumpu ke kawasan Lembah Pantai dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Untuk rekod,Ahli Parlimen bagi kawasan Lembah Pantai adalah anak perempuan kepada Ketua Pembangkang Malaysia,Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah binti Anwar.

Walaubagaimanapun,diharap pembaca jangan cepat panik dan terkejut. Pilihanraya kecil ini bukanlah disebabkan kematian Nurul Izzah,apatah lagi disebabkan beliau ponteng ke parlimen selama beberapa sidang tanpa alasan,tetapi pilihanraya kecil yang dimaksudkan oleh penulis adalah Pilihanraya Kampus sempena pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di hampir kesemua institut pengajian tinggi negara bagi sesi 2011-2012.Lembah Pantai dengan PRK ini adalah kerana di kawasan tersebutlah terletaknya Universiti Malaya,sebuah universiti yang telah banyak menimbulkan sejarah perjuangan mahasiswa di negara kita.

Apa yang menarik untuk diperhatikan dalam pilihanraya kampus di Universiti Malaya adalah adanya pelbagai insiden dan polemik seakan-akan sama seperti sebuah pentas kecil pilihanraya di Malaysia.Selain liputan media yang agak meluas, pertembungan terbuka pasukan promahasiswa dan penggerak mahasiswa (pro aspirasi) adalah antara faktor mengapa PRK Universiti Malaya adalah lain daripada yang lain.

Esok,pembuangan undi di Universiti Malaya akan berlangsung.Sepanjang tempoh kempen pelbagai kontroversi yang melanda termasuklah insiden menekup mulut pelajar oleh wakil keselamatan,bantahan terhadap beberapa orang calon Pro-M yang ditolak kertas pencalonannya,pengusungan patung jenazah dan terbaru kes calon yang dilaporkan hilang ketika berkempen.Semuanya terus mewarnai proses pengundian selepas ini.

Memandangkan dalam sesi yang lalu Universiti Malaya dikuasai oleh pasukan Penggerak Mahasiswa,maka pelbagai isu yang timbul termasuklah kegagalan Ketua MPP musim lalu dalam kepimpinannya sehingga menimbulkan pertikaian terbuka di facebook dan media massa.Oleh itu,pasukan Pro-Mahasiswa kali ini turun dengan semangat baru bagi mengembalikan kuasa pelajar di Universiti Malaya,sama seperti apa yang berlaku dalam tahun-tahun 70-an dahulu.Malah,penulis sendiri sering diceritakan oleh seorang pensyarah betapa beliau adalah bekas mahasiswa yang sezaman dengan Anwar dan beliau akan sentiasa bangga dan terkenangkan saat itu walaupun kini beliau sudahpun pencen.

Begitulah Universiti Malaya.Tempat lahirnya ramai pemimpin utama negara.Justeru,pemilihan dalam PRK kali ini diharap dapat membentuk pemimpin pelapis yang berkaliber di masa hadapan.

Semoga Saudari Masturah selamat adanya dan selamat kembali semula untuk memimpin mahasiswa di universiti Malaya!

Calon Pro-M,Masturah Abu Bakar yang
hilang

Insiden "tutup mulut"

Upacara pengusungan jenazah

pecah masuk??





Read more...

SELAMAT HARI JADI ZULKIFLI NORDIN PENJIHAD ISLAM!

Saturday, February 19, 2011

Hari ini,19 Februari 2011 adalah ulangtahun ke 49 tahun kepada penjihad Islam terkenal di negara kita,yakni Saudara Zulkifli bin Nordin.Dilahirkan pada 19 Februari 1962 di Kampung Carok Bemban,Baling Zulkifli nampaknya sentiasa istiqamah dalam menentang "kafir harbi" DAP sehingga hari ini.Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu juga istiqamah dalam menentang Pak-pak Janggoat Pas seolah-olah menganggap pemimpin Pas seperti kambing dengan memanggil mereka Janggoat. Mungkin Zul lupa yang dia juga berjanggoat.

Apapun,bukanlah niat penulis memburukkan Zul,cuma inginlah adanya penulis mengucapkan selamat hari lahir kepada rakan facebook penulis yang lahir hari ini.Sebagai hadiah hari jadi buat Zul,terimalah hadiah hari jadimu dengan membaca berita ini:


Tipu suami pergi kursus

Oleh Nor Husaini Nor Majid
am@hmetro.com.my




KULIM: Seorang isteri beranak tiga bukan saja menipu suaminya, malah sanggup datang dari Sungai Buloh, Selangor semata-mata untuk memadu asmara dengan kekasihnya seorang warga Bangladesh berusia 31 tahun di sini, kelmarin.
Wanita berusia 45 tahun itu menipu suaminya seorang pesara polis untuk pergi ke Pendang, Kedah bagi menghadiri kursus penyediaan mi segera bagaimanapun turun di hentian bas Kulim sebelum dijemput kekasihnya dan dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.

Menurut wanita itu, suaminya sendiri menghantarnya ke hentian bas di Selangor untuk ke Pendang tanpa mengesyaki niat sebenar wanita itu yang ingin bertemu kekasihnya di sebuah rumah kongsi.


Ketua Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, mereka mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran seorang wanita Melayu ke kawasan rumah kongsi yang didiami sekumpulan lelaki warga Bangladesh.

“Bertindak dari maklumat itu, penguat kuasa PADK datang ke rumah kongsi di Sungai Ular kira-kira jam 1.15 pagi untuk membuat pemeriksaan dan menemui pasangan itu di dalam sebuah rumah.


“Ketika pemeriksaan dibuat, wanita berusia 45 tahun itu hanya memakai baju kurung dan kain batik manakala lelaki warga Bangladesh itu hanya berbaju-T dan berkain pelekat,” katanya.




Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan itu adalah pasangan kekasih yang baru berjumpa pada malam itu dan mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

“Wanita itu bekerja sebagai juruwang di Damansara dan tiba di Hentian Bas Kulim kira-kira jam 10 malam sebelum menghubungi kekasihnya untuk mengambilnya seterusnya dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular.




“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim menggunakan van PADK untuk membuat laporan tangkapan dan lelaki Bangladesh kemudiannya ditahan di lokap Balai Polis Kulim sementara itu wanita itu ditahan di lokap Balai Polis Lunas,” katanya.

Pasangan itu bagaimanapun dilepaskan selepas membayar jaminan RM1,000 setiap seorang semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana berkhalwat sabit kesalahan boleh dihukum setahun penjara atau denda RM2,000 seorang atau kedua-duanya sekali.



*Buat Zul,ingatlah pepatah "kuman di seberang lautan nampak,gajah di depan mata tak nampak".

Read more...

SEGAGAP-GAGAP KHALID,CAKAPNYA BOLEH DIPERCAYAI.TERBARU DI BT CAVES

Thursday, February 17, 2011

Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin sering dihina oleh para pengampu Umno sebagai gagap dan dilabel sebagai "Khalid Gagap",namun kesungguhan beliau dalam mentadbir negeri Selangor wajar dipuji. Banyak kejayaan dan pembaharuan yang telah berjaya dilaksanakan dalam pembangunan negeri Selangor walaupun Umno mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor gagal melakukan perubahan di negeri tersebut malah melakukan penyelewengan dalam beberapa isu berkaitan.

Jika diperhatikan ucapan Saudara Rafizi Ramli dalam Debat 60 minit di RTM baru-baru ini,beliau yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Majlis Penasihat Ekonomi Selangor menjelaskan bahawa hasil data yang dicatatkan oleh kerajaan negeri melalui beberapa skim tertentu telah menunjukkan hampir setengah juta rakyat Selangor telah menerima ganjaran daripada skim-skim tersebut.

Mengenai dakwaan Umno bahawa kerajaan Pakatan Rakyat mulai hilang sokongan Melayu di negeri-negeri pentadbirannya jelas adalah tidak benar. Malah,Tan Sri Khalid Ibrahim tidak percaya jika dikatakan bahawa sokongan masyarakat Melayu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor semakin terhakis.

Persoalannya,apakah asas utama Khalid itu?Dan benarkah pula dakwaan Umno bahawa Melayu mula meninggalkan Pakatan Rakyat?Untuk itu, tiada data rasmi ataupun mana-mana indikator yang mampu dibuktikan untuk melihat siapa benar dan siapa yang silap.Satu-satunya cara untuk menguji kebenaran tersebut adalah dengan membenarkan berlakunya pilihanraya kecil di Dun Pelabuhan Klang.Di sana kita akan dapat menilai semula samada benar atau tidak orang Melayu mula condong ke arah Barisan Nasional.Malah, desas desus sudahpun bertiup kencang mengatakan bahawa Pilihanraya Kecil di Dun Pelabuhan Klang bakal dijalankan selepas ini.

Apapun,penulis telahpun menulis dua buah artikel mengenai Pandangan Tentang Politik Selangor dalam dua siri iaitu Siri Pertama dan Siri Kedua.

Bukti : berpuluh ribu orang Melayu-Islam sekitar
Selangor masih bersama Pakatan Rakyat

Sebenarnya,penulis bukanlah hendak membela ataupun menentang pandangan Khalid Ibrahim tersebut.Pun begitu,sebagai seorang yang memerhati,kata-kata Khalid ada kewajarannya.Kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya Pas dalam menggerakkan puluhan ribu penyokong dalam satu-satu masa membuktikan bahawa orang Melayu masih bersama Pakatan Rakyat.Malah jika dilihat situasi dalam himpunan demo bantahan air kerajaan Selangor baru-baru ini juga menunjukkan betapa orang Melayu masih bersama Pakatan Rakyat.Mungkin benar dakwaan Umno bahawa Pakatan Rakyat dilihat bergantung kepada undi Cina tetapi ini tidak bermakna kita ketiadaan undi Melayu.Malah,untuk menang di sesebuah kawasan undi daripada semua kaum diperlukan.Dan itulah yang terjadi pada tahun 2008.Pakatan Rakyat telah mendominasi undi Melayu Bandar dan Cina.

Dan semalam pula,tanpa publisiti yang begitu meluas,hampir seribu lebih penduduk tempatan dalam Dun Batu Caves membanjiri Dewan Muhibbah di Taman Bolton Batu Caves bagi mendengar ceramah penerangan dan pelancaran Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang menampilkan beberapa tokoh Pakatan Rakyat.

Dengan kehadiran penduduk tempatan Batu Caves yang rata-ratanya bermotorsikal dan menaiki kereta, sememangnya cukup memberi signal kepada Umno dalam Dun Batu Caves dan Parlimen Gombak bahawa masyarakat setempat masih bersama kerajaan Pakatan Rakyat.Keadaan tempat ceramah yang terletak dalam kawasan perumahan dan jauh ke dalam di pinggir Bukit Batu Caves menunjukkan bahawa rata-rata pendengar adalah penduduk tempatan.Sememangnya,dalam mana-mana siri ceramah yang sempat dihadiri oleh penulis,bukanlah isi penyampaian yang diperhatikan,tetapi lebih kepada sambutan penduduk terhadap ceramah tersebut.Kebiasaannya apa yang disampaikan dalam ceramah telahpun diketahui oleh kita,tetapi kehadiran ke sana adalah lebih kepada menunjukkan solidariti dan sokongan kita terhadap parti.

Begitulah juga di Taman Bolton semalam.Kehadiran ribuan orang pada malam hari berkerja,dengan publisiti yang tidaklah sebegitu besar membuktikan bahawa gelombang kebangkitan rakyat bagi mempertahankan kerajaan adil dan beramanah sekaligus menolak andaian jahat bahawa penduduk Selangor telahpun menolak kerajaan Pakatan Rakyat.

Semoga berdirilah yang hak bagi menenggelamkan yang bathil.

Gambar-gambar sekitar ceramah semalam:






lain-lain gambar di pages rasmi Kempen Anti Saman Ekor@Facebook di




Read more...

PANAS!SEORANG KETUA BAHAGIAN UMNO DIDAPATI TIDUR DENGAN PUTERI UMNO

Monday, February 14, 2011

Dia ialah seorang YB. Dia satu kumpulan dalam kesatuan politik yang terus juga ditenggek oleh sang presiden parti politik yang pernah berlakon secara tak sengaja dalam filim lucah. Perangai mereka lebih kurang sama sahaja. Cuma yang berbeza ialah YB ini akan ke masjid untuk sembahyang hari raya, manakala si pelakon lucah itu mungkin saja pergi ke kuil.

Perangai mereka lebih kurang sama. Sama-sama suka tahap gaban kepada makhluk Tuhan yang bergelar perempuan. Artis-artis dan personaliti memang sudah ramai yang mereka lunyai. Kalau si pelakon lucah itu sangat sinis apabila ada perempuan Islam bersalam dengan menggunakan sarung tangan, YB ini pula sangat tidak mahu akan hudud. Bagi si pelakon lucah itu memakai sarung tangan apabila berjabat tangan antara lelaki dan perempuan adalah sesuatu yang dianggap taboo.

Suatu hari, sedang YB ini sedang berehat, Blackberrynya berdenyit-denyit. Satu BBS masuk. YB menekan punat-punat Blackberrynya. YB itu membaca mesej yang tertulis :

"Saya pernah tidur bersama-sama YB. Supaya saya tidak membocorkan rahsia ini, YB harus masukkan wang ke dalam akaun saya. Kalau tidak, akan heboh satu negara. YB akan hilang jawatan. YB akan malu"

YB menyandar ke kerusi empuknya. 
"Habis aku, kali ini!" dia merungut sendirian. Dia mula membayangkan isterinya yang punya jambul seperti ayam belanda dan berbadan bulat seperti tong gas. Dia membayangkan bagaimana isterinya yang montel itu akan mengamuk. Dia juga membayangkan akan head line akhbar-akhbar tempatan seperti ini :

Seorang YB yang tak sedar diri didapati selalu bermukah dengan perempuan murahan.

YB cuba membuat agakan akan siapa perempuan yang telah mengugutnya itu. Tapi YB tidak menemui jawapannya. Mungkin kerana terlalu ramai perempuan yang pernah dilimpahkan spermanya sehinggakan dia sendiri tidak mampu untuk mengingati semua perempuan tersebut.

Akhirnya, YB mengalah. Dia memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun perempuan tersebut. Bagi YB wang tidak ada masalah baginya. Hasil rasuah 14 tahun lepas yang dibuatnya pun belum habis lagi. Belum masuk lagi dengan duit-duit rasuah yang baru dan akan masuk. Bagi YB, jawatannya sebagai YB mesti dipertahankan. Kalau jawatannya sebagai YB terbang, dia akan hilang segala-galanya.

Dua minggu kemudian:
Sekali lagi perempuan itu menghantar mesej yang sama. Masih lagi menagih wang daripada YB. masih lagi menggunakan modal ugutan yang sama: Saya pernah tidur bersama-sama YB.

YB tidak banyak pilihan. Sekali lagi dia memasukkan wang ke dalam akauan perempuan tersebut.

Untuk dua minggu selepas itu, YB sudah tidak mendengar apa-apa lagi berita daripada perempuan tersebut. Sehinggalah pada suatu pagi, perempuan itu menghantar satu SMS meminta supaya dimasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya. Masih lagi menggunakan modal yang sama : Saya pernah tidur bersama-sama YB.

Melalui nombor telefon SMS yang dihantar itu, YB cuba mencari siapakah gerangan perempuan tersebut.

"Siapa sebenarnya kamu ni?" tanya YB.
"Takkan YB tak ingat." balas perempuan tersebut. Kemudian dia sambung lagi, "Mesti banyak perempuan yang telah ditiduri YB sampaikan YB sendiri konpius"
"Sekurang-kurangnya, bagi tau la siapa nama kamu. Di mana kita pernah tidur sama-sama," YB seperti merayu.
"Saya boleh memberitahunya. Tapi selepas YB memasukkan dulu duit saya itu," balas perempuan itu. Manja bunyinya, sangat menggoda.
"OK," kata YB ringkas.

Selepas memasukkan wang yang diminta, YB menelefon semula perempuan tersebut. YB bertanya "Siapa nama kamu? Di mana saya pernah tidur dengan kamu?"
"Nama saya Mimie," balas perempuan itu.
"Mimie? Mimie yang mana satu?" tanya YB
"Alaaa...saya pun satu parti juga dengan YB," balas Mimie.
Kemudia Mimie sambung, "Saya pernah tidur sama-sama dengan YB dalam dewan."
"Dalam dewan???" YB kekagetan. Seingat YB, dia tak pernah tidur dengan perempuan dalam mana-mana dewan.
"Dewan Merdeka, PWTC. Masa tu perhimpunan Agung UMNO. Masa Najib buat ucapan, saya tidur. YB pun tidur. Kita sama-sama tidur sebab ucapan Najib tu sangatlah memboringkan," kata Mimie.

"Kita sama-sama tidur," bisik YB.
"Hampeh, aku tertipu..." kata YB pelan-pelan dalam hati.





Read more...

RAFIZI RAMLI PEMIMPIN NASIONAL BARU TERENGGANU DALAM PEMBIKINAN

Friday, February 11, 2011

Nama Rafizi Ramli mula dikenali umum secara dekat setelah beliau mengumumkan hasratnya bagi merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) tahun lalu.Ketika itu,ramai yang bertanya akan siapakah Rafizi ini memandangkan namanya sebelum itu tidaklah sebegitu dikenali berbanding Cikgu Badrul Hisham Shaharin mahupun Shamsul Iskandar Md Akin.Walaubagaimanapun,adalah menarik untuk mengenali Rafizi dengan lebih dekat,apatah lagi beliau dan pasukannya dilihat sebagai "dream team" kepada Anwar Ibrahim.Pun begitu, penarikan diri beliau pada saat-saat akhir masih lagi menjadi tanda tanya.Jika dilihat secara kasar,kelihatannya Rafizi adalah seorang yang tidak berani mengambil risiko dan penakut. Apapun,tindakan itu khabarnya dibuat setelah Shamsul Iskandar membuat pusingan U bagi bertanding semula jawatan Ketua Pemuda pada saat-saat akhir.

Selepas itu,Rafizi seolah tenggelam begitu sahaja.Walaubagaimanapun,nama Rafizi diperkatakan semula apabila PKR menawarkan Rafizi untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin mengenai Buku Jingga yang telah dilancarkan oleh Pakatan Rakyat.Di peringkat parti,Rafizi adalah Pengarah Strategi PKR.Walaubagaimanapun,sehingga kini masih belum ada tanda-tanda bahawa debat dua penjuru Khairy-Rafizi menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

Setelah isu cabar mencabar dalam debat yang mengaitkan beberapa nama seperti Anwar,Najib,Khairy,Nazri Aziz dan Ummi Hafilda,cabaran itu akhirnya reda begitu sahaja.Walaubagaimanapun,pada minggu lepas RTM telah menyiarkan satu diskusi tiga penjuru antara wakil Barisan Nasional,Pakatan Rakyat dan wakil akademik untuk berdiskusi mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat dalam Bicara Rakyat yang menampilkan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan,Pengarah ISIS Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin dan Rafizi sendiri.

Ramai penonton berasa terkejut dengan usaha RTM itu yang sudah lama tidak menjemput wakil-wakil pembangkang ke studio terutamanya pada zaman Najib ini.Untuk rekod,pada satu masa dahulu RTM ada menyiarkan debat tiga penjuru selama satu jam yang menampilkan wakil kerajaan, pembangkang dan akademik.Selain itu juga,siaran debat tersebut juga tidak mendapat hebahan yang menyeluruh sehingga ramai penonton yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan debat tersebut di TV1.Malah,penulis sendiri hanya sempat mendengar perbincangan lima minit yang terakhir pada malam itu.Walaubagaimanapun, para pembaca boleh menonton debat tersebut di youtube ataupun menerusi rakaman video di bawah ini:



Seawal diskusi tersebut berlangsung,Rafizi diserang tiga penjuru,bukan sahaja oleh wakil Barisan Nasional tetapi juga oleh wakil akademik yang sepatutnya berkecuali,malah moderator sebagai pengemudi majlis turut menyerang Rafizi Ramli.Selain itu,hanya dua pemanggil telefon yang tidak menghentam Rafizi selain komen terpilih di facebook juga turut sama memperlekehkan buku jingga.

Walaupun Rafizi diserang daripada banyak penjuru,beliau tetap cool dan mampu menjawab segala tuduhan demi tuduhan dengan baik dan membunuh segala hujah yang telah dibuat oleh lawannya.Seperti mana yang dinyatakan oleh seorang pemanggil yang bernama Sudin,"Hujah panel kedua masuk akal,panel ketiga masuk akal,tapi panel yang prtama,apa yang dia cerita saya tak paham".


Debat pada malam itu kelihatannya seolah-olah antara Dr.Mahani dan Rafizi,di mana Kamalanathan langsung tidak berwibawa untuk berbincang dalam soal ekonomi.Penulis sendiri berasa pelik,adakah pihak Barisan Nasional sudah tidak ada pakar ekonomi sehingga mereka hanya menghantar seorang wakil yang tidak berautoriti dalam ekonomi?


Apapun,hujah-hujah yang baik daripada Rafizi itu membawa penulis untuk meneliti lebih lanjut akan siapa sebenarnya Rafizi Ramli ini.


Klik imej untuk lebih jelas

Dilahirkan di Besut,Terengganu pada tahun 1977,Rafizi Ramli menerima pendidikan awal Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail,Kemaman, beliau kemudiannya menyambung pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tingkatan satu hingga lima.Ketika di MCKK,kepimpinan dan kebijaksanaan Rafizi terserlah apabila bergiat aktif dalam kokurikulum terutamanya dalam bahas selain sangat cemerlang dalam pendidikan sehingga mampu menjadi pelajar terbaik SRP dan SPM.Malah,pelbagai anugerah diberikan atas kecemerlangan beliau termasuk Anugerah Carey/Bolkiah dan Pingat Emas Kesatuan Pelajar.

Kecemerlangan Rafizi terbukti apabila belumpun diumumkan keputusan SPM,beliau telah mendapat biasiswa daripada Petronas dan Esso dalam Kejuruteraan Elektrik dan Geologi.Hasilnya,Rafizi menyambung pelajaran dalam A-level di Morrison's Academy,Scotland dan Ijazah dari Leeds University dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

Selain itu,Rafizi juga telah memulakan kariernya di Jeffreys Henry Chartered Accountants, London sebelum bekerja sebagai pengurus di beberapa buah anak syarikat Petronas dan Pharmaniaga Bhd.Untuk rekod, jawatan terakhir Rafizi pada masa sekarang adalah menjadi Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bermula pada tahun 2009.

Dalam bidang politik pula,Rafizi adalah Pengarah Strategik PKR dan Bendahari PKR Negeri Terengganu.Di peringkat cabang pula,Rafizi adalah Ketua Cabang PKR Kemaman.Oleh itu,pada pandangan penulis adalah wajar sekiranya Rafizi diangkat sebagai calon Pakatan Rakyat di Terengganu dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.Seperti yang diketahui umum,terdapat dua kerusi Parlimen buat PKR di Terengganu iaitu Kemaman dan Dungun.Secara autoritinya,mungkin Rafizi boleh menjadi calon PKR di Kemaman,namun itu bukanlah jalan selamat buat beliau memandangkan Kemaman adalah antara kubu Umno,malah Bahagian Umno yang mempunyai ahli teramai adalah di Bahagian Kemaman.

Oleh itu,kerusi terbaik buat Rafizi bagi penulis adalah di Parlimen Dungun sekiranya status quo PKR di Dungun masih dipersetujui oleh Pas.Dungun diketahui adalah antara satu kawasan terkuat Pas di Terengganu selepas Marang dan Kuala Terengganu,hampir sama kekuatannya dengan Parlimen Kuala Nerus.Untuk rekod,dalam Pilihanraya Umum yang lalu,Dungun ditandingi oleh calon luar iaitu Shamsul Iskandar manakala Kemaman ditandingi oleh Cikgu Faris Musa.Ataupun jika Rafizi hendak di bawa ke peringkat negeri pun, kerusi paling selamat buatnya mungkin adalah di Dun Bandar.

Apapun,penulis melihat bahawa kehadiran Rafizi dalam persada politik negara adalah sinar baru untuk politik negeri Terengganu.Sudah tiba masanya Terengganu menerima ahli parlimen yang berfungsi di Dewan Rakyat. Setakat dua penggal Umno menguasai banyak Parlimen di Terengganu,ternyata ahli Parlimen Terengganu sekadar menjadi pemenuh korum di Parlimen.Itupun mujurlah ada wakil Marang dan Kuala Terengganu,jika tidak senyap sunyilah suara Terengganu di Parlimen.

Semoga Rafizi Ramli terus cemerlang dalam karier politiknya.



Read more...

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP