This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

WUJUDKAN SEMANGAT IJOK DI TENANG...SEMATKAN SEMANGAT ALFATEH DI KONSTANTINOPLE

Monday, January 31, 2011

SEJARAH PENAKLUKAN BENTENG BYZANTINE (ROM TIMUR)

Kota Konstantinople kononnya dianggap sebagai antara kubu terkuat di dunia,warisan daripada Kerajaan Byzantine Timur. Walaubagaimanapun, kota tersebut akhirnya jatuh kepada Sultan Muhammad Al Fateh pada tanggal 29 Mei 1453.Mengapakah kubu tersebut dianggap antara yang terkuat dunia?Hal ini kerana kubu tersebut telah mula dikepung semenjak 6 April 1453,namun hanya mampu dibuka 54 hari kemudiannya. Sepanjang tempoh tersebut,pelbagai strategi telah digunakan Al-Fateh termasuk mengepung, membedil, membina menara bergerak,melastik pintu dinding,menembusi jalan laut sehinggalah kepada melakukan perkara yang di luar adat dalam perperangan.Untuk rekod,meriam Turki Uthmaniyyah ketika itu adalah antara yang terbaik dan terkuat,hasil ciptaan seorang yang bernama Orban.
Setelah terpaksa berperang dengan tentera bantuan Salibiyyah dari Eropah di laut,gagal membuka pagar berantai di Teluk Tanduk Emas, akhirnya satu tindakan yang di luar adat dan yang tidak pernah difikirkan musuh telah dilakukan iaitu dengan mengangkat kapal yang besar ke atas gunung,semata-mata melepasi pagar berantai di Selat tersebut.Dan inilah antara kunci utama kemenangan Al-Fateh di Konstantinople,yang akhirnya ditukar namanya kepada Islambol (sekarang dikenali sebagai Istanbul).

Maha Suci Allah yang menghidupkan insan hebat yang bernama Muhammad Al Fateh,seorang penakluk Agung, sebaik-baik Raja yang mempunyai Sebaik-baik Tentera.

+    +    +

KISAH LAMA DI IJOK

Pilihanraya Kecil Dun Ijok berlangsung tanggal 28 April 2007 berikutan kematian penyandang di kawasan tersebut,Mendiang Datuk Sivalingam A/L Arumugam Karuppiah.Ketika itu,Selangor adalah merupakan antara kubu terkuat Umno dan Barisan Nasional di Malaysia.Bayangkanlah,ketika itu,Dun Sifar Pembangkang telah hampir menjadi kenyataan kecualilah apabila Adun Sungai Pinang (DAP),Teng Chan Kim berjaya menjadi wakil tunggal dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Untuk rekod,dalam Pilihanraya Umum ke 11 pada Tahun 2004,Mendiang Siva telah berjaya memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan calon PKR,Abdol Raman Moharam dengan majoriti selesa sekitar 1649 undi.Sebelum itu,dalam Tahun 1999,calon DAP di sana juga tewas dengan majoriti yang lebih besar iaitu sekitar 3166 undi.Malah,Ijok boleh dikatakan antara kubu MIC di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Dalam Pilihanraya Kecil Ijok,satu nama baru dalam politik telah dinaikkan oleh PKR iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Dalam Pilihanraya tersebut,provokasi lawan tidak kurang hebatnya.Rakaman video Anwar menari diulang tayang berpuluh kali oleh RTM,kononnya Anwar sudahpun hilang budaya Islam dalam dirinya. Ketika itu,Anwar mula mendaki naik semula dalam arena politik negara setelah dibebaskan daripada tahanan penjara.Provokasi BN berterusan apabila rakaman video calon PKR,Tan Sri Khalid Ibrahim yang tersasul mengajak pengundi untuk mengundi Barisan Nasional juga diulang tayang,kononnya Khalid adalah calon tangkap muat yang telah diambil oleh PKR untuk bertanding dalam Pilihanraya kecil tersebut.

Seterusnya,Pilihanraya kecil tersebut juga memberi tamparan hebat buat PKR,apabila S.Nallakaruppan yang juga sahabat karib Anwar keluar parti setelah kecewa tidak dicalonkan dalam Pilihanraya Kecil tersebut memandangkan dia memang melobi untuk jawatan itu.Akhirnya,Nalla bertindak keluar parti dan menghentam Anwar dan PKR melalui pentas Barisan Nasional.Sedangkan,kredibiliti Tan Sri Khalid sebagai seorang ahli korporat yang berpengalaman dalam Kumpulan Guthrie langsung tidak dipandang oleh pengundi di Ijok pada masa itu.

Setelah keputusan Pilihanraya Kecil Dun Ijok diumumkan,kemenangan akhirnya berpihak kepada calon MIC, Cikgu K.Phartiban yang mendapat 5884 undi manakala Khalid pula hanya mendapat 4034 undi.Majoriti kemenangan Phartiban adalah sekitar 1850 undi.

Umno dan Barisan Nasional sesungguhnya cukup bongkak dan sombong dengan kemenangan tersebut. Maka,ramailah pemimpin ampu dan bodek mereka mengeluarkan fatwa mengatakan perjuangan PKR telah tamat.PKR telah ditolak pengundi dan sudah tidak lagi relevan.

Pun begitu,kata-kata sombong mereka setelah menang dalam Pilihanraya Kecil di Ijok ketika itu akhirnya memakan diri mereka sendiri setelah orang yang mereka hina berjaya mencipta gelombang kebangkitan sebelas bulan berikutnya.Malah,calon tangkap muat PKR di Ijok juga bukan sahaja telah berjaya memenangi kerusi Dun Ijok tetapi juga dilantik menjadi Menteri Besar bagi Negeri Selangor Darul Ehsan.

Slogan Sifar Pembangkang mereka juga telah menjadi sumpahan buat diri mereka sendiri apabila bukan sahaja pembangkang tidak menjadi sifar,sebaliknya mereka pula yang terpaksa menerima hakikat menjadi pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

INTERLOK : ALFATEH,KHALID IBRAHIM DAN NORMALA SUDIRMAN


Ijok dan Tenang tidak banyak berbeza.Dengan memiliki komposisi kaum yang bercampur,satu masa dahulu Ijok bukanlah harapan buat pembangkang.Satu ketika dahulu,DAP yang bertanding di kerusi terbabit sering tewas dengan majoriti yang besar,sekitar 3000 hingga 6000 undi.Sehinggalah gelombang reformasi timbul, majoriti tersebut semakin berkurang dan berkurang dan akhirnya berjaya ditawan oleh pembangkang.

Begitulah juga yang berlaku di Kota Istanbul.Gelombang serangan demi serangan,secara konsisten dan istiqamah akhirnya Al-Fateh berjaya juga membuka pintu kota Alkonstantin.Tenang dan Johor umumnya, masih dilihat jauh daripada gelombang kebangkitan.Pun begitu,gelombang kebangkitan rakyat di Johor mungkin akan timbul sedikit demi sedikit.Mungkin tidak dalam pilihanraya kecil kali ini,tetapi mungkin Pilihanraya Umum ke 13 atau ke 14.Siapa yang boleh menentukan qada' dan qadar Allah?

Seperti juga di Ijok,PKR tewas di kawasan yang tidak pernah dimenanginya itu.Malah,memang mereka sudah menjangkakan yang mereka akan tewas.Hasrat mereka untuk mengurangkan majoriti Barisan Nasional juga tidak tercapai seperti yang diharapkan.Lantas,apa kurangnya Tenang di mata Ijok?

Buat Cikgu Mala dan Pas Johor,jika anda membaca tulisan ini,teruskan berjuang,seperti Al-Fateh yang tidak kenal erti tewas dalam membedil benteng Byzantine.Sematkanlah Semangat Ijok,Insyaallah,kemenangan pasti di tangan orang yang beriman.

Hazman BA

1 ulasan:

tungkaran hati.blogspot January 30, 2011 at 5:48:00 PM PST  

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP