This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

UTUSAN MALAYSIA BERUBAH RENTAK UNTUK MENDAPAT UNTUNG

Tuesday, January 11, 2011

Tahun 2010 telah menyaksikan betapa syarikat akhbar harian prokerajaan,Utusan Malaysia mengalami kerugian yang mendadak di mana syarikat tersebut telah mengalami kerugian pracukai sebanyak RM10.682 juta untuk tempoh berakhir 30 September 2010 berbanding keuntungan RM1.707 juta dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Menurut jurucakap syarikat tersebut kepada Bursa Malaysia baru-baru ini, kerugian itu disebabkan kurangnya pendapatan pengiklanan yang menggalakkan menyebabkan pendapatan syarikat tersebut berkurang kepada RM244.564 juta berbanding RM253.847 juta tahun sebelumnya.

Apapun,tambah Utusan lagi,pihak mereka akan mencari jalan untuk mengatasi kerugian tersebut untuk tahun-tahun yang mendatang berdasarkan unjuran positif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada masa ini.

Walau apa jua alasan dan strategi yang diberikan oleh utusan bagi menutup kelemahan mereka itu,faktor pengiklanan mungkin memainkan peranan,tetapi lebih daripada itu adalah bagaimana hilangnya pengaruh Utusan sebagai satu media arus perdana yang berkesan pada rakyat.Punca utama yang paling jelas adalah bagaimana Utusan ini dilihat sebagai tidak lebih daripada alat propaganda Umno dan Barisan Nasional memandangkan syarikat tersebut dimiliki oleh Umno itu sendiri.

Utusan Malaysia dalam siri laporan harian selain kolum dan rencana yang disampaikan dilihat terlalu mengampu Umno dan pada masa yang sama menghentam dan memfitnah kerajaan Pakatan Rakyat. Di sinilah puncanya mengapa Utusan semakin rugi.Jika dahulu,Utusan Malaysia dilanggan di hampir kesemua jabatan negeri,kini empat buah negeri Pakatan Rakyat semestinya sudah tidak lagi melanggani akhbar tersebut disebabkan boikot ke atas Utusan.

Selain itu juga,Utusan Malaysia adalah antara akhbar yang dilihat terkebelakang,di mana pada waktu hampir kesemua akhbar harian menggunakan saiz yang lebih mesra pembaca,Utusan masih mengekalkan saiz lama yang sukar dibaca.Apapun,itu juga bukan isu yang sebenarnya.Perkara asas mengapa Utusan itu rugi adalah selagi mereka kekal dengan budaya tidak telus,bodek dan ampu,selagi itulah mereka akan terus rugi.

Adalah tidak salah menjadi akhbar milik Umno,tetapi Utusan perlu menyedari hakikat bagaimana entiti politik perlu dikurangkan dalam melaporkan berita,seperti yang dilakukan oleh akhbar The Star.Walaupun Star adalah milik MCA,namun penulisan dan laporannya yang berimbang menyebabkan akhbar tersebut menjadi pilihan utama pembaca aliran Inggeris di Malaysia.Utusan tidak boleh disamakan dengan Harakah kerana Harakah adalah bercorak kepartian,dan bukannya media arus perdana.

Apapun,penulis tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai kerugian Utusan Malaysia tersebut.Apa yang lebih menarik perhatian penulis adalah bagaimana terdesaknya Utusan dalam melariskan jualan akhbar mereka selepas mereka mulai rugi besar.

Seperti yang diketahui,Harian Metro adalah antara akhbar harian yang mendapat tempat di hati pembaca setiap hari.Kejayaan Metro ini bukanlah kerana isi yang disampaikan dalam akhbar tersebut,tetapi lebih kepada tarikan pembeli terhadap tajuk-tajuk hariannya yang sentiasa menimbulkan kontroversi dan mengghairahkan seperti kisah Janda,Hubungan Terlarang,Bahana Ubat Kuat Seks dan sewaktu dengannya.

Apa juga yang dapat menarik perhatian pembaca akan ditulis Harian Metro,tidak kiralah apa yang ditulis itu benar mahupun gimik semata-mata.Melihat kepada strategi Harian Metro yang menjadi itu,Utusan Malaysia dilihat mula untuk memasukkan berita-berita bersifat sensasi untuk melariskan jualan akhbar mereka.Mungkin tidak banyak,tetapi cukup untuk menarik perhatian para pelanggan akhbar harian.

Seperti laporan akhbar Utusan beberapa hari yang lalu,cukup sensasi dan menarik perhatian pembaca.

Tajuk berita Pelajar Rakam imej pelik boleh dibaca di sini.

IMEJ seolah-olah lembaga hitam tanpa muka sedang merenung
dirakamkan secara tidak sengaja oleh Safura, kelmarin.




Beberapa minggu sebelum itu pula,laporan sensasi yang sememangnya hanyalah jenaka di Internet sempena kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki turut menjadi modal laporan akbar Utusan Malaysia.

MU Lamar Khairul Fahmi?
Tajuk murahan untuk menarik perhatian peminat sukan
Baru-baru ini juga (dalam bulan Julai 2010 kalau tidak silap),Utusan Malaysia telah melaporkan berita kononnya seekor ular gergasi ditemui di Sungai Siput Perak.Walaubagaimanapun,Utusan Malaysia telah terkantoi menipu apabila laporan tersebut dinafikan oleh Jabatan Perhilitan sendiri.

Apapun,kisah hantu,Manchester United dan Ular mewarnai kerugian Utusan Malaysia kali ini.
Cuma ada satu jalan untuk Utusan kembali untung,bebaskanlah diri anda!


1 ulasan:

otaklunyai January 11, 2011 at 6:00:00 PM PST  

sudahlahhh melayu Oiiii... tak sedar ke bila beli akbar yang menyebarkan fitnah dapat saham dosa yang dibawa keakhirat... ini macam berjudi. apa tak nya duit kita tu depa guna untuk buat dosa, buat jahat, buat fitnah tak pasal2 kita sama bersubahat.

Perlu ke kita nak tau berita rogol, berita kemalangan, berita curi kalau faktanya pun tak tepat. lain akhbar lain ceritanya... yang ini laporkan gadis dirogol dan dibunuh, tapi yang lain laporkan gadis dibunuh sahaja... nampak tak bagaimana fitnah itu terpalit kepada kita yang membaca... dalam akhbar ni laporan nombor ekor je yang betul... dah terang perkara maksiat depa tip-top.

aku dah 14 tahun tak beli akbar2 songsang nih... tak da masalah pun... ini cuma kebiasaan saja, nak ubah tabiat baca akhbar tu memang susah bagi orang2 yang kurang berfikir... baik baca Al-Quran dapat berkat dan pahala. Alif-Lam-Mim pun Allah ganjarkan pahala yang berasingan...

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP