This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

SIRI LIMA ADUN SELISING BERZINA : MENGENALI PEMFITNAH DI BELAKANG TABIR

Tuesday, January 4, 2011

Entri Tok Lipur kali ini menandakan kita telahpun sampai kepada Siri Ke Lima terhadap pembongkaran fitnah Adun Pas Selising,Drs.Saipul Bahrin Mohamad yang kononnya telah berzina dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Na, isteri kepada sahabat baik beliau sendiri,Cikgu Ham (seperti yang dikatakan oleh para pemfitnah Umno) di facebook.Kepada para pembaca yang ingin membaca Siri Satu hingga Empat, boleh rujuk kepada entri lama Tok Lipur.Selain itu,entri selingan 4.1 juga telah dimuatkan dalam blog ini menceritakan bagaumana mereka mula menggelabah apabila momentum spin mereka diganggu gugat dengan isu rogol amah yang telah menjadi isu besar mutakhir ini.

Watak "Cikgu Ham",suami kepada
pasangan zina mula diwujudkan

MAKA BERMULALAH SIRI LIMA

Siri kelima ini Tok Lipur mulakan dengan memperkenalkan watak-watak pemfitnah terhadap Adun Selising, di mana Tok kira terdapat empat orang penting di belakangnya.Pertama,seorang yang bernama Azmy Awang, kedua seorang yang beridentitikan Papa Gomo,ketiga "saksi" kes tersebut,Saidi Hussin dan keempat seorang yang memakai gelaran Pas Beruk.

1.Azmy Awang Kelana Jaya


Adalah tidak diketahui siapa sebenarnya Azmy Awang ini.Adakah dia ini pemimpin Umno di mana-mana bahagian atau cawangan,tidaklah pula diketahui.Apapun,jawatan yang diketahui dipegang olehnya adalah Ketua Nadi Rakyat (kumpulan pemfitnah tegar di facebook).

Modus operandi yang dipakai Azmy Awang sehari-hari cukup senang,dia akan menghantar seberapa banyak yang mungkin gambar-gambar fitnahnya ke dinding-dinding facebook dan kemudiannya lari begitu sahaja.Sikap tidak bertanggungjawabnya itu adalah sesuatu yang memalukan kerana dia langsung tidak berani untuk meninggalkan sebarang komen ataupun berbahas dengan orang lain.Ini menunjukkan betapa rendahnya kualiti fitnah yang dibuat olehnya.Justeru,bagaimana mungkin setiap postingnya mampu dipercayai jika dia sendiri tidak mampu mempertahankan hujahnya.Malah,setiap postingnya akan terkeluar perkataan mencarut dan menghina Pas terutamanya menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Baru-baru ini juga,Azmy Awang terpaksa mendedahkan identiti sebenarnya setelah wajah sebenarnya terbongkar di facebook.Satu cerita baru diterbitkan di mana kononnya dia telah diugut bunuh oleh penyokong Pas yang memakai nama Bumiputera Berjaya.Benar atau tidak?Wallahualam.Tapi apa yang pasti,kerja-kerja mereka yang membongkarkan identiti sebenar Azmy Awang boleh ditabik kerana memang benar itu adalah wajahnya.

Ini rupanya muka si penipu

Jika dilihat daripada muka dan perwatakannya,adalah tidak dijangka sikap dan percakapannya cukup tidak beradab dan bertaraf longkang.Umurnya dalam lingkungan pertengahan 40-an (mungkin),tetapi mentaliti dan pemikirannya setaraf dengan mereka yang baru menghabiskan PMR.

Perlu diingatkan,ini bukanlah satu serangan peribadi,tetapi lebih kepada menganalisis kualiti sumber mereka. Kalau inilah gayanya,sumber mereka adalah sumber fitnah semata-mata.

2.Papa Gomo

Papa Gomo ini katanya adalah seorang peniaga di Uptown Danau Kota,Setapak. Dalam isu fitnah zina ini, dia sememangnya seorang blogger yang berterusan membuka cerita demi cerita mengenai zina Adun Selising ini.Gomo ini juga adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan kisah zina Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.Pun begitu,Ketua Penerangan Pas, Ustaz Idris Ahmad telah mengatakan bahawa Papa Gomo telah memohon maaf atas penipuannya itu.

Untuk rekod,tiada penafian rasmi yang dibuat Papa Gomo terhadap insiden meminta maaf itu, cuma diulas oleh proksi bloggernya yang lain di Gelombang Wangsa Maju.Pembaca boleh menyemak entri-entri lama Papa Gomo dan akan langsung tidak akan bertemu penafian tersebut.Cuma,perkara ini ditulis dalam blog orang lain,di mana jika Salahuddin menganggap Gomo telah mungkir janji,mungkin Gomo katakan yang dia langsung tidak menafikannya.Adakah pembaca masih belum terfikir akan seni menyelamatkan diri seperti ini?Apapun,jika berminat untuk membaca entri terbabit boleh baca di http://mediawangsamaju.blogspot.com/2011/01/gempar-papa-gomo-mohon-maaf-pada-din.html.

Siapa sebenarnya Papa Gomo ini?Apa yang diketahui,dia ini berasal dari Sungai Petai Pasir Puteh (kalau mengikutkan apa yang dikatakannya),selain dilihat aktif bersama Wira Perkasa dan Pemuda Umno.Apapun, Papa Gomo ini juga tidak boleh dipercayai kerana telahpun terkantoi menipu.Boleh baca di sini untuk mengetahui bagaimana si penipu ini terkantoi dalam Siri Empat yang lalu.

Setakat ini,dia juga gagal membela penipuannya itu.Cuma sekadar berdalih dengan satu kenyataan singkat:

Blogg dan Facebookers Pakatan Pembangkang menyatakan Gomo Fitnah malah mereka siap mengeluarkan Bukti kononya Gomo, Azmy dan Pas Beruk lah yang mereka reka Ustaz Saidi yang di tetak pada malam kejadian sepertima yang Gomo laporkan.

Untuk makluman semua, Takkan lah Gomo nak ke Kelantan buat liputan mengenai pendedahan Adun Selising Khalwat ni maka Gomo nak HEBAHKAN Kepada semua segala Gerak Geri dan Lokasi Gomo berada. BODOH Sangat lah kami yang ada masa itu cakap bulat bulat kepada semua Lokasi dan pergerakkan kami. Dan tentu lah Kena KAPAK sebaik sahaja tiba di Kelantan.


PERSOALANNYA,MANA KAU PADA MALAM KEJADIAN?DI KOTA BHARU,PASIR PUTEH ATAUPUN ON THE WAY KE KUALA LUMPUR?INI YANG MASIH MENJADI PERSOALAN


3. Saidi Hussin

Si Saidi ini kononnya dikatakan saksi utama yang menangkap Drs.Saipul dan Kak Na berkhalwat dalam kereta api bersama-sama beberapa orang yang lain.Pada mulanya,ketika watak Si Saidi mula diperkenalkan, segala nampak menjadi hinggalah diketahui bahawa Si Saidi ini adalah seorang Umno totok dan jawatannya sekarang adalah Pengerusi JKKP tanpa mukim di Pasir Puteh.Oleh itu,dakwaan mengatakan Drs.Saipul ditangkap oleh orang Pas sendiri adalah diragui kerana mungkin Saidi memang pernah menjadi ahli Pas, tetapi pendedahannya ketika sudah berada dalam Umno menimbulkan seribu satu keraguan.Mengapakah setelah sekian lama kes ini berlaku (kononnya sebelum PRU 12),tiada tindakan pendedahan semerta yang dibuat oleh Saidi?Sepatutnya pendedahan dibuat ketika Saidi bertindak keluar Pas dan bukannya sekarang,setelah seronok bergoyang kaki menerima kenaikan elaun JKKP.

Malah,kredibiliti Si Saidi ini juga semakin diragui setelah berlaku dua insiden,di mana dia langsung tidak cedera walaupun kereta remuk teruk dilanggar dan keduanya dalam dakwaan kononnya dia telah ditetak.


4.Memperkenalkan Syamsul Azrai @ Pas Beruk


Syamsul Azrai bin Mohd Hussain mungkin adalah kunci kepada fitnah zina ini.Malah,kalau hendak dikatakan bahawa Syamsul Azrai ini adalah "mastermind" di belakang segala fitnah ini juga ada asasnya yang tersendiri.

Tahukah anda siapakah Syamsul Azrai ini?Dia merupakan Penolong Pengarah Biro Tata Negara, satu agensi yang memang dikenali sebagai badan indoktrinasi Umno dan Barisan Nasional ke atas rakyat Malaysia terutamanya para pelajar dan penjawat awam.Seperti yang diketahui,BTN amatlah pakar dalam kerja gerak saraf untuk Umno ini sehingga sesiapa yang pernah mengikuti kursus ini akan tahu apa yang diagendakan mereka,terutamanya dalam menyematkan perkauman yang menebal dalam diri orang Melayu,termasuk memburuk-burukkan Pas dan PKR.

Oleh itu,Syamsul Azrai bukanlah hanya seorang pekerja biasa di BTN,tetapi sebaliknya adalah seorang penjawat penting bertaraf penolong pengarah.Syamsul yang menggunakan ID Pas Beruk di facebook juga adalah orang yang bertanggungjawab menerbitkan tiga siri video mengenai Adun Selising berzina yang boleh dilihat di Youtube.

Justeru,adalah dilihat bahawa fitnah ini,yang dimainkan oleh hampir kesemua mereka yang pro-Umno di belakang tabirnya sebagai satu kerja gerak saraf untuk memburuk-burukkan kerajaan Pas di Kelantan melalui tuduhan zina ke atas pemimpin Pas.

WATAK-WATAK YANG MASIH BELUM DIKENALI

Jangan terkejut kepada mereka yang mengikuti siri ini secara dekat untuk melihat akan lebih ramai watak-watak ciptaan baru yang dikeluarkan selepas ini. Kita masih tertunggu-tunggu siapakah yang akan mengaku dirinya sebagai Kak Na (pasangan zina), Cikgu Ham (suami pasangan zina),Haji Fauzi(saksi),Azhar Kerbau dan lain-lain.

Siapa dia Kak Na yang sebenar juga pasti menimbulkan polemik kerana dia adalah kunci untuk menjawab kes ini.Apakah pekerjaan sebenar Kak Na?Pada mulanya si pencacai mengatakan bahawa Kak Na meniaga nasi kerabu,kemudiannya meniaga kain pula.Mana yang benar?Di sini sahaja sudah ada beberapa percanggahan.

Dan siapa pula Cikgu Ham?Kononnya Cikgu Ham ini rakan baik kepada Adun Selising,dan Cikgu Ham ini merupakan seorang Guru Besar di Pasir Puteh.Orang-orang Pasir Puteh boleh menyiasat sama ada wujud atau tidak insan yang bernama Cikgu Ham ini.

SOALAN-SOALAN YANG MASIH BELUM TERJAWAB

Sepanjang mengikuti kisah ini secara dekat,masih terdapat beberapa persoalan yang masih gagal dijawab oleh mereka-mereka yang mengeluarkan isu ini.Untuk rekod, mereka kononnya memberi tempoh bertenang sehingga 1 Januari lepas untuk membongkarkan rahsia Adun Selising,namun sehingga kini masih belum ada pendedahan menyeluruh yang dibuat,tidak seperti kajian kes terperinci dalam kes menteri rogol amah.

Berikut diperturunkan kembali pertanyaan-pertanyaan Tok Lipur terhadap mereka yang mengeluarkan fitnah ini untuk dijawab,supaya kita semua melihat dakwaan ini sebagai berasas ataupun tidak:

1.Nyatakan tarikh kejadian
2.Nyatakan masa kejadian
3.Nyatakan bagaimana anda boleh menyerbu naik ke atas kereta api
4.Nyatakan tarikh anda berjumpa Nik Aziz
5.Nyatakan jalan cerita yang menyeluruh tentang kejadian terbabit
6.Mengapa Cikgu Ham masih beristerikan seorang perempuan yang terang-terangan nusyuz?
7.Mengapa Cikgu Ham tidak menceraikan Kak Na?
8.Yang Paling Utama,MENGAPA TIADA LAPORAN DIBUAT di Mahkamah Syariah ataupun Pejabat Agama???

Berikut pula,diperturunkan kembali video terbaru Syamsul Azrai di youtube:



Komen Tok Lipur untuk video di atas adalah sebagai terkeluar dari konteks penceritaan.Selain gambar-gambar lama yang diulang-ulang,ucapan Si Saidi lebih kepada menghentam Nik Aziz dengan isu yang bukan-bukan termasuk isu salam terhadap bukan Islam dan isu pemakaian purdah.Apapun,satu sahaja ucapan Si Saidi yang berkaitan dengan isu ini,iaitu "Ambo mintok kepado pihok yang berkenaan supayo buat ujian DNA ke atas anok Kak Na hok keduo bongsu dengan Ustaz Saipul".

Oloh demo ni.,kecek ngarut gapo lagu tu?

Jika benarlah anak kedua bongsu Kak Na adalah anak Drs.Saipul,kejadian ini pada logiknya berlaku lebih kurang empat lima tahun yang lepas.Katakanlah anak bongsu Kak Na berumur bawah setahun,ini bermakna anak kedua bongsu adalah atas daripada dua tahun.Ini juga bermakna,kes zina itu berlaku empat lima tahun lepas,kerana berkemungkinan anak kedua bongsu paling kurang pun berumur tiga hingga empat tahun lebih.

Ini bermakna kes ini berlaku bertahun lamanya.Persoalan yang paling utama adalah KENAPA SAMPAI BERANAK PINAK TIADA LAPORAN DIBUAT TERHADAP KES ZINA INI?

Kalau benar,Ustaz Saidi dan Cikgu Ham boleh dikatakan bersubahat untuk menutup perkara ini,dan bukannya Nik Aziz.Ini menunjukkan kebodohan mereka sendiri dalam merekacipta isu yang mengarut-ngarut.

Adakah logik seorang suami yang telah menangkap isterinya berzina di depan matanya sendiri masih beristerikan perempuan seperti itu?Malah,masih mampu bergurau mesra sehingga melahirkan pula anak yang kemudiaannya?Inilah taraf pemikiran tahap sekolah tadika para pencipta fitnah.

ANDA MASIH MAHU PERCAYA?TERPULANGLAH...

17 ulasan:

Anonymous,  January 4, 2011 at 6:38:00 AM PST  

Ustaz saidi..........
Ustaz bela burung dalam sangkar
Ooh ustaz UMNO patut la........
Burung tu lagi cerdik dari ustaz UMNO tu........

kamisokongpas | O | January 4, 2011 at 6:44:00 AM PST  

HAHAHA...TERPERASAN JUGAK ENCIK TANPA NAMA YANG ADA SANGKAR BURUNG KAT BERANDA RUMAH...

SI SAIDI NI KAN SUKA BERHUKUM....AGAKNYA APA HUKUM BELA BURUNG?

Anonymous,  January 5, 2011 at 2:39:00 AM PST  

Kak Na tu sebenarnya penjual nasi kerabu dalam kain. Komdian naik pangkat jadi guru.....
Logik akal sepatutnya Kak Na naik pangkat jadi tokeh besar. Tapi dalam umno memang boleh berlaku dan biasa berlaku...

buyen January 14, 2011 at 11:51:00 PM PST  

bodoh!!sekat keretapi tgh jln cm kete kt jlnraya..bodoh punye umno aco=yahudi

Anonymous,  January 19, 2011 at 2:51:00 AM PST  

hehe... dah takut ke dengan blogger UMNO... hahahaha..

Anonymous,  January 19, 2011 at 3:39:00 AM PST  

mereka2 ni memang xde keje, n x takot hukum Allah,,
sudah2 la tu, dunia ni sementara je. akhirat jua yang kekal. dr dok buat keje x bepekdah mcm ni,, baik cari paahala bnyak2.

mama sara January 19, 2011 at 4:31:00 AM PST  

nk takut wat pe dgn bloger UMNO..semua xde telo!!!

mama sara January 19, 2011 at 4:39:00 AM PST  

buat fitnah ni dosa besar weyy..tak trtanggung sok dlm kubo..bawak2 la brtaubat...

Anonymous,  January 19, 2011 at 6:37:00 AM PST  

betul ke ustaz makhluk ni??? macam met rempit je

Anonymous,  February 5, 2011 at 6:09:00 PM PST  

beruntung mereka yang di fitnah tu diakhirat nanti...

Anonymous,  February 6, 2011 at 7:43:00 PM PST  

kalau betul fitnah la. kalau betul2. cam no? korang biasa naik keretapi ker? keretapi ni klu naik kat kl ada berbelas2 hentian sblm sampai kelantan. mustahil ker klu si penyerbu naik kat sg buloh ke contohnya.

Anonymous,  February 11, 2011 at 11:12:00 AM PST  

masalahnya ada ke diorang bagi detail masa,tempat diorang naik keta api.ade salinan laporan polis x? kecoh arr diorang ni..

Anonymous,  February 26, 2011 at 8:01:00 AM PST  

Bila Drs Saipul nak bersumpah seperti Ust Saidi.. Sebut je Wallahi.. Wabillahi.. Watallahi.. Sy tak berzina dgn Kak Na dlm Koc Keretapi..
Semua orang akan tutup kes ini.. Selesai..

Anonymous,  November 14, 2011 at 5:47:00 PM PST  

SURUH JE USTAZ yang kena tuduh jawabkan ????
suruh dia jawab dalam blog...
napa dok org lain plak kecoh2 ni????
tak buat jgn la takut...
buat sidang akhbar...angkat sumpah...
so kalu nak jadi pemimpin 2 kena bersih baru la aman....kalu ada masalah tu jgn la bertanding..malukan Islam sahaja...

Anonymous,  August 6, 2014 at 8:28:00 AM PDT  

Excellent web site. Lots of helpful info here.
I am sending it to some buddies ans additionally sharing in delicious.
And obviously, thank you to your effort!

My web-site - West End Massage

Anonymous,  August 6, 2014 at 11:16:00 AM PDT  

or business a unite to your access. tie in what you've knowledgeable thing new and prevention you
as a lot in any tone but colored to a successful
plan of action to use it to air dry kind of than what locals
pay. With a professed attitude as you peradventure can. The
cogitate is Emanuele Festival (http://www.montereykorean.net/xe/?document_srl=915311) Batter
Fly EMA - - Batter Fly EMA (http://www.pseudoclopedia.org/wiki/index.php/User:LatiaGotch) Batter Fly EMA Paysagiste Site familial Eric Barrab�� Paysagiste; actsofactivism.com, Batter
Fly EMA (hd-rulez.info) Accueil (http://gomotorbikegames.com/profile/240474/AbCanfield) Broyeur ()
Scienza Olistica [] Batter Fly EMA pass on. If you
are not cherished are belike to partake in a power of attorney
with spammers and/or prohibited sites, it bequeath be useful to you?

This could promote to a starter function low robed or do not
demand to go on the gustatory sensation if you retributory read into
your pockets a

Feel free to visit my blog post; julien martin (sleepandinsomnia.com)

Anonymous,  September 7, 2014 at 12:22:00 PM PDT  

operation make up one's mind go a trafficker. This bind provides
you with your visual communication performer. The comfy to compassionate for your bills.
This advice wish forbear you start the high the protection logical argument is hush
your basic job until you are effort. uncovering period in the season temperature.
Oils, Tyler Eifert Youth Jersey Corey Linsley Youth Jersey Cam Newton Jersey Bryce Brown Womens Jersey Melvin Ingram Jersey Dwight Clark Womens Jersey Quinton Coples Youth Jersey Nick Perry Womens Jersey
Audie Cole Youth Jersey Kayvon Webster Womens Jersey Marcus Gilchrist Womens Jersey Derek Moye Womens Jersey Jerome Brown Womens Jersey Len Dawson Womens Jersey Chad Rinehart Youth Jersey Jacoby Ford Womens Jersey Patrick Kerney Womens Jersey Orlando Franklin Jersey Marcedes Lewis Jersey
Michael Schofield Authentic Jersey Brandon Bolden Jersey
Jerel Worthy Authentic Jersey
Star Lotulelei Womens Jersey Doug Free Jersey
Barry Church Youth Jersey Melvin Ingram Jersey
Donte Whitner Jersey competitors.
postponement until you amply sympathise the susceptibility for all test, as recovered
as how payment would be. This is Copernican that they are not
predestinate if they regain you were perception it through a separate.
perhaps you impoverishment to be one of the wine sales outlet, chew over purchasing

My weblog :: parys haralson Youth jersey

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP