This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

SESI BERKENALAN DENGAN YAHYA BIN KHATIB MOHAMAD

Monday, January 3, 2011

Yahya bin Khatib Mohamad mula meningkat naik dalam karier politiknya di Terengganu apabila memenangi kerusi Dun Pengkalan Berangan pada tahun 2004,setelah menewaskan Exco Kerajaan Pas Terengganu,Haji Mustafa bin Ali dengan majoriti 1371 undi.Dalam Pilihanraya Umum ke 12 pula,anak Khatib berjaya mempertahankan kerusi ini dengan kelebihan 930 undi,menewaskan calon Pas Mohamad bin Deraman.Untuk rekod,Dun Pengkalan Berangan ini menjadi sasaran Pas dalam Pilihanraya Umum ke 13 bagi memperoleh majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Yahya sebelum ini tidaklah begitu menyerlah dalam arena politik Terengganu,ditambah pula dengan kawasan yang diwakilinya itu juga jarang-jarang mendapat tempat dalam arus berita perdana.Dun Pengkalan Berangan yang dahulunya dikenali sebagai Dun Mercang dalam Parlimen Dungun telah dipersempadankan semula pada tahun 1995,menyaksikan N20 Pengkalan Berangan mempunyai 12 buah peti undi merangkumi kawasan yang agak besar,bermula dengan Jambu Bongkok di sempadan Marang-Dungun,menganjur ke arah Mercang di sebelah pantai dan bergerak pula sehingga ke pedalaman Marang iaitu kawasan Wakaf Tapai yang bersempadanan pula dengan Hulu Terengganu.Pengkalan Berangan dianggap sebagai sebuah kawasan perkampungan tradisi,kecuali selepas kewujudan sebuah pekan kecil di Wakaf Tapai.Sebelum ini,kawasan tersebut hanyalah terkenal dengan perusahaan jagung di Mercang yang menjadi laluan utama dari Dungun ke Kuala Terengganu.

Yahya Anak Khatib sendiri bukanlah pemimpin Umno tersohor di Terengganu sebelum ini.Nama beliau tidaklah sebaris dengan panglima perang Umno yang lain seperti Din Adam,Rosol Wahid ataupun Wan Hisham Wan Salleh.Malah,ketika di zaman Idris Jusoh,Yahya hanyalah sekadar seorang Adun biasa yang tidak memegang jawatan untuk mana-mana pengerusi portfolio negeri.

Apa yang boleh diperkatakan,Yahya adalah seorang yang beruntung dalam krisis politik dalam Umno itu sendiri.Gajah sama gajah berjuang,pemburu juga yang untung.Tatkala krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu dengan istana tiga tahun yang lepas,jumlah Adun Umno di Terengganu terpecah dua,satu pro Idris (yang menjadi geng sepuluh budak hitam) dan sebelah pihak lagi adalah Adun-adun daripada proksi Ketua Bahagian yang tidak dicalonkan.Oleh sebab kedudukan itu terpecah-pecah,maka Ahmad Said dilihat sukar untuk memilih pasukan terbaiknya bagi membentuk barisan exco kerajaan negeri,lalu beliau terpaksa mengambil sahaja mana-mana Adun yang tidak pro Idris untuk menjadi exco secara tangkap muat. Untungnya,Yahya akhirnya dilantik menjadi Exco Pembangunan Insfrastruktur Negeri,satu jawatan yang dilihat agak penting setaraf dengan Menteri Kerjaraya di peringkat Persekutuan.

Semuanya masih lagi biasa-biasa buat Yahya sehingga beliau bertindak mencabar kedudukan Datuk Abdul Rahman Bakar sebagai Ketua Umno Bahagian Marang.Seperti yang diketahui,Rahman Bakar adalah proksi kuat Ahmad Said yang merupakan geng-geng Ketua Bahagian yang disingkirkan Idris sebelum ini.Mungkin kerana melihat bahawa peluangnya cerah untuk naik di Bahagian Marang,Yahya mengenepikan amaran Ahmad Said supaya exco negeri tidak mencabar kedudukan ketua bahagian atau berdepan dengan tindakan dilucut daripada jawatan exco.Walaubagaimanapun,Yahya membuat tindakan "keras keng" (tindakan berani) dengan bertanding dan akhirnya menang.

Mungkin disebabkan "murka" Ahmad Said terhadap Yahya telah berlaku,beliau telah bertindak merombak barisan exconya,satu tindakan yang lembut sedikit berbanding memecat Yahya.Menteri Besar Terengganu itu telah bertindak menurunkan pangkat Yahya daripada seorang exco yang agak penting kepada jawatan yang lebih rendah iaitu Exco Kebajikan,Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri.Rombakan itu memberi signal bahawa Ahmad Said sebenarnya masih murka dengan Yahya kerana sanggup menjatuhkan orang kuatnya di Marang.

Ini juga memberikan kita satu gambaran bahawa Ahmad tidak suka kepada Yahya,anak kepada Khatib.

BERITA BERSEJARAH YANG MENGEJUTKAN

Segalanya masih biasa-biasa sahaja dalam perkembangan politik Terengganu daripada pengamatan penulis kecuali sehingga diumumkan perlantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno di seluruh negeri termasuk di Terengganu.Perlantikan Ahmad sebagai Pengerusi sememangnya telah dijangkakan namun regu timbalannya itulah yang menimbulkan sedikit tanda tanya.Penulis menjangkakan seorang pemimpin pro Idris yang menduduki kerusi tersebut kalaupun tidak diletakkan Idris sendiri di kerusi tersebut. Sepanjang pengamatan penulis terhadap politik di negeri kelahiran sendiri,tidak pernah terfikir bahawa Yahya akan mampu melonjakkan dirinya ke suatu tahap yang agak tinggi dalam politik Umno negeri,lebih-lebih lagi berjaya melangkau kekananan Ketua Bahagian Umno yang lain.Malah,ramai yang menyangka bahawa Nasir Ibrahim Fikri ataupun Tengku Putera yang bakal naik ke jawatan tertinggi Umno negeri.

Tindakan melantik Yahya ini tidak diketahui sama ada satu tindakan berkompromi pihak-pihak yang bertelagah ataupun tidak.Kalau ya, mungkin ada asasnya.Idris dan hulubalangnya langsung tidak memberi komen ataupun protes terbuka terhadap pemilihan Ahmad seperti yang berlaku kepada Shahidan di Perlis. Persoalannya,adakah Yahya direstui Ahmad ataupun beliau direstui Idris?Atau mungkin juga beliau hadir dari jalur tengah,bertindak berkecuali terhadap kedua-dua belah pihak?

Apapun,sesuatu yang menarik pasti berlaku dalam pilihanraya umum ke 13 nanti,mungkin bakal menyaksikan penyembelihan pihak-pihak pro-Idris seperti Adun Paka,Telemong,Adun-adun Setiu dan lain-lain.Idris mungkin telah selesa di kerusinya di Majlis Amanah Rakyat (MARA) tetapi bagaimana pula nasib yang lain-lain?Sesungguhnya mereka semua telah termakan sumpah Hadhari mereka sendiri.

MENGENALI YAHYA DARI PERSPEKTIF RAKYAT BIASA

Yahya bukanlah seorang exco yang baik.Ini adalah pandangan penulis terhadapnya.Gaya percakapannya dalam Dewan Undangan Negeri dilihat agak bersentimen dan bersifat kebudak-budakan dalam menjawab soalan wakil-wakil Pas dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Suatu masa dahulu,Yahya ketika bangun menjawab ucapan Haji Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) sebelum itu,mengeluarkan satu ucapan yang bertaraf mentaliti kedai kopi daripada seorang exco di mana menganggap kejadian bangunan runtuh di sana-sini di negeri Terengganu adalah tanda rahmat kepada rakyat negeri Terengganu,dengan membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional membina banyak bangunan berbanding kerajaan Pas pada tahun 1999.

Kenyataan Yahya itu walaaubagaimanapun mengelak untuk menjawab persoalan sebenar mengapa terlampau banyak bangunan runtuh di Terengganu.Yahya memilih untuk menghentam Pas berbanding tanggungjawabnya menjawab sebagai seorang exco dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu.Mentaliti Yahya adalah hampir serupa dengan Ahmad Said yang pernah mencabar Abdul Wahid untuk bergaduh di luar dewan pada penggal Dun yang lepas.Oleh itu,daripada hampir sepuluh orang exco yang berada dalam barisan kepimpinan negeri sekarang,rata-rata mereka memiliki pemikiran bersikap tidak well-educated dan lebih bersikap bersentimen semata-mata.



Seterusnya,nama Yahya juga telah tersohor dalam kalangan rakyat Terengganu beberapa tahun lepas apabila anak lelakinya dikhabarkan telah ditangkap khalwat di Taman Selera Batu Buruk pada tahun 2006. Khabarnya penulis blog tersebut memaklumkan kes tersebut telah difailkan di mahkamah syariah Terengganu namun tidak pula diketahui sejauh mana kebenarannya.

Apapun,Yahya sebagai seorang exco adalah seorang yang gagal.Pada masa beliau memegang jawatan exco insfrastruktur,bangunan runtuh kerap dilaporkan di Terengganu.Walaupun kes tersebut adalah legasi tinggalan Idris Jusoh (di mana exco insfrastruktur ketika itu adalah Wan Hisham Wan Salleh (Umno- Ladang) ),tetapi tindakan Yahya dalam ucapannya dalam Dun Terengganu yang mengatakan bangunan runtuh satu rahmat membuktikan kegagalan beliau untuk respons dan bertanggungjawab dalam isu tersebut.

Kini,Yahya adalah exco Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat.Yahya dilihat gagal melakukan tugasnya dengan baik di mana dengan peruntukan terbesar yang diterima Terengganu dalam bajet setiap tahun masih lagi belum mampu menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri Terengganu di tangga kedua keseluruhan selepas Sabah. Malah,pembangunan masyarakat apakah yang boleh dibanggakan Yahya setelah keruntuhan moral di Terengganu makin teruk di mana bukannya generasi ulul albab yang dilahirkan,tetapi lebih kepada GENERAK-Generasi Rosak Akhlak.

Apapun,sama-samalah kita memerhatikan perjalanan Umno Terengganu di bawah Ahmad dan Yahya. Selamat maju jaya.

1 ulasan:

goodlistener January 3, 2011 at 9:24:00 PM PST  

Layak kah Parti Aaran Sesat untuk memerintah malaysia, kalate yg sekecil itu pun selepas 20 tahun telah gagal untuk dimajukan.Setelah 20 thn Pasti Ajaran Sesat memerintah , dok macam tu je, pehabis harta rakyat adalah. Semoga org kalate sedar bahawa kita perlu pembangunan demi kesejahteraan hidup bukan dok dengar ceramah yg berapi api drp pemimpin Parti Aaran Sesat tapi keje tak pandai dan keje tak tahu.Susah la

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP