This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

PRK TENANG BUKANLAH PENENTU NASIB PAS ATAU UMNO TETAPI LEBAI SOLEX

Wednesday, January 26, 2011

P142 Labis mungkin boleh dianggap sebagai kubu selamat Barisan Nasional di negeri kelahiran Umno tersebut. Parlimen Labis secara tradisinya pernah melahirkan nama-nama pemimpin penting negara termasuk Tun Musa Hitam,Tun Dr.Ling Liong Sik dan terbaru Datuk Seri Chua Soi Lek.Malah,jika diamati dengan lebih dekat, kerusi Parlimen Labis adalah kerusi yang pernah dipegang oleh dua orang Presiden MCA termasuk Chua dan Ling.Malah,seorang lagi Presiden MCA,Ong Ka Ting juga berkubu di Parlimen Kulai Johor.Termasuk Ong dan Ling,kedua-duanya adalah anak kelahiran Perak,namun keduanya telah bertanding di Johor,membuktikan betapa Johor adalah tempat menyelamatkan nama-nama besar politik dalam Barisan Nasional.

Sebelum ini,Parlimen Labis yang pernah ditandingi Umno akhirnya menjadi kerusi tradisi MCA.Dalam Pilihanraya ke 12,Chua walaubagaimanapun tidak bertanding setelah dimalukan dengan skandal video seksnya setahun sebelum itu.Tempat Chua itu telah digantikan dengan meletakkan anaknya Chua Tee Yong (Chua Jr) sebagai calon di Parlimen Labis.Barang ditakdirkan Allah,Chua Jr akhirnya berjaya mengekalkan legasi MCA di Labis walaupun mengalami pengurangan undi sekitar hampir 3000 undi.Pun begitu,adalah hampir pasti bahawa Chua Soi Lek akan mengambil kembali kerusi yang telah dipegangnya sebelum ini dari tangan anak lelakinya itu sendiri.

Walaupun berlaku perubahan undi Cina secara besar-besaran di seluruh Semenanjung,kawasan Parlimen Labis masih terselamat,di mana momentum peralihan tidaklah sebesar mana, cuma sekitar 3000 lebih undi sahaja.Malah,MCA masih berjaya mengekalkan Dun Bekok yang mempunyai hampir 60 peratus pengundi Cina dengan majoriti 1944 undi.

Justeru,Pilihanraya kecil kali ini di Dun Tenang bukanlah pertembungan bagi menentukan untung nasib Pas mahupun Umno,tetapi lebih kepada menilai nasib Soi Lek sebagai seorang Presiden parti MCA. Kemenangan Pas mahupun Umno tidaklah mengubah kedudukan kerajaan yang memerintah,tetapi lebih kepada menilai perubahan undi kaum Cina terhadap MCA.Oleh itu,di sini penulis menganggap terdapat DUA asas penting yang sangat-sangat merisaukan Soi Lek@Lebai Solex iaitu:

1.Membuktikan Kemampuan dan Kredibiliti Beliau sebagai Presiden MCA
2.Membuktikan Bahawa Undi Cina sudah kembali kepada MCA

Sebenarnya,sebulan sebelum Pilihanraya Kecil ini berlangsung,satu artikel awal telahpun ditulis oleh penulis mengenai Chua Soi Lek iaitu Sekilas Pandang di Dun Tenang : Chua Soi Lek VS Mazlan Aliman .

CABARAN SATU
Membuktikan Kemampuan Dan Kredibiliti Sebagai Presiden


Ramai yang telah sedia maklum,bahawa wujudnya pelbagai puak dalam MCA yang membawa kepada krisis kepimpinan sebelum ini.Krisis tersebut berlaku adalah tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kekalahan terbesar MCA dalam Pilihanraya Umum 2008 di kerusi-kerusi yang ditandingi yang membawa kepada perletakan jawatan Presidennya sebelum itu,Ong Ka Ting. Pengganti Ong,Ong Tee Keat pula dilihat tidak mampu menangani krisis dalaman mereka sendiri apabila beliau bertindak memecat Chua Soi Lek daripada jawatan Timbalan Presiden.Pertikaian demi pertikaian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya EGM dan pemilihan semula parti yang mengangkat Lebai Solex sebagai Presiden.

Cabaran pertama Lebai Solex di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor berkecai setelah MCA gagal menarik sokongan daripada pengundi Cina sehingga mereka tewas teruk di peti undi kaum Cina.Di Galas pula, walaupun terdapat tanda-tanda sokongan pengundi Cina kembali kepada Barisan Nasional apabila mereka menang di keempat-empat peti undi majoriti Cina di sana.Walaubagaimanapun,perkara tersebut tidak boleh dijadikan asas kerana jumlah pengundi Cina di Galas tidaklah sebesar jumlah di Dun Tenang.

Perlu juga disedari bahawa dengan cara ini sahajalah kita boleh menilai tahap kepulihan MCA daripada tsunami 2008 memandangkan mereka tidak pernah langsung terlibat dengan siri pilihanraya kecil selepas tahun 2008.Untuk rekod juga,kali terakhir berlakunya pilihanraya kecil yang melibatkan calon MCA adalah pada tahun 2007 di Dun Machap,Melaka.

Kali ini pula,dengan berlakunya pilihanraya kecil di kubunya sendiri,sudah tentu Lebai Solex tidak mahu dimalukan dengan kekalahan di tiga peti undi majoriti Cina dalam Pilihanraya Umum yang lalu di Tenang.Jika ini masih berlaku,maka karier politik Solex sebagai Presiden akan gelap dan dipertikaikan musuh dalam selimut."Tengoklah,kampung sendiri tidak terjaga,inikan pula menjaga negara."Mungkin itulah yang bakal diperkatakan proksi-proksi utama Tiong Lai,Tee Keat mahupun Ka Ting selepas ini.

Apa yang penting,apabila sampai ke satu tahap di mana Solex dipertikaikan,maka yang paling untung adalah Tiong Lai.Sesungguhnya beliau sangat bijak menangguk di air yang keruh.Lihatlah sahaja bagaimana dalam krisis terdahulu.Ong sama Chua bergadung,Tiong untung di tengah-tengah.

Justeru,PRK Tenang adalah TERSANGAT AMAT PENTING buat Solex dalam menepis sepak terajang politik pada waktu ini dan akan datang.Oleh itu,maka tidak hairanlah Solex secara bersungguh-sungguh memburuk-burukkan Pas dan menakutkan pengundi Cina,bukanlah semata-mata memberikan kemenangan pada Tok Ai,tetapi lebih daripada itu adalah untuk menyelamatkan periuk nasinya sendiri.

CABARAN DUA
Membuktikan Bahawa Undi Cina Sudah Kembali Kepada MCA

Seperti dalam tulisan sebelum ini,kita telahpun mengetahui bahawa UMNO telah tewas di tiga peti undi kaum Cina dengan majoriti yang agak besar.Di Bandar Labis Tengah misalnya,terdapat lebih kurang 15 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Dun Tenang,di mana dalam Pilihanraya Umum 2008,Umno tewas di peti undi tersebut dengan majoriti 509 undi.

Oleh itu,Solex mesti membuktikan bahawa Labis adalah kubunya dengan merampas kembali tiga peti undi terbabit.Jika Najib sinonim dengan Pekan,Haji Hadi dengan Marang dan Anwar Ibrahim dengan Permatang Pauh,Chua Soi Lek pula mahu membuktikan beliau kuat dan sinonim di Labis,seperti sinonimnya DAP dengan Juru.

Apapun,tempoh berkempen masih ada beberapa hari untuk Solex memburukkan Pas dan menakutkan pengundi Cina.Selamatkanlah karier politik anda.Jangan sampai anda benar-benar di"solex"kan selepas ini.

Hazman BA
Penulis Tanpa Mukim.

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP