This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

MAGGI PANAS DI TENANG, SEPANAS HERO ANAK MAT MASLAN

Sunday, January 23, 2011

Tempoh berkempen secara rasmi telahpun bermula sejak semalam.Pelbagai strategi diatur kedua belah pihak untuk menarik undi di Dun Tenang,satu kubu kuat Umno Barisan Nasional.Umno turun dalam keadaan posisi bertahan,sebagai penyandang mereka tidak boleh tewas di Tenang.

Pas pula turun sebagai underdog,tidak meletakkan sasaran menang yang tinggi,tetapi lebih kepada membina asas di Johor.Mengurangkan majoriti Umno di Tenang boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat Pas.Hal ini kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya menjangkakan Umno mampu menang di Dun Tenang dengan majoriti lebih 5000 undi.

Apapun,usaha Umno ini dilihat agak sukar,di mana penulis meramalkan Umno mungkin menang di Tenang, tetapi majoritinya mungkin berkurangan sekitar 1500 undi.Ini hanya anggaran peribadi,boleh jadi benar atau tidak.Asasnya adalah pengundi Cina dan India.Pas dilihat bersungguh menembusi undi Cina di Tenang, selain undi India juga bakal menyaksikan perubahan kalaupun tidak banyak.Hal ini kerana,parti kaum India, Makkal Sakhti dan Prima,pertubuhan anti Interlok telah berusaha memancing pengundi India untuk menolak calon Umno setelah Menteri Pelajaran iaitu Muhyiddin sendiri telah bersifat kluk klek dalam isu Interlok ini.

Undi India bersifat sentimen.Mereka biasanya mengundi akibat menerima pengaruh atau gelombang.Dalam Pilihanraya Umum 12,Hindraf telah berjaya mencipta gelombang tersebut di mana BN kalah besar di kawasan majoriti India.Justeru,dalam PRK Tenang ini,kalaupun tidak mampu menembusi dua peti undi India di sana,sekurang-kurangnya gelombang Interlok mampu mengurangkan undi kaum India terhadap Umno.

Gaya tudung Cikgu Mala adalah
bersifat trendy
Dalam kalangan pengundi atas pagar pula,personaliti calon Pas dan isu menghina Islam oleh MCA mungkin menarik undi daripada golongan tersebut.Gaya Cikgu Mala yang mesra dan menyenangkan mungkin akan menarik undi pengundi wanita dan pengundi muda atas pagar di Tenang.Ini adalah satu pemerhatian ringkas kerana calon Umno,Tok AI mungkin mempunyai kelayakan ikhtisas yang hebat,tetapi dari segi personaliti, beliau dilihat lebih pendiam dan serius.Manakala Cikgu Mala pula mudah didekati dan mesra dengan pengundi.

Selain itu,kenyataan pemimpin komponen Barisan Nasional yang mempersenda hukum Islam di Tenang mungkin turut terkesan bagi para pengundi untuk menolak calon Barisan Nasional.Tindakan Chua Soi Lek yang menganggap calon Pas yang enggan bersalam dengan pengundi dianggap sebagai ekstrem dan tidak mesra pengundi.MCA juga telah menyerang Pas dengan isu-isu kolot dan fanatik agama sedangkan dalam Islam,wanita haram bersentuh kulit dengan bukan mahramnya.Inilah jadinya apabila kaum bukan Islam tidak diberi faham tentang Islam sehingga pemimpin tertinggi mereka sendiri sanggup menghina hukum Islam.

Oleh itu,kunci kemenangan Umno hanyalah di Felda.Di sinilah terletak jurang majoriti yang bakal dibentuk. Sedikit ataupun banyak.Oleh itu,jurang ini perlu disedari oleh para petugas Pas.Memang diketahui bahawa Felda adalah kubu kuat Umno.Pemandangan di sana menunjukkan banyak rumah yang mengibar bendera Umno memberikan signal kepada para perayu undi Pas untuk tidak mengacau mereka.Jika keadaan ini berterusan,usaha Pas untuk memenangi undi golongan ini adalah sesuatu yang sukar.Di sinilah gunanya kelebihan Anak.Sekiranya penerangan demi penerangan diberikan,lambat laun akan ada juga yang sedar dan menyokong Pas.Kita mungkin gagal dalam PRK kali ini,tapi untuk Pilihanraya Umum nanti,keputusannya masih belum pasti.Seumpama membedil benteng musuh,bedilan pertama mungkin hanya akan meretakkan pengikat tanah liat,tetapi untuk kedua dan seterusnya?Begitulah juga dengan para pengundi.Tapi usaha ini hanya berjaya jika Pas lebih tertumpu ke kawasan Felda.Tetapi nampak gayanya kempen Pas lebih tertumpu ke kawasan pengundi Cina di Dun Tenang.

Apapun,kempen PRK Tenang semakin tidak tenang dan panas.Serangan demi serangan dilancarkan terhadap Pas melalui unit gerak saraf Umno.Bermula dengan fitnah zina dan curang,mempertikai calon wanita oleh Pas sehinggalah menghina amalan wanita Islam.

Terbaru,usaha memburukkan Pas dilakukan dengan insiden calar kereta dan membakar bendera.Tindakan seperti ini adalah taktik lama yang sentiasa digunapakai kembali.Kononnya kereta Puteri Umno telah diguris dan laporan polis telah dibuat.

Hari ini pula,Anak Mat Maslan cuba menjadi hero dengan menunjukkan kononnya ada pihak yang telah membakar bendera BN sehingga menjadi abu.Sesuatu yang mudah untuk diteka,siapa lagi "pihak" yang dimaksudkan oleh Umno itu?Ini adalah taktik lama yang boleh dibaca.Pas juga boleh membakar bendera dan menuduh ada pihak yang membakar bendera Pas.Tetapi,kerana kita boleh berfikir maka tindakan tersebut tidaklah pula dibuat.Pun begitu,isu ini akan menjadi kempen Umno di Tenang untuk memburuk-burukkan Pas dalam kalangan pengundi.Pengundi bandar mungkin boleh faham,tetapi bagaimana pula dengan pengundi felda dan kampung?Tentunya akan ada yang termakan taktik jahat seperti ini.

report kereta puteri umno


babi cibai ditoreh pada kereta:
gaya mencarut serupa Papa Gomo


wirawati Umno


Selain itu juga,seperti biasa dalam setiap kali Pilihanraya Kecil,maka turunlah Santa Claus datang memberikan hadiah demi hadiah kepada para pengundi.Seperti yang dilaporkan akhbar,seorang penduduk orang asli Sharif Dagoh anak Tok Batin berasa gembira apabila memperoleh rumah batu yang dibina oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Ulu Juasseh.Permohonannya yang dibuat sejak tahun lalu,diluluskan secara tergesa-gesa dan rumah juga dibina dengan tergesa-gesa demi untuk mengejar dateline sebelum PRK Tenang.Agaknya selamatkah rumah tersebut dihuni?Jangan jadi seperti Stadium Terengganu sudahlah.

Apapun,laporan yang paling menarik adalah selepas membaca fatwa seorang Santa Claus:

Shafie di dalam ucapannya berkata kerajaan tidak pernah meminggir masyarakat Orang Asli negara ini dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan serta membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Selain di Kampung Ulu Juaseh, JKOA Johor katanya turut membina 100 rumah PPRT untuk masyarakat Orang Asli di Minyak Beku dan 40 kedai di Rengit, kedua-duanya terletak di daerah Batu Pahat.

"Ini semua adalah bukti tentang tanggungjawab kerajaan terhadap masyarakat Orang Asli," katanya sambil menambah, kementeriannya akan membina 10 buah lagi rumah PPRT untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Juaseh.



Apapun,dalam keadaan Umno akan terus menerus menabur janji demi janji,melempar fitnah demi fitnah, dikhuatiri kerja jahat mereka akan terpalit kembali kepada mereka.Dikhabarkan akan ada protes tidak puas hati dari pihak Umno Bahagian sendiri tehadap pencalonan Tok Ai selain pembongkaran salah laku calon BN tersebut semasa menjadi Penolong Pegawai Daerah satu masa dahulu.Pembaca boleh membaca blog Milo Suam untuk mendapatkan pendedahan lanjut.

persoalan demi persoalan

Apapun,PRK Tenang akan terus panas selepas ini.Perkara ini mungkin jarang dilihat bagi penduduk yang sentiasa tenang berhampiran banjaran Gunung Ledang,tetapi hakikatnya inilah suasana rahmat buat penduduk sama seperti dalam 13 pilihanraya kecil sebelum ini.Pas mungkin tidak menang dalam PRK kali ini,tapi Pas mungkin akan mempunyai satu asas yang kukuh di Tenang.

0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP