This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

KISAH SEDIH KHAIRY DAN SHAHIDAN...SENASIB HIDUP GOBALA KRISHNAN

Sunday, January 2, 2011

Ketika di awal-awal penulisan penulis di alam internet ini,kisah sedih dan liku-liku Khairy Jamaluddin menjadi perhatian penulis.Ketika itu,beliau berkrisis dengan Ibrahim Ali dalam isu kaum dan rasisme.Pembaca boleh membaca entri lama ini di Kisah Sedih Khairy Jamaluddin,Apakah Pengakhirannya Turut Sedih?

Ternyata,apa yang diramalkan penulis itu benar,di mana pengakhiran beliau dalam politik pastinya akan berakhir dengan kisah yang sedih juga.

Terkejut.Begitulah reaksi penulis apabila mengetahui bahawa beliau tidak akan mempertahankan semula jawatannya sebagai Ahli Parlimen Rembau dalam Pilihanraya Umum ke 13.Dengan ini,maka tamatlah secara rasminya cita-cita dan angan beliau untuk mendaki naik sebagai Perdana Menteri termuda ketika berumur 40 tahun.Untuk rekod,pada tarikh 10 Januari ini,umur beliau akan genap kepada 35 tahun,baki lima tahun jika beliau masih bercita-cita besar untuk mendaki ke puncak kuasa.Apapun,setelah merasakan impiannya itu bakal berkubur begitu sahaja untuk tempoh lima tahun mendatang,akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berehat dalam politik.

Mengikut sumber yang dipetik dari twitter beliau sendiri,berikut adalah pengakuan jujur Khairy mengenai masa depan politiknya di Rembau:


"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I'm taking a break from politics. Can't wait".
(Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar).



Adakah Khairy sudah patah hati dan menyerah kalah?Jawapannya mungkin ya.Sebagai Ketua Pemuda yang tidak diangkat sebagai menteri,mungkin beliau sudah kecewa.Khabar angin yang mengatakan beliau bakal diangkat menjadi Menteri Penuh awal tahun ini dalam rombakan kabinet tidak terlaksana.Oleh itu,penyebab itulah yang membawa kepada kekecewaannya dalam berpolitik.Jika diawal-awal kariernya beliau menghadapi tentangan daripada belah pembangkang,namun setelah jatuhnya bapa mertuanya Pak Lah dari jawatan Perdana Menteri telah menyaksikan usaha menjatuhkan Khairy dibuat dari dalam,yakni penyokong Umno itu sendiri.

Malah,di facebook dan twitter sendiri wujud Gerakan Anti Khairy yang mencerca dan cuba menjatuhkan kredibiliti beliau.Perkara ini mudah dibaca bahawa Khairy berkrisis dengan ahli Umno.Lihatlah bagaimana beliau sendiri jarang menggunapakai gelaran Ketua Pemuda Umno sebaliknya menggunakan gelaran Ketua Pemuda Barisan Nasional.Ini menunjukkan beliau sememangnya berkrisis,ditambah pula dengan krisis terbuka beliau dengan Perkasa yang turut dianggotai oleh rata-rata ahli Umno.

Oleh kerana naiknya begitu cepat,usaha untuk menjatuhkannya juga cepat.Khairy mungkin terlalu muda untuk memahami silat kuntau politik,namun dia juga seorang yang belajar dari kesilapan politiknya.Dahulu ketika beliau di puncak kuasa,kata-katanya jarang berlapik dan tidak memikirkan untung rugi kepada diri dan partinya sendiri.Lihatlah bagaimana celuparnya beliau menggelarkan para demonstran Bersih sebagai beruk-beruk di jalanan.Akhirnya,keceluparan itu seumpama meludah ke langit dan sudah kena tepat pada dahinya sendiri.Tatkala ini,pemuda Umno pula yang mula menjadikan budaya berdemo sebagai satu cara berpolitik terutamanya di Pulau Pinang.

Malah,Khairy juga sebenarnya hidup menanggung sumpah seranah orang terutamanya Umno Kelantan. Bayangkan,Kempen Pade Doh 18 Tahun bukannya membantu Umno menang di Kelantan,sebaliknya menjadi faktor terbesar kekalahan mereka di Kelantan.Malah,Awang Adek sehingga berguling-guling kerana kalah dan hilang status Bakal Menteri Besar,dan ini semua kerja Khairy Jamaluddin.Kerana terlampau ego dengan retorik,akhirnya kekuasannya itulah yang telah menenggelamkan dirinya.

Khairy sememangnya akan bersara dari politik buat masa ini dan semestinya turut sama untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno.Khabarnya beliau berhasrat untuk menyambung semula pelajarannya.Ini seumpama satu alasan lapok kepada pemimpin muda yang ingin berundur dari pentas politik. Dulu,Fairuz Kamaruddin meletakkan jawatan sebagai TKM Pulau Pinang kononnya untuk menyambung pelajaran,tapi sekarang mampu pula ke hulu ke hilir menghentam Pakatan Rakyat.

Persoalan yang lebih patut dijawab sekarang bukanlah mengapa Khairy berundur?Adakah beliau sendiri tidak yakin Barisan Nasional mampu kekal di kerusi-kerusi mereka?Tetapi lebih daripada itu,persoalan yang lebih menarik untuk dilihat adalah siapakah yang untung dengan pengunduran ini?Semestinya Razali Ibrahim atau setidak-tidaknya Mahathir dan Mukhriz.Kerusi Ketua Pemuda akan kembali panas selepas ini,mungkin menyaksikan pertandingan satu lawan satu Razali-Mukhriz,di mana Khir Toyo sudahpun tamat karier politiknya.Selain itu,mereka yang beruntung dengan pengunduran ini semestinya pemimpin kanan yang bersenioriti seperti Muhyiddin,Zahid dan Hishamuddin kerana kekanan mereka tidak lagi diganggu gugat oleh seorang yang bercita-cita besar seperti Khairy.

Apapun,selamat berehat seketika Khairy.Penulis yakin yang anda akan kembali semula beberapa tahun yang akan datang.

KISAH SEDIH SHAHIDAN KASSIM : NASIB ORANG YANG HILANG KUASA

Seorang lagi pemimpin Umno yang menerima nasib malang yang sedih adalah Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis.Beliau yang tidak mendapat restu Sultan Perlis dan tersingkir dengan naiknya Dr. Md Isa Sabu adalah permulaan kepada kisah sedih beliau.

Walaubagaimanapun,nasib beliau dilihat lebih baik berbanding regunya dari Terengganu iaitu Idris Jusoh yang akhirnya tersingkir jatuh dalam politik Umno. Sekurang-kurangnya beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis yang baru sedangkan Idris Jusoh sudah mula tersingkir,kemungkinan besar dinaikkan ke peringkat pusat untuk bertanding di Parlimen Besut.

Pun begitu,Shahidan adalah dari jenis yang tidak mudah menyerah kalah dan sedang berjuang untuk menyingkirkan Md Isa dari politik negeri Perlis.Beliau tidak menerima perlantikannya sebagai timbalan kepada Md Isa yang dianggap sebagai perampas jawatannya.Beliau akan mula bertemu Najib bagi menentang perlantikan Isa,di mana beliau merasakan bahawa beliau lebih berhak sebagai Pengerusi.

Melalui ruang facebooknya sendiri,Shahidan mula menyerang kepimpinan Umno Perlis yang dilihat cuba menjatuhkan kredibiliti beliau dalam banyak perkara seolah-olah berlaku sabotaj kepada diri beliau.Terbaru,Shahidan mula berkrisis dengan Azmi Khalid dan Radzi Sheikh Ahmad.Untuk rekod,Shahidan mempunyai dua buah akaun facebooknya sendiri,satu tanpa title Dato Seri dan satu lagi memakai gelaran tersebut.


Berikut adalah pendedahan-pendedahan Shahidan Kassim dalam facebooknya sendiri:



  • PEMBOHONGAN DSS AZMI DAN DSS RAZI..3
    Mereka kata dlm nst bahawa mereka menang dipdg besar dan kangar dgn majorty bsar dan meletakkan sya tewas 2 diArau.Sebenarnya merka berdua x ada jawatan dlm bhgn dan perhubungan ,bagaimana boleh claim credit yg mereka hebat?Sekali gus mereka x iktiraf saya sebagai ketua dn sekrng nak suruh saya ikut ketua yg mereka taja..Eh apa jasa meraka dlm Umno?pijak bendera Umno dn masuk 46?
    Friday at 01:45





  • Disatu majlis sukanika seorang isteri pemimpin mencarut pada setiausahanya kerana membiarkan org yg melobi projek pada suaminya menyebut perkataan i luv u..Dia cemburu ,hingga tidak dapat kawal perasaannya yg meroyan..
    26 December 2010 at 01:46



  • Dlm masa 3 tahun ini hanya 3kali menyuarAT PERHUBUNGAN NGERI DIADAKAN DAN TIDAK PERNAH DIADAKAN MESYUARAT BN.BAGAIMANA NAK PINPIN LAGI?Mana pendirian YAB dlm hal ini?Kalau tak boleh cakap tak boleh tidak perlu melob sana sini hingga pening kepala PM
    25 December 2010 at 02:49

Apapun,status Shahidan yang paling menarik adalah:


  • Pantun 2011:
    pergi kesungai bawa besen
    sambil mengilek ayam tambatan
    anak sebok kutip lesen
    bini fon ketua2 jabatan.

    rotan tiada carilah galah
    untuk ukuran berjelajela
    Negeri terus dilanda masaalah
    3 R rakus bermaharaja lela
    Yesterday at 10:50


Dalam hal ini,penulis tidak mahu menghukum siapa benar dan siapa yang salah,namun dalam hal ini kita dapat melihat satu keadaan kepada seorang yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan kuasa, lebih-lebih lagi rakan telah menjadi lawan dalam hal ini.

Datuk Seri,masa anda telahpun tamat dalam politik Perlis.

KISAH SALAK MENYALAK N GOBALAKRISHNAN

Sebelum ini,N.Gobalakrishnan adalah antara pemimpin India dalam PKR yang popular berbanding mereka yang lain.Selain Bala,pemimpin berpotensi PKR berketurunan India adalah Michael Jeyakumar (Adun Sri Andalas) dan YB Manickavasagam (MP Kapar).Kepopularan Bala dalam politik adalah berkebetulan dengan sikapnya yang sering terkehadapan dalam protes, termasuk di Parlimen.

Bagi mencuba nasib dirinya dalam politik,beliau telah mengambil langkah berani bertarung dalam jawatan Naib Presiden PKR,berkemungkinan mencuri satu kerusi untuk pemimpin India dalam jawatan tertinggi parti.Walaubagaimanapun, beliau gagal memenangi kerusi tersebut setelah mendapat undi yang sedikit berbanding Nurul Izzah,Mansor Othman,Tian Chua dan Fuziah Salleh.

Apapun,beliau dilihat masih berharap untuk menjadi Naib Presiden PKR melalui tiga lagi kuota lantikan terhadap jawatan tersebut.Pun begitu,harapannya berkecai apabila lantikan Naib Presiden PKR daripada kalangan orang India diberikan kepada N.Surendran,seorang peguam muda selain Chua Jui Meng dan Baru Bian.

Semenjak itu,beliau seolah-olah menyalak seperti orang yang mabuk kuasa apabila menyerang peribadi Anwar Ibrahim,Azmin Ali dan N.Surendran itu sendiri.Malah,beliau menggambarkan Anwar sebagai anti Hindu setelah menutup Kuil Sivan di Bukit Gasing,walhal kuil tersebut ditutup kerana masalah struktur tanah oleh MBPJ.Ternyata,rentak beliau mula dinilai oleh orang ramai,melihat sejauh mana keikhlasan beliau dalam berpolitik.

Terbaru,beliau menyerang kepimpinan kerajaan Pas Kedah kerana melucutkan jawatan enam ketua kampung PKR tanpa alasan.Berita ini masih belum ada kepastian,namun ianya mungkin isunya kecil yang diperbesarkan oleh mereka yang seolah meroyan gilakan kuasa.

Yang Berhormat,tidak terlantiknya yang berhormat ke kerusi Naib Presiden PKR bukannya bererti PKR anti India atau Hindu,sedangkan N.Surendran juga seorang India.Adakah dengan perangai yang berhormat sebegini difikirkan layak menjadi Naib Presiden?Mirror yourself la....

APAKAH PENYEBAB UTAMA SALAK MENYALAK MEREKA INI?

Khairy,Shahidan dan Gobala mempunyai persamaan mereka tersendiri.Ketiga-tiganya telah mula mengalami zaman senja dalam karier politik masing-masing.Bezanya,Khairy tidak mudah melenting,tidak seperti Shahidan dan Gobala.

Mengapakah mereka tidak seperti Husam dan Mohamad Sabu?Kedua-duanya menghormati adab berjemaah dalam politik,tidak membuat sebarang polemik walaupun tewas dan hilang jawatan tinggi dalam parti.

Apakah beza mereka dengan Husam dan Abang Mat?

Mereka berjuang berdasarkan nasionalisme dan mereka yang lain pula berjuang berasaskan Islam.
Benarlah betapa Islam itu sebaik-baik fahaman.

Penulis tidak berjawatan,
di pinggir Bandaraya.

2 ulasan:

qunang² January 2, 2011 at 7:55:00 AM PST  

Sebagai orang Perlis, saya nampak jelas bukan jawatan yang dibulurkan oleh Shahidan tetapi "penyelesaian" yang mampu menguatkan kembali UMNO Perlis.. Punca masalah ialah Pengerusi Perhubungan dan disitulah perlunya tindakan penyelesaian..

kamisokongpas | O | January 2, 2011 at 8:05:00 PM PST  

Shahidan sebenarnya tidak boleh menerima hakikat...itu yang sebenarnya...mungkin md isa tidak sehebat beliau tapi dia menerima sokongan adun...

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP