This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

KEBODOHAN ZULKIFLI NORDIN TERSERLAH DALAM KES AZAN PEGUAM MCA

Saturday, January 15, 2011

Menangguk di air yang keruh.Begitulah apa yang boleh diperkatakan terhadap tulisan terbaru Zulkifli Nordin dalam isu seorang peguam Cina di kawasan Pantai Hill Park yang telah mempertikaikan bunyi azan yang terlampau kuat dari Masjid Ikhlasiah,Pantai Permai Kerinchi terutamanya pada waktu Subuh.

Mengimbau kembali ke belakang,hanya selepas dua hari isu azan itu dikatakan heboh di internet,pihak yang berkuasa (dipercayai Jawi dan Jakim) telah mengarahkan pihak pentadbiran Masjid Al-Iklasiah untuk memperlahankan bunyi azan pada setiap kali waktu azan di masjid berkenaan.

Tinjauan Malaysiakini sebelum itu juga telah menemuramah beberapa orang penduduk setempat mengenai kekuatan azan di kawasan tersebut.Hasil tinjauan tersebut,kesemua penduduk mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang masalah,tidak mengganggu tidur dan mereka sudah biasa dengan bunyi azan tersebut.

Tindakan semerta Jawi itu dikecam oleh banyak pihak,terutamanya dilihat dibuat secara tergesa-gesa.Arahan pihak atasan terhadap Imam masjid, Mahadi Abdullah untuk memperlahankan kekuatan bunyi speaker di masjid tersebut telah menimbulkan kemarahan banyak pihak dan membawa kepada satu demonstrasi oleh Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan selepas solat Jumaat semalam.

Menurut jurucakap Majlis Ayahanda yang juga merupakan Pengerusi Pekida bagi kawasan Lembah Pantai,Zakaria Awang,pihak Majlis Ayahanda telah mendesak peguam tersebut untuk memohon maaf kepada masyarakat Islam di kawasan tersebut dan menggesa wakil rakyat kawasan Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar untuk menyatakan pendirian beliau dalam isu ini.

Tambah Zakaria,masjid yang telah wujud semenjak 30 tahun yang lalu tidak pernah menerima aduan seperti itu menganggap peguam tersebut tidak memahami sensitiviti penduduk beragama Islam dan mendesak kerajaan untuk menahan peguam tersebut di bawah ISA.Cabaran Zakaria itu walaubagaimanapun telah disahut oleh Nurul Izzah dalam webnya di nurulizzah.com.

Berikut penulis lampirkan kembali kenyataan media Nurul Izzah dalam isu azan ini:


Kenyataan Media

14 Januari 2011
Agama Islam menuntut kita mencari kebenaran. Kebenaran harus dicari secara beradab. Kesederhanaan dan keharmonian harus dipelihara. Oleh yang demikian, saya menjemput mereka yang sedang menunjuk perasaan bersama-sama dengan saya mencari kebenaran dalam isu azan Masjid Al-Ikhlasiah.
Pertama: siapakah yang telah membuat aduan, dan adakah surat ini telah diteliti isinya untuk mendapat gambaran yang sahih lagi benar.
Kedua: jika benar surat ini secara rasminya telah dihantar dan telah diterima oleh YAB Perdana Menteri, YB Datuk Raja Nong Chik, YB Major Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom, YB Dato Seri Mohd Nazri, YB Dato Seri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Mat Zain, jadi apakah respon mereka?
Ketiga: pihak mana yang telah memberi arahan kepada Jawatankuasa Masjid untuk merendahkan volume suara azan, dan
Terakhir, seandainya pihak JAKIM yang mengeluarkan arahan tersebut, kita harus mendapatkan penjelasan bertulis samada wujudnya garis panduan berkenaan laungan azan di semua masjid-masjid dan surau di seluruh negara, yang memungkinkan JAWI mengeluarkan arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah.
Pihak yang membantah wajib bertanya pada penerima surat-surat ini apakah jawapan mereka?
YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Selain Majlis Ayahanda dan Nurul Izzah juga,satu lagi pihak yang menyatakan respons secara terbuka dalam isu ini adalah Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan,di mana pihak tersebut merasa kecewa dengan tindakan Jawi dan Jakim yang seolah-olah tunduk dengan hanya sepucuk surat sahaja daripada seorang penduduk di kawasan tersebut.
Apapun,apa yang paling menarik untuk diperhatikan adalah bagaimana seorang pemimpin seperti Zulkifli Nordin,yang mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang Islam boleh tersilap fakta dalam isu azan ini. Kenyataannya di dalam blog seolah-olah menggambarkan betapa jahilnya dia dalam memahami isu ini.Apa yang pasti,kenyataannya itu bukanlah berhasrat untuk mempertahankan Islam tetapi lebih kepada menghentam DAP.Begitulah sikap Zulkifli Nordin yang kelihatannya seakan-akan mabuk untuk memburukkan DAP, sehinggakan sanggup meratib celaka DAP,celaka DAP siang dan malam.
Berikut dilampirkan kembali tulisan Zulkifli Nordin dalam blognya:
Salam 2 all.
Tindakan seorang peguam kafir mempertikaikan laungan azan d Masjid Ikhlasiah, Kg. Kerinci ternyata satu perbuatan yang tidak boleh diterima oleh umat Islam. Azan adalah satu institusi Islam yang sudah ujud sejak pembentukan Daulah Islam Madinah zaman Rasulullah. Mempertikaikan azan bermakna mempertikaikan Islam. Pada teman, perbuatan ini sama saperti mengisytiharkan "perang secara terbuka" terhadap Islam!!


Perbuatan bia-DAP saperti ini perlu dihentikan segera sebelum ianya menjadi lebih parah dan tidak terkawal. Kedudukan Islam dan segala institusinya bukan sahaja dijamin oleh Perlembagaan, malahan diletakkan ditahap yang tinggi dan dimuliakan dengan peruntukan khusus yang tidak diberi kepada agama lain. Menghormati Perlembagaan adalah ciri kewarganegaraan yang jelas, dan keluhuran Perlembagaan adalah tiang seri Rukun Negara. Mempertikaikan institusi Islam sama saperti mempertikaikan Perlembagaan, dan mempertikaikan Perlembagaan meletakkan seseorang itu tidak lagi layak menjadi warganegara Malaysia!! Period!!


Diwaktu yang sama, teman juga hairan dengan kejahilan dan kebodohan segelintir jahlun yang penuh kebodohan menerima tohmahan bahawa arahan mempertikaikan azan di Masjid Ikhlasiah dibuat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Apalah punya bodoh sangat. Takkan putar belit dan pembohongan macam tu pun nak percaya?! Takkanlah umat Islam ni begitu rendah tahap IQ nya sampai fitnah bodoh macam tu pun mahu dipercayai!? Ini adalah taktik kotor dan sempit yang diamalkan oleh musuh-musuh Islam, dengan melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya yang ketawa besar mereka juga!!


Faktanya jelas. Yang mempertikaikan azan tersebut adalah seorang kafir. Yang komplen mengenai azan itu adalah seorang kafir. Yang menulis bantahan itu adalah seorang kafir. Sudah tentulah pihak berkuasa Islam saperti JAWI perlu mengkaji aduan dan bantahan tersebut. Dan untuk mengkaji perlulah JAWI turun ke padang berjumpa dengan anak qariah dan jawatankuasa Masjid. Tetapi JAWI tidak pernah mengeluarkan arahan mempertikaikan azan di Masjid Ikhlasiah itu. Bodohlah kalau JAWI bertindak sedemikian!


Yang menjadi musuh kita ialah si kafir itu. Dia yang perlu dihadapi. Dan dia perlu dihadapi bukan dengan pelempang atau parang, apatah lagi senapang. Sebaliknya teman cadangkan kepada jawatankuasa Masjid dan anak qariah pergi berjumpa dengan beliau dan cuba diselidiki apa yang dia tidak puashati. Berikan penjelasan kepada beliau mengenai institusi azan. Perjelaskan kepada dia peranan azan dan kedudukannya didalam Islam. Perjelaskan juga perbezaan azan dengan cara agama lain. Beritahu beliau mengapa azan dilaungkan lima kali sehari.


Kalau dapat selitkan juga kisah mengenai mukjizat azan, bagaimana ianya berulang-ulang dilaungkan diseluruh pelusuk dunia 24 jam sehari semalam tanpa berhenti berdasarkan keunikan bumi ciptaan ALLAH yang siang dan malamnya bersilih ganti mengikut lokasi geografi sesuatu tempat (lihat videoklip diatas untuk kefahaman sendiri). Moga-moga beliau bukan sahaja memahami institusi dan kedudukan azan didalam Islam, malah kita mendoakan mana tahu ALLAH membuka hatinya kepada Islam.


Wallahua'lam & Wassalam.

Lihatlah bagaimana gemarnya Zulkifli Nordin untuk menghentam DAP dalam perkara ini sehinggakan nama DAP juga yang busuk dalam kes ini.Adakah Zulkifli tidak tahu bahawa bantahan tersebut dibuat oleh seorang peguam yang menjadi AHLI SEUMUR HIDUP MCA?Inilah sikap tidak bertanggungjawab Zulkifli Nordin, yang kononnya mahu mempertahankan Islam,sedangkan tidak berani untuk mencela peguam MCA tetapi mencela pula pihak yang tidak ada kena mengena dengan perkara tersebut.

Ulasan Zulkifli yang mengatakan bahawa Jawi tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menyuruh masjid tersebut memperlahankan bunyi azan di masjid tersebut menunjukkan betapa Zulkifli cuba cakap tentang sesuatu perkara yang dia sendiri tidak tahu.Kata orang-orang tua,kalau tidak tahu,diam.Nanti nampak terang-terangan kebodohan diri.Sedangkan pihak Jawi terus membisu dalam hal ini,bagaimana Zulkifli tahu adakah benar Jawi tidak pernah mengeluarkan arahan sebegitu?

Sedangkan seperti apa yang dilaporkan,Ketua Imam masjid itu sendiri telah mengakui menerima arahan daripada pihak atasan untuk memperlahankan bunyi azan di masjid tersebut.Jika imam tersebut menipu, masakan tiada tindakan penafian yang telah dibuat oleh Jawi?

Selain mentaliti Zulkifli Nordin yang menghentam DAP dalam isu ini,para pencacai Umno di facebook juga telah bertindak memburuk-burukkan DAP dalam isu ini.Berikut adalah gambar yang dimuatnaik oleh pemakai nama Tahi Untuk Pas di facebook,sekutu baik Azmy Awang Kelana Jaya:


Jika inilah kenyataan Zulkifli Nordin,rupa-rupanya diri seorang Penjihad Islam hanyalah setaraf dengan para pencacai Umno di facebook.

17 ulasan:

Anonymous,  January 14, 2011 at 3:02:00 PM PST  

Mengapalah bodoh sangat peguam? Faktanya ialah si pembantah ahli mca, zul tuding jari pada dap. jadi dap perkuda mca dan mca akur lantas buat bantahan. begitu ke zul? bodohlah mca kalau begitu. bodohkah kamu wahai mca? tentu tidak!!! biarkanlah si lucai zul ini terjun dengan labunya.

Anonymous,  January 15, 2011 at 12:56:00 AM PST  

Komen Peguam Zul yang sangat bodoh dan jahil. Macam katak baru keluar dari tempurung, macam rusa masuk kampung. Kesian kau.

Anonymous,  January 15, 2011 at 1:00:00 AM PST  

xlama dah tu..sok2 meroyan ler pas2 ngundi.

Anonymous,  January 15, 2011 at 2:03:00 AM PST  

bodo punya zul.....

Anonymous,  January 15, 2011 at 2:28:00 AM PST  

bila nak mampos unmo lagi cepat lagi bagus.aku dah gali lubang kubur untuk umno/BN

Anonymous,  January 15, 2011 at 2:33:00 AM PST  

DAP ATAU MCA SAMA SAHAJA PERANGAINYA MEREKA MEREKA INI SEMEMANGNYA LEBIH KEPADA PERSATUAN BANGSA WALAUPUN BERLAINAN PARTI KECUALI BANGSA MELAYU YANG BANGSAT DAN BODOH TAK BERSATU KALAU TAK SAMA PARTI MEMANG DASAR MELAYU HIDUP UNTUK DIBULI OLEH BANGSA LAIN TERMASUK MAMAT NEGRO.BODOH ITU MELAYU MELAYU ITU BODOH BAGAIKAN ANJING KURAP MEREMPAT TAK BOLEH BERSATU POLITIK BODOH

ANAK NORDIN YG KURANG AJAR TU,  January 15, 2011 at 2:55:00 AM PST  

bukn bodoh cuma tak pandai2

Anonymous,  January 15, 2011 at 3:19:00 AM PST  

dia ni sebenarnya ada masaalah peribadi dgn pakatan rakyat.. jadi MCA punya ahli pun dia tuduh ahli DAP...kalau hati dah busuk...satu badan bau taik.

Anonymous,  January 15, 2011 at 4:13:00 AM PST  

dia dah biol dah...meroyan lah tuuuuu...

Anonymous,  January 15, 2011 at 4:42:00 AM PST  

kalau betul le zulkifli nordin menulis begitu dlm blog dia, memang dia buta hati, buta mata, buta akal fikiran, org yg mengeluarkan kata2 perkauman sumbat dlm penjara aje, sy cadangkn supaya parti DAP ambil tindakan undang2 pada zulkifli nordin,kerana mencemar nama parti DAP..

BODOH ZULKEFLE NORDIN TU,  January 15, 2011 at 5:08:00 AM PST  

nasib baik umno x pandai guna kn isu ni

azmie,  January 15, 2011 at 5:50:00 AM PST  

tak bole komplein pasal mca ni. nanti apek porno marah beb. mcm2 apek porno ni kata pd Islam ada dungu tu nak bersuara.

Anonymous,  January 15, 2011 at 10:07:00 AM PST  

zul..xpayah la nak ckp cam hero agama..amanah ko ngn pngundi yg memenangkan ko mcm mana..ada ko mohon maaf..pegi da..ko pun stok cr makan ngn umno gak..klu pemimpin Islam yg tulen xperlu gn kekerasan dlm bahasa utk mnghntam musuh..nie ko, bulum apa2 siasatan d buat..dah menyalahkan org lain..

tuan komrad January 16, 2011 at 12:35:00 AM PST  

dia giler isim..salah menuntut ngan pok jib

Anonymous,  January 16, 2011 at 4:14:00 PM PST  

Pantang ada peluang, si zul kulim ni, tak akan lepas, yang pelik ada juga penyokong2 dia ni, tak perasan ke yang dia ni dah mula merapu sejak akhair2 ni? ataupun buat2 tak perasan? Tak pelah, biar lah dia merapu, biar semua org tau, yang, PEKIDA plak apahal suruh YB izzah respon? kan si pengadu ada hantar surat2 bantahan pada Menteri2, apapasal tak mintak dia orang komen?..tu Pekida bila dah tak amalkan yang ma'aruf, bila yang mungkar dah dijadikan amalan..tanya Ayahda2 (pekida) apa dia sanggup tanggung dosa anak2 dia? sedar tak nanti akhairat nanti akan ditanya para pemimpin tentang rakyat, pimpinanya....

mat January 25, 2011 at 6:40:00 AM PST  

zul ni memg bodoh sombong...jd mp pun atas kederat jentera pakatan rakyat..sekarang org pun meluat dgn dier..sok dh tk jd mp..kene ludah ler..

Anonymous,  November 1, 2012 at 6:04:00 AM PDT  

ustaz ke ko zul??AKU TGK KO NI DH MCM DKAT NK FASIK DH,MGHINA SERUAN takbir..nk tkbir,sbut btul2,NK KTUK PAS,JGN SBUT TAKBIR NGN PELAT LIDAH GELIAT,ITU SERUAN PUJI MAHA BSAR ALLAH,KO TOBAT LA,TOBAT LA,KTUK MCA KWN KO SME USTZ BACUL

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP