This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

INILAH PANDANGAN JUJUR MENGENAI POLITIK SELANGOR (SIRI DUA)

Monday, January 10, 2011


Dalam Siri Pertama Pandangan Politik penulis terhadap suasana politik Selangor terhadap Pas khususnya, tumpuan tertumpu kepada empat siri ceramah pada penghujung tahun 2010 yang lalu yakni dalam bulan Disember.

Polemik timbul dalam siri tersebut apabila penulis menulis mengenai gambaran sebenar tentang sebuah ceramah umum Pas di Dun Dusun Tua yang dihadiri tidak lebih daripada 50 orang yang mana penulis anggarkan sekitar 40 hingga 50 orang sahaja.Perkara ini penulis pernah diajukan dalam satu forum di Tranungkite (satu laman web pro Pas),namun sayangnya posting tersebut telah dibuang oleh adminstrator laman tersebut.Mungkin kelihatannya apabila penulis memberi gambaran terhadap kurangnya sambutan penduduk Batu 16 Dusun Tua terhadap ceramah Pas tersebut,adminstrator menganggap penulis sebagai seorang agen Umno yang cuba memburuk-burukkan Pas.


Pun begitu,niat sebenar penulis adalah sekadar untuk memberi satu pandangan jujur yang berimbang supaya kita tidak berasa selesa walaupun sudah mampu memegang tampuk pemerintahan di Selangor.Artikel serupa turut dihantar penulis ke laman yang lain mendapat beberapa reaksi pro dan kontranya yang tersendiri.

Rata-rata beranggapan bahawa suasana dan landskap politik bandar dan kampung adalah berbeza.Ini bermakna para pengundi di Selangor mungkin dilihat lebih selesa untuk mendapatkan maklumat menerusi media baru dan ceramah bagi mereka adalah tidak pantas kerana sering mengeluarkan isu-isu semasa secara berulang-ulang.

Perkara ini memang ada asasnya.Jika kita rajin untuk mendengar ceramah di youtube yang disampaikan oleh seseorang pemimpin seperti Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu misalnya, apa yang disampaikan adalah berulang-ulang dalam beberapa siri ceramah berlainan.Justeru,ceramah dalam konteks kacamata para pengundi pasca 2008 adalah lebih kepada mendapatkan suasana politik selain memberikan sokongan moral kepada parti.

Apapun,penulis menghormati pandangan mereka yang lain.Cuma dalam hal ini,kita perlulah menghindari diri daripada denial syndrom yakni sindrom penafian terhadap kekurangan pada diri kita.Secara prinsipnya, segala teguran bermakna saranan untuk kita bergerak ke arah kesempurnaan.Hal ini kerana mengatakan sesuatu kelemahan itu ada dua maksud,satu menegur dan satu lagi mencemuh.Jadi dalam perkara ini, sesuailah kiranya pandangan yang dilihat tidak terlalu membodek dan memuja muji diberikan kepada parti itu sendiri supaya ia tetap berada pada landasan yang tepat dan tidak pula merasa terlalu selesa dengan apa yang sudah kita kecapi.

Semalam pula,bermulalah pemerhatian penulis terhadap suasana politik Pas Selangor pada tahun ini, lebih-lebih lagi dalam keadaan Pilihanraya Umum ke 13 khabarnya semakin bertiup kencang.Penulis telah bersama beberapa orang rakan meredah lebuhraya dengan bermotosikal dari kawasan Lembah Pantai ke Shah Alam, dalam jarak lebih kurang dua puluh minit perjalanan.

Ketika tiba di Stadium Melewati (stadium tertutup),jam menunjukkan lebuh kurang pukul sepuluh malam. Penulis hanya berkesempatan untuk mendengar amanat daripada dua orang pemimpin iaitu Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.Penulis tidak pandai untuk menganggar kehadiran para pendengar ke pidato perdana tersebut.Cukuplah penulis gambarkan betapa stadium tertutup tersebut ada empat sisi utama.Dua sisi dipenuhi oleh para pendengar manakala baki dua sisi masing-masing satu dipenuhi oleh separuh pendengar manakala satu sisi yang berada di belakang pentas utama cuma diduduki oleh beberapa orang pendengar.Di bahagian bawah iaitu di kawasan lantai stadium pula dipenuhi oleh mereka yang hadir sejak jam 7 malam untuk bersama-sama solat hajat dan mendengar tazkirah Maghrib daripada Ustaz Haron Din.

Kenapa penulis gambarkan keadaan sedemikian?

Hal ini kerana,penulis telah melihat akan adanya sudut-sudut yang kosong,di mana jika seseorang jurukamera itu pandai bermain dengan sudut,maka dikhuatiri akan timbul keadaan kononnya kehadiran pengunjung ke program tersebut adalah tidak sampai kepada tiga puluh ribu orang seperti yang dilaporkan Harakah.

Penulis tidak mengetahui apakah kaedah yang digunakan Harakah untuk mencongak kehadiran pendengar sehingga tiga puluh ribu orang,tapi pada pandangan penulis,cukuplah untuk dikhabarkan bahawa kedatangan audiens adalah sangat memberangsangkan,di mana jika ada mana-mana pemimpin Umno yang turut sama meninjau keadaan tersebut,mungkin beliau akan berasa gerun dengan kehadiran tersebut.Hal ini kerana Umno setakat ini masih belum mampu untuk menggerakkan kehadiran seramai itu melainkan dalam sesi Pau-mengepau dalam Perhimpunan Agung Umno@PAU.

Pun begitu,terdapat beberapa kekurangan yang ketara yang perlu diperbaiki oleh Pas Selangor dalam ceramah semalam.Dalam soal keselamatan dan lalu lintas memang boleh dipuji,namun apa yang kurang memuaskan adalah kualiti PA System yang cukup tidak memuaskan dalam ceramah tersebut.Struktur stadium tertutup tersebut adalah kalis bunyi di mana mereka yang berada di luar walaupun sudah hampir dengan muka pintu masih belum dapat mendengar ucapan dari dalam.

Selain itu juga,sistem pembesar suara tidak dapat menampung saiz stadium di mana gelombang bunyi terpantul ke serata arah menyebabkan mereka yang duduk tidak mendapat mendengar ucapan dengan jelas,malah hampir tidak mampu menangkap langsung butir bicara penceramah.Untuk mengatasi masalah ini, ramai pendengar terpaksa berdiri untuk mendapatkan pendengaran yang lebih jelas.Apapun,keseluruhan ceramah dari segi kehadiran dan lain-lain aspek dikira berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Apapun,penulis akan terus memerhatikan perjalanan politik Selangor,bukan sahaja di ruang maya tetapi juga secara langsung.Semoga Pas terus maju untuk memartabatkan Islam di Selangor.

Berikut diperturunkan sedikit gambar yang sempat dirakam dalam ceramah tersebut:






(GAMBAR DIAMBIL SEKITAR JAM 10.30 MALAM)

APAPUN,APA YANG PALING MENARIK PERHATIAN PENULIS
ADALAH GAMBAR DI BAWAH INI:


Dalam waktu yang sama,di dua tempat berbeza, 
kita semua boleh menilai dengan akal dan iman..
Siapa dia yang ingin memperjuangkan Islam
dan siapa pula yang masih sayangkan kekufuran

Di bawah pula adalah Ihsan daripada Tuan Presiden Pas:


















1 ulasan:

Anonymous,  January 11, 2011 at 2:25:00 AM PST  

Mengapalah penganjur tak pandai-pandai dengan alat siar raya?

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP