This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

GELOMBANG TAHUN 1999 KINI KEMBALI KE TERENGGANU

Tuesday, January 18, 2011





SIRI 16 PAS GANTI UMNO
(untuk 15 siri sebelumnya,klik di sini)


Tahun 2007 adalah setahun sebelum Pilihanraya Umum ke 12.Pada tahun itulah Terengganu dikejutkan dengan insiden di Batu Buruk,di mana dua orang pemuda telah ditembak dengan peluru hidup oleh polis dalam kejadian tersebut.Peristiwa itu telah menjadi isu besar dalam landskap politik negeri,di mana 37 orang ditahan dan dibicara di mahkamah kerana terlibat dalam perhimpunan haram.Pelbagai versi cerita didengari,termasuk daripada Pas dan Umno.RTM mengambil pelbagai tindakan jahat,termasuklah membuat satu dokumentari pendek setiap kali selepas slot berita yang menunjukkan gambar seorang pemuda bertopi keledar membakar bendera Malaysia selain gambar seorang lelaki berserban yang bertindak ganas dengan melempar batu kepada pihak FRU.

Pun begitu,gelombang kebangkitan rakyat ketika itu masih belum cukup kuat untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional di Terengganu. Negeri yang menganjur jauh ke Laut China Selatan ini tidak terkena tsunami politik yang melanda negeri-negeri di Pantai Barat.Pas masih gagal merampas kembali Terengganu di bawah Umno walaupun pada dasarnya berjaya menjatuhkan Umno di beberapa buah kerusi termasuk di Dun Sura, Bukit Payong,Bukit Tunggal dan Ladang.Ini menjadikan Pas menguasai kawasan berkepadatan penduduk di tengah-tengah Terengganu iaitu kawasan Kuala Terengganu dan Marang kecuali di Dun Sura yang terletak ke arah Selatan Terengganu.

Dalam Pilihanraya Umum ke 12,Barisan Nasional yang diwakili oleh Umno dan MCA telah memperoleh undi terkumpul sejumlah 240 178 undi yang membentuk peratusan sebanyak 55.0% berbanding Pas dan PKR yang mengumpul 196 268 undi yang membentuk 45% undi di seluruh Terengganu.Secara umumnya,Pas bukanlah ditolak di Terengganu cuma masih belum mampu untuk merampas kerusi-kerusi bagi membentuk majoriti yang mudah.

Asasnya mudah untuk mengetahui mengapa Umno masih mengekalkan kuasa di Terengganu walaupun tewas di negeri-negeri lain.Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah Umno telah mengumpulkan segala kekuatannya termasuk jentera kerajaan dan wang ringgit bagi menawan Kelantan dan mempertahankan Terengganu.Malah, Umno sendiri tidak pernah menjangkakan bahawa Selangor yang hampir menjadi sifar pembangkang boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.Mereka asyik menabur janji dan wang di Terengganu sehingga terlupa kepada negeri lain.

Oleh itu,keadaan dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti akan menyaksikan kekuatan Umno yang menggunakan jentera kerajaan dan wang terpecah-pecah. Seperti anda bermain catur.Tatkala anda asyik menyerang dan mengasak raja musuh,anda tidak begitu mempedulikan nasib dan pertahanan raja anda sendiri.Ketika itulah jika musuh menyerang secara tiba-tiba,anda akan kucar-kacir menyebabkan strategi diubah bagi membaiki kembali pertahanan.

Begitulah juga dengan Umno.Jika dalam PRU 12 mereka bertindak menyerang kubu lawan dalam permainan catur politik,dalam PRU 13 nanti mereka terpaksa menjadi pasukan yang bertahan pula.Masa menyerang sekarang telah berada dalam tangan Pakatan Rakyat.Jentera mereka akan berpecah-pecah terutamanya untuk mempertahankan kerajaan haram di Perak,menawan kembali lubuk emas di Selangor,menyelamatkan Negeri Sembilan selain mencuba nasib di Kedah.Di Pulau Pinang mereka telahpun redha yang kerajaan DAP akan kekal selain menghadapi tugas berat di Kelantan.

Dalam keadaan sebegitu,Pas sebenarnya mempunyai peluang yang baik untuk menang bukan sahaja di Terengganu,malah di Perlis dan tidak ketinggalan menjadi pembangkang yang kuat di Pahang kalaupun tidak mampu menang di sana.Apapun,jangan terlampau obses untuk menyerang.Dalam masa yang sama,pertahanan juga penting terutamanya di kawasan yang telah dimenangi oleh Pas.Hal ini kerana penulis khuatir betapa kucar-kacir dalam Pilihanraya Umum tahun 2004 akan kembali direncana oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Apapun,keadaan di Terengganu pada masa kini penulis lihat tidak kurang hebatnya seperti dalam tahun-tahun 1999 di mana mood dan sentimen pengundi itu berpihak kepada Pas.Pas sememangnya mempunyai penyokong yang ramai di Terengganu dan begitu juga Umno.Satu-satunya cara untuk menang adalah menarik sokongan pengundi di atas pagar.Mungkin Dana Wang Ehsan akan ditabur-tabur selepas ini,namun begitu tidak kesemua pengundi tidak tahu berfikir dan menilai.Bak kata pepatah Nik Aziz yang terkenal,"beri duit ambil,beri kain pakai,masa mengundi pangkah Pas".Untuk menang,Pas perlu pandai berstrategi untuk memainkan isu rakyat terutamanya isu kenaikan harga barang,gejala sosial dan rempit yang membarah selain isu pembaziran yang dibuat oleh kerajaan Ahmad Said.

Memainkan isu nasional mungkin satu strategi,tetapi ianya tidaklah begitu dipedulikan oleh penduduk Terengganu yang rata-ratanya golongan luar bandar dan separa bandar.Isu tersebut mungkin laku di Kuala Terengganu tetapi tidak di Kuala Berang.Apa yang paling dekat di hati rakyat Terengganu bukanlah isu APCO mahupun rasuah,tetapi lebih kepada isu harga minyak dan harga barang.Kenaikan harga makanan yang mendadak perlu diperjelaskan dengan Agenda 100 hari Pakatan Rakyat.Pun begitu,isi-isi dalam Buku Jingga tersebut perlu diterjemahkan secara ringkas dan mudah difahami oleh semua golongan supaya kelihatannya Pas adalah parti untuk semua.

Perhimpunan Pas Ganti Umno baru-baru ini di Kemaman yang khabarnya menarik kedatangan sehingga hampir 30 000 orang adalah satu petanda positif dengan gelombang kebangkitan rakyat di Terengganu. Walaupun diketahui bahawa Umno Bahagian Kemaman mempunyai jumlah ahli terbesar di Malaysia, kehadiran para penyokong Pas di seluruh negeri yang berkampung di Kemaman baru-baru ini mampu memberikan mesej bahawa Umno akan menghadapi tentangan sengit daripada Pas.Jika Umno tidak gusar akan kebangkitan Pas,masakan Majlis Perbandaran Kemaman bertindak mencabut beribu-ribu bendera Pas di Kemaman.Ini menunjukkan bahawa mereka perlu berhati-hati selepas ini.

Tatkala Umno di Terengganu masih berkrisis melalui pertembungan terbuka Utara-Selatan, Pas perlu mengambil peluang ini memenangi hati rakyat Terengganu.Di saat ini,penulis teringatkan kata-kata seorang sahabat lama,"Umno ni hanya mampu bersatu ketika dia lemah je.Bila menang,semua berebut-rebut nak kuasa.Peteh sana peteh sini."

Di bawah penulis lampirkan sedikit gambar sekitar Perhimpunan Pas Ganti Umno yang diambil daripada blog Awang Harun.











SEMOGA KEMENANGAN BERSAMA PAS DI TERENGGANU




0 ulasan:

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP