This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

BELUMPUN HARI PENAMAAN CALON,CIKGU MALA SUDAH DISERANG KIRI DAN KANAN

Wednesday, January 19, 2011

Hari penamaan calon masih berbaki tiga hari dan Umno hanya akan mengumumkan calon mereka hari ini.Tatkala Umno masih berteka-teki dalam soal calon,sama ada mencalonkan calon lelaki ataupun wanita,Pas sudah terkehadapan dalam meletakkan calon muslimat di Dun Tenang iaitu Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala.Khabar angin di pihak Umno menampakkan lobi-melobi yang kuat terhadap dua nama calon iaitu wakil wanita iaitu Ketua Wanita Bahagian Labis,Haslinda Salleh selain nama ADO bagi Daerah Kecil Rengit,Azhar Ibrahim. Selain dua nama tersebut,nama Timbalan Ketua Umno Labis,Rusdin Mahmud dan Naib Ketuanya Hashim Daud turut diperkatakan orang untuk menjadi calon Umno di kerusi tersebut.Apapun,dalam masa beberapa jam sahaja daripada sekarang,lawan kepada calon Pas bakal terjawab di Tenang.

Apapun,Pas sebenarnya mempunyai kelebihan dalam tempoh berkempen kerana calonnya mempunyai masa yang lebih lama untuk berkempen semenjak namanya diumumkan Ahad lepas.Masuk hari ini,sudah tiga hari Cikgu Mala turun menemui para pengundi di Dun Tenang.Cikgu Mala yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Johor merupakan seorang anak peneroka tempatan selain mempunyai auranya yang tersendiri serta disenangi oleh pelbagai latarbelakang pengundi.Sepanjang dua hari tempoh berkempen secara tidak rasmi,Cikgu Mala telah berkunjung dari rumah ke rumah,dari kedai ke kedai untuk mengagihkan buah limau kepada mereka yang dijumpainya terutamanya golongan wanita di Dun Tenang.

Pada hari pertama kempen tidak rasminya Isnin lalu,Cikgu Mala yang tampil berjubah merah mempunyai personaliti yang menyenangkan semua pihak tetapi masih menjaga batas-batas seorang muslimah dalam Islam. Beliau bersama beberapa orang wakil muslimat Pas dan Ketua Wanita DAP,Chong Eng telah mengadakan sesi berkenalan di kawasan tumpuan ramai di kawasan Bandar Labis termasuk di pasar,pasar tani,kedai dan restoran.






Semalam pula,pada Hari Selasa,beliau menyambung semula kempen tidak rasminya di sekitar pekan dan di kawasan Felda termasuk menziarahi jenazah Allayarham Abdul Latif Subhi bin Mohd Din,Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang.


Kehadiran beliau semestinya memberi kesedaran kepada pengundi di kawasan Felda akan keperibadian calon Pas tersebut dalam berkhidmat.Tatkala hampir kesemua pemimpin Umno di Tenang meraikan Najib di Chemplak,para petugas Pas Pahang mengambil tanggungjawab menyempurnakan jenazah arwah.Lebih memilukan,Najib langsung tidak mengambil kesempatan untuk menziarahi arwah yang merupakan pejuang Umno di Tenang.Malah,Imam bertugas di masjid juga tidak dapat menunaikan kewajipannya menguruskan jenazah apabila terpaksa meraikan kedatangan Najib di Dun Tenang.Oleh itu,secara moralnya Pas telahpun menang di Dun Tenang kali ini.
Berbalik kepada isu yang ingin dibincangkan dalam artikel kali ini,kelihatannya Cikgu Mala bakal menghadapi usaha-usaha sabotaj tertentu daripada pihak tertentu dalam pilihanraya kali ini.

Pertamanya,suami beliau telah menghadapi arahan berpindah ke Johor Bahru serta merta dalam masa 24 jam selepas Cikgu Mala diumumkan sebagai calon Pas.Tindakan itu kononnya adalah disebabkan oleh ketidakbolehan suaminya yang juga seorang guru di Tenang tidak boleh mengawal isterinya daripada menyokong Pas.Walaubagaimanapun,isu ini reda setelah bantahan umum berlaku terhadap Pengarah Pelajaran Johor yang nyata lebih Umno daripada seorang Umno.
Keduanya pulapihak saraf BN sedang mengatur strategi memburukkan imej Islam yang dibawa oleh beliau. Apa yang dimaksudkan ialah semasa calon berkenaan mengunjungi tempat awam termasuk pasar  perhentian bas, lawatan rumah ke rumah dan sebagainya, dari kalangan yang ramai tersebut akan ada seorang atau beberapa orang lelaki yang sudah tentu bukan muhrim, berebut menghulurkan tangan untuk bersalam.
Mereka juga menyediakan kamera dan media seperti TV3 dan RTM untuk merakamkan peristiwa itu. Walau apapun reaksi Cikgu Mala terhadap lelaki-lelaki ini, pihak media akan memutar belit isu ini bagi mengelirukan pengundi dan orang ramai. Gambar itu bakal diulang tayang bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap bakal calon Pas ini.
Semua petugas Pas terutama muslimat, diingatkan agar berhati-hati dengan provokasi pihak BN yang sanggup berbuat apa sahaja. Mereka begitu terdesak dalam usaha memenangi kerusi Tenang yang sememangnya dilihat sebagai kubu kuat mereka.
Setakat ini,fitnah tersebut masih berjaya dielak oleh Cikgu Mala.Ternyata dalam tempoh beliau bertemu dengan penduduk setempat,beliau masih berjaya mengelak untuk bersalaman dengan mana-mana lelaki dan pertemuannya dengan mana-mana lelaki sentiasa diiringi oleh suami dan wakil muslimat.Syabas,Cikgu Mala.
ditemani suami

Gaya tangannya ketika memberi buah
kepada lelaki untuk mengelakkan berjabat salam

sentiasa ditemani ketika bertemu
pengundi lelaki
Selain itu,usaha-usaha memburukkan Cikgu Mala di internet juga turut berlaku terutamanya oleh pejuang maya tegar Umno di internet.Mereka kelihatannya sanggup menyamakan Cikgu Mala sebagai Amina Wadud, wanita yang menjadi Imam di Amerika Syarikat semata-mata kerana Pas mencalonkan seorang wanita sebagai calon.



Mereka menganggap Cikgu Mala
tidak kenang budi

Sesungguhnya calon Pas di Dun Tenang,Cikgu Normala Sudirman mempunyai auranya yang tersendiri sebagai seorang calon di Dun Tenang.Pas mungkin tewas dalam pilihanraya kecil kali ini,tetapi Pas mungkin akan mampu membina asas yang kukuh untuk maju di Johor pada masa yang akan datang.






1 ulasan:

ibnu naim al-bahiyah,  January 19, 2011 at 1:48:00 PM PST  

masyallah! semoga Allah peliharakan lah kami & semua pejuang2 agama Mu Ya Allah! Kau tunjukilah kami jalan yg lurus iaitu jalan org2 yg kau beri petunjuk... Amin! Allahuakhbar!

Post a Comment

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP