This Pas Supporter's Blog Is. Powered by Blogger.

WUJUDKAN SEMANGAT IJOK DI TENANG...SEMATKAN SEMANGAT ALFATEH DI KONSTANTINOPLE

Monday, January 31, 2011

SEJARAH PENAKLUKAN BENTENG BYZANTINE (ROM TIMUR)

Kota Konstantinople kononnya dianggap sebagai antara kubu terkuat di dunia,warisan daripada Kerajaan Byzantine Timur. Walaubagaimanapun, kota tersebut akhirnya jatuh kepada Sultan Muhammad Al Fateh pada tanggal 29 Mei 1453.Mengapakah kubu tersebut dianggap antara yang terkuat dunia?Hal ini kerana kubu tersebut telah mula dikepung semenjak 6 April 1453,namun hanya mampu dibuka 54 hari kemudiannya. Sepanjang tempoh tersebut,pelbagai strategi telah digunakan Al-Fateh termasuk mengepung, membedil, membina menara bergerak,melastik pintu dinding,menembusi jalan laut sehinggalah kepada melakukan perkara yang di luar adat dalam perperangan.Untuk rekod,meriam Turki Uthmaniyyah ketika itu adalah antara yang terbaik dan terkuat,hasil ciptaan seorang yang bernama Orban.
Setelah terpaksa berperang dengan tentera bantuan Salibiyyah dari Eropah di laut,gagal membuka pagar berantai di Teluk Tanduk Emas, akhirnya satu tindakan yang di luar adat dan yang tidak pernah difikirkan musuh telah dilakukan iaitu dengan mengangkat kapal yang besar ke atas gunung,semata-mata melepasi pagar berantai di Selat tersebut.Dan inilah antara kunci utama kemenangan Al-Fateh di Konstantinople,yang akhirnya ditukar namanya kepada Islambol (sekarang dikenali sebagai Istanbul).

Maha Suci Allah yang menghidupkan insan hebat yang bernama Muhammad Al Fateh,seorang penakluk Agung, sebaik-baik Raja yang mempunyai Sebaik-baik Tentera.

+    +    +

KISAH LAMA DI IJOK

Pilihanraya Kecil Dun Ijok berlangsung tanggal 28 April 2007 berikutan kematian penyandang di kawasan tersebut,Mendiang Datuk Sivalingam A/L Arumugam Karuppiah.Ketika itu,Selangor adalah merupakan antara kubu terkuat Umno dan Barisan Nasional di Malaysia.Bayangkanlah,ketika itu,Dun Sifar Pembangkang telah hampir menjadi kenyataan kecualilah apabila Adun Sungai Pinang (DAP),Teng Chan Kim berjaya menjadi wakil tunggal dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Untuk rekod,dalam Pilihanraya Umum ke 11 pada Tahun 2004,Mendiang Siva telah berjaya memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan calon PKR,Abdol Raman Moharam dengan majoriti selesa sekitar 1649 undi.Sebelum itu,dalam Tahun 1999,calon DAP di sana juga tewas dengan majoriti yang lebih besar iaitu sekitar 3166 undi.Malah,Ijok boleh dikatakan antara kubu MIC di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Dalam Pilihanraya Kecil Ijok,satu nama baru dalam politik telah dinaikkan oleh PKR iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Dalam Pilihanraya tersebut,provokasi lawan tidak kurang hebatnya.Rakaman video Anwar menari diulang tayang berpuluh kali oleh RTM,kononnya Anwar sudahpun hilang budaya Islam dalam dirinya. Ketika itu,Anwar mula mendaki naik semula dalam arena politik negara setelah dibebaskan daripada tahanan penjara.Provokasi BN berterusan apabila rakaman video calon PKR,Tan Sri Khalid Ibrahim yang tersasul mengajak pengundi untuk mengundi Barisan Nasional juga diulang tayang,kononnya Khalid adalah calon tangkap muat yang telah diambil oleh PKR untuk bertanding dalam Pilihanraya kecil tersebut.

Seterusnya,Pilihanraya kecil tersebut juga memberi tamparan hebat buat PKR,apabila S.Nallakaruppan yang juga sahabat karib Anwar keluar parti setelah kecewa tidak dicalonkan dalam Pilihanraya Kecil tersebut memandangkan dia memang melobi untuk jawatan itu.Akhirnya,Nalla bertindak keluar parti dan menghentam Anwar dan PKR melalui pentas Barisan Nasional.Sedangkan,kredibiliti Tan Sri Khalid sebagai seorang ahli korporat yang berpengalaman dalam Kumpulan Guthrie langsung tidak dipandang oleh pengundi di Ijok pada masa itu.

Setelah keputusan Pilihanraya Kecil Dun Ijok diumumkan,kemenangan akhirnya berpihak kepada calon MIC, Cikgu K.Phartiban yang mendapat 5884 undi manakala Khalid pula hanya mendapat 4034 undi.Majoriti kemenangan Phartiban adalah sekitar 1850 undi.

Umno dan Barisan Nasional sesungguhnya cukup bongkak dan sombong dengan kemenangan tersebut. Maka,ramailah pemimpin ampu dan bodek mereka mengeluarkan fatwa mengatakan perjuangan PKR telah tamat.PKR telah ditolak pengundi dan sudah tidak lagi relevan.

Pun begitu,kata-kata sombong mereka setelah menang dalam Pilihanraya Kecil di Ijok ketika itu akhirnya memakan diri mereka sendiri setelah orang yang mereka hina berjaya mencipta gelombang kebangkitan sebelas bulan berikutnya.Malah,calon tangkap muat PKR di Ijok juga bukan sahaja telah berjaya memenangi kerusi Dun Ijok tetapi juga dilantik menjadi Menteri Besar bagi Negeri Selangor Darul Ehsan.

Slogan Sifar Pembangkang mereka juga telah menjadi sumpahan buat diri mereka sendiri apabila bukan sahaja pembangkang tidak menjadi sifar,sebaliknya mereka pula yang terpaksa menerima hakikat menjadi pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

INTERLOK : ALFATEH,KHALID IBRAHIM DAN NORMALA SUDIRMAN


Ijok dan Tenang tidak banyak berbeza.Dengan memiliki komposisi kaum yang bercampur,satu masa dahulu Ijok bukanlah harapan buat pembangkang.Satu ketika dahulu,DAP yang bertanding di kerusi terbabit sering tewas dengan majoriti yang besar,sekitar 3000 hingga 6000 undi.Sehinggalah gelombang reformasi timbul, majoriti tersebut semakin berkurang dan berkurang dan akhirnya berjaya ditawan oleh pembangkang.

Begitulah juga yang berlaku di Kota Istanbul.Gelombang serangan demi serangan,secara konsisten dan istiqamah akhirnya Al-Fateh berjaya juga membuka pintu kota Alkonstantin.Tenang dan Johor umumnya, masih dilihat jauh daripada gelombang kebangkitan.Pun begitu,gelombang kebangkitan rakyat di Johor mungkin akan timbul sedikit demi sedikit.Mungkin tidak dalam pilihanraya kecil kali ini,tetapi mungkin Pilihanraya Umum ke 13 atau ke 14.Siapa yang boleh menentukan qada' dan qadar Allah?

Seperti juga di Ijok,PKR tewas di kawasan yang tidak pernah dimenanginya itu.Malah,memang mereka sudah menjangkakan yang mereka akan tewas.Hasrat mereka untuk mengurangkan majoriti Barisan Nasional juga tidak tercapai seperti yang diharapkan.Lantas,apa kurangnya Tenang di mata Ijok?

Buat Cikgu Mala dan Pas Johor,jika anda membaca tulisan ini,teruskan berjuang,seperti Al-Fateh yang tidak kenal erti tewas dalam membedil benteng Byzantine.Sematkanlah Semangat Ijok,Insyaallah,kemenangan pasti di tangan orang yang beriman.

Hazman BA

Read more...

TERBARU!TERNOW!UMNO MENINGGALKAN PAS JAUH DI HADAPAN

Sunday, January 30, 2011

Maklumat daripada Berita Harian Online,Umno menang di Saluran Undi Pos.

Daripada 119 undi pos yang dikeluarkan,hanya satu undi ditolak.

Baki 118 undi menyaksikan Umno mendapat 115 undi manakala 3 undi untuk Pas.

Dan keputusan ini adalah telah dijangka.

Apapun,kelebihan undi Pos 2011 berbanding 2008 agak mengejutkan.

2008 : BN - 25 ,Pas -3     Majoriti : 22
2011 : BN - 115,Pas-3     Majoriti : 112

Adakah sejarah di Dun Galas berulang??

Tidak rasmi di Bandar Labis Tengah:
Pas menang saluran Satu - Pas (123) , Umno (64)
Pas menang saluran Empat - Pas (209), Umno (90)

UPDATED 6.52 PM:


06:50PM: PRK DUN Tenang : Pengiraan untuk 6483 (43.94%) kertas undi ialah PAS-2033 manakala BN-4420 undi manakala Undi  Rosak-30 majoriti BN-2387 (Tak Rasmi)
06:30PM: SETAKAT JAM 6.29 PTG :- Keseluruhan Tak Rasmi : BN : 3147 - PAS : 1092
PETI UNDI Tenang Station BN: 746 PAS: 352
PETI UNDI Pekan Air Panas BN: 220 PAS: 48
PETI UNDI Ladang Labis Utara BN : 152 PAS: 40
PETI UNDI Felda Tenang BN: 950 PAS: 160
PETI UNDI Bukit Dato. BN : 352 PAS : 99 
06:00PM : KEPUTUSAN RASMI UNDI POS
PAS - 3
BN - 115
Undi rosak - 1
Jumlah keseluruhan - 119 



IKUTI LIVESTREAM DI http://www.bharian.com.my/BHLIVE/coverlink/20110118171437/index_html @
http://n05tenang.pas.org.my/ @ http://tvsnews.net/v1/content.php?d=mn&sub&mod=cont_dn&menu_id&id=3010&menu&mid
Nantikan keputusan penuh.

Read more...

"FIKIR DULU SEBELUM BUANG" : ARTIKEL AKHIR SEBELUM BUANG UNDI DI TENANG

Saturday, January 29, 2011

Sehari sebelum hari pengundian di Dun Galas,penulis telah membuat satu artikel mengenai ramalan kemenangan antara Dr.Zul dan Aziz Limau dalam Pilihanraya Kecil Galas,hampir dua bulan yang lalu.Ketika itu,ramalan yang dibuat Zentrum menunjukkan Pas dan Umno memperoleh kemungkinan yang seimbang 50-50 manakala Ilham Centre pula meramalkan bahawa selepas kajian ke atas responden,27.8% bakal mengundi Pas,31.2% mengundi Umno,manakala bakinya adalah tidak pasti dan menyembunyikan sokongan mereka.

Akhirnya,keputusan yang diumumkan keesokan harinya pula menunjukkan bahawa Umno berjaya memperoleh 56.3% undi manakala Pas pula memperoleh 43.7% undi.Ini bermakna segala prediksi dan ramalan yang dibuat adalah hampir tepat (di mana Zentrum meramalkan kemenangan Umno),cuma persen yang diramalkan agak tersasar.

Dan hari ini,kajian serupa dua badan pemerhati bebas itu telah dilaporkan media mengenai ramalan kemenangan calon di Dun Tenang.Zentrum Future Studies pada umumnya telah membuat Kajian Prediksi Kepercayaan Politik,di mana melalui kajian mereka pada hari pertama kajian,63 peratus sokongan berada di sebelah Barisan Nasional manakala 37 peratus pula menyokong Pas.Kedudukan itu berubah setiap hari dan hari ini,yakni hari terakhir sebelum tempoh pembuangan undi esok,kedudukan berubah kepada 58 peratus untuk BN dan 42 peratus untuk Pas.

Walaubagaimanapun,apa yang sering ditegaskan oleh Panitia Zentrum dalam kajian mereka adalah:

Data ini adalah data persepsi, suatu prediksi terhadap mood, atmosfera dan informasi yang boleh digunakan sebagai perbandingan dengan situasi kepercayaan politik dalam strategi masing-masing.

Data ini bukan petunjuk terhadap keputusan dari pengundian.

Berbanding Zentrum yang meramalkan 58-42,satu lagi badan kajian bebas iaitu Ilham Centre pula meramalkan kemengan Umno dengan majoriti hampir 3000 undi.Untuk rekod, Umno meramalkan kemenangan calon mereka adalah sekitar 5000 undi.

Menurut dapatan kajian Ilham Centre,BN dijangka memperolehi sekitar enam ribu hingga tujuh ribu undi manakala PAS pula dikatakan akan hanya mengutip dalam lingkungan empat ribu undi.


Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan kaum lain (75 peratus).


Dan jika ramalan ini adalah hampir tepat,kelihatannya undi yang diperoleh oleh Allahyarham Datuk Sulaiman Taha dan Md Saim Siran adalah hampir tidak berubah di mana Allahyarham memperoleh lebih kurang 6000 undi manakala Md Saim sebanyak 3800 undi (hampir 4000 undi) dan majoriti juga menghampiri 3000 seperti yang diramalkan.



Dan bagi Pas dan Pakatan Rakyat itu sendiri,mereka tidak meletakkan harapan menang terlalu tinggi.Malah, Lim Kit Siang ketika malam pengumuman calon Pas sendiri tidak menjangkakan Pas mampu menang walaupun asas sokongan pengundi Cina berada di pihak Pakatan Rakyat.Beberapa hari lepas, dalam sidang media harian pula,Ahli Parlimen Kuala Selangor YB Dr. Dzulkefly Ahmad juga senada dengan Lim Kit Siang. Menurut beliau,Pas tidak hanya berusaha untuk menang tetapi lebih kepada pemurnian kempen di mana membina asas dalam kalangan pengundi di Dun Tenang dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Di sini penulis tertarik dengan suasana pengundian di PRK Ijok dan Pengkalan Pasir masing-masing berlangsung pada tahun 2007 dan 2006.Untuk rekod,Pas dan PKR kalah di kedua-dua buah kerusi tersebut tetapi mampu membuat kejutan dalam Pilihanraya Umum di mana segala jentera Umno tidak lagi tertumpu di sana.Di Ijok sebagai contoh,selang masa antara Pilihanraya Kecil tersebut dengan Pilihanraya Umum ke 12 adalah sekitar 11 bulan.Bayangkan dalam masa sebelas bulan,swing undi berlaku begitu tinggi membawa kepada kemengan Tan Sri Khalid Ibrahim di sana.Salah satu faktor bagaimana Umno tidak mampu mengekalkan kerusi yang mereka menangi semasa PRK dalam Pilihanraya Umum adalah bertitik tolak daripada kegagalan melaksanakan janji pilihanraya.Kisah di Parlimen Pendang(2002),Pengkalan Pasir(2008) dan Ijok (2008) pastinya memberi pengajaran kepada kita.

Malah,penulis yakin,peluang Pakatan Rakyat merampas Hulu Selangor,Galas dan lain-lain juga tinggi jika diukur kepada penipuan janji demi janji Barisan Nasional dalam setiap kali Pilihanraya Kecil.

Dalam Pilihanraya Kecil Tenang ini sendiri,beberapa faktor bakal mengubah landskap politik Tenang termasuklah dalam isu hakmilik tanah,Felda,Generasi Kedua,Harga Barang,Ekonomi dan Pengundi Cina.

Akhir kata,selamat mengundi buat warga Tenang.Pilihlah calon pilihan anda,tetapi ingat,Adakah Itu Calon yang Terbaik?Tepuk Dada Tanya Iman.

p/s:ANALISIS LENGKAP PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG AKAN DITULIS DI BLOG INI SELEPAS INI.NANTIKANNYA BERSAMA-SAMA

Penganalis tanpa tauliah,
Pantai Dalam.



Read more...

MEMBONGKAR BEBERAPA PENIPUAN PEMFITNAH TEGAR TERHADAP CIKGU MALA DI TENANG

Semenjak hari pertama pencalonan Cikgu Mala sebagai calon Pas di Dun Tenang,pelbagai fitnah yang pernah dilemparkan oleh para pemfitnah tegar upahan di internet.Kumpulan Nadi Keparat tanpa segan silu menghentam Cikgu Mala dari kanan dan depan.Mereka bercerita tentang keperibadian Cikgu Mala seolah-olah mereka telah mengenali calon Pas itu semenjak kecil.

Sebagai mengimbas kembali fitnah-fitnah ke atas Cikgu Mala,fitnah telah dimulakan dengan memburuk-burukkan Pas sebagai kononnya dahulu menentang wanita menjadi calon di bawah tiket Pas.Gambaran bahawa Cikgu Mala akan menyamai Amina Wadud diletakkan di dalam internet oleh para pemfitnah.Penulis sendiri pernah menulis mengenai perkara ini dalam artikel awal Belumpun Hari Penamaan Calon,Cikgu Mala Diserang Kiri dan Kanan.

antara fitnah terawal
Seterusnya,selepas itu pula,fitnah demi fitnah yang lebih berat mula dilemparkan ke atas susuk Cikgu Mala.

Para pencacai tegar dengan jahatnya telahpun menuduh Cikgu Mala berzina,sama seperti fitnah terhadap Dr.Zul di Galas dua bulan yang lalu.Berikut adalah beberapa status facebook Nadi Keparat yang telah bertindak memfitnah Cikgu Mala:

Normala tinggalkan suami lama kejar Maarof kerana maarof kaya.DIA ada skandar sebelum kahwin.Ingat pas ingat zina ingat pas ingat maksiat"

"Tanya cikgu tenang semua tahu cerita ni.,kenapa calon pas jadi tak bermoral ni"

"Jawap le kenapa dia ada hubungan dengan maarof sedangkan masa tu dia masih bini orang"

-Suara Dari Bumi-


"TERKINI: BIAR BETUL....
CIKGU MALA ADA MAIN KAYU TIGA SEBELUM KAHWIN??... JGN BUAT FITNAH BRO...
TAKKAN AKU NAK TANYA SENIDIRI DGN MAAROF, YG KAYA TU?
TAKKAN LAH SEBUT PAS SAHAJA, ZINA... SEBUT PAS AJA, MAKSIAT... BUKAN SEMUA PEMIMPIN PAS TAK BERMORAL... BIAR BETUL BRO!!!
TUIH!! "
-Pas Beruk@pegawai BTN-

Ketika isu ini baru dikeluarkan,penulis tidak begitu berminat untuk melakukan sepai menyepai dalam isu ini memandangkan dalam isu zina Adun Selising pun sampai kini mereka masih tercirit untuk mengeluarkan bukti. Penulis masih ingat,dengan sombong dan angkuhnya para pencacai di facebook tersebut memberikan amaran kepada Adun Selising dan Adun Perupok untuk meletak jawatan sebelum 1 Januari 2011.Jika tidak, pendedahan demi pendedahan akan dilakukan sehingga Adun Selising malu besar dan meletakkan jawatan.

Hari ini sudah 28 Januari.Bila lagi mahu dedah?

Dalam kes penipuan Adun Selising ini sudah cukup untuk membuktikan penipuan Nadi Keparat dalam menyebarkan fitnah.Oleh sebab menganggap para pemfitnah tegar terutamanya Azmy Awang yang kelihatannya seperti seorang yang berpenyakit mental,maka penulis tidak lagi mencampuri urusan fitnah mereka.Namun,apabila semakin hari semakin penuh dinding-dinding facebook dengan contengan fitnah demi fitnah,maka penulis terpanggil untuk mengikuti isu kayu tiga Cikgu Mala ini.

Keluarga Azmy Awang?
Berikut adalah fitnah-fitnah jahat Azmy Awang terhadap Cikgu Mala:

  • ALLAH BENCI PAS !!!
    HASIL TEMUBUAL BERSAMA MAT KEPANG SELEPAS SOLAT SUBUH TADI D MASJID LABIS....
    SUAMI PERTAMA MALA AYAM : ABG LAN...SEKARANG MENETAP D KAJANG..DULU D FELDA SEKIJANG !!!
    -NADI SELANGOR ADA TEMU JANJI D KAJANG LEPAS JUMAAT SAMBIL BER-SATAY...TERIMA KASIH AMINOR...TQTQTQ..


    6 hours ago
    p/s:ENTAH GAMBAR SIAPA DIANGKUTNYA



  • ALLAH BENCI PAS !!!
    NADI-ON AIR DARI PEKAN LABIS !!
    -DOK RONDA-RONDA..NAK JUMPA DGN SAKSI2 UTAMA KES MALA AYAM GORENG DGN SUAMI PERTAMANYA...!!!
    -MALA AYAM BUKAN ORANG TENANG !! SO RAMAI TAK TAU...TAPI DIA LUPA...KAT PEKAN TEMPAT DIA LEPAK MASA UMUR BOHSIA RAMAI MAT2 KEPANG KENAL DIA..PEWIIITTTTT SIUL MAT KEPANG !!


    Wednesday at 08:27 
    MASYAALLAH...CALON PAS DITUDUH BOHSIA?


Apapun,berkemungkinan kerana penulis skripnya adalah orang yang sama,maka sinopsis fitnah rekaan Nadi Keparat terhadap Cikgu Mala yang kononnya meninggalkan suami pertama seorang pekerja KFC ditulis oleh Papa Gomo di blognya.
http://www.papagomo.com/2011/01/ekslusif-18-sx-edisi-tenang-normala-kfc.html

papa gomo dan orang yang pernah
difitnahnya
Normala KFC pada 13 tahun yang lalu telah pun bernikah dengan seorang Lelaki yang bernamaAbdul Rahman Nordin yang kini lebih dekenali dengan nama Bang Haji. Suami pertama Normala KFC ini merupakan seorang pekerja di Marrybrown JB pada waktu itu. Normala pada waktu ini hanya merupakan Guru Sandaran.

Sejuruh Pernikahan Normala dan Abdul Rahman, Normala telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang hasil dari usaha Bapa nya yang bertungkus lumus meminta bantuan UMNO untuk melayakkan Normala ke Maktab.

Sejurus Normala Sampai di Maktab dan menimba Ilmu lebih kurang 3 bulan selepas itu Beliau telah meminta CERAI dari Suaminya Abdul Rahman hanya melalui panggilan talifon dan Penceraian tersebut di bawa ke Mahkamah Syariah.

Dalam Proses 3 bulan pertama Normala Sudirman ini di Maktab rupa rupanya beliau yang waktu itu merupakan Isteri yang SAH dengan Abdul Rahman telah bermain KAYU TIGA bila bercinta dan berkasih kasihan dengan Maarof Abdul Talib yang juga merupakan penuntut di Maktab perguruan tersebut.

Penceraian antara Normala dan Abdul Rahman ini tidak di ketahui oleh penduduk Felcra Sekijang kerana isu berkenaan di diamkan oleh Normala dan keluarganya.

Menurut rakan sekuliah Normala sewaktu di Maktab, Normala berkenalan dengan Maarof ini dan sering keluar bersama sama dan pada waktu ini juga ramai rakan sekuliah yang tidak mengetahui bahawa Normala waktu itu sudah Bernikah dan merupakan Isteri orang.

Cinta 3 Segi merupakan penyebab kepada penceraian Normala dan Abdul Rahman dan salah satu faktor yang menyebabkan Normala Sudirman bermain Kayu Tiga adalah kerana pandangan HINAnya ke atas Suaminya yang hanya merupakan pekerja di Marrybrown yang di labelkan tidak berkedudukan dan mempunyai masa hadapan yang tidak menentu.

Untuk makluman Normala Sudirman Bekas suaminya yang pertama itu sekarang sudah berjawatan Manager di sebuah KFC bertempat di Lembah Klang. Jika dahulu Normala menghina bekas suaminya itu kerana tidak berjawatan namun kini Beliau Abdul Rahman sudah berjawatan besar dan menjadi Manager KFC yang Suksess.

Emmm Setakat itu pendedahan peribadi Calon PAS Normala KFC. Gomo nak ingatkan kepada para pengundi di Dun Tenang bahawa Normala KFC ini bukanlah seorang wanita yang layak menjadi Pemimpin kerana latar belakangnya yang tidak menentu dan mempunyai Rekod Pernikahan, Percintaan yang memalukan Keluarganya sendiri.

Boleh di tanya kepada penduduk Felcra Sekijang akan peribadi Normala ini yang tidak bercampur gaul dengan masyarakat.

Buat Normala KFC, Jangan di HINA pekerja Makanan Segara kerana setiap kerja yang di lakukan adalah mencari Rezeki yang Halal buat keluarga. Jangan di HINA pekerja Makanan Segera walaupun mereka tidak sepopular kerjaya Guru. Jangan di HINA pekerja Makanan Segera kerana mereka juga manusia yang hidup mencari Nafkah dalam meneruskan kehidupan.

Buat Salahuddin Ayob Pengarah Jentera PAS bagi PRK Tenang ini Gomo nak ingatkan anda bahawa serangan Peribadi Calon adalah di mulakan oleh anda semua. Kami tidak memulakan serangan peribadi Calon dan di harap Redo dengan TERBONGKAR nya cerita Normala KFC ini yang BERMAIN KAYU TIGA membelakangkan Suaminya dan MengHINA pekerja Makanan Segera.

Okaylah,anda sudah membaca tulisan penipu di atas?Mari kita kaji bersama-sama:

Normala KFC pada 13 tahun yang lalu telah pun bernikah dengan seorang Lelaki yang bernamaAbdul Rahman Nordin yang kini lebih dekenali dengan nama Bang Haji. Suami pertama Normala KFC ini merupakan seorang pekerja di Marrybrown JB pada waktu itu. Normala pada waktu ini hanya merupakan Guru Sandaran.

13 tahun yang lepas bermakna sekitar tahun 1997.Ini bermakna,jika sekarang Cikgu Mala berumur 38 tahun, 13 tahun yang lalu,Cikgu Mala berumur dalam lingkungan 25 tahun.

Dalam umur 25 tahun,Cikgu Mala telah berkahwin dan kemudiannya masuk ke Maktab Perguruan. (di sini ada satu kejanggalan,bolehkah Kementerian menerima calon yang berumur 25 tahun untuk ke maktab?)

Dalam Proses 3 bulan pertama Normala Sudirman ini di Maktab rupa rupanya beliau yang waktu itu merupakan Isteri yang SAH dengan Abdul Rahman telah bermain KAYU TIGA bila bercinta dan berkasih kasihan dengan Maarof Abdul Talib yang juga merupakan penuntut di Maktab perguruan tersebut.

Di sinilah kunci di mana kita boleh menjejaki penipuan terhadap fitnah tersebut.Ingat satu fakta kes.Beza umur Cikgu Mala dan suaminya adalah selama LAPAN TAHUN.Jika Cikgu Mala masuk Maktab umur 25 tahun (satu keraguan) adakah logik suami beliau Cikgu Maarof yang berumur 33 TAHUN pada masa itu masih belajar di maktab Perguruan?Berikut adalah maklumat peribadi suami Cikgu Mala:

Lahir 1965,asal Pulau Pinang dan mengundi di Selangor
(nombor kad pengenalan diambil berdasarkan surat cuti sakit)
jika benar surat tersebut,maka benarlah keterangan tentang Cikgu Maarof

Semalam juga,blog Papa Gomo yang suka memfitnah telahpun mengeluarkan salinan keputusan SPM Cikgu Mala,di mana Papa Gomo memperlekehkan keputusan SPM yang diperoleh hanyalah sekadar cukup-cukup makan:

Slip SPM yang telah dikeluarkan Blog Papa
Gomol
Walaubagaimanapun,dalam keghairahan Papa Gomo menghina Cikgu Mala yang mendapat keputusan yang "cukup-cukup" makan,dia telah dihentam cukup teruk di blognya kerana tidak pandai membaca slip keputusan SPM.Ternyata Cikgu Mala telah mendapat Pangkat Satu (Bahagian Satu) di dalam Sijil Pelajaran Malaysianya.

Beberapa hari sebelum ini pula,Papa Gomo juga telah terkantoi menipu di mana kononnya terdapat sabotaj terhadap kereta wanita Umno yang diguris dengan perkataan mencarut.Menurut Papa Gomo@Norzamrizal, satu laporan polis telah dibuat.Namun,berikut adalah keratan akhbar yang telah mengkantoikan penipuan Papa Gomol:

Tulisan dalam bulatan:
GAMBAR ITU PENIPU

GAMBAR DARI BLOG GOMO PENIPU:



Berbalik kepada dakwaan fitnah terhadap kononnya Cikgu Mala pernah berkahwin sebelum ini,meminta cerai dari suami pertama,berjumpa Maarof di Maktab adalah satu perkara yang bersifat fitnah semata-mata.

Percayalah,selepas daripada Pilihanraya Kecil ini,fitnah ini akhirnya akan hilang entah ke mana.Selepas ini, fitnah terhadap calon Pas atau PKR di Merlimau pula yang timbul.

Anda masih mahu percayakan fitnah?Terpulanglah


Read more...

PRK TENANG BUKANLAH PENENTU NASIB PAS ATAU UMNO TETAPI LEBAI SOLEX

Wednesday, January 26, 2011

P142 Labis mungkin boleh dianggap sebagai kubu selamat Barisan Nasional di negeri kelahiran Umno tersebut. Parlimen Labis secara tradisinya pernah melahirkan nama-nama pemimpin penting negara termasuk Tun Musa Hitam,Tun Dr.Ling Liong Sik dan terbaru Datuk Seri Chua Soi Lek.Malah,jika diamati dengan lebih dekat, kerusi Parlimen Labis adalah kerusi yang pernah dipegang oleh dua orang Presiden MCA termasuk Chua dan Ling.Malah,seorang lagi Presiden MCA,Ong Ka Ting juga berkubu di Parlimen Kulai Johor.Termasuk Ong dan Ling,kedua-duanya adalah anak kelahiran Perak,namun keduanya telah bertanding di Johor,membuktikan betapa Johor adalah tempat menyelamatkan nama-nama besar politik dalam Barisan Nasional.

Sebelum ini,Parlimen Labis yang pernah ditandingi Umno akhirnya menjadi kerusi tradisi MCA.Dalam Pilihanraya ke 12,Chua walaubagaimanapun tidak bertanding setelah dimalukan dengan skandal video seksnya setahun sebelum itu.Tempat Chua itu telah digantikan dengan meletakkan anaknya Chua Tee Yong (Chua Jr) sebagai calon di Parlimen Labis.Barang ditakdirkan Allah,Chua Jr akhirnya berjaya mengekalkan legasi MCA di Labis walaupun mengalami pengurangan undi sekitar hampir 3000 undi.Pun begitu,adalah hampir pasti bahawa Chua Soi Lek akan mengambil kembali kerusi yang telah dipegangnya sebelum ini dari tangan anak lelakinya itu sendiri.

Walaupun berlaku perubahan undi Cina secara besar-besaran di seluruh Semenanjung,kawasan Parlimen Labis masih terselamat,di mana momentum peralihan tidaklah sebesar mana, cuma sekitar 3000 lebih undi sahaja.Malah,MCA masih berjaya mengekalkan Dun Bekok yang mempunyai hampir 60 peratus pengundi Cina dengan majoriti 1944 undi.

Justeru,Pilihanraya kecil kali ini di Dun Tenang bukanlah pertembungan bagi menentukan untung nasib Pas mahupun Umno,tetapi lebih kepada menilai nasib Soi Lek sebagai seorang Presiden parti MCA. Kemenangan Pas mahupun Umno tidaklah mengubah kedudukan kerajaan yang memerintah,tetapi lebih kepada menilai perubahan undi kaum Cina terhadap MCA.Oleh itu,di sini penulis menganggap terdapat DUA asas penting yang sangat-sangat merisaukan Soi Lek@Lebai Solex iaitu:

1.Membuktikan Kemampuan dan Kredibiliti Beliau sebagai Presiden MCA
2.Membuktikan Bahawa Undi Cina sudah kembali kepada MCA

Sebenarnya,sebulan sebelum Pilihanraya Kecil ini berlangsung,satu artikel awal telahpun ditulis oleh penulis mengenai Chua Soi Lek iaitu Sekilas Pandang di Dun Tenang : Chua Soi Lek VS Mazlan Aliman .

CABARAN SATU
Membuktikan Kemampuan Dan Kredibiliti Sebagai Presiden


Ramai yang telah sedia maklum,bahawa wujudnya pelbagai puak dalam MCA yang membawa kepada krisis kepimpinan sebelum ini.Krisis tersebut berlaku adalah tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kekalahan terbesar MCA dalam Pilihanraya Umum 2008 di kerusi-kerusi yang ditandingi yang membawa kepada perletakan jawatan Presidennya sebelum itu,Ong Ka Ting. Pengganti Ong,Ong Tee Keat pula dilihat tidak mampu menangani krisis dalaman mereka sendiri apabila beliau bertindak memecat Chua Soi Lek daripada jawatan Timbalan Presiden.Pertikaian demi pertikaian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya EGM dan pemilihan semula parti yang mengangkat Lebai Solex sebagai Presiden.

Cabaran pertama Lebai Solex di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor berkecai setelah MCA gagal menarik sokongan daripada pengundi Cina sehingga mereka tewas teruk di peti undi kaum Cina.Di Galas pula, walaupun terdapat tanda-tanda sokongan pengundi Cina kembali kepada Barisan Nasional apabila mereka menang di keempat-empat peti undi majoriti Cina di sana.Walaubagaimanapun,perkara tersebut tidak boleh dijadikan asas kerana jumlah pengundi Cina di Galas tidaklah sebesar jumlah di Dun Tenang.

Perlu juga disedari bahawa dengan cara ini sahajalah kita boleh menilai tahap kepulihan MCA daripada tsunami 2008 memandangkan mereka tidak pernah langsung terlibat dengan siri pilihanraya kecil selepas tahun 2008.Untuk rekod juga,kali terakhir berlakunya pilihanraya kecil yang melibatkan calon MCA adalah pada tahun 2007 di Dun Machap,Melaka.

Kali ini pula,dengan berlakunya pilihanraya kecil di kubunya sendiri,sudah tentu Lebai Solex tidak mahu dimalukan dengan kekalahan di tiga peti undi majoriti Cina dalam Pilihanraya Umum yang lalu di Tenang.Jika ini masih berlaku,maka karier politik Solex sebagai Presiden akan gelap dan dipertikaikan musuh dalam selimut."Tengoklah,kampung sendiri tidak terjaga,inikan pula menjaga negara."Mungkin itulah yang bakal diperkatakan proksi-proksi utama Tiong Lai,Tee Keat mahupun Ka Ting selepas ini.

Apa yang penting,apabila sampai ke satu tahap di mana Solex dipertikaikan,maka yang paling untung adalah Tiong Lai.Sesungguhnya beliau sangat bijak menangguk di air yang keruh.Lihatlah sahaja bagaimana dalam krisis terdahulu.Ong sama Chua bergadung,Tiong untung di tengah-tengah.

Justeru,PRK Tenang adalah TERSANGAT AMAT PENTING buat Solex dalam menepis sepak terajang politik pada waktu ini dan akan datang.Oleh itu,maka tidak hairanlah Solex secara bersungguh-sungguh memburuk-burukkan Pas dan menakutkan pengundi Cina,bukanlah semata-mata memberikan kemenangan pada Tok Ai,tetapi lebih daripada itu adalah untuk menyelamatkan periuk nasinya sendiri.

CABARAN DUA
Membuktikan Bahawa Undi Cina Sudah Kembali Kepada MCA

Seperti dalam tulisan sebelum ini,kita telahpun mengetahui bahawa UMNO telah tewas di tiga peti undi kaum Cina dengan majoriti yang agak besar.Di Bandar Labis Tengah misalnya,terdapat lebih kurang 15 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Dun Tenang,di mana dalam Pilihanraya Umum 2008,Umno tewas di peti undi tersebut dengan majoriti 509 undi.

Oleh itu,Solex mesti membuktikan bahawa Labis adalah kubunya dengan merampas kembali tiga peti undi terbabit.Jika Najib sinonim dengan Pekan,Haji Hadi dengan Marang dan Anwar Ibrahim dengan Permatang Pauh,Chua Soi Lek pula mahu membuktikan beliau kuat dan sinonim di Labis,seperti sinonimnya DAP dengan Juru.

Apapun,tempoh berkempen masih ada beberapa hari untuk Solex memburukkan Pas dan menakutkan pengundi Cina.Selamatkanlah karier politik anda.Jangan sampai anda benar-benar di"solex"kan selepas ini.

Hazman BA
Penulis Tanpa Mukim.

Read more...

ANALISIS DUN TENANG : KEPUTUSAN TERPERINCI 2008 DAN PREDIKSI DALAM PRK 2011

Tuesday, January 25, 2011

Proses berkempen dalam Pilihanraya Kecil Dun Tenang terus rancak.Baik daripada pihak Pas mahupun Umno.Dalam tempoh tersebutlah pelbagai provokasi,merayu undi,membuat janji dan bermanifesto dilakukan oleh calon-calon yang bertanding.Jika dalam artikel awal sebelum ini,penulis telah menulis satu artikel mengenai suasana pada hari pertama dan kedua berkempen,dalam artikel kali ini,lebih bersifat matematik dan berstatistik.

Dalam artikel kali ini,penulis ingin membawa kita semua berfikir dan meneka apakah Pas mampu menang dalam pilihanraya kecil kali ini?Kalau ya,berapa majoritinya?Dan kalau tidak sekalipun,berapakah pula perbezaan majoriti antara Cikgu Mala dan Tok Ai?Inilah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.

Secara asasnya,penulis tidaklah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada Pas untuk menang di Dun Tenang.Walaubagaimanapun,belum cuba belum tahu.Angka tidak pernah tepat dan semua orang boleh bermain dengan angka.Siapa sangka Pas mampu menang di Sungai Abong dan Maharani?Jika pertolongan Allah itu telah datang,angka tidak lagi menjadi penghalang kepada faktor kemenangan Pas di Tenang.

Sebelum menulis dengan lebih lanjut,di bawah telah penulis lampirkan keputusan terperinci di Dun Tenang, mengikut setiap saluran peti undi dalam Pilihanraya Umum 2008: 

KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS
Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila mengetahui Pas mampu menang di tiga peti undi di Tenang sebelum ini iaitu di Peti undi Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah dan Labis.Kemenangan ini juga adalah sangat bermakna memandangkan ketiga-ketiga kawasan ini adalah kawasan bandar dan rata-rata pengundi adalah daripada kaum Cina.Malah,Pas juga telah hampir-hampir menang di sebuah peti undi bermajoriti India iaitu di Ladang Labis Utara apabila hanya tewas dengan majoriti kecil 29 undi.

Sebagai perbandingan juga,undi tertinggi yang diperoleh Pas adalah di Peti Undi Bandar Labis Tengah iaitu setinggi 1013 manakala Umno pula memperoleh undi tertinggi di peti undi Chemplak dengan 936 undi. Untuk rekod,Chemplak adalah kawasan Felda.

Untuk menilai kemungkinan menang bagi Pas,sukalah kiranya penulis membandingkan Tenang dan Sungai Abong.Hal ini kerana komposisi penduduknya hampir sama,di mana terdapat 50 peratus pengundi Melayu dan 50 peratus lain-lain kaum.Cuma apa yang berbezanya adalah peratusan kaum India.Di Dun Sungai Abong kaum Indianya cuma sekitar 3.2%,manakala kaum Cinanya hampir 42%.Inilah kunci kemenangan Pas di Dun Sungai Abong.

Sebenarnya,Tenang juga tiada bezanya juga jika dibandingkan dengan Sungai Abong kecuali penduduk Indianya yang lebih ramai.Akan tetapi,penduduk India di Dun Tenang tidaklah menyokong calon Pas secara majoritinya di mana Pas hanya mampu menunjukkan saingan di Ladang Utara dan tidak di Ladang Bukit Dato.

Sebelum kita bercakap lebih lanjut mengenai strategi Pas untuk menang,berikut diperturunkan statistik pengundi mengikut kaum di sini:


Oleh itu,di sini penulis merasakan terdapat beberapa kriteria-kriteria penting sebagai prasyarat untuk Pas menang di Dun Tenang kali ini.Ini termasuklah:

1.MENAMBAHKAN UNDI KAUM CINA 

Golongan pengundi yang paling berpotensi untuk menyokong Pas dan Pakatan Rakyat adalah pengundi Cina. Hal ini kerana calon Pas,Md Saim Siran sendiri pernah menang di tiga peti undi kaum Cina iaitu di peti undi Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah dan Labis.Untuk menang,Pas bukan sahaja hanya perlu mengekalkan penguasaan di kawasan bandar dan pengundi Cina ini,tetapi juga menambah jumlah undi yang diperoleh daripada pengundi Cina.

2.MENARIK UNDI KAUM INDIA

Dalam pilihanraya Umum yang lalu,seramai 269 pengundi di kawasan Ladang yang bermajoriti kaum India menyokong Pas iaitu di Ladang Utara dan Bukit Dato.Undi Umno pula adalah sebanyak 478 undi.Ini bermakna,Umno menguasai 64 peratus undi India di kawasan ladang manakala Pas pula adalah sebanyak 36 peratus.Oleh itu,untuk menang di Tenang,Pas perlu menembusi kawasan Ladang Bukit Dato selain cuba mencari pertambahan undi di Ladang Utara.

Penulis optimis terhadap pertambahan undi Pas di kedua-dua buah ladang ini berikutan kempen yang telah dilakukan oleh NGO India yang berkempen untuk Pas rentetan krisis Interlok baru-baru ini.Usaha PRIMA dan Makkal Sakhti itu jika mampu mencipta gelombang,akhirnya mampu memberi kemenangan pada calon Pas.

Untuk rekod,terdapat seramai 1780 pengundi India di Dun Tenang pada 30 Januari nanti.

3.MEMENANGI HATI PENGUNDI GOLONGAN WANITA


Satu fakta untuk Dun Tenang adalah pengundi wanitanya adalah melebihi peratusan pengundi lelakinya. Untuk  maklumat lanjut,boleh lihat data di atas.Bilangan pengundi wanita yang lebih ramai ini mungkin boleh memberikan kelebihan kepada Pas setelah Pas bertindak meletakkan calon wanita di Dun tersebut.

Oleh itu,untuk menang dalam pilihanraya kecil ini,Pas perlu berstrategi untuk menarik undi golongan wanita yang berada di atas pagar.Malah,dikhabarkan juga pengundi wanita yang menjadi ahli Umno juga kecewa selepas calon wanita yang disebut-sebut untuk menjadi calon di Tenang bagi mewakili Umno tidak terpilih untuk menjadi calon pada kali ini.Hal ini secara tidak langsung,mampu memberikan peluang kepada Pas untuk mendekati pengundi wanita dengan lebih giat.

4.MENEMBUSI UNDI MELAYU - ANTARA TUGAS YANG BERAT

Sebelum bercakap dengan lebih lanjut akan perkara ini,penulis suka untuk memberikan satu lagi fakta untuk Dun Tenang iaitu jumlah pengundi mengikut umur mereka:


Secara umumnya,penulis bahagikan kelompok pengundi kepada dua - pertama pengundi Generasi Pertama dan kedua pengundi Generasi Kedua.

Bagi Generasi Pertama pengundi,lingkungan umurnya adalah 50 tahun ke atas.Jumlah keseluruhan pengundi bagi generasi ini,yang rata-ratanya berada pada saluran satu adalah seramai 6211 orang.

Generasi Kedua Pengundi pula adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 21 tahun hingga 49 tahun. Untuk ini,Dun Tenang mempunyai seramai 8542 orang pengundi.

Mengapa penulis bawakan angka ini?Hal ini kerana,untuk menembusi undi Melayu,Pas perlu lebih dekat untuk memenangi undi pengundi Generasi Kedua berbanding Generasi Pertama.Ini adalah realiti di kebanyakan peti undi saluran satu di hampir seluruh Malaysia.Kekuatan Umno adalah di saluran satu tetapi mereka tidak kuat di saluran undi tiga dan empat.Inilah realitinya.Oleh itu,untuk menang di Tenang,Pas perlu mencuri undi generasi kedua pengundi.

Penulis membawa satu kajian kes di Dun Tenang.Walaupun Pas tewas teruk di kawasan Felda,ini tidaklah bermakna Pas ditolak mentah-mentah di Felda.Walaupun masih kalah,tetapi undi di saluran tiga atau empat menunjukkan agak ramai yang mengundi Pas.

Contohnya di Peti Undi Felda Tenang.Dalam Saluran 1,Pas cuma memperoleh 41 undi berbanding 230 undi untuk Umno.Saluran 2 pula,Pas mendapat 78 undi berbanding 341 undi untuk Umno.Ini menunjukkan  Pas tidak mampu untuk mendapat lebih 100 undi di saluran 1 ataupun 2.Walaubagaimanapun,di saluran 3 menyaksikan undi Pas adalah sebanyak 101 undi.Biarpun tidak menang di saluran tersebut,sekurang-kurangnya jurang undi Pas dan Umno tidaklah begitu luas di saluran tiga.

Selain itu juga,undi rosak di Dun Tenang dalam Pilihanraya ke 12 lalu agak tinggi iaitu sebanyak 413 undi, sekitar hampir 4 peratus daripada jumlah undi yang diterima.Persoalannya,adakah undi rosak seperti ini menunjukkan protes ataupun menunjukkan kadar buta huruf masih tinggi di Tenang?

KONKLUSI

Itulah serba sedikit faktor-faktor yang membolehkan Pas merampas kerusi Dun Tenang pada pandangan penulis.Ingatlah,tiada apa yang mustahil dalam politik.Bak kata pepatah,"sekali air bah,sekali pantai berubah."

Hazman BA
Pantai Dalam,Kuala Lumpur.

Read more...

MAGGI PANAS DI TENANG, SEPANAS HERO ANAK MAT MASLAN

Sunday, January 23, 2011

Tempoh berkempen secara rasmi telahpun bermula sejak semalam.Pelbagai strategi diatur kedua belah pihak untuk menarik undi di Dun Tenang,satu kubu kuat Umno Barisan Nasional.Umno turun dalam keadaan posisi bertahan,sebagai penyandang mereka tidak boleh tewas di Tenang.

Pas pula turun sebagai underdog,tidak meletakkan sasaran menang yang tinggi,tetapi lebih kepada membina asas di Johor.Mengurangkan majoriti Umno di Tenang boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat Pas.Hal ini kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya menjangkakan Umno mampu menang di Dun Tenang dengan majoriti lebih 5000 undi.

Apapun,usaha Umno ini dilihat agak sukar,di mana penulis meramalkan Umno mungkin menang di Tenang, tetapi majoritinya mungkin berkurangan sekitar 1500 undi.Ini hanya anggaran peribadi,boleh jadi benar atau tidak.Asasnya adalah pengundi Cina dan India.Pas dilihat bersungguh menembusi undi Cina di Tenang, selain undi India juga bakal menyaksikan perubahan kalaupun tidak banyak.Hal ini kerana,parti kaum India, Makkal Sakhti dan Prima,pertubuhan anti Interlok telah berusaha memancing pengundi India untuk menolak calon Umno setelah Menteri Pelajaran iaitu Muhyiddin sendiri telah bersifat kluk klek dalam isu Interlok ini.

Undi India bersifat sentimen.Mereka biasanya mengundi akibat menerima pengaruh atau gelombang.Dalam Pilihanraya Umum 12,Hindraf telah berjaya mencipta gelombang tersebut di mana BN kalah besar di kawasan majoriti India.Justeru,dalam PRK Tenang ini,kalaupun tidak mampu menembusi dua peti undi India di sana,sekurang-kurangnya gelombang Interlok mampu mengurangkan undi kaum India terhadap Umno.

Gaya tudung Cikgu Mala adalah
bersifat trendy
Dalam kalangan pengundi atas pagar pula,personaliti calon Pas dan isu menghina Islam oleh MCA mungkin menarik undi daripada golongan tersebut.Gaya Cikgu Mala yang mesra dan menyenangkan mungkin akan menarik undi pengundi wanita dan pengundi muda atas pagar di Tenang.Ini adalah satu pemerhatian ringkas kerana calon Umno,Tok AI mungkin mempunyai kelayakan ikhtisas yang hebat,tetapi dari segi personaliti, beliau dilihat lebih pendiam dan serius.Manakala Cikgu Mala pula mudah didekati dan mesra dengan pengundi.

Selain itu,kenyataan pemimpin komponen Barisan Nasional yang mempersenda hukum Islam di Tenang mungkin turut terkesan bagi para pengundi untuk menolak calon Barisan Nasional.Tindakan Chua Soi Lek yang menganggap calon Pas yang enggan bersalam dengan pengundi dianggap sebagai ekstrem dan tidak mesra pengundi.MCA juga telah menyerang Pas dengan isu-isu kolot dan fanatik agama sedangkan dalam Islam,wanita haram bersentuh kulit dengan bukan mahramnya.Inilah jadinya apabila kaum bukan Islam tidak diberi faham tentang Islam sehingga pemimpin tertinggi mereka sendiri sanggup menghina hukum Islam.

Oleh itu,kunci kemenangan Umno hanyalah di Felda.Di sinilah terletak jurang majoriti yang bakal dibentuk. Sedikit ataupun banyak.Oleh itu,jurang ini perlu disedari oleh para petugas Pas.Memang diketahui bahawa Felda adalah kubu kuat Umno.Pemandangan di sana menunjukkan banyak rumah yang mengibar bendera Umno memberikan signal kepada para perayu undi Pas untuk tidak mengacau mereka.Jika keadaan ini berterusan,usaha Pas untuk memenangi undi golongan ini adalah sesuatu yang sukar.Di sinilah gunanya kelebihan Anak.Sekiranya penerangan demi penerangan diberikan,lambat laun akan ada juga yang sedar dan menyokong Pas.Kita mungkin gagal dalam PRK kali ini,tapi untuk Pilihanraya Umum nanti,keputusannya masih belum pasti.Seumpama membedil benteng musuh,bedilan pertama mungkin hanya akan meretakkan pengikat tanah liat,tetapi untuk kedua dan seterusnya?Begitulah juga dengan para pengundi.Tapi usaha ini hanya berjaya jika Pas lebih tertumpu ke kawasan Felda.Tetapi nampak gayanya kempen Pas lebih tertumpu ke kawasan pengundi Cina di Dun Tenang.

Apapun,kempen PRK Tenang semakin tidak tenang dan panas.Serangan demi serangan dilancarkan terhadap Pas melalui unit gerak saraf Umno.Bermula dengan fitnah zina dan curang,mempertikai calon wanita oleh Pas sehinggalah menghina amalan wanita Islam.

Terbaru,usaha memburukkan Pas dilakukan dengan insiden calar kereta dan membakar bendera.Tindakan seperti ini adalah taktik lama yang sentiasa digunapakai kembali.Kononnya kereta Puteri Umno telah diguris dan laporan polis telah dibuat.

Hari ini pula,Anak Mat Maslan cuba menjadi hero dengan menunjukkan kononnya ada pihak yang telah membakar bendera BN sehingga menjadi abu.Sesuatu yang mudah untuk diteka,siapa lagi "pihak" yang dimaksudkan oleh Umno itu?Ini adalah taktik lama yang boleh dibaca.Pas juga boleh membakar bendera dan menuduh ada pihak yang membakar bendera Pas.Tetapi,kerana kita boleh berfikir maka tindakan tersebut tidaklah pula dibuat.Pun begitu,isu ini akan menjadi kempen Umno di Tenang untuk memburuk-burukkan Pas dalam kalangan pengundi.Pengundi bandar mungkin boleh faham,tetapi bagaimana pula dengan pengundi felda dan kampung?Tentunya akan ada yang termakan taktik jahat seperti ini.

report kereta puteri umno


babi cibai ditoreh pada kereta:
gaya mencarut serupa Papa Gomo


wirawati Umno


Selain itu juga,seperti biasa dalam setiap kali Pilihanraya Kecil,maka turunlah Santa Claus datang memberikan hadiah demi hadiah kepada para pengundi.Seperti yang dilaporkan akhbar,seorang penduduk orang asli Sharif Dagoh anak Tok Batin berasa gembira apabila memperoleh rumah batu yang dibina oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Ulu Juasseh.Permohonannya yang dibuat sejak tahun lalu,diluluskan secara tergesa-gesa dan rumah juga dibina dengan tergesa-gesa demi untuk mengejar dateline sebelum PRK Tenang.Agaknya selamatkah rumah tersebut dihuni?Jangan jadi seperti Stadium Terengganu sudahlah.

Apapun,laporan yang paling menarik adalah selepas membaca fatwa seorang Santa Claus:

Shafie di dalam ucapannya berkata kerajaan tidak pernah meminggir masyarakat Orang Asli negara ini dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan serta membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Selain di Kampung Ulu Juaseh, JKOA Johor katanya turut membina 100 rumah PPRT untuk masyarakat Orang Asli di Minyak Beku dan 40 kedai di Rengit, kedua-duanya terletak di daerah Batu Pahat.

"Ini semua adalah bukti tentang tanggungjawab kerajaan terhadap masyarakat Orang Asli," katanya sambil menambah, kementeriannya akan membina 10 buah lagi rumah PPRT untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Juaseh.



Apapun,dalam keadaan Umno akan terus menerus menabur janji demi janji,melempar fitnah demi fitnah, dikhuatiri kerja jahat mereka akan terpalit kembali kepada mereka.Dikhabarkan akan ada protes tidak puas hati dari pihak Umno Bahagian sendiri tehadap pencalonan Tok Ai selain pembongkaran salah laku calon BN tersebut semasa menjadi Penolong Pegawai Daerah satu masa dahulu.Pembaca boleh membaca blog Milo Suam untuk mendapatkan pendedahan lanjut.

persoalan demi persoalan

Apapun,PRK Tenang akan terus panas selepas ini.Perkara ini mungkin jarang dilihat bagi penduduk yang sentiasa tenang berhampiran banjaran Gunung Ledang,tetapi hakikatnya inilah suasana rahmat buat penduduk sama seperti dalam 13 pilihanraya kecil sebelum ini.Pas mungkin tidak menang dalam PRK kali ini,tapi Pas mungkin akan mempunyai satu asas yang kukuh di Tenang.

Read more...

artikel berkaitan

Related Posts with Thumbnails

propas1992 copyrights 2011

Segala Tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah tulisan sepenuhnya propartiislammalaysia.blogspot

Sebarang salin semula di blog lain seeloknya diberikan kredit sebagai menghargai penulis asal.

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP